Tuesday 28 February 2012

bertudunglah dengan sempurna..

assalamualaikum.

one of the best among the best..
jelas, mudah difahami..
yang tinggal kini,
diri sendiri mengamali..

wallahualam.



Sunday 12 February 2012

valentine syndrome

bismillahirrahmanirrahim

14 feb.. ramai yang arif ttg tarikh ni. tambah2 lagi bg pasangan yg sedang asyik bercinta. tak kiralah sama ada cinta yang halal mahupun cinta yg x sepatutnya. malah kadang tu budak2 tadika pun ada yg tau pasal 14 feb ni.. pasal valentine's day..

kenapa tiba2 pasal valentine's day ni? nak cerita hukum sambut valentine's day ke? atau nak serkap jarang org kemudian nak bg ceramah panjang ttg valentine ni? x.. semua tu x.. insyaALLAH x.. kalau nak cakap pasal hukum, saya bukanlah orang yg arif utk bercakap pasal hukum. tp kalau tya pendapat saya pasal valentine ni, klu dia ada menyerupai sesuatu agama lebih baik tinggalkan.

valentine. kalau cakap pasal valentine mesti semua membayangkan pasal cinta. couple. dating. bunga. fenomena warna2 merah & bunga ros, bentuk2 hati yg byk di tepi2 jalan.
mungkin ada jgk yg akan kata eeiii, aku jijik betul dgn hari valentine ni!! hari maksiat!
mungkin ada yg akan kata, wah hari ni hari istimewa aku.. hari lahirku.. atau mungkin; hari ni suami aku romantik sangat menyemai cinta! atau mungkin juga; oh, hari ni aku belanja girlfriend aku makan di restoran mahal sampai menangis dia terharu!

banyak tanggapan & peristiwa yg pasti berlaku dalam tarikh tersebut. mestilah, bumi ini ramai penduduknya. byk pula karenah, ragam dan caranya. tp yg pasti dalam hari ni semua fikiran pasti mudah tertumpu pada kata CINTA. tak kiralah cinta dlm bentuk apa sekalipun..apa yg saya nak kongsi di sini, cuma nk berkongsi sedikit rasa CINTA!

bila dikatakan cinta, hidup kita ni sebenarnya penuh dgn cinta.. dan kita juga setiap masa dicintai lebih-lebih lg umat Muhammad SAW & yg mengikut syariat ALLAH.
urm, ape yg saya nak sampaikan ni??


macam ni la, nk diringkaskan, pertamanya, CINTAILAH mereka yg sentiasa mencintai dirimu.. cintailah kedua ibu bapamu yg amat menyayangimu, adik beradikmu, rakan2 seperjuanganmu, serta insan yg halal kau cintai. mereka lebih layak kau cintai.. malah jika kau cintai mereka, dan tidak kau cari cinta yg tidak sepatutnya dgn bercouple dan sebagainya, insyaALLAH kau akan menemui CINTA dari MAHA PENCINTA!!

sesungguhnya kita hambaNYA. hamba yg banyak diberikan kurniaan & nikmatnya yg tidak terhitung byaknya.. sehinggakan andai kita merasakan setinggi2 syukur kehadratNYA sekalipun, rasa syukur yg dikurniakan kpd kita supaya bersyukur itu juga setinggi2 nikmat & kurniaan yg tidak ternilai harganya..

Cintailah DIA & cintailah Rasulullah SAW yg amat mencintai kita. sesungguhnya merekalah yg layak utk kita cintai melebihi segalanya.. andai kekasih yg belum tentu mampu menyayangi & mencintai kita sepenuh hati, setiap masa, kita sambut dgn begitu romantik sehinggakan sanggup utk menempa kemurkaan ALLAH deminya, kenapa tak kita hargai CINTA ILAHI & kekasihnya yg sangat mencintai kita setiap masa yg cinta & kasihnya tidak terhad dalam tempoh suatu masa malah cintanya berkekalan sehingga ke hari akhirat?


TAPI ANDAI...

cintamu pada manusia janganlah melebihi cintaMU pada yang MAHA PENCIPTA dan YANG MAHA PENCINTA. dan janganlah melebihi cinta kepada yg amat mengasihi & menyayangi kita sehingga ke akhir hayatnya.. tp biarlah cinta kita kepada menusia itu bertali & berantaian sehingga kita semakin mencintai DIA yang MAHA MENCINTAI.. biarlah rasa cinta itu lebih menyuburkan rasa cinta kita kepada yg MAHA PENCIPTA..

jom sama2 kita perbanyakkan doa & amalan agar hati2 kita dipenuhi dgn cinta kpdNYA & kepada yg selayaknya kita cintai..


YA ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padaMU, agar bertambah kekuatanku utk mencintaiMU..

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana, jika kau jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMU..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalanMU..

