Sunday 18 September 2011

sahabat

assalamualaikum

sahabat..
sengaja diri taip perkataan tu  di google pictures.. & membiarkan gambar2 menghiasi petak2 ruangan disitu.. tak de sebab pon.. saje je.. & dengan perkataan saje tu jugak la hari diri nak berkongsi several gambar yg terpilih & agak menarik yg terpamer kat situ.. :)












dan...
yang ini pun ada..

ini yang paling comel!


bersahabat biar diri lanjut dimakan usia...

Monday 5 September 2011

kisah2 raya

assalamualaikum..

Hari Raya hari bergembira bagi kaum muslim. Hari menyambut kemenangan melawan hawa nafsu serta kemenangan bagi mereka yang Ramadhannya indah terisi sebagai bulan beribadah & jalan kembali kepada Ilahi. Hari Raya juga hari indah di mana keluarga, sanak saudara & rakan taulan dapat berkumpul semula dan saling berjumpa setelah sekian lama terpisah dek kesibukan urusan masing-masing.

Indah Aidilfitri walaupun disambut sederhana, namun kegembiraan tetap dirasa terutamanya tatkala sanak saudara & rakan taulan datang menziarahi. kegembiraan bertambah-tambah apabila yang datang itu adalah mereka yang sanggup meredah alam beratus-ratus kilometer & mereka yang sudah lama tidak bersua muka.

Setiap kali kami beraya di kampung ayah, ayah tak pernah lupa untuk menziarahi ahli keluarga besar ayah. ahli keluarga arwah tok (opah) & arwah tok wan (atuk). dan kami anak-anaknya tak pernah terlepas utk ikut sekali. & seperti biasa, kami si anak akan mendengar (dah memang dengar sbb dorang sembang depan2..) perbualan mereka. perbualan kisah-kisah pakcik makcik bercerita. adakalanya luahan hati mereka. Kali ini, pengalaman & cerita hidup mereka ingin saya kongsi agar iktibar dapat diperolehi.

Kisah 1 (kisah seorang pak cik yang terlantar sakit.)
Hari raya kedua, ayah membawa kami menziarahi salah seorang sahabat lamanya yang juga merupakan bau-bau bacang ayah juga. dia kini dah tak sihat. terlantar sakit. tapi masih boleh bergerak. cuma pergerakannya semakin terbatas. dahulu kerusi rodanya mampu membantu pergerakannya tp kini semakin sukar. sakit ape, yang tu x pasti.
sedih & terkilan mendengar ceritanya. dia bukanlah golongan yang berada. punya keluarga. anak2nya semuanya dah berumah tangga. hidup menduda. rezeki Allah melimpah ruah, alhamdulillah, dia dapat bantuan daripada jabatan kebajikan. masa keadaannya masih blh bekerja, diusahakannya jg utk bekerja.
yang sedihnya, kisah masyarakat sekeliling! pernah orang datang kerumahnya, bkn utk membantu, tp sebab nak pinjam duit! tp bila yang tinggal padanya hanya 10ringgit, & dimintanya belas orng yg pinjam duit tu spya dipulangkan sedikit demi sedkit wang yg pernah dipinjamnya dulu, beribu alasan diberikan. lebih sedih, antara orng2 tersebut ialah anaknya sendri!
Pernah pakcik tu yang tinggal sendirian di rumahnya mengajak anak2nya utk tinggal bersamanya. sekurang-kurangnya rumah tak perlu disewa. & dalam masa yang sama blh juga menjaga & tgk2kan dirinya. tp tak seorang pun anak2nya yang mahu. tinggallah dia sendirian dirumahnya, menyuruskan diri sendiri yang semakin uzur!
bagaimanalah kita pada masa akan datang. semoga kita tidak mengabaikan ibubapa kita walaupun dihimpit kesibukan kerja & tanggungjawab!

KIsah 2 (Anak-anak  adalah fitnah dunia!)
dulu, pernah hati tertanya2. kenapa Allah ada kata dalam Quran yang anak2 juga adalah fitnah dunia? kalau pangkat & wanita tu semua orang dah faham lah, tp anak2 ni, saya kurang faham.. urm, selepas berdiskusi dengan seorang sahabat semasa di mesir dulu, sebelum dapat menjejakkan kaki ke malaysia alhamdulillah, ALLAH beri kefahaman ttgnya.. tp kini, Allah tunjukkan pula buktinya secara realiti agar menjadi iktibar & teladan.
"Adik ni hari tu cikgu ada bg dia isi borang masuk sekolah sains. cikgu kata dia ni nanti ada harapan ni nak dapat 5a upsr nanti.." ibu bapa bercerita ttg anaknya yg baru nk isi borang masuk sekolah sains. percubaan upsrnya; 2a 3b.
"Dia sekarang ni dah blh dah nak membaca.. hari tu bawak balik kampung pun saje je abah dia, bila dekat sign board tu abah dia bawak kereta slow sikit nak bg dia baca.. boleh je dia baca.. alhamdulillahlah, setakat ni depa2 adik-beradik ni cepat la nk membaca.. plg lambat pon dalam darjah satu tu dah blh membaca dah..."kata si ibu berbangga melihat perkembangan anaknya.
"anak aku tu hari dapat tawaran masuk kolej. banyak jugak tawaran dia dapat.." kata seorang ayah yang less educated berbangga anak dia dapat byk tawaran masuk kolej.
ini cuma antara ayat2 yg menceritakan kegembiraan & kebanggaan si ibu & bapa kepada anak2 mereka.. tak salah kegembiraan mereka tu.. cuma mungkin cara mereka menghebahkan kebanggaan itu kpd umum, mungkin perlu diperbetulkan sikit.

