Wednesday 29 July 2009

PETUA

PETUA IMAM SYAFIE
Oleh : Abu Fidaa’uddin

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

wallahualam

Lament (devotees)


You

You like to live

like to believe

Essence of life is fun

Want

Want to pretend

The life that you live

Has no guiding hands and you



Jumped into the monies

And never looked back

Moved away from righteousness

You want it all

And don't care if you fall

You wanna see the world

You wanna be the world



Try

Try to believe

The reason to live

Eternal compassion

You'll feel it deep within inside of you



Grasp

The chance to events

The chance to live

A new life

A new beginning

But you



c/o



Why

Do you throw life away

Don't you wanna be among

The ones who faught for the truth

When you eyes were blinded

By the false temptation in your life

Then tell me why must you

Sunday 26 July 2009


assalamualaikum.
cuti Summer telah bermula. sebagai permualaan Jaulah di mesir, diri berpeluang mengikuti Jaulah Matruh-Siwa yg terletak 600km dari bandar ikandariah dan 900km dari kaherah. matruh merupakan salah 1 kawasan pelancongan sederhana musim panas di mesir. pantainya begitu cantik dan bersih selain menyimpan pelbagai sejarah dari zaman firaun & cleopatra hinggalah zaman perang dunia ke2.
diri berasa begitu bertuah dapat mengikuti jaulah ini kerana sepanjang perjalanan, ustaz Rahim selaku ketua musyrif yg begitu berpengalaman telah menceritakan pelbagai sejarah & cerita2 menarik di sepanjang perjalanan kami.




jazirah fatnass, siwa

tasik garam

masjid di shaly sity yg dirasmikan oleh khalifah umar b alKhattab

mata air di jazirah Fatnass yg mna pernah mencatat sejarah, pd 2006, seorg pelajar malaysia mati lemas di situ..

Shaley city- siwa
tgga menyusur kota lama siwa(shaly city)
bukit2 batu
pantai Ajibah, matruh yg akn menjadi 7 warna tatkala senja hampir tiba
jabal mauta (kubur2 lama)
deruan ombak laut Mediteranean

pantai cleopatra

tugu cleopatra (kononnya merupai Cleopatra)

Hamam Cleopatra (bilik mandi cleopatra)


selamat datang ke Matruh

Tuesday 7 July 2009

Umar & 'iyash

DIALAH OMAR ITU!!

Subhanallah

Segala puji ku panjatkan ke atasMu Ilahi

Atas segala aturan yg Kau tetapkan utkku

Sungguh hebat perancanganMu,

Sungguh tetap aturanMu.

Alhamdulillah..

Segala syukur ku panjatkan ke hadratMu Ilahi

Atas segala rahmat yg Kau kurniakan padaku sepanjang perjalananku ini

Segala syukur ku panjatkan ke hadratMu Ilahi

Atas segala sebaik2 perancanganMu itu

Alhamdulillah..

Syukurku juga padaMu atas kurniaan sahabat sepertinya

Sahabat yg begitu tekun dan tabah

Tabah dalam membimbing aku menuju cintaMu ya Ilahi

Juga membimbingku mencapai cita2 ukhrawi

Bukan lagi hanya sekadar mengejar cita2 duniawi

Dialah Umar bg diriku

Bagi diriku yg ibarat ‘iyash

Dia sentiasa mengingatkan aku akan tuhanku

Sepertimana Umar yg selalu mengingatkan ‘iyash akan Allah Yg Maha Esa

Dialah Umarku

Beruntung diriku menjadi seperti ‘iyash

Punya Umar yg mampu menyelamatkan ‘iyash dari kekufuran

salam alaik..

urm, lama diri tak update blog ni.. sekarang ni diri cuba utk fokus utk final exam. cuma, dalam kesibukan exam ni, diri begitu beruntung kerana di kenalkan oleh Yg Maha Pengasih kepada "umar".. nak tahu kisah umar dan 'iyash ni?

inilah kisahnya...

Umar bin Al-Khattab mempunyai sahabat yang rapat dengannya bernama ‘Iyash bin Abi Rabi’ah. ‘Iyash memeluk Islam ketika waktu yang hampir dengan perintah berhijrah ke Madinah. Oleh itu imannya masih tipis ketika itu. Bagaimanapun ‘Iyash cuba menyertai hijrah bersama-sama Umar Al-Khattab.

Di pertengahan jalan ibunya menghantar utusan untuk memujuknya pulang dengan ancaman ibunya akan terus-terusan berjemur di tengah panas tanpa beralih ataupun mandi. Hal itu membuat ‘Iyash khuatir dan hatinya berbelah bagi, bimbangkan keselamatan ibunya. Umar cuba memujuknya; “Usahlah terlalu khuatir akan ibumu. Selepas dua hari berjemur, badannya akan kotor dan dia pasti rimas . Tentunya dia akan mandi. Jika dia berjemur seharian di bawah mentari, pasti esok dia akan berteduh”.

Disebabkan iman di hatinya masih lemah, dia berkeras juga ingin pulang menemui ibunya. Umar hanya mampu memperingatkannya; “Wahai ‘Iyash, jika engkau pulang, pasti ditimpa bala’ dan cobaan”.
Namun sahabat yang baik tidak tergamak membiarkan sahabatnya ditimpa kesusahan. Umar telah melakukan sesuatu yang dapat mengingatkan ‘Iyash walau dia tidak berada bersamanya. Disebabkan ‘Iyash tidak mempunyai unta, diberikanya untanya kepada ‘Iyash; “Ambillah untaku ini. Semoga dengannya kau akan mengingatiku dan kembali bersama-samaku”. Sebaik-baik ‘Iyash pulang kepada keluarganya, dia telah dipukul dan disiksa. Hampir saja dia berjaya dipujuk meninggalkan Islam. Terlihat saja dia kepada unta Umar, ‘Iyash ingat kembali kepada iman dan Islam.

Di situlah kekuatan erti persahabatan yang terjalin. Sahabat yang baik mampu menyelamatkannya dari bencana kufur.

kisah ini diri ambil dari "umar" tersebut sendiri.. terima kasih 'Umar'ku..


alhamdulillah..

Wednesday 1 July 2009

lirik

Layar Keinsafan
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora