Friday 25 December 2009

pesan diri buat hati sendiri

duhai insani
hamba Khaliq yg yg diizinkan bernafas di atas bumi Ilahi
jagalah akidahmu
sesungguhnya siapalah dirimu tanpa Penciptamu
sedarlah dirimu hanyala hambaNya yg lemah lg hina

duhai diri yg lemah lg memerlukan bantuan
jagalah akhlakmu
jagalah tingkahmu
dahulu masa kecilmu,
selalu ibu berpesan
kata ibu
"bukan semua org akan senang dgn segala tingkahmu
tidak ramai yang akan mudah menerima dirimu seadanya kamu
kerana itu adalah lumrah
fitrah dunia yg sementara"

tp ibu, 
pada waktu itu,
sungguh, anakmu ini xmengerti
tidak memahami
sehinggalah pada saat ini, 
kini baru dimengerti

ibu, tidak jua dilupai
pesananmu utk diri anakmu ini
agar menerima insan sekeliling seadanya mereka
"jangan kau benci
dan jgn jua kau jauhi mereka
kerana sesungguhnya muslim itu bersaudara
dan sesungguhnya, adakalanya apa yg kau benci itu adalah yg terbaik utkmu dari tuhanmu"

duhai hamba Ilahi yg mengih cintaNya yg hakiki
jagalah hatimu
bersihkan jiwamu
jgn kau kotori dgn tompok2 noda
kerana sesungguhmya hati yg hitam itu sukar utk menerima petunjuk dariNya
dan sesungguhnya petunjuk itu amat kau perlukan 
dalam pelayaran hidupmu
agar tidak tersasar dari landasanNya

dan kemanakah kau tanpa petunjuk dan bimbingan dariNya??

Friday 4 December 2009

cinta..

Bicara Pengorbanan

dalam menanti sayu sahut sahutan takbir di pagi hening
sang ibu
berpenat lelah menghias rumah
membanting tulang melengkapkan juadah di atas meja
penuh teliti mendandan anak-anaknya agar zuriatnya gembira
gembira dalam menikmati kemenangan
kemenangan yang dikurniakan tuhan

dalam menanti sayu sahut sahutan takbir di pagi hening
si ayah
bemandi peluh
bukan sehari dua
bukan seminggu dua
si ayah bermandi peluh memerah keringat
agar keluarganya yang tercinta
tidak merasai kekurangan di hening pagi hari lebaran

bagaimana pula dengan kita?
apa pengorbanan kita utk mereka?

saudaraku
saat kalian bergembira
pernahkah kalian mengingati kami?
adakah kalian sedar kedukaan kami?
adakah kalian tahu nasib kami di sini?
nasib kami saudara-saudara kalian di sekitar al Quds
kami yg terus bertahan & berjuang
demi mempertahankan al-Quds& islam tercinta

kanak2 kalian gembira menikmati lebaran
sedangkan kanak2 kami terus berduka
terus menangisi keperitan hidup

adik2 kecilku sering bertanya:
ukhti, di hari istimewa ini,
mengapa ayah masih belum pulang?
di mana ayah, wahai ukhti?
adakah ayah akan menyambut hari ini bersama kita , ukhti?
ukhti, di hari istimewa ini,
sudahkah ukhti mengejutkan ibu dari tidurnya, ukhti?
adakah ibu akan menyediakan makanan yg istimewa?
wahai ukhti,
bagaimanakah rasanya nikmat & gembira eid itu?
adakah israel2 itu akan mengizinkan kita menyambutnya tanpa butir2 peluru & bom pergut nyawa walaupun sehari?
sampai bila kita akan terus begini?
terus-terusan ditindas & menanti saat ajal bertandang menemui Ilahi


sahabatku,
saudara seislamku
kenanglah kembali
apakah pengorbanan kalian sudah memadai?
apakah pengorbanan kalian demi Islam mencukupi?



# buat diri sendiri: adakah pernah kau lakukan sesuatu demi agamamu, keluargamu
& saudara2 seislammu?

Friday 20 November 2009

apa khabar mereka di sana??







