Saturday, 5 November 2011

kehilangan..

assalamualaikum. kesejahteraan kupohon dari DIA yang Maha Kaya, DIA yang Maha Penyayang buat dirimu saudara seIslamku.

kehilangan..

menjadi fitrah manusia yang sering & mudah alpa. namapun manusia.. berasal dari perkataan nasaya yg bermaksud lupa. memang manusia itu perlu sering diingatkan lantaran sifatnya yang pelupa..

terlupa.. manusia sering terlupa. terlupa utk mensyukuri segala nikmat yg diberi.. sering terlupa utk menghargai setiap yang dimiliki.. malah tamak utk mendapat lebih dari yg diberi sehinggakan yg berada di hadapan mata bagaikan tiada.. (Ghishawah) pandangannya bagaikan tertutup utk melihatnya..

tersedar dari lupa.. manusia yg alpa.. kebanyakannya hanya akan tersedar dari lupaannya hanya apabila dia kehilangannya.. sering kita mendengar kata2 "manusia akan menghargai sesuatu bila dia kehilangannya.."
tak dapat dinafikan.. memang benar! sering kita dengar apabila kita kematian seseorang, ada yang melahirkan kekesalan. kesal kerana sepanjang hayat arwah, kita sering mengabaikannya, kita kurang rapat dengannya dan macam2 lagi..

amat pilu rasa andai orng yg pergi itu adalah kedua ibubapa kita.. tambahan bila kita tak sempat utk menghargai mereka. kerana terleka...

alhamdulillah.. setinggi kesyukuran kupanjatkan padamu.. Kau beri aku rasa sedikit kehilangan. kehilangan kedua ibubapaku. bukan kehilangan sebenar, namun kehilangan sebentar.. hilang di mata lantaran jarak jauh yg memisahkan. dan kehilangan yg sementara ini byk mengajar aku agar aku lebih mengahargai mereka. byk menyedarkan aku bahawa aku sgt memerlukan mereka. & aku merindui mereka.. lain rasanya bila setiap detik di hadapan mata namun di hati tiada rasa berbanding biar jauh sedikit di mata namun di hati cinta & rindu bersemi..

Ya ALLAH, sungguh, aku belum cukup membalas jasa mereka..aku belum cukup menghargai setiap pengorbanan mereka.. & kasihku tidak dapat menandingi kasih mereka pada diriku..

Subahanallah.. sedikit kasihMU kau salurkan utk makhluk2 ciptaanMu melalui ibu & bapa.. andai kasih mereka aku rasakan telah melimpah ruah, tak dapat aku bayangkan KasihMU wahai Tuhanku.. Ya Tuhanku, walaupun aku insan hina yang sering terlupa, aku mohon kepadaMU, jgn Kau hilangkan dariku DiriMU, KasihMu, RahmatMU & PetunjukMu..jangan Kau tinggalkan hambaMu ini sendirian walau sedetik.. kerana sedetik aku kehilanganMU belum tentu aku aku dapat kembali kepadaMU.. kerana setiap kehilangan yang lain adalah dariMU, &setiap keinsafan & kesedaran itu juga adalah dariMU. andai aku kehilanganMU, dari mana akan kuperolehi keinsafan & kesedaran utk kembali semula kepadaMU?

wallahualam..

No comments: