adik menangis sebelum diri fly..sedih~
salam..
usai solat subuh, diri meletakkan badan di atas katil. kemudian, tiba-tiba terbayang wajah2 insan yg aku sayangi di malaysia.. rindu sangat pada mereka.. terutamanya si dia yg istimewa ini..
muhammad afiq hafizam..
tanggal 31 disember 1999, saat dunia menantikan y2k, seorang bayi lelaki dilahirkan. namanya diambil sempena peristiwa derma hati pertama di malaysia antara afiq & wan hafizam.. dialah satu2nya adik-beradik lelaki diri..
lahir sebagai bayi pramatang, selepas sebulan dalam 'incubator', dia terpaksa menjalani pembedahan di kepala setelah doktor mendapati kepalanya mula membesar secara tidak normal.(hydrocephalic).
di rumah, dialah adik.. adik seorg kanak2 oku. walaupun begitu, 'bijak' orgnya..hehe..
alhamdulillah, adik antara kanak2 istimewa yg bernasib baik.. adik bersekolah di kelas pendidikan khas sk pengkalan pegoh yg jaraknya dekat dengan rumah.. sekolah tu juga bekas sekolah diri dulu..
adik memang bijak.. setiap butiran kata2 semua dia faham dengan baik.. cuma masalahnya, dia tak mampu untuk berjalan mahupun duduk dengan sendiri & cakapnya pun agk lambat (masih pelat macam bdk 1thun mcm tu la.. tapi kami di rumah, & saudara2 yg rapat faham la apa yg dia sebut..) adik suka main. kalau nak bergerak, adik akan meniarap, kemudian tarik badan dia guna tgn( lbh kurg maca, askar jalan bawah dawai gerigi tu.)..
diri dan adik mmg rapat.. sedih diri nak tgglkan adik.. tapi, adik lg sedih sebab kena tggl..
teringat masa mula2 nk btg ke mesir ni. masa di airport, adik menangis kuat, teresak2..huhu.. diri yg tgk dia sedih macam tu, rasa sedih sangat.tapi tak nangis pun la, sebab diri nekad tak nak nangis & kena kuat semangat sebab dtg mesir demi Allah, insyaALLAH.. diri tahan perasaan & air mata spya x jatuh! alhamdulillah, berjaya juga..
lepas tu, bila setiap kali diri telefon mak, adik mesti tak nak cakap dengan diri( malah x nak dengar suara diri pun!!) kalau dengar je suara diri, dia mesti menangis.. dia sebak kot.. rindu..
lebih kurang sebulan sebelum diri nak balik malaysia (time cuti) baila diri telefon, baru adik nak bersembang dengan diri.. riuh dia embang.. macam2 dia nak cerita.. bila diri tanya,
"rindu kakak x??" dia blh siap tipu lg kata x..hehe.. mesti nk kena control macho jgk..
sampai je di malaysia, kalau blh, adik nk setiap masa dgn diri(nak lepas rindu la tu..) sampaikan malam2, kalu sebelum ni adik tidur dengan mak & ayah, tapi masa diri balik hari tu, nak tidur dgn kakak je.. kalau diri kata nak tidur kat dapur @ dalam bilik air sekalipun, dia nak ikut jugak.. hehe..
rindu adik..
hari tu, masa nak fly balik mesir, baru sampai airport KLIA, kat tempat parking lg, adik dah menangis.. sedih.. sayu hati tgk dia..
No comments:
Post a Comment