Assalamualaikum..
Setelah sekian lama menyepi.. tak tahulah bagaimana keadaan mereka kini. Berita2 tentang mereka juga sudah jarang didengari. Dunia pun turut menyepi. Maka tiap2 hati di muka bumi ilahi ini pun turut dingin dan alpa terhadap mereka2 di sana..
Siapa mereka2 di sana tu??
Siapa lagi kalau bkn saudara2 kita di PALESTIN!!!
Huh! Sejak serangan besar2an dari Israel ke atas rakyat palestin khususnya umat islam di sana, kini saudara2 lain di seluruh dunia semakin alpa terhadap mereka.. mana tidaknya, sudah tiada lg serangan2 kejam yg dilakukan yg bisa membangkitkan kemarahan hati...
Maka, kini semakin ramai jugalah yg mula berani utk menikmati semula barangan2 Israel sekaligus membantu Israel mengukuhkan kembali ekonomi mereka..





“alaa...xpe kot kita g makan kt kfc tu.. lgpun, cm dah xda je serangan kt palestin tu.. ok dah la kot..”
“jom la kita g mc D.. kempen palestin pon dah habis dah ni.. xda sebab dah nk tahan2 mkn sedap2 ni.”
Di restoran2 israel kini telah dipenuhi semula dengan umat2 manusia yg sudi membantu usaha2 murni mereka dalam mengumpulkan darah2 palestin.
Dan itulah salah 1 taktik Israel..
Menyepikan serangan besar2an agar dunia melupakan rasa belas kasihan mereka terhadap Palestin dan meredakan kemarahan dunia terhadap mereka..



Hurm, tak tahulah nk kata apa lg.. kepada Perubatan Iskandariah, harap sgt2 diorg dapat teruskan balik kempen palestine evergreen dulu..jgn la terus menyepi. Sedih sgt rasanya bila semakin ramai membanjiri tempat2 Israel terutamanya umat islam dan golongan Melayu itu sendiri..
Pesanan buat diri sendiri yg turut mudah terpedaya, harapnya dapat ditetapkan hati dalam mengingati & membantu sedaya yg mungkin umat2 islam di palestin... semoga ALLAH tetapkan hati ini, amin..

Sunday 1 November 2009

motivation quote for me & u


" Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out."

- Robert Collier





"Dare to live the life you have dreamed for yourself. Go forward and make your dreams come true."
- Ralph Waldo Emerson

Friday 30 October 2009

alhamdulillah..



Assalamualaikum wbt..

urm.. blog diri sekarang ni dah lebih kepada cerita ttg diri pulak berbanding daripada matlamat asal utk memberi peringatan & pesanan buat diri ini.. huhu..

tapi utk post kali ini, diri nak lafazkan jutaan kesyukuran kehadrat Ilahi.. setelah lebih kurang 2 minggu diri &ahli bait lain cuba mencari org2 yg sudi menjadi ahli bait kami, akhirnya ada juga yg sudi jadi ahli bait kami..

alhamdulillah... alhamdulillah.. alhamdulillah...


akhirnya Allah kurniakan kami seorang lagi ahli bait tambahan.. oh ya, rumah kami dah diberi nama.. nama yg dipilih bersama dgn persetujuan semua ahli bait... nama yg biasa, tapi comel.. :)

bait KRUSTY CRAB!! hehe.. nama sahaja krusti crab, tapi xda spongebob pn di sini.. hanya sekadar nama..


buat ahli baitku yg baru, semoga dirimu gembira, bahagia & selesa di sini.. jgnlah ada rasa jurang antara kami ahli rumah ini dgn dirimu sbgi ahli baru.. kita semua adalah sama.. :)

Friday 16 October 2009

PROMOSI RUMAH UNTUK DIDUDUKI.


salam..

hurm, kali ni diri nak promote rumah..

rumah kami kini tgh cari lagi seorang lagi ahli bait..
nak tambah ahli bait lepas bukak 1 lg bilik hari tu..

