Saturday, 26 November 2011

mungkin kebetulan

assalamualaikum...


hari ini, bukan sebarang tazkirah yg akan mengisi laman ini.
sekadar melahirkan rasa takjub dgn keEsaanNYA..
mungkin suatu kebetulan.. apa yang melanda diri pada saat ini,
perkara yg lebih kurang sama byk berputar2 di sekitar..
rakan2 lain byk post & share maklumat & pengisian yg berkaitan dgn peristiwa yg melanda diri sekarang ni..
mungkin kebetulan mereka terjumpa artikel & video yg berkaitan dgnnya & rasa nak share..
mungkin mereka sendiri merasai dugaan yg sama atau yg hampir sama...
biarlah apa jua kemungkinan tersebut......

apa yang lebih penting.. Perancangan ALLAH itu Maha Hebat.. Maha Sempurna...
saat diri ini mencari kekuatan utk menempuhnya, Dia seakan 'memberitahu' bhw kuatlah! Bkn kau seorang yg pernah merasai keperitan itu... insan lain juga pernah merasainya.. malah ada yg lebih teruk ujiannya daripada apa yang kau terima...
& dairpada share yg mereka post tu... seakan ALLAH telah membuka panduan & jalan bagaimana cara utk kau menghadapinya... terima kasih mereka2 yg indirectly telah membantu...

alhamdulillah...

"Ya ALLAH, pilihkanlah utkku dgn kekuatan ilmuMU & tunaikanlah utkku dgn kehendakMU. Aku mohon kemurahanMU yang sangat luas kerana Engkaulah yang boleh menentukan sesuatu. Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui & Engkaulah yang palinh tahu hal2 yang ghaib. Ya ALLAH, jika sesuatu ini menurutMU baik bagiku, kehidupanku & kesudahanku maka pilihlah ia utkku & mudahkanlah ia bagiku & kemudian berkatilah. & seandainya ini menjadi malapetaka bagiku, agamaku, kehidupanku & kesudahan perkaraku, maka jauhkanlah ia dariku sejauh2nya. Berilah aku kebaikan di mana sahaja aku berada & redailah aku kerananya.."

Tuesday, 22 November 2011

nasihat

- jadilah generasi ulul albab, insan yg rajin mendalami & mencari ilmu kemudian menurut yg terbaik
 (az Zumar ayat 17&18)


- hargai setiap yg ada disekelilingmu sblum kamu kehilangannya

- Accept His blessing & make the most of it!

- ingatilah DIA mohonlah keampunan dariNYA kerana di situ ada ketenangan hati

- andai hati rasa begitu berat, bagaikan tak tertanggung lagi derita, ingatlah, ramai lagi yg punya masalah yg hampir sama dgnmu. kamu tdk bersndirian menempuh dugaan ini. ingatlah juga mereka yg lebih berat ujian yg menimpa mereka berbanding ujian yg kau terima & ingatlah, ALLAH sentiasa ada bersama & memerhatikan setiap jatuh bangunmu.. & DIA akan mengurniakan kemudahan dalam setiap kesusahan


Sunday, 6 November 2011

selamat hari raya aidiladha

assalamualaikum.. salam eid mubarak..

hari raya aidil adha.. salah satu hari yg ALLAH kurniakan sebagai hari utk umat Islam bergembira dalam syariat yg ditetapkan..

walaupun dirantauan, walaupun dalam kesempitan hidup, walau kerinduan akan insan yg telah tiada, walau badan sakit menanggung pelbagai ujian namun rasa gembira & bahagia itu tetap akan hadir..

dalam pelbagai nikmat kegembiraan itu, antara saat yg plg bahagia ialah saat menatap wajah kedua ibu bapa, andai tak mampu, mendengar suara pun sudah cukup membahagiakan hati..
bg saya, nikmat lain yg lebih bermakna pada hari bahagia ini ialah kemaafan.. kemaafan dari kedua ibu bapa, keluarga, sanak saudara, guru2, serta rakan & taulan..
walaupun konsep hanya mohon maaf & beri kemaafan hanya pada hari raya tu agk kurang tepat, tp raikanlah kegembiraan utk mohon maaf & diberi maaf pada hari istimewa ini.. kemaafan itulah yg membuatkan hari kebesaran umat islam ini menjadi lebih bermakna, bahagia & indah.. leraikan sengketa, hentikan prasangka.. rindu ditaut silaturahim dihubung.. indah hari kebesaran umat islam bersama syariat yg sejati!

wallahualam

Saturday, 5 November 2011

kehilangan..

assalamualaikum. kesejahteraan kupohon dari DIA yang Maha Kaya, DIA yang Maha Penyayang buat dirimu saudara seIslamku.

kehilangan..

menjadi fitrah manusia yang sering & mudah alpa. namapun manusia.. berasal dari perkataan nasaya yg bermaksud lupa. memang manusia itu perlu sering diingatkan lantaran sifatnya yang pelupa..

terlupa.. manusia sering terlupa. terlupa utk mensyukuri segala nikmat yg diberi.. sering terlupa utk menghargai setiap yang dimiliki.. malah tamak utk mendapat lebih dari yg diberi sehinggakan yg berada di hadapan mata bagaikan tiada.. (Ghishawah) pandangannya bagaikan tertutup utk melihatnya..

tersedar dari lupa.. manusia yg alpa.. kebanyakannya hanya akan tersedar dari lupaannya hanya apabila dia kehilangannya.. sering kita mendengar kata2 "manusia akan menghargai sesuatu bila dia kehilangannya.."
tak dapat dinafikan.. memang benar! sering kita dengar apabila kita kematian seseorang, ada yang melahirkan kekesalan. kesal kerana sepanjang hayat arwah, kita sering mengabaikannya, kita kurang rapat dengannya dan macam2 lagi..

amat pilu rasa andai orng yg pergi itu adalah kedua ibubapa kita.. tambahan bila kita tak sempat utk menghargai mereka. kerana terleka...

alhamdulillah.. setinggi kesyukuran kupanjatkan padamu.. Kau beri aku rasa sedikit kehilangan. kehilangan kedua ibubapaku. bukan kehilangan sebenar, namun kehilangan sebentar.. hilang di mata lantaran jarak jauh yg memisahkan. dan kehilangan yg sementara ini byk mengajar aku agar aku lebih mengahargai mereka. byk menyedarkan aku bahawa aku sgt memerlukan mereka. & aku merindui mereka.. lain rasanya bila setiap detik di hadapan mata namun di hati tiada rasa berbanding biar jauh sedikit di mata namun di hati cinta & rindu bersemi..