Ya ALLAH jika aku menikmati cinta kekasihMU, jgnlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU.

Ya ALLAH, jika aku jatuh hati pada kekasihMU, jangan aku bertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU..

Ya ALLAH, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMU, jgn biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU..

amin..

diri bukanlah insan yg sempurna atau sebaik2 insan yg telah berjaya meraih sepenuh cintaNYA, tp hati ini ingin berkongsi agar kita sama2 berjuang dalam pencarian cinta yang MAHA AGUNG..

wallahualam..

Friday 3 February 2012

khas buat maksu..

bismillahirrahmanirrahim...

hari ni 3 feb 2012
alhamdulillah dah 22tahun sebulan aku diberi nikmat utk bernafas di atas muka bumi ilahi ini dgn nikmat iman dan islam..alhamdulillah. dan setiap umur yg bertambah ini membawa aku lebih dekat.. lebih dekat dgn usia kematian..wahai diri, jgn sekadar tahu & sekadar bercakap sahaja! tapi berusahalah mempersiapkan bekalmu!!

esok 4 feb 2012
insyaALLAH akan menjadi hari dan detik istimewa buat salah seorang insan kesayanganku..insan yg tak sedikit pengorbanan dan salah seorang insan yg penting dalam hidupku.. alhamdulillah, spanjang perjalanan hidupku, ALLAH kurniakan aku ramai insan2 yg menyayangi aku. ramai insan2 yg istimewa buat diriku. alhamdulillah & terima kasih semua...

esok hari istimewa buat salah seorang insan istimewaku. insyaALLAH esok maksu Robiyaton Noordin akan mendirikan rumah tangga.. alhamdulillah & tahniah!!sedih hati sebab tak dapat bersama pada hari istimewa tu..tp xpelah, yg penting semoga rumah tangga maksu diberkati, dirahmati, bahagia & kekal ke akhirnya.. semoga maksu berjaya menjadi yg bidadari teristimewa di hati si dia di dunia hingga di syurga kelak.. insyaALLAH hanya doa yang mampu mengiringi kalian..

hurm, setakat apa yg dibaca & diceritakan daripada senior & kawan2 yg dah kahwin, diorang selalu nasihatkan ; perkahwinan ni bukan sesuatu utk kita nak cari kebahagiaan semata2.. tp dia ialah sesuatu ttg tanggungjawab!!! walahualam...

tp ada lg yg lebih istimewa drpd semua tu.. 12 rabiulawal.. hari yg istimewa ttg insan yg sangat istimewa. teristimewa.. moga hati2 ini dilimpahi cinta kpda baginda SAW.. insan yg amat merindui dan mencintai kita umatnya.. sollu 3ala nabi

akhir kalam,semoga esok segalanya berjalan lancar dan diberkati..


Wednesday 1 February 2012

exam mode: homesick? confius? undetected!!

Adik

Detik itu datang kembali. Tarikh yang takkan pernah aku lupakan. Tarikh itu sangat istimewa. Hari lahir si dia. Dia yang melaluinya Allah telah banyak mengajarku.mengajarku erti hidup. Mengajarku erti berdikari. Mengajar aku erti pengorbanan, erti belas, erti kasih dan sebagainya. Dialah adikku. Ya, adikku!

Jika ditanyakan jarak usia antara kami, jarak kami jauh berbeza. Sepuluh tahun berbeza. Tapi sungguh dia telah banyak mendidik diri ini.

Aku masih ingat saat dia bakal dilahirkan. Ketika itu aku di sekolah rendah.  Aku dan adik beradik yang lain dijaga oleh ibu saudara kami kerana ibu punya komplikasi dengan kandungannya. Bukan sehari dua tapi hampir dua bulan! Dalam tempoh dua bulan itu juga, kami tak dapat beraya bersama ibu kerana ibu berada di hospital.