kepada sesiapa yg nak cari rumah, ada syaratnya..
tapi tak byk pun..hehe

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

1. BERAGAMA ISLAM

2. WARGANEGARA MALAYSIA

3. AKHAWAT SAHAJA (IKHWAH TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENYAMAR MENJADI AKHAWAT)


ituhanya itu sahaja syarat2nya..

mudah je kan??

mesti ada yg tanya, ok ke rumah tu?? cm mana rumah nya..





ha.. ni la rumahnya.. ok je kan?? cantik.. bukan setakat cantik je....


kami bawa stok makanan dari malaysia yg tahan sampai 7 keturunan... hehehe...
memang byk. jd siapa yg join jd ahli bait ktorg, kira sume ni pun kita kongsi sama2.. apa yg penting: kerjasama.. kra dah baik la ni kan?? hehe.. ni termasuk dalam pakej promosi..


rumah kami ada pemandangan yg cantik.. kalau tension study, blh trus terjun laut sbb rumah kami depan je dgn laut.. comel tu..





ha.. mana lokasi rumah kami erk?? rumah kami di kubri gam'ah.. sebelah je dgn stesen minyak mobil...senang je nak cari..


nak tahu lebih detail ttg rumah kami??

CIRI-CIRI RUMAH KAMI:

1. KAWASAN KUBRI GAM’AH (SEBELAH MOBIL)

2. 4 BILIK

3. 1 BILIK AIR BESAR

4. RUMAH DEPAN PANTAI (PEMANDANGAN CANTIK)

5. MESIN BASUH DISEDIAKAN

6. ADA PETI AIS, BLENDER DLL.. (HEHE)

7. INTERNET DISEDIAKAN

8. PILIHAN PENGANGKUTAN KE UNIVERSITI

a) TRAM (PALING MURAH)

b) TRAMCO (MURAH, CEPAT & SELESA)

c) TEKSI (IN CASE KALAU LAMBAT SANGAT@ DAH KAYA SANGAT)

9. BERDEKATAN DENGAN PASAR & FATHALLA

10. KAWASAN STRTEGIK (RAMAI KOMUNITI MELAYU)

11. STOK MAKANAN TAHAN 7 KETURUNAN




kalau anda kategori org yg mudah kena sakit, jgn risau.. peti first aid kami macam2 ada.. doktor la katakan..
stok ubat-ubatan kami...

TIADA DISKRIMINASI UMUR..

TERBUKA KEPADA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT..

KAMI TAK KISAH ANDA TAHU MASAK ATAU TIDAK..

TIADA ADEGAN BULI- MEMBULI..

TIADA WANG PENDAHULUAN..

HARGA BERPATUTAN..



rumah kami masih belum ada nama..
jadi, siapa yg jd ahli bait kami nanti, kami bg dia peluang utk bg nama pd rumah kami ni nanti..


kami amat mengalu2kan kesudian anda utk jadi ahli bait kami..


jika ada yg berminat, blh terus comment kat post ni.. xpun, bgtau je kat ruang chat sebelah ni..



doakanlah kami agar ada org yg sudi utk jadi ahli bait kami.. diri dan ahli bait yg blain hanya mampu berusaha promote rumah kami.. tapi selebihnya hanya ALLAH sahaja yg tahu.. harap sahabat2 semua dapat sama2 bantu doakan kami..


yg berat sama dipikul, yg ringan sama di jinjing..

Wednesday 14 October 2009

miss him so much!!

adik menangis sebelum diri fly..sedih~

salam..

usai solat subuh, diri meletakkan badan di atas katil. kemudian, tiba-tiba terbayang wajah2 insan yg aku sayangi di malaysia.. rindu sangat pada mereka.. terutamanya si dia yg istimewa ini..

muhammad afiq hafizam..

tanggal 31 disember 1999, saat dunia menantikan y2k, seorang bayi lelaki dilahirkan. namanya diambil sempena peristiwa derma hati pertama di malaysia antara afiq & wan hafizam.. dialah satu2nya adik-beradik lelaki diri..


lahir sebagai bayi pramatang, selepas sebulan dalam 'incubator', dia terpaksa menjalani pembedahan di kepala setelah doktor mendapati kepalanya mula membesar secara tidak normal.(hydrocephalic).




di rumah, dialah adik.. adik seorg kanak2 oku. walaupun begitu, 'bijak' orgnya..hehe..
alhamdulillah, adik antara kanak2 istimewa yg bernasib baik.. adik bersekolah di kelas pendidikan khas sk pengkalan pegoh yg jaraknya dekat dengan rumah.. sekolah tu juga bekas sekolah diri dulu..

adik memang bijak.. setiap butiran kata2 semua dia faham dengan baik.. cuma masalahnya, dia tak mampu untuk berjalan mahupun duduk dengan sendiri & cakapnya pun agk lambat (masih pelat macam bdk 1thun mcm tu la.. tapi kami di rumah, & saudara2 yg rapat faham la apa yg dia sebut..) adik suka main. kalau nak bergerak, adik akan meniarap, kemudian tarik badan dia guna tgn( lbh kurg maca, askar jalan bawah dawai gerigi tu.)..

nak ke mana tu adik?

diri dan adik mmg rapat.. sedih diri nak tgglkan adik.. tapi, adik lg sedih sebab kena tggl..
teringat masa mula2 nk btg ke mesir ni. masa di airport, adik menangis kuat, teresak2..huhu.. diri yg tgk dia sedih macam tu, rasa sedih sangat.tapi tak nangis pun la, sebab diri nekad tak nak nangis & kena kuat semangat sebab dtg mesir demi Allah, insyaALLAH.. diri tahan perasaan & air mata spya x jatuh! alhamdulillah, berjaya juga..


lepas tu, bila setiap kali diri telefon mak, adik mesti tak nak cakap dengan diri( malah x nak dengar suara diri pun!!) kalau dengar je suara diri, dia mesti menangis.. dia sebak kot.. rindu..

lebih kurang sebulan sebelum diri nak balik malaysia (time cuti) baila diri telefon, baru adik nak bersembang dengan diri.. riuh dia embang.. macam2 dia nak cerita.. bila diri tanya,
"rindu kakak x??" dia blh siap tipu lg kata x..hehe.. mesti nk kena control macho jgk..


sampai je di malaysia, kalau blh, adik nk setiap masa dgn diri(nak lepas rindu la tu..) sampaikan malam2, kalu sebelum ni adik tidur dengan mak & ayah, tapi masa diri balik hari tu, nak tidur dgn kakak je.. kalau diri kata nak tidur kat dapur @ dalam bilik air sekalipun, dia nak ikut jugak.. hehe..


rindu adik..


hari tu, masa nak fly balik mesir, baru sampai airport KLIA, kat tempat parking lg, adik dah menangis.. sedih.. sayu hati tgk dia..





Saturday 10 October 2009

juz a beginning 2

jeng3.. hehe... dgn slumber, makcik tu tlok troli diri n meclah nk masuk jugak.. disebabkan die nk sgt mencelah, maka diri pun bg die mencelah betul2..hahaha

masa kaki die tersangkut antara troli diri & palang kauter tu, dgn tersengaja diri tolak troli tu sampai himpit kaki die..huhu.. jahat betul kan??makcik tu pun apa lg, membebel la.. nth pe yg die bebel, diri xtahu.. haha....


tapi, akhirnya kemenangan berpihak kpd org yg benar..hehe.. dalam berebut ltk brg tu, ada sikit brg diri kt depan makcik tu.. brg2 tu, kwn osmet diri jaga..so, sampai time die, die mntak la brg kami yg ada pada diri utk byr sekali..