Ya ALLAH, sungguh, aku belum cukup membalas jasa mereka..aku belum cukup menghargai setiap pengorbanan mereka.. & kasihku tidak dapat menandingi kasih mereka pada diriku..

Subahanallah.. sedikit kasihMU kau salurkan utk makhluk2 ciptaanMu melalui ibu & bapa.. andai kasih mereka aku rasakan telah melimpah ruah, tak dapat aku bayangkan KasihMU wahai Tuhanku.. Ya Tuhanku, walaupun aku insan hina yang sering terlupa, aku mohon kepadaMU, jgn Kau hilangkan dariku DiriMU, KasihMu, RahmatMU & PetunjukMu..jangan Kau tinggalkan hambaMu ini sendirian walau sedetik.. kerana sedetik aku kehilanganMU belum tentu aku aku dapat kembali kepadaMU.. kerana setiap kehilangan yang lain adalah dariMU, &setiap keinsafan & kesedaran itu juga adalah dariMU. andai aku kehilanganMU, dari mana akan kuperolehi keinsafan & kesedaran utk kembali semula kepadaMU?

wallahualam..

Sunday, 23 October 2011

beza

assalamualaikum..

perjalanan pulang ke rumah dari mustasyfa miri ke cleopatra pada waktu petang dgn menaiki tram mmg agak lama.. maklumlah, jalan agak sesak sebab org ramai berpusu2 utk pulang ke rumah masing2 setelah penat bekerja.. tram juga sesak. ramai orng.. dalam keadaan sebegini, semua sedia maklum agar sentiasa berhati2 dgn pencelok saku.. pencuri yg mengambil kesempatan saat keadaan sesak..

kiri kananku dikelilingi saudari2 berbangsa arab. akulah satu2nya melayu diruangan itu. aku hanya diam. berdiri ditepi tingkap sambil memerhati keadaan di luar juga di dalam tram..

terdetik rasa kagum.. subhanallah.. walau begitu ramai manusia dimuka bumi ini, semuanya berbeza.. tiada yang sama 100% dgn org lain.. bentuk fizikal yg berbeza antara individu & individu lain.. & andai ada terjumpa pelanduk 2 serupa atau kembar sekalipun, pasti ada yg berbeza.. malah yg paling penting berbeza dari sudut pemikiran & perasaan..


u cant be like someone else & someone else cant be like u!

kerana setiap insan itu berbeza & ini dgn cara mereka yg tersendiri.. byk hikmah dalam perbezaan ini.. sbg identiti utk kenal orng,mengembangkan idea dari aspek yg berbeza & macam2 lg yg klu disenaraikan, mungkin kering air di lautan utk dijadikan dakwatnya..

u cant be like someone else & someone else cant be like u!

perbezaan pemikiran antara kita.. byk kebaikannya.. tp kita harus sentiasa ingat, mereka bkn seperti kita & kita bkn seperti mereka.. cara kita berfikir mgkin akan berlainan.. Men are from mars, women are from venus.. & dalam golonagn mars & venus itu sendiri pun, pasti byk yg berbeza pemikirannya.



so dont expect that others can understand as what u think about something.. we are different & with all the differences, they also cant read what's rotating in ur head..



antara sesama muslim, ada satu yg menyatukan kita, iaitu DIA.. DIA juga telah menggariskan agar ada toleransi antara kita.. toleransi itu menyatukan segala perbezaan..mendamaikan segala perselisihan.. toleransia itu juga mngajar supaya kita cuba memahami orng lain andai mahu difahami.. toleransi itu juga mendidik hati supaya jangan mengharapkan orng sekeliling mengikut segala kemahuanmu, mengikut segala rentak hidupmu.. juga mengajar agar adakalanya kehendakmu, dirimu, pemikiranmu, kata hatimu harus kau korbankan, harus kau ketepikan..


mudah utk terfikirkannya, mudah utk menaip atau menuturkan kata2 mngenainya.. tp bukan mudah utk mengamalkannya..

tiada insan yg sempurna.. & tiada satupun ciptaanNYA yg sempurna.. namun segalanya dalam keseimbangan yg telah ditetapkanNya..

menaip menurut kata hati..mungkin tidak benar.. sekadar apa yg telintas di sanubari..

wallahualam..

Sunday, 18 September 2011

sahabat

assalamualaikum

sahabat..
sengaja diri taip perkataan tu  di google pictures.. & membiarkan gambar2 menghiasi petak2 ruangan disitu.. tak de sebab pon.. saje je.. & dengan perkataan saje tu jugak la hari diri nak berkongsi several gambar yg terpilih & agak menarik yg terpamer kat situ.. :)












dan...
yang ini pun ada..

ini yang paling comel!


bersahabat biar diri lanjut dimakan usia...

Monday, 5 September 2011

kisah2 raya

assalamualaikum..

Hari Raya hari bergembira bagi kaum muslim. Hari menyambut kemenangan melawan hawa nafsu serta kemenangan bagi mereka yang Ramadhannya indah terisi sebagai bulan beribadah & jalan kembali kepada Ilahi. Hari Raya juga hari indah di mana keluarga, sanak saudara & rakan taulan dapat berkumpul semula dan saling berjumpa setelah sekian lama terpisah dek kesibukan urusan masing-masing.

Indah Aidilfitri walaupun disambut sederhana, namun kegembiraan tetap dirasa terutamanya tatkala sanak saudara & rakan taulan datang menziarahi. kegembiraan bertambah-tambah apabila yang datang itu adalah mereka yang sanggup meredah alam beratus-ratus kilometer & mereka yang sudah lama tidak bersua muka.

