Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
selalu kita dengar hadis ni. lebih-lebih lagi bila hari ibu menjelma. pernah diri terfikir, subhanallah, sampai begitu sekali martabat seorang wanita diangkat dalam islam. bahkan 3 kali nabi menyebut agar berbuat baik kepada ibu sebelum berbuat baik kpd bapa. subhanallah. tapi fikiran yg kecil lagi sempit ini pernah juga terfikir, mengapa Allah & rasul begitu menjaga hati seorang wanita yang bernama ibu ini? umumnya kita semua tahu betapa besar pengorbanan ibu mengandung selama 9bln dan melahirkan kita, kemudian menyusukan & membesarkan hatta si anak itu telah berkeluarga sekalipun si ibu masih sentiasa mengasihi, mendoakan & menjaga anak2nya.
bukan diri nak menafikan kasih dan pengorbanan seorang bapa. tapi selepas perjalanan diteruskan dalam unit O&G ni, semakin banyak keajaiban Allah yang dapat ditemui..
kasihkan ibumu 3x melebihi kasih kepada ayah:
1)kerana physiology & fitrah seorang wanita, islam menetapkan hal yang sedemikian. bukti scientifically, dalam 'reproductive age' seorang wanita, setiap bulan bahkan setiap masa dia akan mengalami perubahan hormon. perubahan hormon2 ini sentiasa mempengaruhi mood & psychology seseorang wanita. tak hairanlah andai wanita itu sifatnya lembut hati, mudah tersentuh, mudah berubah moodnya dan macam2 lagi.. manakala wanita yang telah menopause pula, walaupun kitaran haidnya dah tamat, tp ini tak bermakna psychology dia telah stabil. TIDAK! bahkan dalam waktu ini, mereka akan lebih mudah utk depress, emotional disturbance, rasa diri tak dihargai, malah ada yang berfikiran dan berharap dapat mati segera. hurm, kerana itulah, wanita telah diberi layanan special dalam islam. layanan bagaikan sang puteri atau permaisuri yang sentiasa perlu dibelai dan dijaga hatinya setiap masa.
2) pengorbanan mengandung & melahirkan
hurm, yang ni semua tahu... betapa berat dan susahnya keadaan mengandung itu.. disertai pula dengan pelbagai kesusahan, kesakitan, malah meningkat risiko terhadap pelbagai penyakit & komplikasi masa mengandung. lebih2 lagi kalau anak kembar! walaupun begitu, ibu2 tak pernah merungut. tak pula menggugurkan kita sehinggalah kita selamat dilahirkan.
sakit ketika melahirkan. bagaikan nyawa dihujung tanduk. menahan sakit 'uterine contraction pain', sakit saat jasad bayi dikeluarkan dari saluran yang sempit. belum pun sempat sakit melahirkan itu hilang, sakit bertambah2 saat uri (placenta) perlu dibuang & uterine cavity dibersihkan. andai episiotomy dibuat utk mengeluarkan fetus, episiotomy itu harus dijahit semula. aduhai, nyilu rasa bila tgk semua prosedur tu. tapi ibu kita tetap sudi utk mengandung & melahirkan kita.
sepanjang 2 mgu di O&G:
1) subhanallah, walhamdulilah
pagi sebelum lecture start, g jalan2 dalam wad(?) emergncy bersalin, diri singgah ke bilik dorang letak neonate. -xda labour case time tu. waahh.. hati berbunga2 bila tgk baby2 fresh dlam tu. comel2 semuanya. tp tiba2 mata tertarik ke arah seorang bayi yg sgt special. badannya kecik je.. dia masih tgh menangis dalam incubator. diri pergi mendekati. wajahnya diintai. ALLAH! bayi tu ada byk congenital anomalies! jelas even dari wajah dia. mulut dia ada cleft, hidungnya xsempat lg develop. hanya ada kulit dan lubang kecik je utk dia bernafas. matanya hampir tersembul.
pagi sebelum lecture start, g jalan2 dalam wad(?) emergncy bersalin, diri singgah ke bilik dorang letak neonate. -xda labour case time tu. waahh.. hati berbunga2 bila tgk baby2 fresh dlam tu. comel2 semuanya. tp tiba2 mata tertarik ke arah seorang bayi yg sgt special. badannya kecik je.. dia masih tgh menangis dalam incubator. diri pergi mendekati. wajahnya diintai. ALLAH! bayi tu ada byk congenital anomalies! jelas even dari wajah dia. mulut dia ada cleft, hidungnya xsempat lg develop. hanya ada kulit dan lubang kecik je utk dia bernafas. matanya hampir tersembul.
