Monday 26 March 2012

menangislah sehingga kemerahan dirimu

semakin hari, hati semakin cinta. cinta dengan dalam derita. cinta terhadap O&G. derita sebab masih byk topik yg harus di'cover'..

bersyukurlah. ucapkanlah alhamdulillah atas segala nikmat yg telah Dia kurniakan padamu
syukurlah atas nikmat tangisan yg Dia kurniakan. menangislah! menangislah! sesungguhnya semua bergembira tatkala kau menangis! malah mereka akan kegelisahan andai kau tidak menangis!

semalam, ada seorang wanita mengandung, G5 P0, (P xbpe ingt tp rasanya 0) semuanya keguguran masa 2nd term pregnancy. -anti phospholipid syndrome, delivered previous 4 by CS!
utk pregnancy yg ke 5 ni, alhamdulillah, hasil lab semua yg menunjukkan positif yg membenarkan dia utk mengandung sampailah semalam, capai full term pregnancy. walaupun bkn 1st time tgk CS, tp semalam, berdebar sgt rasa tgk CS makcik tu. berdebar tgu nk tgk anak dia. dalam hati, sepenuh hati berharap anak dia kali ni dapat hidup & selamat dilahirkan. uterus dibuka. kepala bayi dikeluarkan, dikuti badannya. umbilical cord dipotong. oh, menangislah wahai baby! Dr tepuk2 badan dia beberapa kali. alhamdulillah, dia menangis sikit2.. alhamdulillah... =)
diri terpanggil utk pergi menjenguk bayi itu yg dibawa ke bilik neonatal care (tp lmbt sikit berbanding kawan lain)..masuk je bilik tu, hati terus rasa gelisah bila tgk kawan2 lain yg ada, semua muka gelisah. bayi yg baru dilahirkan tu kebiruan dan tidak menangis. Dr & nurse berusaha utk buat dia menangis. dipukul, ditampar, digoncangkan badan, tp still sama. setelah beberapa ketika, barulah dia kembali menangis. alhamdulillah..semua kegembiraan & melahirkan rasa gembira saat dia menangis.kalau dibiarkan x menangis, bayi tu akan terus kebiruan sbb paru2 dia x fully dilate & oxygen xblh masuk..
dia letakkan dalam incubator dgn kawan2 kecilnya yg lain. tangisannya perlahan. tp masalah kembali timbul apabila badannya tetap kebiruan! Dr yg ada terus berusaha bg oxygen.. dalam 10 ke 15 minit barulah dia kemerahan. Dr yg ada membiarkan dia terus menangis & menangis. menangislah sampai kemerahan dirimu. 


satu lg kes menarik semalam, kes seorang wanita 27 tahun, mengalami post partum hemorrhage. akibat pendarahan yg sgt truk & uncontolled, Dr terpaksa ambil keputusan utk buang uterus dia. (hysterectomy! dlm usia 27 tahun!) sorang kawan tya kpd nurse yg bertugas, adakah ini kandungan pertamanya. tp alhamdulillah, dlm usianya itu, dia dah G5P3.. hati ni pulak yg rasa cuak sebelum tu. tp bila dh tau dia dah ada 3 anak, hati terus rasa lega! 


*folow up case of post partum hrge patient with gangrened limbs
xda la folow up sgt pun, cuma semalam dapat la info lbh sikit. post partum hrge, treatment dia, control bleeding. then bg vasopressin such as cathecholamine. dose yg digunakan bergantung pada condition & severity of the case. andai pendarahan dia berkurang & controlled, dose akan dikurangkan, tp kalau fluctuate, x menentu, atau semakin teruk, dose akan dinaikkan sampai max dose. & klu still uncontrolled, kena buang uterus + bg vasopressin. utk condition pesakit hari tu, 4 hari dia terpaksa ambil high dose of vasopresin sbb pendarahan dia x menentu & uncontrolled. sampailah, max dose dalam masa 4 hari tu membuatkan 3/4 limbs dia gangrene & perlu dipotong!
ikut kata Dr dulu, silapnya dalam case ni, dorng x monitor patient's condition lpas dorg bg ubat tu. it can be detect earlier & her limbs can be saved if they do proper patient's monitoring...