Setiap kali kami beraya di kampung ayah, ayah tak pernah lupa untuk menziarahi ahli keluarga besar ayah. ahli keluarga arwah tok (opah) & arwah tok wan (atuk). dan kami anak-anaknya tak pernah terlepas utk ikut sekali. & seperti biasa, kami si anak akan mendengar (dah memang dengar sbb dorang sembang depan2..) perbualan mereka. perbualan kisah-kisah pakcik makcik bercerita. adakalanya luahan hati mereka. Kali ini, pengalaman & cerita hidup mereka ingin saya kongsi agar iktibar dapat diperolehi.

Kisah 1 (kisah seorang pak cik yang terlantar sakit.)
Hari raya kedua, ayah membawa kami menziarahi salah seorang sahabat lamanya yang juga merupakan bau-bau bacang ayah juga. dia kini dah tak sihat. terlantar sakit. tapi masih boleh bergerak. cuma pergerakannya semakin terbatas. dahulu kerusi rodanya mampu membantu pergerakannya tp kini semakin sukar. sakit ape, yang tu x pasti.
sedih & terkilan mendengar ceritanya. dia bukanlah golongan yang berada. punya keluarga. anak2nya semuanya dah berumah tangga. hidup menduda. rezeki Allah melimpah ruah, alhamdulillah, dia dapat bantuan daripada jabatan kebajikan. masa keadaannya masih blh bekerja, diusahakannya jg utk bekerja.
yang sedihnya, kisah masyarakat sekeliling! pernah orang datang kerumahnya, bkn utk membantu, tp sebab nak pinjam duit! tp bila yang tinggal padanya hanya 10ringgit, & dimintanya belas orng yg pinjam duit tu spya dipulangkan sedikit demi sedkit wang yg pernah dipinjamnya dulu, beribu alasan diberikan. lebih sedih, antara orng2 tersebut ialah anaknya sendri!
Pernah pakcik tu yang tinggal sendirian di rumahnya mengajak anak2nya utk tinggal bersamanya. sekurang-kurangnya rumah tak perlu disewa. & dalam masa yang sama blh juga menjaga & tgk2kan dirinya. tp tak seorang pun anak2nya yang mahu. tinggallah dia sendirian dirumahnya, menyuruskan diri sendiri yang semakin uzur!
bagaimanalah kita pada masa akan datang. semoga kita tidak mengabaikan ibubapa kita walaupun dihimpit kesibukan kerja & tanggungjawab!

KIsah 2 (Anak-anak  adalah fitnah dunia!)
dulu, pernah hati tertanya2. kenapa Allah ada kata dalam Quran yang anak2 juga adalah fitnah dunia? kalau pangkat & wanita tu semua orang dah faham lah, tp anak2 ni, saya kurang faham.. urm, selepas berdiskusi dengan seorang sahabat semasa di mesir dulu, sebelum dapat menjejakkan kaki ke malaysia alhamdulillah, ALLAH beri kefahaman ttgnya.. tp kini, Allah tunjukkan pula buktinya secara realiti agar menjadi iktibar & teladan.
"Adik ni hari tu cikgu ada bg dia isi borang masuk sekolah sains. cikgu kata dia ni nanti ada harapan ni nak dapat 5a upsr nanti.." ibu bapa bercerita ttg anaknya yg baru nk isi borang masuk sekolah sains. percubaan upsrnya; 2a 3b.
"Dia sekarang ni dah blh dah nak membaca.. hari tu bawak balik kampung pun saje je abah dia, bila dekat sign board tu abah dia bawak kereta slow sikit nak bg dia baca.. boleh je dia baca.. alhamdulillahlah, setakat ni depa2 adik-beradik ni cepat la nk membaca.. plg lambat pon dalam darjah satu tu dah blh membaca dah..."kata si ibu berbangga melihat perkembangan anaknya.
"anak aku tu hari dapat tawaran masuk kolej. banyak jugak tawaran dia dapat.." kata seorang ayah yang less educated berbangga anak dia dapat byk tawaran masuk kolej.
ini cuma antara ayat2 yg menceritakan kegembiraan & kebanggaan si ibu & bapa kepada anak2 mereka.. tak salah kegembiraan mereka tu.. cuma mungkin cara mereka menghebahkan kebanggaan itu kpd umum, mungkin perlu diperbetulkan sikit.

LAIN PULA CERITANYA..
yang td kisah membangga.. tp ada juga orng yg saya temui terbalik pula kisahnya. kerana nak elakkan orng kata dia bangga diri & ujub, dirahsiakan semua perkara daripada rakan sekeliling!
"Eh, ko AJK program ***** ni kan??"
"takla, aku bukan ajk pon.. aku bknnya hebat nak jd ajk2 ni.. aku cuma kerja bawah org je..tlg orng.. tu je." padahal, memang dia salah seorang ajk program tu! cuma bukan pengarah & naib pengarah jek!!

"aku xnak la jd AJK tu @ aku tak nak la cakap bg tazkirah kat depan.. aku tak nak mencapap!" tetttt... perlu ke org yg suka ke hadapan dikatakan mencapap? perlu ke orng yg suka share apa yg dia ada dilabelkan sebegitu?

"aku tgk ko rilek jek. ye la, ko kan pandai, mesti dapat jawab sume soalan xm td senang je kan.. "
"ko cakap senang la.. aku tau la ko td dapat jawab soalan2 tu.. pikir la orng len sama.. " marah seorang kawan yg tension krn katanya dia x dapat nak jawab soalan xm dgn baik..
"ye la, ko kan pandai.." dalam nada macam marah jek..