ALLAH, tersentap hati bila lihat keadaan dia. rasa bersyukur terus hadir atas kurniaan nikmat penciptaannya yang sempurna ke atas diri ini. alhamdulillah.
lepas clinical round tamat dalam pkul 2 ptg, diri kembali semula ke bilik bersalin tu dgn harapan dapat tgk lg vaginal delivery. dan seperti biasa bilik 'comel' tu xkan dilupakan. kali ni, perasaan yg berbeza menyelubungi. kali ni, depan mata sendiri, bayi kecil yg kurang bernasib baik itu diangkat oleh seorang nurse kemudian diletakkan dalam sebuah bekas plastik & ditutup rapat penutupnya. bayi tersebut dah meninggal! Allah, lagi perasaan pilu datang, sedih tapi bercampur kagum. kagum akan aturanNYA yang Maha Hebat. Dia ambil nyawa sikecil itu agar kelak dia takkan menanggung lebih derita dengan membesar dengan keadaannya yg sebegitu.. ALLAH, sungguh Kau Maha Mengasihani!
sabtu, minggu ke2.
2) jangan lawan takdir & perintah ALLAH
TBL kami hari tu tajuknya abortion (keguguran). sedang Dr mengajar, bila sampai part septic & incomplete abortion, Dr sambung dengan case sorang pesakit yg datang beberapa hari sebelumnya.
seorang pesakit muda,dah berkahwin, minggu sebelumnya dia dah gugurkan kandungan sendiri atas sebab tak bersedia utk pregnant. kandungan tu adalah kandungan pertamanya. (egypt: abortion diharamkan langsung & dikira jenayah. so xda Dr yang akan gugurkan kandungan tanpa sebab)
tapi kuasa ALLAH menguasai, abortion yang dia buat ialah incomplete abortion. selpas seminggu dia gugurkan kandungan dia, dia datang ke hospital atas complication sebab dah jd septic abortion. keadaan dia semakin teruk. dalam tahap ni, pilihan utama yg dia ada ialah hysterectomy (buang rahim/uterus) tapi disebabkan usia dia yang terlalu muda & belum ada anak sndiri lg, Dr decide utk bersihkan uterus & try utk kawal infection dgn antibiotic.
tp malangnya, keadaan dia bertambah teruk. akhirnya dia dapat septicemia, septic shock & dimasukkan ke ICU. td, lpas kelas salah sorang rakan tanya keadaan pesakit tu skrang & Dr kata, beberapa hari lpas dia dah meninggal sebab septic shock!
khamis mgu ke2
3) terkedu.
hari ni, Dr terpaksa habiskan kelas clinical round kami awal. cuma satu jam je bljar dalam round hari ni. sebabnya, hari ni Dr tu ada satu kes yg agak sedih berkaitan dgn malpractise.
seorang pesakit umur 25 tahun, baru lpas bersalin anak pertama tp dgn IUFD (intrauterine fetal death) complicated pula dgn post partum hemorrhage. Dia dirawat dgn vasopressin & dimasukkan ke ICU. tp hari ni, Dr yg check dia mendapati dia ada complication baru iaitu 3 dari 4 limbs dia dah gangrene dan harus dipotong!! ALLAH, xtaunak kata apa. umur yg muda, baru lpas kehilangan anak 1st, complicated dgn hemorrhage, lpas tu akan dibuang pula tgn & kaki!
kitorg sempat tya Dr sebab complication tu, & dia jawab; pesakit tu dberi maximum dose of vasopressin after the hemorrhage with poor monitoring of the patient! should be, this case (gangrene) can be detect early & preventable if the patient was monitored properly because for this gangrene to occur, it will take time & pass several stage. now, she has wet gangrene of her limbs & need to be amputate!
bersyukurlah.
hanya itu ucapan yg hadir.
bersyukur kerana dilahirkan sempurna & masih di beri nikmat kesihatan yang baik. syukurlah kerana ALLAH mengurniakan kita insan yang bernama ibu yang darinya DIA salurkan kasih & sayangNYA kepada kita. segala risiko, sakit, penat lelah, pengorbanan kedua ibu bapa kita takkan mampu dibalas!
wallahualam
(taip dalam keadaan penat & ngantuk. sori bahasa campur2 merepek atau ape2 je yg xsepatutnya. semoga pengajaran dapat dikutip, kesalahan dapat ditegur. =)
No comments:
Post a Comment