oh ya, alhamdulillah, semalam jgk dpt tgk vagina delivery of twins & tgk baby macrosomia! ;)

td g labour room kejap lps kelas. tp xda pon delivery time tu. baru je delivered! baby2 pon xramai dalam baby room. cuma 3 org je. tp sebelum masuk labour room tu mkcik pekerja kat situ ckp kononnya Faris kirim salam pd aku. sape Faris? dia budak lelaki 4 tahun. tp ada masalah kesihatan. xsure ape. may be cerebral palsy mcm adk. wallahualam. xtya pulak. sblum balik tu smpat la jmpa Faris kejap, dia tgh tido dalam bilik kecik depan lect hall. spaya x diganggu.. cuma dapat tgk dia.. xpe la. yg pasti dia mengingatkan aku pada adik! :)

wallahualam..

Friday 23 March 2012

O&G

bersyukurlah atas segala nikmat yg Allah beri..



Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:


Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]

selalu kita dengar hadis ni. lebih-lebih lagi bila hari ibu menjelma. pernah diri terfikir, subhanallah, sampai begitu sekali martabat seorang wanita diangkat dalam islam. bahkan 3 kali nabi menyebut agar berbuat baik kepada ibu sebelum berbuat baik kpd bapa. subhanallah. tapi fikiran yg kecil lagi sempit ini pernah juga terfikir, mengapa Allah & rasul begitu menjaga hati seorang wanita yang bernama ibu ini? umumnya kita semua tahu betapa besar pengorbanan ibu mengandung selama 9bln dan melahirkan kita, kemudian menyusukan & membesarkan hatta si anak itu telah berkeluarga sekalipun si ibu masih sentiasa mengasihi, mendoakan & menjaga anak2nya. 
bukan diri nak menafikan kasih dan pengorbanan seorang bapa. tapi selepas perjalanan diteruskan dalam unit O&G ni, semakin banyak keajaiban Allah yang dapat ditemui..

kasihkan ibumu 3x melebihi kasih kepada ayah:

1)kerana physiology & fitrah seorang wanita, islam menetapkan hal yang sedemikian. bukti scientifically, dalam 'reproductive age' seorang wanita, setiap bulan bahkan setiap masa dia akan mengalami perubahan hormon. perubahan hormon2 ini sentiasa mempengaruhi mood & psychology seseorang wanita. tak hairanlah andai wanita itu sifatnya lembut hati, mudah tersentuh, mudah berubah moodnya dan macam2 lagi.. manakala wanita yang telah menopause pula, walaupun kitaran haidnya dah tamat, tp ini tak bermakna psychology dia telah stabil. TIDAK! bahkan dalam waktu ini, mereka akan lebih mudah utk depress, emotional disturbance, rasa diri tak dihargai, malah ada yang berfikiran dan berharap dapat mati segera. hurm, kerana itulah, wanita telah diberi layanan special dalam islam. layanan bagaikan sang puteri atau permaisuri yang sentiasa perlu dibelai dan dijaga hatinya setiap masa.