--saat result xm keluar--
result orng yg bising kata orng len pandai, kata dia x boleh jawab xm.. kawan dia lah yg lebih pandai n bla bla bla...tp result dia la yg lbh gempak drpd kawan yg dia kata blh jawab xm tu, kawn yg dia kata lebih pandai!
bg kawan yg dikatakan tu, pedih rasanya. tambah2 bla tgk result dia. bykla ko pya x blh jawab.. huhuhu..
orng yg nmpk relax bla keluar dewan tak semestinya dia blh jawab sume soalan dgn betul. ada juga yg bila dia keluar dewan, dia rasa lega sbb itu adalah sume hasil usaha yg telah dikeluarkannya. selebihnya tawakkal. ada juga yg berasa, alhamdulillah, sekurang2nya ALLAH dah bantu aku jawab beberapa soalan dgn mudah daripada sume soalan aku x dapat jawab!
mana sama pemikiran orng2 sebegini dgn orng yg target straight A's, bila ada 1 @ 2 soalan x dapat jawab, dah tension & frust habis!

padahal.. pernah dulu dengar satu tazkirah ni, dia kata, orang yg riyak ni, tak semestinya dia menunjuk2 tu, maknanya dia dah riyak. tp, klu dia tak nak menunjuk sebab takut orng kata dia riyak, itu pun sebenarnya dia dah riyak! aduhai perkara hati.. bisikan hati, niat di hati hanya ALLAH yang Maha Tahu! Biarlah Dia  yang Menilai segalanya..

Kisah 3 (baru bertunang, dah...)
sepasang pasangan yang dah bertunang. semasa bertunang, si wanita ikut cakap mak saudaranya, beli cincin fully emas putih sbgi cincin pertunangan.. si lelaki bukanlah dari golonagan yg berada. dia sendiri tahu hal tersebut.. jgnlah menyusahkan dia yang sanggup & sudi menerima dirimu & sanggup menyara dirimu. bersyukurlah.
setelah setahun bertunang, si wanita dah suruh si lelaki beli kereta utknya.. haduih, baru bertunang belum lagi sah jadi suami isteri. andai begitu sikap yang dah di tunjukkan, bagaimana lepas sah si dia menjadinya? hurm, wallahualam..
(ambillah iktibar jgn sekadar memerhati & mengkritik. perbaiki diri agar jgn nanti kau yg jd sebegitu!)

cerita hidup mereka. jgn sekadar utk mengkritik. ambillah iktibar. jgn kau ikuti. jadikan sempadan diri. kembalilah menjadi hamba Ilahi yg sejati. berpegang teguh pd Islam yg syumul.

Saturday, 20 August 2011

ilmu

"ilmu yang baik ialah ilmu yang dapat membantu & memperbaiki diri.."


selalu kita dengar ayat ni kan?? saya pun xpasti kata2 ni dari siapa & siapa yg pernah sampaikan kpd saya.. tp yg pasti kata2 ni amat berguna.

dalam hidup ini, ALLAH beri manusia kelebihan untuk dia membuat pilihan. pilihan dalam hidupnya sendiri. pada amnya manusia bebas untuk memilih samaada kebaikan atau keburukan.. the choice is in your hand!

ilmu terbentang luas di hadapan kita. pelbagai jenis ilmu! ilmu agama, ilmu medic, engineering, memasak, melukis, pengurusan, perniagaan, ilmu memancing, ilmu utk bermain, ilmu hitam!! byk sungguh jenis2 ilmu yg menanti di hadapan kita. & kalau ikut logik pula, memang patut islam mementingkan ilmu pengetahuan & menitik beratkan agar kita belajar. yang tinggal kini, ilmu yg mana yg akan kita pilih utk dipelajari? ilmu hitam? ilmu angkasa? ilmu agama? sebaik2 ilmu yg kita pelajari seharusnya biarlah berguna pada diri & sekeliling. 

kalau cakap pasal ilmu agama, terutamanya agama islam yg lurus ini, semua orang tahu bagaikan terang lagi bersuluh bahawa ilmu tersebut sgt berguna & patut kita pelajari malah, ilmu fardu ain dalam ilmu agama itu wajib utk kita pelajari. 

kemudian, kalau kita bercakap pula ttg ilmu pengurusan diri seperti lipat baju, iron baju, memasak, etc nak atau tak nak, kita perlu utk mempelajarinya utk memudahkan kehidupan seharian. takkan sepanjang masa nak bergantung harap pada orang lain je. bukan sepanjang masa diorang boleh nak bantu.

kalau ilmu seperti ilmu medic, farmasi, engineering, teaching, pertanian, bisness, jurutera electrik, kimia, biologi & semua ilmu yang hampir sewaktu dengannya ilmu2 macam ni kita bebas utk memilh utk dipelajari secara mendalam walaupun sesetengah individu dipaksa, tp dia buat pilihan taknak bantah paksaan tu.. :P andai kita tak mampu nk study mendalam sekalipun, kita still blh stdy tanpa sijil! 

ilmu2 sampingan.. mungkin juga sesetengah orang mengambil ilmu ini sebagai kewajipan & utama bgnya.. contoh, ilmu muzik, melukis, menulis, bergambar etc... malah ada yg mampu mencari rezeki melalui ilmu2 ini. tapi buat mereka yg mengambil ilmu2 ini sebagai ilmu sampingan, contoh, pelajar medic nak study pasal ilmu bergambar. seharusnya dipilih bkn sekadar mengikut kehendak hati & minat semata2. telitilah juga apa yg mampu kau perolehi selepas kau pelajari ilmu tersebut. andai selepas kau pelajarinya kau mampu utk membantu org lain yg memerlukan kepakaranmu dalam ilmu tersebut, atau mampu improvekan diri jd lebih baik, so go on..

contoh lebih jelas, kalau seseorang itu mendalami ilmu kaligrafi & kemudian drpd kelebihannya itu dia nak guna utk menarik orng lebih dekat kpd ALLAH, itu dikira ilmu yang bagus. berfaedah & bermanfaat, tp kalau belajar utk menjadi pelukis hebat tp akhirnya hati riyak & bongkak dgn hasil lukisannya itu, maka buruklah hasilnya akan ilmu itu. 



aish, masih tak tersampai niat hati apa yg betul2 nak disampaikan sebenarnya... yg di atas tu sume taipan utk mencari ayat berlapik.. tp mcam jauh melalut & ssh nak faham.. 

akhirnya...bila tak mampu lg nak berlapik2.. sebab belum cukup ilmu utk menyampaikan sesuatu & nasihat secara berhikmah.........(beginilah ayatnya..)