Setelah dia dilahirkan, doktor yang merawat mendapati adik bukan seperti kanak-kanak lain. Dia dikategorikan sebagai kanak-kanak cerebral palsy.  Diawal kelahirannya hampir setiap minggu ibu dan ayah harus berulang alik ke hospital. Tiga tahun pertama hidupnya hampir setiap enam bulan pasti dia akan di masukkan ke wad atas pelbagai masalah kesihatan. Pernah beberapa kali adik diserang sawan. Sepanjang tempoh dia di dalam wad, ibu setia menemani di hospital. Beberapa minggu ibu tiada di rumah. Menemani adik yang dirawat di hospital. Tinggallah aku dan adik beradikku yang lain di rumah bersama ayah. Demi meneruskan pencarian nafkah untuk keluarga ayah terus bekerja seperti biasa. Makan minum kami adik beradik selepas usai waktu persekolahan, telah ayah sediakan sebelum melangkah ke tempat kerja. Adakalanya ayah beli makanan dari luar. Tapi pernah juga kami adik beradik masak sendiri. Alhamdulillah ibu didik kami agar tahu untuk buat kerja rumah. Dalam umur pelajar sekolah rendah itu, aku sudah mampu untuk tanak nasi, menggoreng ikan, tumis sayur, masak sambal, kemas rumah, menyapu, dan beberapa kerja rumah yang ringkas yang lain. Praktikalnya, nak atau tak kami adik beradik mesti tahu dan mesti buat kerja rumah setiap kali adik tinggal di ‘rumah keduanya’ (wad). Kami telah diajar agar berdikari dan sedar bahawa hidup ini bukan sekadar sebuah kisah dongeng kanak-kanak yang penuh dengan keindahan serta segala kehendak hati akan menjadi milik kita. Tapi hidup ini penuh liku dan seharusnya diri ini bersedia dengan kelengkapan secukupnya. Dan kami juga diajar bahawa nikmat kesihatan itu andai ingin ditarik, dalam sekelip mata, dengan sekali lafaz “jadilah” maka segala nikmat itu akan hilang.

Pernah dalam sayup malam, ibu mengejutkan aku dari lena. Dengan muka yang resah ibu mengamanahkan aku agar menjaga adik yang lain kerana adik diserang sakit dan perlu di bawa ke hospital. Kami adik beradik yang lain turut resah. Malam kami disirami air mata yang bergenang. Mengharapkan tiada perkara buruk menimpa adik. Pada saat itu kami diajar olehNya bahawa tiada tempat bermohon dan berharap yang terbaik melainkan dariNya.

Kondisi adik sebagai kanak-kanak OKU juga banyak menyedarkan kami. Banyak menyedarkan aku agar jangan pernah memandang rendah atau merasa jijik dengan mereka yang kurang bernasib baik, yang ALLAH timpakan ke atas mereka berbentuk ujian. Jangan pernah jijik dan memandang rendah mereka yang cacat, terencat akal, ditimpa penyakit kulit dan sebagainya.

Adik kini sihat, Alhamdulillah. Walaupun masih tidak mampu berjalan mahupun berdiri seperti insan lain tapi secara keseluruhannya dia sihat sebagai dirinya. Mampu untuk makan tidak mengira semua jenis makanan. Faham akan setiap butir patah perkataan. Dalam percakapan pertuturannya mungkin tak jelas namun bagi kami yang sering bersamanya bahasanya itu kami faham. Malah adakalanya adik sangat petah, riuh satu rumah dengan karenahnya.Teringat aku pada tahun sebelumnya, adik minta ibu masakkan nasi ayam untuknya sempena hari lahirnya. dan dia juga minta agar diadakan sambutan kecil kecilan untuknya. Dengan aku pula, dituntut hadiah berupa baju berwarna oren supaya sama dengan warna kucing kesayangannya Si Oren.  Oh ya, apa pula yang akan dimintanya kali ini, ya?

Serta merta tanganku menggapai telefon bimbit. Nombor telefon ibu aku dail. Menanti suara-suara yang amat aku rindui untuk menyapa telinga. 

sekian

bila kata tak mampu utk berbicara..

bismillah..

jantung berdegup kencang. otak ligat berfikir. fikiran berserabut. pebagai perkara singgah dan hadir. membuatkan fikiranku seakan sedikit terbuka dek kepadatan dan kesesakan yang menyumbat fikiranku itu..

fikiranku sedikit terbuka. ya. sedikit terbuka membuatkan aku tersentak dan berfikir sejenak. apa yg telah aku lakukan sepanjang hayatku? apa yg telah aku lakukan dalam setiap detik saat dalam setiap hariku? berapa banyak telah aku mempersalahkan orng lain dan adakalanya menyalahkan diriku sendiri tapi apa jalan penyelesaian yg telah aku ambil?

rugi rasanya diri. setelah dipaksa dgn tekanan baru terlihat segala kekurangan, baru terlihat segala kesalahan. tp bersyukurlah. kerana DIA masih mmberi peluang utk kau melihatnya..

ALLAH..aku hambaMU yg lemah lagi hina. aku mohon padaMU jgn Kau bebani aku dgn sesuatu yang mampu aku tanggungi. ALLAH, aku hambaMU yg naif, aku mohon petunjukMU dalam setiap langkah hidupku..ALLAH aku hambaMU yg kini seakan kehilangan diri sendiri. kembalikan seluruh diriku kpdMU. jangan sesekali KAU hilangkan aku dari pandangan dan pengawasanMU ya rabbi.

aliyahsumayyah... rindu kamu sangat2.. semoga dirimu disana sentiasa diberkati..aku tahu kamu kuat. kamu hebat! semoga semangat dan kekuatanmu turut hadir dan mengalir dalam diriku...