LAIN PULA CERITANYA..
yang td kisah membangga.. tp ada juga orng yg saya temui terbalik pula kisahnya. kerana nak elakkan orng kata dia bangga diri & ujub, dirahsiakan semua perkara daripada rakan sekeliling!
"Eh, ko AJK program ***** ni kan??"
"takla, aku bukan ajk pon.. aku bknnya hebat nak jd ajk2 ni.. aku cuma kerja bawah org je..tlg orng.. tu je." padahal, memang dia salah seorang ajk program tu! cuma bukan pengarah & naib pengarah jek!!

"aku xnak la jd AJK tu @ aku tak nak la cakap bg tazkirah kat depan.. aku tak nak mencapap!" tetttt... perlu ke org yg suka ke hadapan dikatakan mencapap? perlu ke orng yg suka share apa yg dia ada dilabelkan sebegitu?

"aku tgk ko rilek jek. ye la, ko kan pandai, mesti dapat jawab sume soalan xm td senang je kan.. "
"ko cakap senang la.. aku tau la ko td dapat jawab soalan2 tu.. pikir la orng len sama.. " marah seorang kawan yg tension krn katanya dia x dapat nak jawab soalan xm dgn baik..
"ye la, ko kan pandai.." dalam nada macam marah jek..

--saat result xm keluar--
result orng yg bising kata orng len pandai, kata dia x boleh jawab xm.. kawan dia lah yg lebih pandai n bla bla bla...tp result dia la yg lbh gempak drpd kawan yg dia kata blh jawab xm tu, kawn yg dia kata lebih pandai!
bg kawan yg dikatakan tu, pedih rasanya. tambah2 bla tgk result dia. bykla ko pya x blh jawab.. huhuhu..
orng yg nmpk relax bla keluar dewan tak semestinya dia blh jawab sume soalan dgn betul. ada juga yg bila dia keluar dewan, dia rasa lega sbb itu adalah sume hasil usaha yg telah dikeluarkannya. selebihnya tawakkal. ada juga yg berasa, alhamdulillah, sekurang2nya ALLAH dah bantu aku jawab beberapa soalan dgn mudah daripada sume soalan aku x dapat jawab!
mana sama pemikiran orng2 sebegini dgn orng yg target straight A's, bila ada 1 @ 2 soalan x dapat jawab, dah tension & frust habis!

padahal.. pernah dulu dengar satu tazkirah ni, dia kata, orang yg riyak ni, tak semestinya dia menunjuk2 tu, maknanya dia dah riyak. tp, klu dia tak nak menunjuk sebab takut orng kata dia riyak, itu pun sebenarnya dia dah riyak! aduhai perkara hati.. bisikan hati, niat di hati hanya ALLAH yang Maha Tahu! Biarlah Dia  yang Menilai segalanya..

Kisah 3 (baru bertunang, dah...)
sepasang pasangan yang dah bertunang. semasa bertunang, si wanita ikut cakap mak saudaranya, beli cincin fully emas putih sbgi cincin pertunangan.. si lelaki bukanlah dari golonagan yg berada. dia sendiri tahu hal tersebut.. jgnlah menyusahkan dia yang sanggup & sudi menerima dirimu & sanggup menyara dirimu. bersyukurlah.
setelah setahun bertunang, si wanita dah suruh si lelaki beli kereta utknya.. haduih, baru bertunang belum lagi sah jadi suami isteri. andai begitu sikap yang dah di tunjukkan, bagaimana lepas sah si dia menjadinya? hurm, wallahualam..
(ambillah iktibar jgn sekadar memerhati & mengkritik. perbaiki diri agar jgn nanti kau yg jd sebegitu!)

cerita hidup mereka. jgn sekadar utk mengkritik. ambillah iktibar. jgn kau ikuti. jadikan sempadan diri. kembalilah menjadi hamba Ilahi yg sejati. berpegang teguh pd Islam yg syumul.