         kalau seseorang tu nak belajar muzik tp menggunakan kelebihan ilmu tersebut dgn sebaiknya & dapat tarik orng sekeliling utk improve diri & dekat dgnNYA, blh dipertimbangkan.. walaupun islam mengharamkan alat muzik yg ditiup & bertali, tp ada ulamak yg berpendapat, dizaman sekarang ni, alat2 tersebut dibolehkan utk digunakan. cth, wisel polis: tu alat yg ditiup jgk tu.. (bg pendapat saya, dia dibolehkan kalau keperluan. tp kalau sekadar nak main2 & utk muzik yg melalaikan, baik tinggalkan!)... tp kalau belajar ilmu muzik sampai melalaikan, xda kepentingan, sekadar utk suka2, baiklah hentikan!

ini cuma satu contoh mungkin ada contoh lain..


saidina ali bin abi talib pernah berkata;
"jadikanlah umurmu ibarat wang yg diberikan kepadamu. sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan itu hilang begitu sahaja,
  maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umur engkau dengan sia-sia"


bukan sekadar belajar je, tp setiap tindak tanduk kita, elakkanlah daripada yg sia2..

hadis Nabi (s.a.w):

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi (s.a.w) adalah baginda solat subuh tatkala memberi salam berdoa “Ya ALLAH Ya Tuhanku aku memohon kepadamu dikurniakan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”

(HR Ibn Majah & Ahmad)



yang menyampaikan lebih besar tanggungjawabnya utk melakukan apa yg disampaikannya...

wallahualam..

Friday, 19 August 2011

plan balik kampung!

assalamualaikum wbt kalam pembuka bicara. bukan sekadar kalam biasa tapi doa utkmu yang membaca.

plan balik kampung.. balik kampung? wait a minit, balik kampung? kampung mna ni?
plan utk balik ke kampung halaman, ke rumah sendiri!!!
perancangan Ilahi, walaupun setahun merancang utk tak balik malaysia pada tahun ni, dan harapan tu agak cerah bila dapat balik free masa revolusion of egypt hari tu, tp akhirnya balik juga ke malaysia.. insyaALLAH..

"mak, umrah tu x jadi pergi tahun ni.. ada problem..kena cancel last minit.." adu aku kpd mak bilamana hati sedih tak dipilih menjadi tetamuNYA
"habis tu buat apa kat sana? balik je la malaysia.."
'HAAA???!!?!?' biar betul mak ni, direct bg response suruh balik. hari tu kata xpe je aku xbalik tahun ni.. haih...
"mak, cam mne nak balik, duit x cukup la nak beli tiket nak balik.. lagipun nak cari tiket sekarang ni tak tau la harga dia cam mne.. ada ke x.." dalih aku memberi alasan
"duit umrah tu xkan x dapat... duit kamu sekarang ada byk mne? hurm, klu dapat duit umrah tu balik je la.."

hurm, macam tu la lebih kurang ayat mak yang minx anak dia balik jgk.. belah bagi rasa hati.. klu diikut fikiran logistik diri sendiri, planning & tujuan asal tak nak balik malaysia, mmg klu blh x nak balik.. tp, bila difikirkan balik...
-Islam suruh kita berbuat baik & patuh arahan & permintaan kedua ibu bapa kecuali perkara yg diharamkan ALLAH sehinggakan jgn sesekali kamu berkata walaupun ah, kepada mereka terutamanya ibu..
-diri mohon minx petunjuk dari ALLAH, & petunjuk yg diberi, pulanglah kpd keluarga..
-mohon lg satu petunjuk spya hati lebih yakin... Ya ALLAH, klu betul rezekiku utk balik malaysia pada tahun ni, & klu mmg perlu aku balik pd tahun ni, semoga aku dipulangkan semula duit umrah yg dah cancel tu..
mmg tak disangka.. selang beberapa hari, mmg duit tu dipulangkan.. mmg harapan mak & ayah dimakbulkan!

alhamdulillah.. tiket dicari.. & nasib sangat baik sbb ada tiket dgn harga yg berpatutan.. murah jgk la.. xla mahal.. alhamdulillah...



dan sekarang ni, plan utk balik dari KLIA ke ipoh... xnak suruh ayah ambil.. nanti byk pulak belanja.. cuba berdikari! tiket bas.. survey tiket2 online!!

sampai dalam pukul 2 ptg.. tiket tren terawal lpas pkul 2ptg, ialah pkul 3 ptg.. lpas tu 11malam!
ah, lambatnya.. dah malam sangat!

lewat malam menjadi satu kemusykilan.. kalau sekadar ikut diri sendiri, mmg insyaALLAH, tak pe lg kot walaupun dah lewat malam.. mmg org akan kata agak bahaya, tp naik tren je.. & insyaALLAH blh jaga diri.. sedangkan di mesir alhamdulillah setakat ni blh jaga diri, inikan pula dinegara sendri dgn bahasa sendiri..


tp.. terkenang suatu peristiwa.. luahan hati sang ayah..

suatu malam, kami sekeluarga melawat adik beradik ayah. kebetulan, anak perempuan pakcik yg belajar di negeri orng akan balikke kolej beberapa hari lagi.. naik bas pada waktu malam..

ayah: kenapa amik bas malam?
pakcik: tak tahu la dia.. diorang ni bkn blh dicakap lebih2, nanti banyak alasannya.. orang dah cakap dah bahaya, balik malam2.. tapi degil, kata xnak panas la, xnak balik asrama awal la.. macam2 diorang bukan fikir kita ni dok risau kat depa
ayah: diorang tau nak seronopk diorng je la.. kita ni yang duk risau.. dah la macam2 kes samun la, culik, aniaya anak dara, macam2 lagi kes.. diorang cakap mmg senang, duk dalam bas je..  diorang x fikir, yg bawak bas tu pun ORANG jugak... manusia jgk.. drive malam2 ingat x mengantuk ke?? 

luah ayah.. ayah yang dulu kerap memandu pada waktu malam utk jarak yang jauh dek kerana keperluan pekerjaannya yang mmg begitu, memang tahu macam mana peritnya org yg kena memandu malam2 ni..