mkcik dpan diri td, dgn muka agk terkejut berkata.. oo, yg ni byr sekali dgn kamu?? lebih kurg gitu la ayt die..hahaha
jadinya, diri dapat jugak pintas die.. time diri nk byar tu,, die bebel lg... pnjang lak tu.. pe yg die bebel ntah la.. tp rasanya,m die gtau,kt sini negara mesir, so, kami yg bkn org mesr ni jgn nk tunjuk hebat la kot.. ntah la. cam salah translte ayt die pn ye jgk kot. ah, biarla..
pastu, dah abis bebel, die tya paham x pa yg die ckp.. diri mmg x paham pun.. di sebabkan malas nk layan die, diri diam je.. pastu, cashier tu lak yg tlg jwab.. x pyh nk bisng la,bdk2 malizi ni x paham pn.. hahaha


mesti makcik tu geramkan? dalam hati, diri kata, padan muka mkcik tu kalau die nk geram..die ingt kami melayu, kami x blh nk pertahankan hak kami?? huhu..

tapi bila difikir2kan balik, diri sepatutnya lbih kan bersabar...uhuhu.. bkn ikut nafsu geram tu..huhu..ntah la.. harap2 pd masa akan datng diri dpt lbih bersabar.. huhu

yg kes ni mgkin sbb nk cepat sbb dah hampir tgh malam + badan yg penat.. huhuhu




harap hari ni lbih baik dari semalam dan sebelum2nya.. & hari esok & hari2 yg mendatang lbih baik daripada hari2 sebelumnya...

juz a beginning

salam alaik..

huh,sejak balik dari malaysia, penat sungguh.. tak henti2 kerjanya.. basuh rumah, kemas rumah, angkut barang & macam2 lg la.. hurm, inilah rasanya pindah rumah.. sebelum ni tak pernah pun pindah rumah.. kali ini rasalah pengalamannya di mesir..

tapi, sejak balik semula ke mesir ni, rasanya, hari ni lah hari pertama aku berperang dengan org arab..haha.. (rasanya pertama kali sejak aku datang sini..) tapi bukan lah perang besar pun. kecik je..


mula ceritanya begini...
lepas penat2 kemas2 brg sepanjang hari ni, diri dan housemate yg lain bersepakat nak mkn kat luar.. maklumla, nk masak sendiri, bdn dah penat.. lagipun keperluan nk masak belum ada lg.. hehe..
jadi, dengan perut yg kebulur & badan yg penat, kami pun melangkah kaki keluar rumah menuju ke carefour.. carefour jugak yg terpaksa jd pilihan..huhu... sebab kat situ ada atm ABCbank.. sorg housemate nk kelurkan duit.. kemudian, nk beli brg2 keperluan rumah sikit2..


hurm, mula2, kami terus melangkah dgn jitu & tanpa rasa was-was mahupun ragu ke food court utk mengisi perut yg merdu mendendangkan lagu keroncong kelaparan..hehe

kemudian, kami berpecah.. 2 org g ke atm, lg 3 org g beli barang..
nak beli & pilih baeang senang..nak ambil dari rak barang pun senang.. kini tibalah masa yg dinanti-nantikan.. saat nk bayar di kaunter dengan keadaan org yg cukup zahmah.. dah la zahmah, pastu xreti nak beratur pulak..hai2 org arab huhu..oleh sebab hari pun dah lewat malam,tambahan badan yg dah penat, tanpa melengahkan masa kami menuju ke kaunter yg x berapa ramai org nya..(masa mula2 kitrg sampai la..)masa terus berjalan.. pakcik cashier pulak begitu lemah gemalai & sopan santun buat kerja..sorg pelanggan pun ambil masa dekat 15 minit.. walaupun kaunternya hanya untuk brg kurg 10 kuantiti sahaja.. huhu.. penat menunggu.. menunggu itu memang satu penyeksaan..


2 org depa diri ada 2 org makcik arab.. sebelah pulak ada pakcik arab yg baru datg pastu terus duk kat sebelah aku..kemudian, ada pulak makcik arab lain yg sambung belakang die..
huhu(cam nk cari pasal je pak cik ni..)

giliran makcik depa tu dah sampai.. die pun bayar brg die termasuk brg sorg lagi mkcik yg katany sekali sama brg dengn die.. kalau makcik tu dtg awl dari diri xpa.. ni dtg2 trus menyelinap mencelah dengan troli die tu..ok fine, sabar!!

