Friday 23 April 2010

PENDUSTA YANG BERKATA BENAR

"ust fakhrul bercerita"



Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah saw. untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku, dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.' Orang itu berkata, 'Biarkan aku, sesungguhnya aku orang miskin, punya banyak anak.' Maka aku pun melepaskannya. Pada keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya.'


Nabi bersabda, 'Sesungguhnya orang itu berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.' Saya sedar bahwa orang itu akan kembali karena Rasulullah saw. mengatakannya. Maka aku pun mengintipnya. Ternyata dia datang untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya berkata, 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah saw.' Dia berkata, 'Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya keluarga yang banyak, saya tidak akan kembali.' Maka aku pun merasa kasihan dan membebaskannya lagi. Keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan tawananmu kelmarin?'

Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah keluarganya yang banyak, maka aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya lagi.'
di masjid Umawi di Syria

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.' Maka pada yang ketiga kalinya aku mengintipnya. Dia datang mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata: 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah Ini adalah yang ketiga kalinya. Kamu mengatakan bahwa kamu tidak akan kembali, namun nyatanya kembali lagi.'

Dia berkata, 'Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang dengannya kamu akan beroleh manfaat dari Allah.' Saya bertanya: 'Kalimat apakah itu?' Dia berkata: 'Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat kursi. 'Maka Allah akan senantiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.'

Maka akupun membebaskannya. Keesokan hari, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia telah mengajariku beberapa kalimat yang dengannya Allah akan memberiku manfaat, maka aku pun melepaskannya.' Beliau bertanya, 'Kalimat apakah itu?' Saya menjawab, 'Dia berkata kepadaku, 'Apabila kamu akan tidur, maka bacalah ayat kursi.' Dia berkata kepadaku, 'Allah akan senantiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi.'

Maka Nabi saw. bersabda, 'Dia telah berkata benar kepadamu, walaupun sebenarnya dia adalah pendusta. Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa kamu berbicara selama tiga malam itu?' Saya menjawab tidak. Nabi bersabda, 'Dia adalah syaitan.'" (HR Bukhari)


Thursday 22 April 2010

Tuhan Penghibur Agung

"Ust Fakhrul bercerita"

Bismillahirahmanirrahim

Kedatangan Islam di dunia adalah untuk menghiburkan manusia. Di situ indahnya Islam, sebab Islam itu menghibur. Penghibur yg paling besar ialah Tuhan Yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali, kalau kita tahu kerja2 Tuhan, maka Tuhan sangat menghiburkan. Tuhan penghibur agung.

Contohnya menceritakan benda biasa yg selalu kita tempuh, kita tidak sedar, spt menyedut udara, udara itu udara Tuhan. Kalau tidak ada udara kita mati. Kita tak sedar ini menghibur. Bila Tuhan cabut udara itu, ertinya tak terhibur. Bumi yg kita pijak adalah ciptaan Tuhan.

Bila mendongak ke langit biru, langit Tuhan, menghiburkan mata. Melihat pemandangan hijau dan indah. Kita pergi ke pasar cari lauk, ikan, daging, sayur2an, ini semua menghiburkan. Tapi kita tak perasan dan tak pernah diceritakan. Kita hanya pandang bersahaja.


Bila kita bekerja kita gunakan tenaga, kita jadi letih dan perlu rehat. Tuhan bagi kita mengantuk. Kalau kita tidak mengantuk walaupun cuba tidur tak boleh tidur. Mengantuk menghiburkan Bila tidur menyegarkan badan dan segar kembali. Itu hiburan dari Tuhan.

Bertemu manusia, kita meluahkan perasaan, dapat berkongsi rasa. Dia pun meluahkan perasaannya kepada kita. Lega rasanya, itu hiburan dari Tuhan. Tuhan menghiburkan sahaja.


Apabila kita membuat sesuatu perkara yg baik kita disuruh menyebut nama Tuhan. Sebab itu Tuhan pilih salah satu dari 99 nama Allah. Tuhan suruh kita sebut Bismillahirahmanirrahim. Tuhan kenalkan diri-Nya, Akulah Penghibur. Tuhan tak suruh kita sebut Bismillahijabbarul Qahhar. Tapi kita tak perasan, kita tak sedar. Kita hanya tahu kalau kita sebut dapat fadhilat. Kita selama ini tak diajar Tuhan penghibur agung. Kita diajar fadhilat sahaja.


Tuhan buat siang dan malam. Kejadian siang malam itu hiburan dari Tuhan. Kalau malam saja menyusahkan kita. Demikian pula kalau siang saja, siang utk keperluan kerja. Malam utk berehat, kena tidur. Tak terhiburkah? Kita selama ini tak pernah diajar tauhid macam ini. Tuhan itu penghibur agung, tak ada penghibur seagung Tuhan. Sebab itu Allah datangkan syariat, seolah2 Tuhan berkata
"Kalau Aku menciptakan kamu, Aku adalah penghibur agung kamu. Sebab itu Aku buat syariat sebagai peraturan dan system hidup buat menghiburkan kamu."