2) pengorbanan mengandung & melahirkan
hurm, yang ni semua tahu... betapa berat dan susahnya keadaan mengandung itu.. disertai pula dengan pelbagai kesusahan, kesakitan, malah meningkat risiko terhadap pelbagai penyakit & komplikasi masa mengandung. lebih2 lagi kalau anak kembar! walaupun begitu, ibu2 tak pernah merungut. tak pula menggugurkan kita sehinggalah kita selamat dilahirkan. 
sakit ketika melahirkan. bagaikan nyawa dihujung tanduk. menahan sakit 'uterine contraction pain', sakit saat jasad bayi dikeluarkan dari saluran yang sempit. belum pun sempat sakit melahirkan itu hilang, sakit bertambah2 saat uri (placenta) perlu dibuang & uterine cavity dibersihkan. andai episiotomy dibuat utk mengeluarkan fetus, episiotomy itu harus dijahit semula. aduhai, nyilu rasa bila tgk semua prosedur tu. tapi ibu kita tetap sudi utk mengandung & melahirkan kita.


sepanjang 2 mgu di O&G:
1) subhanallah, walhamdulilah
pagi sebelum lecture start, g jalan2 dalam wad(?) emergncy bersalin, diri singgah ke bilik dorang letak neonate. -xda labour case time tu. waahh.. hati berbunga2 bila tgk baby2 fresh dlam tu. comel2 semuanya. tp tiba2 mata tertarik ke arah seorang bayi yg sgt special. badannya kecik je.. dia masih tgh menangis dalam incubator. diri pergi mendekati. wajahnya diintai. ALLAH! bayi tu ada byk congenital anomalies! jelas even dari wajah dia. mulut dia ada cleft, hidungnya xsempat lg develop. hanya ada kulit dan lubang kecik je utk dia bernafas. matanya hampir tersembul. 
ALLAH, tersentap hati bila lihat keadaan dia. rasa bersyukur terus hadir atas kurniaan nikmat penciptaannya yang sempurna ke atas diri ini. alhamdulillah.
lepas clinical round tamat dalam pkul 2 ptg, diri kembali semula ke bilik bersalin tu dgn harapan dapat tgk lg vaginal delivery. dan seperti biasa bilik 'comel' tu xkan dilupakan. kali ni, perasaan yg berbeza menyelubungi. kali ni, depan mata sendiri, bayi kecil yg kurang bernasib baik itu diangkat oleh seorang nurse kemudian diletakkan dalam sebuah bekas plastik & ditutup rapat penutupnya. bayi tersebut dah meninggal! Allah, lagi perasaan pilu datang, sedih tapi bercampur kagum. kagum akan aturanNYA yang Maha Hebat. Dia ambil nyawa sikecil itu agar kelak dia takkan menanggung lebih derita dengan membesar dengan keadaannya yg sebegitu.. ALLAH, sungguh Kau Maha Mengasihani!


sabtu, minggu ke2. 
2) jangan lawan takdir & perintah ALLAH
TBL kami hari tu tajuknya abortion (keguguran). sedang Dr mengajar, bila sampai part septic & incomplete abortion, Dr sambung dengan case sorang pesakit yg datang beberapa hari sebelumnya. 
seorang pesakit muda,dah berkahwin, minggu sebelumnya dia dah gugurkan kandungan sendiri atas sebab tak bersedia utk pregnant. kandungan tu adalah kandungan pertamanya. (egypt: abortion diharamkan langsung & dikira jenayah. so xda Dr yang akan gugurkan kandungan tanpa sebab)
tapi kuasa ALLAH menguasai, abortion yang dia buat ialah incomplete abortion. selpas seminggu dia gugurkan kandungan dia, dia datang ke hospital atas complication sebab dah jd septic abortion. keadaan dia semakin teruk. dalam tahap ni, pilihan utama yg dia ada ialah hysterectomy (buang rahim/uterus) tapi disebabkan usia dia yang terlalu muda & belum ada anak sndiri lg, Dr decide utk bersihkan uterus & try utk kawal infection dgn antibiotic.
tp malangnya, keadaan dia bertambah teruk. akhirnya dia dapat septicemia, septic shock & dimasukkan ke ICU. td, lpas kelas salah sorang rakan tanya keadaan pesakit tu skrang & Dr kata, beberapa hari lpas dia dah meninggal sebab septic shock!