pastu, makcik yg menyelinap tu sembang plak dengan pakcik arab sebelah aku ni.. sambil sembang tu, silent war berlaku antara pakcik tu pya troli & troli diri.. yg buat panas hati, blh plak makcik arab tu offer kat pakcik tu lepas die, giliran pakcik tu!! kurg asam!! ces, diri pun dgn sedaya uapaya cuba mencelah jugk xnk bg pakcik tu masuk kaunter dulu. tapi kurg menyebelahi diri..pakcik tu dapat masuk jugak!! (nasib baik aku masih sabar lagi pakcik!!)

lepas tu pulak,eh3..ada ke patut makcik belakang pakcik tu kata turn die pulak.. pastu kata diri potong line die..amboi3 senang je kau ek.. so, diri pun bertekad!! xnk putus asa... dalam bahasa arab yg ntah apa2 & cuma 2@3 patah kat je pun, diri tetatp bertegas nk byar dulu.. x kira la nk gaduh ke apa!! haha

apa lagi.. berebut la, ltk brg kt kaunter tu.. pastu, die pun menyibuk nk ltak brg jugak.. ntah apa yg die merepek time tu ntah la..
ah, lantak ko la..
lepas tu.. sanggup pulak nk himpit masuk ikut celah troli aku..huh, diri kata, x, x blh masuk..x muat..dgn muka yg geram sgt2 dah time tu.. pastu, dgn selambanya...

Thursday 1 October 2009

back to school

salam alaik..
hampir 2 bln diri x dapat nak update blog ni..
maklumlah kat rumah xda internet..
jadi, kalau pergi cc pun cuma tgk2 apa yg penting je..
alhamdulillah, sebelum balik ke mesir ni, dapat juga diri update sikit blog yg dah terbiar ni..
hampir seminggu ni,(28sept-1 okt) diri kembali ke sekolah..
kemnali ke sekolah bkn utk belajar kembali tapi, sebab dipanggil untuk beri sikit ceramah kpd pelajar tingkatan 3&5 ttg pengalaman masuk universiti & tinggal di Mesir..
sekolah diri bukan 1 sekolah yg namanya gah seperti mana2 mrsm. sekadar sekolah harian biasa..sekolah menengah kebangsaan pengkalan,lahat, perak!!
diri dan sahabat baik diri yg kini sedang mengambil diploma di UNISEL & bakal ke jepun pada 2011, insyaALLAH, turut ada. maknanya, kami berdua di jemput untuk beri ceramah kepada mereka..
bagi diri, ini bukanlah kali pertama diri sampaikan ceramah kpd mereka.. sebelum sampai ke mesir dulu pun pernah sekali sampaikan "talk"pd mereka.. jadi nervous ada jugak la..
tapi kurang la sikit..
hurm, nk cerita mmg rasa macam byk lg nk cerita, tp lepas ni ada kerja lain pulak nak di selesaikan..cuma secara paling simple & nak cepatnya..........
'talk' untuk pelajar ting 3: 29 sept 2009 (2 jam non stop)
'talk' untuk pelajar ting5 : 1 okt 2009
(dari pukul 9 pg, sampai 1 tghri!!! rehat cuma 20 minit sahaja!)
hehe.. cukup la dulu. nak g sambung kerja.. insyaALLAH 5 okt balik iskandariah..
sayang, xdapat letak gambar. huhu..

Wednesday 29 July 2009

PETUA

PETUA IMAM SYAFIE
Oleh : Abu Fidaa’uddin

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

wallahualam

Lament (devotees)


You

You like to live

like to believe

Essence of life is fun

Want

Want to pretend

The life that you live

Has no guiding hands and you



Jumped into the monies

And never looked back

Moved away from righteousness

You want it all

And don't care if you fall

You wanna see the world

You wanna be the world



Try

Try to believe

The reason to live

Eternal compassion

You'll feel it deep within inside of you



Grasp

The chance to events

The chance to live

A new life

A new beginning

But you



c/o



Why

Do you throw life away

Don't you wanna be among

The ones who faught for the truth

When you eyes were blinded

By the false temptation in your life

Then tell me why must you