pakcik: haa.. tu la.. tu satu hal.. lpas tu bila dah sampai sana, dari stesen bas ke asrama tu tak tahu macam mana lagi tu.. naik teksi tu, bkn blh percaya sgt tu, byk je kes rogol la, samun la, itu la, ini la..
ayah: tu ha, bdk tu (sambil menuding ke arah aku) hari tu nak balik ke ikip tu dulu amik bas malam.. dia ingat orng x risau agaknya. dia tak tahu macam orng kat rumah ni dok risau kat depa........

tettt.. akhirnya aku 'terkena' jgk.. dengar je la..

tp bila difikirkan, betul jgk cakap dorng.. mmg kita rasa kita blh je nak survive.. insyaALLAH, blh je amik tiket lewat malam tu.. tp, bila ingat kata2 ayah & pakcik dulu tu, xpe la.. cuba lah cari tiket yg awal sedikit..

cubalah jadi anak yang solehah.. kurangkan & elakkan buat hati mak ayah gundah & resah..



Wednesday, 17 August 2011

antara keluarga dan dia


aduhai pemuda, remaja pada masa kini. cuba fikirkan, antara keluarga & orang luar mana yang akan anda dahulukan? bila ditanya direct macam ni, insyaALLAH, ramai yang akan menjawab "tentulah keluarga.takkan orng luar pulak." Tapi saya pasti, ada juga yang akan memilih orng luar utk didahulukan berbanding keluarga sendiri atas masalah2 peribadi..

kepada mereka yg jawab dgn yakin bahawa keluarga akan lebih didahulukan, cuba jawab soalan2 di bawah ini:

1) apabila cuti tiba, anda prefer duk rumah bersama famili atau outing dgn kawan2 ke bandar, lepak2, berkelah, etc..
2) antara adik-beradik sendiri & kawan, siapa yang anda lebih mudah utk beri bantuan eg, dengar masalah dia, pinjam duit
3) antara keluarga & orng luar termasuk rakan2 anda, yang mana yang anda lebih suka utk belanja mereka?
4) bila anda nak bershopping, picnic, sporting, siapa yang anda lebih suka nak ajak pergi bersama anda? mak,ayah, adik beradik, atau kawan2 anda??
5) berapa kali anda ucap sayang anda pada keluarga anda? & berapa byak kali pula anda lafaz & tonjolkan kasih sayang anda kepada bukan keluarga anda seperti kawan, boy or girlfriend??
6) bila tiba hari lahir, hadiah siapa yang lebih mahal yg akan anda berikan antara boyfriend atau girlfriend & adik beradik anda??

hanya anda yang mampu menjawab persoalan2 tersebut.. & jawapannya, hanya anda yg tahu tentang diri anda sendiri, andai benar pilihan anda lebih kpd keluarga, alhamdulillah.. andai sebaliknya, fikir2kanlah sendiri..

sedih rasa hati. pernah saya sendiri berjumpa & melihat sendiri gelagat mereka yang suka melebihkan orng luar berbanding keluarga sendiri. mudah sekali menuturkan & menzahirkan sayang kepada mereka. sedangkan dgn keluarga sendiri dibiarkan, disisihkan, malah tak dihormati!

dengan keluarga sendiri dilayan bagaikan kuli, baik cuma bila membodek diri ingin dilayan bagaikan seorng raja atau permaisuri dalam istana oleh keluarga. namun, bila berhadapan dgn kawan2 yg orng luar yg lainnya, sanggup mengabdikan diri kpd mereka, snggup andai diri dipijak, sanggup andai diri diperhina, baik tak kira masa.

pernah juga saya melihat, seorang yg apabila dgn keluarganya garangnya tak bertempat! bagaikan penuh benci dalam diri. bahasa2 yg dituturkan sangat 'indah'! tp apabila berhadapan dgn orng luar, pijak semut pun tak mati! 

aduhai insani, sedih hatiku mengenangi. mengapa kera di hutan kau susukan sedangkan anak kau biarkan dirumah mati kebuluran? walhal apabila dirimu ditimpa musibah, adakah mereka yg kau sanjung itu akan terus-terusan di sisimu & membantumu? adakah mereka akan setia sepanjang hayatmu?

kalamku ini bukan sekadar omong kosong! inilah realiti hari ini. bukan sekadar manaip mengikut imaginasi, tetapi inilah yg pernah kulihat dgn mata kepalaku sndiri!

kasihan. mereka yang tiada kasihnya lebih kpd keluarganya, yg kutemui kebanyakan mereka akan sukar & gagal juga utk meraih kasih dari insan sekeliling. banyak ditinggalkan sndirian, di tikam dari belakang, ditipu, yg menampakkan diri bila cuma ingin meraih pertolongan. bila dia terasa senang, diri mereka ditinggalkan sendirian.

nasihat utkmu & jg utkku.. kasihilah berbuat baiklah & hargailah keluargamu dahulu andai mahu diri dihargai & dikasihi insan2 sekelilingmu yg lainnya. bagaimana sekalipun keluargamu itu, darah yg mengalir dalam dirimu & diri mereka adalah sama, kau dan mereka tetap satu keluarga. takkan terputus ikatannya, air dicincang takkan putus! 

*Redha Allah bersama Redha ibu bapa
*dalam islam, dalam bab bersedekah, sebaik2 sedekah ialah sedekah kpd keluarganya.. 

wallahualam

Monday, 8 August 2011

kaf ba' ra' kaf alif ta' nun..

salam...


suatu hari di sebuah rumah sewa pelajar perubatan alex...


"bendahari, cam mne dgn duit rumah kita bln ni, cukup x?"
"urm, xtau la nak cakap cam mne.. klu setakat utk bli makanan je ckup la kot, tp klu ada nk kena bayar or bli somting yg tiba2 xcukup la.."
"x cukup? er, ke mana duit2 tu pegi?"
"ko tya ke mana dia pegi? duit sewa rumah pon bpe dah harga, blum masuk duit internet, gas, air, elektrik, duit bawwab, cuci tangga, duit kutip sampah lg... pya la byk nk kna bayar.. tu blum tolak duit belanja dapur lg..tu ha, paip kat dalam bilik air tu x repair lagi tu.."
"hurm.. byk jgk nk kena pakai duit.. masa kutip duit tu rasa mcm dah byk dah.. tp tu pon x cukup lagi.."


