Thursday 22 July 2010

sejenak: bersama "raja"

salam...


setelah sekian lama, alhamdulillah,  hari ini diri mencuri sedikit masa untuk mengisi ruang maya yang  semakin sepi ini..fatrah imtihan dan mungkin juga kerana kegersangan diri ini sendiri menyebabkan lama alam maya ini ditinggalkan.. (kalau ada post pon, sekadar copy paste utk dikongsi bersama)


hari ini diri nak ingat kembali satu analogi yang sering kali kita dengar. selalu diceritakan.

kisah seorang raja~


di suatu negeri, terdapat seorang raja yang adil, baik hati serta pemurah..malah raja tersebut sangat sayang akan rakyat jelatanya. sesiapa yang ingin meminta bantuan darinya boleh datang terus menghadapnya utk meminta bantuannya..

setiap hari, ramai rakyatnya yang datang utk mengadu akan masalah mereka serta mengharapkan bantuannya.


 dalam ramai rakyat2 yang datang, ada yang datang secara "private" (sorang2). ada jugak yang datang satu kumpulan. kadang tu kumpulan2 besar terus datang (bawak satu kampung la kot). kadang tu dalam kumpulan2 kecik je.


tak kirala berape ramai sekaligus yang datang, kerana sayangnya raja ni pada rakyatnya, dia tak pernah terlepas pandang pada setiap rakyatnya yng datang.

apabila dia perhatikan, ada datang dengan penuh harapan & rendah diri. mereka khusyuk,penuh adab, bahasanya lembut, serta penuh puji-pujian kerana  sangat mengharap agar dibantu.


dalam dalam keadaan lain pula,  ada juga yang datang memohon meminta bantuan tetapi dengan cara yang kurang sopan. duduknya tidak tertib seperti adat2 di istana, riaknya seperti sekadar hanya meminta dimulut sahaja. tiada kesungguhan ketika dia memohon ditolong. bahasanya hanya guna bahasa pasar & kadang2 tu guna bahasa pasar je. tiada kata2 pujian atau segala yg sewaktu dengannya. masuk2 istana je, 'raja, saya nak kereta ferrari.harap raja dapat kasi.'


ada yang lain pulak, masa minta tu, siap gelak2, ada pulak kadang2 siap nangis2 terus. kadang2 tu, siap boleh sembang2, tak pon  main game pulak esp klu datang dengan grup besar2. sebab mungkin rakyat tu ingat dia xkan  tgk dorng la kot.


kalau anda jadi raja tu, orang ramai datang pada anda utk mintak tolong. dalam golongan mane yg anda mudah nak bg tolong?? 

***********************************
macam tu jugak la kita dengan ALLAH... kita cuma hamba makhluk ciptaanNYA. yang segla2nya ditentukan olehNYA. hatta utk tido pon klu bkn dengan izinNYA kita x boleh tido jugak. walaupon paksa diri macammana sekali pon.


saat kita berdoa, bagaimana adab kita dengan ALLAH?? adakah cukup sekadar duduk dalam keadaan betul, kemudian sekadar baca je doa dari buku doa tapi baca doa yg sekadar cukup syarat, feelingless masa mintak doa? kadang2 tu siap boleh main2 lg?

memang ALLAH itu Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Penyayang. maka kalau ALLAh izinkan, akan dimakbulkan juga doa tersebut. tapi, mana adab kita sebagai hamba kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung?? Tuhan yang menciptakan kita dengan sebaik2 kejadian.

berdoalah dengan penuh pengharapan & rendah diri


itu baru masa berdoa, time yg nampak sangat2 kita tgh memohon. klu masa solat pulak macammne??
seperti yg kita tahu, dalam solat itu sendiri penuh dengan doa yg mengharap kesejahteraan kpada kita sndiri & juga penuh dengan puji2an kepadaNYA.

cukupkah sekadar buat solat je. tapi kosong, fikiran melayang, fikir nak cepat habis sebab panas, baca pun laju macam bullet train. blh terima ke?

terus terang diri katakan, memang susah utk khusyuk dalam solat. sungguh, memang berat. banyak sangat syaitan datang menggoda waktu tu. waktu tu jugakla nak teringat macam2.tapi, kita haruslah berusaha utk cuba khusyuk dalam solat.


"YA ALLAH, permudahkanlah aku utk khusyuk dalam solatku & ibadahku. Ya ALLAH, jadikanlah aku golongan orng yg khusyuk. amin~"

* (kepada yg sedang menaip ni, jangan sekadar taip je.. & jangan sekadar bermusim je nak cuba utk khusyuk!!)



"solat itu amatlah berat kecuali orang2 yg khusyuk"


selain ketika berdoa & solat, macam mane pula adab kita ketika sedang berzikir kepadaNYA?? (contoh selalunya: zikir lepas solat, baca ma'thurat, tadarus, baca al mulk tiap2 malam di asrama@dengan ahli bait)
main2?? sekadar lepas di mulut??

kemudian, setiap saat dalam kehidupan kita. bagaimana pula? bukankah ALLAH Maha Melihat?? Dia melihat bukan hanya ketika kita berdoa & solat je. bukan sekadar di tempat2 tertentu seperti di masjid je...fikir2lah sendiri..



PERINGATAN INI DITUJUKAN KHAS BUAT DIRI SENDIRI AGAR SELALU DIINGATI DAN JANGANLAH SEKADAR HANGAT2 TAHI AYAM UNTUK BEBERAPA HARI SAHAJA~
BIARLAH BERTERUSAN MENGHARAPKAN REDHA ILAHI~

JUGA ditujukan khas kepada sesiapa yg membaca terutamanya saudara seIslamku yg disayangi~



**disini saya sertakan juga link pdf adab berdoa tapi dalam bahasa Indonesia~



"segala salah silap,harap ditegur, andai terkasar bahasa terguris rasa, harap dimaafkan.."

Wednesday 14 July 2010

sekadar utk dikongsi bersama... semoga bermanfaat~

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.





Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

*kisah ini diambil dari satu blog.Tapi saya dah lupa nama blog tersebut...