khamis mgu ke2
3) terkedu.
hari ni, Dr terpaksa habiskan kelas clinical round kami awal. cuma satu jam je bljar dalam round hari ni. sebabnya, hari ni Dr tu ada satu kes yg agak sedih berkaitan dgn malpractise. 
seorang pesakit umur 25 tahun, baru lpas bersalin anak pertama tp dgn IUFD (intrauterine fetal death) complicated pula dgn post partum hemorrhage. Dia dirawat dgn vasopressin & dimasukkan ke ICU. tp hari ni, Dr yg check dia mendapati dia ada complication baru iaitu 3 dari 4 limbs dia dah gangrene dan harus dipotong!! ALLAH, xtaunak kata apa. umur yg muda, baru lpas kehilangan anak 1st, complicated dgn hemorrhage, lpas tu akan dibuang pula tgn & kaki!
kitorg sempat tya Dr sebab complication tu, & dia jawab; pesakit tu dberi maximum dose of vasopressin after the hemorrhage with poor monitoring of the patient! should be, this case (gangrene) can be detect early & preventable if the patient was monitored properly because for this gangrene to occur, it will take time & pass several stage. now, she has wet gangrene of her limbs & need to be amputate!


bersyukurlah.
hanya itu ucapan yg hadir.
bersyukur kerana dilahirkan sempurna & masih di beri nikmat kesihatan yang baik. syukurlah kerana ALLAH mengurniakan kita insan yang bernama ibu yang darinya DIA salurkan kasih & sayangNYA kepada kita. segala risiko, sakit, penat lelah, pengorbanan kedua ibu bapa kita takkan mampu dibalas!

wallahualam

(taip dalam keadaan penat & ngantuk. sori bahasa campur2 merepek atau ape2 je yg xsepatutnya. semoga pengajaran dapat dikutip, kesalahan dapat ditegur. =)

Saturday 17 March 2012

ukhwah antara kita

Ukhwah fillah.


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” 
(Ali Imran: 102-103)


Apa erti ukhwah fillah? Bagaimana yang dikatakan dengan berukhwah kerana Allah?   Saat kita bertemu rakan dan teman, mulut lancar menyebut "uhibbuki fillah,                   ukhwahfillah."

Setiap kali mulut menyebut, telinga mendengar adakah kita benar-benar faham akan kalimah tersebut? Kebanyakan yang kita lihat kini, berukhwah hanya kerana bangsa,           persatuan, jemaah, ahli badar, geng sosial dan pelbagai lagi kelompok-kelompok kecil   yang nenghadkan diri kita untuk bergaul dengan mereka yang besama dalam kelompok kita sahaja. Andai kau bukan sekelompok denganku, ukhwah antara kita takkan mampumenjadi   lebih manis daripada ukhwahku dengan kelompokku. Benarkah begitu yang   dikatakan ukhwah fillah?

Ukhwah ialah persaudaraan. Fillah pula, kerana Allah. Persaudaraan kerana Allah. Bagaimana yang dimaksudkan dengan persaudaraan kerana Allah?

“Demi Yang jiwaku ada di tanga-Nya. Kamu tidak masuk surga sehingga kamu masuk Islam, dan kamu tidak masuk Islam sehingga kamu saling berkasih sayang, Sebarkanlah salam di kalangan kamu, pasti kalian saling mencintai”
 (Hadis riwayat Imam Bukhari di kitab Al Adab Al Mufrad).


Ukhwah fillah ialah persaudaraan yang diikat atas dasar AKIDAH yang menyatakan Allah itu Tuhan  yang Satu dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Apabila dikatakan begitu, seluruh umat Islam adalah  saudara kita. Kerana itu kita harus mengambil peduli tentang keadaan saudara kita di seluruh dunia!Andai saudara kita ditimpa musibah, ditindas atau dianiaya, sewajarnya kita juga turut tersentuh dan berusaha    untuk membantu mereka. Bukankah seharusnya ukhwah itu, apabila dicubit peha kanan, pehakiri juga turut merasa sakitnya?