"hurm,tiba2 terfikir cam mne la ayah2 kita bajet duit tiap2 bulan... belanja rumah lg besar.. bil-bil semakin byk.. klu yg anak ramai tu, lg la.. nk kena tanggung belanja makan pakai kita & mak kita.."
"haah kan, tu blum lg kira belanja nk g sekolah klu ada anak yg bersekolah.. klu ramai lg la byk duit nk kna keluar.."
"tu blum kira klu anak2 tu nak bli ape2.. bnda2 sampingan or benda2 keperluan macam buku rujukan ke, ape ke.. uish, byknya belanja yg nak diguna.. "
"kita ni kira bernasib baik lg la, duit rumah ni x perlu nak kena tanggung belanja korang masing2.. duit tu pon kita kumpul ramai2.. klu mak ayah kita cam mne la.. ayah keje sorang(sambil berfikir).. "
"klu ayah dia keje gaji banyak tak pe la.. alhamdulillah, xda masalah sgt... tp klu yg keje gaji cukup2 yg gaji murah tu cam mne la pulak..contohnya gaji sebulan rm500, isteri x keje, anak 5 orng, sume bersekolah..duit makan, bil, yuran sekolah... uish, klu ikut logik xcukup lgsung!"
"urm, haah kan? mcm mne la.. "
"klu orng kaya senang la, xpyh pikir sgt pasal duit ni.. ape nak, dapat je.."
"xsemestinya, x semua cam tu.. huhu.. tp kebanyakannya ya la jgk. huhuhuu.. tp tu pon kadang kita bkn tau mak ngn ayah tu ada duit ke x..contoh la, klu ayah dia tu bisnesman tiba bisnes dia slow down or muflis, contoh lain, contraktor dah lama xdapat tender.. takkan dorng nk cter kata dorng xda duit.. tambah klu anak tu sllu dapat apa yg dia nak.. kemungkinan dia x paham bahasa x da duit klu dah terbiasa hidup senang jek.. "
........
(suasana sunyi seketika.. masing2 mula berfikir.. & masing mula teringat akan ayahnda yg berada jauh di mata.. entah bgimana khabar mereka yg sebenarnya..)




rezeki yg ALLAH beri 
kurniaan kpd hamba2Nya di bumi
kasih melimpah tiada terperi
rezeki di beri tanpa melihat iman dihati
setiap makhluk ada simpanan rezeki yg tersendiri.
kata kunci
usaha harus dimulai
barulah rezeki menyusul mendekati

beruntunglah insan yg iman bertahkta di hati
berbahagialah insan yg hidup berlandaskan syariat ilahi
tenanglah insan yg yakin dgn rahmat ilahi
rezeki rezeki yg dikurniai
keberkatan turut mendampingi
hingga walau sedikit tampak di mata manusiawi
namun cukup membajai keperluan duniawi

wahai insan yg dikurniai rezeki yg melimpah
wahai insan yg dikurniai rezeki yg tidak pernah putus
wahai insan yg dikurniai rezeki yg berasal dari ilahi
jadilah hamba yg mensyukuri nikmat Ar Razak
akhlak si kaya Qarun jgn sesekali kau contohi
yg akhirnya hanyut dengan kekayaan duniawi
hingga hancur luluh iman dalam diri
hingga binasa jasad di telan sang bumi

ya rabbi
jadikanlah kami golongan yg sedikit
yakni golongan hambaMu yang tahu mensyukuri

Friday, 3 June 2011

mengharap kekuatan dariNYA

salam..

sepi..
lama menyepi
kerana masa penuh terisi
dan mungkin kerana salah diri sendiri
yg masih belum bijak mengurus masa sendiri
atau mungkin kerana hati yg kian mengurus..
kurus iman di hati
penuh noda dalam diri...



Ya ALLAH, hambaMU mohon kekuatan dari kekuatan yg begitu hebat..
hambaMU mohon kesabaran sebagaimana sabarnya para rasulMU
hambaMU mohon ketabahan dalam menghadapi segala ujian dariMU..

berat kurasakan Ya Allah
aku sendiri belum pasti sama ada aku mampu mengharunginya.
cuma pada saat ini aku hanya bergantung padaMU.
kekuatan yg kukumpul bersama setinggi harapan bantuan dariMU
kekuatan yg Kau kurniakan..

Ya Allah, aku tak tahu pada siapa lagi aku ingin mengadu..
aku tak tahu pada siapa lagi yang aku boleh berkongsi rasa ini
aku tak tahu pada siapa yang aku boleh mengharapkan bantuan darinya
melainkan dariMU ya rabb

ya Allah, jika ujian ini kau berikan kepadaku sebagai kafarah penghapus segala dosaku yg melangit luas,
aku bersyukur ya Allah,
namun aku tetap mengharapkan bantuanMu
bantulah hambaMu ini,
agar tidak tersungkur mahupun terpesong dari jalan yg diredaiMU
Ya Allah, permudahkanlah jalanku..

Wednesday, 20 April 2011

segalanya adalah HIKMAHMU

Jangan dikeluh segala perit. Jangan diluah segala yang pahit. Jangan terlalu bahagia dengan segala yang indah di mata.yang indah di mata tidak akan selamanya ia menjadi indah. Kenangan indah dalam memori tidak bererti selamanya ia akan tersimpan sebagai memori yang indah. Segala yang indah boleh berubah menjadi yang buruk dengan izinNYA. Memori indah semalam boleh menjadi memori paling perit pada hari ini.

Begitu juga dengan segala keperitan & kesedihan yang hadir dalam jiwa yang insan. Yang perit takkan selamanya perit. Yang hitam takkan selamanya kelam. Hari yang hujan akan dilimpahi keindahan pelangi jua akhirnya. Jangan sesekali kau mengeluh. Jangan sesekali kau berputus asa dari RahmatNYA andai diri ditimpa musibah. Setiap ujian yang Dia kurniakan pada hambanya adalah memori indah dalam diri hamba itu andai hamba itu memahaminya.

Ujian yang perit itu adalah hadiah. Hadiah buat jiwa hamba yang selalu lalai dan lupa. Hadiah sebagai tanda bahawa DIA tidak pernah meninggalkan mahupun melupakan hambaNYA itu. Ujian itu menyedarkan kembali diri hamba itu bahawa dia adalah milikNYA. Dia diperintah & diawasiNYA. Dia diperhatikan & setiap rintihan hatinya didengariNYA. Lalu ujian itu membawa hamba itu kembali pada Penciptanya. Kembali kepada matlamat hamba itu untuk meraih cintaNYA. Mengisi jiwanya penuh dengan cinta Yang Maha Satu.

Saat hamba itu dirundum duka & nestapa. Disaat dia hilang tempat bergantung antara sesama makhluk. Saat dia merasa sendiri dikala dalam berjemaah. Saat itu, hamba itu mula sedar. Sedar tiada lain yang dapat membantunya. Sedar bahawa tiada yang lain yang sudi untuk mendengar rintihan hatinya. Tiada lain yang mampu menenangkan & menggembirakan hatinya melainkan DIA! Dia sentiasa hadir dan ada disisi pada setiap detik masa. Dalam setiap ketika. Dialah ALLAH! Tidakkah indah saat itu? Saat hati terasa begitu dekat denganNYA setelah lama hati melupakanNYA. Saat yang sangat indah dalam suram dan sendu di hari hati.

Wahai tuhan, setinggi syukur kupanjatkan padaMU. Kerana Kau beri aku peluang utk merasai saat indah ini. Tuhanku, aku tak tahu selama mana perasaan bahagia sebegini akan bertakhta di hatiku. Namu aku sangat2 berharap agar saat indah ini tidak akan menghilang lagi. Setelah lamaku menanti. Jgn kau biarkna rasa ini pergi lagi. Aku sangat merindukan saat2 indah ini. Saat indah bersamaMU. Maafkan hambaMu ini wahai Tuhanku kerana aku sering lalai & sering melupakanMU, sering memungkiri segala janjiku & ketaatanku padaMU. Aku sering tewas dengan dunia ini, Ya ALLAH.

Saat insan lain mengharap cinta ajnabi. Sibuk mengejar cinta duniawi. Izinkan & halakan hambaMU ini untuk menggapai cintaMU ya Ilahi. Penuhi hati ini dengan cinta kepadaMU. Izinkan hambaMu ini merasa nikmat cinta itu. Nikmat bercinta denganMU. Juga dengan rasulMU. & janganlah Kau hilangkan rasa cintu itu dariku setelah Kau menganugerahinya padaku. Kerana aku takkan mampu utk menggapainya tanpaMU.

Hatiku ini yang penuh noda dan dosa mengharap padaMU ya RABBI. Mengharap utk kembali padaMU. Mengharap utk berada dijalanMU. Andai ini caranya utkku meraih cinta itu, aku reda. Aku rela. Akanku cuba mengharunginya. Namun, aku perlukan KAU disisiku sentiasa. Aku mengharapkan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dariMU. Kerana aku takkan sanggup utk menghadapinya andai Kau tiada disisiku. Dekatkanlah hati ini selalu denganMU. hambaMu ini mengharapkan cintaMU ,ya ALLAH.

Monday, 18 April 2011

dont judge!

assalamualaikum..
setelah segala kesulitan muali pergi, kini sedikit masa ini diluangkan untuk mencoret & menconteng kembali ruangan yang bagaikan telah hampir pupus ini.. lama sangat x update.. tambahan pulak xtau ape nak diupdate & kadang tu ada pulak rasa malas nak update.. ish2..

....................straight to the point!.........................


pesan diri kepada sendiri:
Dont judge a book by its cover! dont judge a book by its cover & again dont judge a book by its cover..

yup, phrase ni may be x sesuai digunakan uttk semua keadaan. peribadi luaran juga blh mencerminkan sifat seseorng itu.. tapi xsemua kita blh judge org sesuka hati..

orng yang sentiasa senyum & happy x semestinya dlm hatinya juga sentiasa happy & xda masalah. ada insan yang menyembunyikan kesedihannya disebalik kegembiraan.

contoh lain.. orang yang selalu & almost everyday datang lewat ke kuliah x semestinya dia orng yang malas. may be mmg betul, ada yg begitu.. tp ada jgk yang x.. ada yg lambat ke kuliah atas sebab2 lain.. even dah bgun awal pg, lepas subuh x sambung tido balik, etc.. tp dia still datang lambat jgk.. may be ada hal lain. jgn memperkecilkan orng andai kau xtau sebenarnya apa yang terjadi dalam kehidupannya.. 


......................................................
bab 2: (tiba2 masuk bab 2 pulak..)

anggap masalah sebagai peluang! (kata2 nadiah amirah: pelajar cemerlang spm2006 klu x silap..)
yup, btul.. dan certain masalah yang dihadapi blh diselesaikan dengan timbulnya satu masalah baru jgk.. dulu mmg agak x bpe faham ayat tu.. macam mana nak transfer masalah kpada peluang? 
alhamdulillah, sekarang ni baru faham.. certain masalah tu blh dijadikan peluang!!

CONTOH: 
masalah gelap diwaktu malam (zaman dulu)
penyelesaian: sekarang daha ada lampu, elektrik, etc.. :)

Thursday, 6 January 2011

Duhai ALLAH seismic

assalamualaikum~~


hurm, rajin lagi! aish, lama x update betul blog ni...
hari ni pon, sekadar upload lagu je.. lagu lagi??
ish, asyik dengan lagu je~

heee.. sekadar nak kongsi~ lagu ni best sebab lirik dia sangat mendayu & mambawak diri mengingati Ilahi.. cara dia nyanyi pon macam tgh mengadu dengan ALLAH.... (T.T)
urm, akhir kata, dengar je la~