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”
  
Riwayat Muslim


Apabila seluruh umat Islam itu adalah saudara kita, bagaimana pula kita dengan rakan-rakan sekeliling? Mengapa kadang wujud suasana dan biah yang me'level'kan rakan kita? Layakkah kita untukme'level'kan manusia? Siapa kita berbanding Dia? Tahukah kita akan segala isi hati manusia yang tersirat? Malah lebih dari itu, mereka dari kelompok daie yang membawa hadaf, tujuan yang sama iaitu untuk menegakkan kalimah Allah dan amar makruf nahi munkar tapi berpecah dek jemaah yang berbeza. Adakah ukhwah itu kerana jemaah? Andai kau berukhwah kerana atau bersama jemaah sahaja, kenapa kau masih tegar untuk melaungkan kalimah ukhwah fillah? Mengapa tidak kau laungkan kalimah 'ukhwah jemaah'? Juga ukhwah yang sering kita jumpa ialah ukhwah mengikut 'level'  seseorang itu. Ahli dakwah dan ahli biasa ataupun dengan ahli sosial bagaikan langit dan bumi. Jauh terpisah tak mungkin bersama. Walau untuk sekejap cuma. Melainkan ada hajat yang dicita. Wahai para daie, andai kau berukhwah sebegitu, bagaimana yang kau katakan kau ingin mengajak ke arah kebaikan? Cara apa yang akan kau gunakan sedangkan untuk berukhwah dengan mereka kau tak tegar?

Ukhwah kerana Allah, ikatan persaudaraan yang dieratkan dengan rasa kasih dan sayang. Kasih dan sayang berkata aku tidak mahu melihat saudaraku merana. Lebih-lebih lagi merana di alam yang nyata iaitu akhirat yang kekal selamanya. Kasihnya itu membawa untuk saling menasihati. Agar bersama berada di jalan hakiki. Bukankah seorang muslim dengan muslim yang lain ibarat seperti sebuah bangunan? Mereka saling mengukuhkan antara satu sama lain.


"Tapi bukankah kita harus memilih sahabat yang baik dalam bersahabat?"

Ya benar. Tidak dinafikan sahabat banyak mempengaruhi diri kita. Andai kita bersahabat dengan penjualminyak wangi, kita juga akan menerima bau wanginya. Andai kita bersahabat dengan tukang besi, asap   busuknya akan terlekat pada kita.

Itu pilihanmu. Pilihan dengan siapa kau ingin berakrab. Bersahabatlah dan berakrablah dengan sahabat    yang baik kerana sahabat yang baik.umpama mentari yang menyinar. Sahabat yang baik membimbing diriagar tak lalai dalam mengingati Ilahi. Sahabat yang baik akan saling kukuh mengukuhi. Tapi jangan        dilupakan agar berukhwah hendaklah dengan seluruh umat Islam.

Akhir kata sebelum mengundurkan diri, berukhwahlah atas dasar AQIDAH. Jangan kau jadikan alasan     jemaah,  kelompok,  level dan pelbagai alasan lain untuk kau punya had dalam berukhwah!
UKHWAH FILLAH!!!

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” 
(Al-Hujurat: 10)


 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam baginda bersabda:
Ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di luar kampungnya, lalu Allah mengutus malaikat untuk menyiasat halnya dalam perjalanannya Malaikat bertanya kepadanya; “Hendak ke manakah anda?” la menjawab: “Saya ingin mengunjungi saudara saya di kampung itu?” Malaikat bertanya lagi: “Apakah ada sesuatu ni’mat dunia (hutang) yang ingin engkau dapatkan?” la menjawab: “Tidak, tapi saya mencintainya kerana Allah.” Malaikat berkata: “Sesungguhnya saya adalah utusan Allah (untuk menyampaikan berita) bahawa Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu keranaNya “
(Hadith riwayat Muslim)


wallahualam