Tuhan adalah penghibur agung. Didatangkan syariat itu sebagai hiburan kedua. Syariat mengajarkan kita, kalau orang bersalah kita maafkan. Tak terhiburkah? Padahal kalau tidak dimaafkan sakit orang itu.

Jiran kena jaga walaupun bukan Islam, perlu dibuat macam keluarga sendiri. Tak terhiburkah? Bila berkawan, Tuhan kata kena setia. Tak terhiburkah?


Bila ada orang menentang kita dalam berdakwah, kita doakan dia. Tak terhiburkah?

Cuba baca sejarah, orang yg paling kuat berjuang seperti Rasul tak ada tandingannya. Baca sejarah Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Musa, Nabi Nuh, Nabi Daud. Mereka tak pernah bunuh orang, kecuali Nabi Musa sebelum jadi nabi. Itupun secara tak sengaja. Rasulullah masuk medan perang 27 kali tetapi tak sekalipun membunuh orang, padahal peluang ada. Kalaupun ada peluang Rasulullah maafkan. Tak terhiburkah hati orang?

Tuhan datangkan Rasulullah utk menghiburkan manusia. Dengan musuh, kalau mereka tak masuk Islam, Rasulullah biarkan, dengan harapan suatu hari nanti anak cucunya masuk Islam. Tak terhiburkah?

Kenapakah ulama hari ini bila menyuruh tentang jihad, mau bunuh orang? Dari mana mereka dapat? Dari mana mereka belajar? Para Rasul tak ada yg berbuat begitu. Orang bukan Islam jadi takut, orang Islam pun jadi takut.

Jadi hari ini Tuhan minta kepada manusia utk menghiburkan orang. Tuhan datangkan orang2 berjuang utk menghiburkan orang walaupun mereka susah, yg penting orang terhibur.

Ali-Imran ayat 190-191:

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang silih berganti, terdapat tanda2 akan keesaan/kekuasaan/kebesaran/keagungan dan kebijaksanaan Allah bagi ORANG-ORANG YANG BERAKAL ".

"Iaitu mereka yang berzikir ( ingat ) akan Allah semasa berdiri , duduk dan berbaring sambil memikirkan kejadian langit dan bumi, sambil berkata ; Wahai tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan semuanya ini sia2, Maha suci engkau maka peliharalah kami dari azab api neraka."


pengunguman

salam..

hurm..

satu slot baru akan bermula dalam blog ni..
insyaALLAH, slot itu namanya, "ust Fakhrul bercerita"..
sebab apa ada slot ni pulak ni?? urm, sebenarnya, ust ni minx diri utk update cerita2 menarik die.. mulanya, diri minx die yg buat blog tu.. tp alih2 diri pulak yg die minx jd org tgh..

jadi, setiap update yg bertajuk "ust Fakhrul bercerita" maknanya, isi2 itu datangnya dari ust fakhrul & sebarang persoalan blh terus komen je..  sebarang persoalan anda akan disalurkan kpd ust fakhrul & akan dijawabnya.. insyaALLAH..

yg menjalankan tugas,
org tgh ;)

Tuesday 13 April 2010

permintaanku..

assalamualaikum...

buat sahabatku,
aku mengharapkan bantuanmu..
nasihatilah aku, tegurlah salah silapku..
kerana aku...


aku bukan superwoman
yg sempurna dari semua sudut

aku bukan superwoman
yg setiap tingkahnya tepat & benar belaka

aku hanya insan biasa
yg byk cacat celanya
yg mudah tersasar hala tujuan tanpa PetunjukNya
byk kesalahan telah kulakukan
byk kesilapan telah kuredahi
byk juga janji yg telah kumungkiri

tegurlah aku
atas segala salah silapku
aku bukan superwoman yg mampu melihat masa hadapanku
aku bukan superwoman yg mampu meneliti & membaca setiap isi hati
aku insan biasa sepertimu
insan yg xmampu menjngka hadapanku
x juga mampu membaca isihatiku sendiri

tegurlah aku
nasihatilah aku
memang
aku bukan superwoman yg mampu menerima teguranmu dgn bgtu mudah
kerana aku adalah manusia yg byk celanya
mungkin mulanya akanku pandng serong teguranmu itu..
tp, tegurlah aku..
kerana itu lbh baik utkku
jgnlah kau jemu menasihatiku
sebelum hatiku keras membatu
sebelum hatiku sudah tdk mampu lg menerima teguranmu


& permintaanku lagi
saat tiba akhir hayatku nanti
satu yg kuharapkan darimu ikhlas dari hati
al fatihah utk rohku
doakan kesejahteraanku
doakan agar diampuni segala dosaku
& teruskanlah jalanmu, sahabatku
jalan perjuanganmu
yg lurus disisiNYA yg MAHA SATU


Sunday 11 April 2010

sedih~

assalamualaikum...

sedih..


saat menerima gaji ataupun elaun bulanan
andai duit yg di terima lambat masuk akaun,
ataupun saat duit yg masuk kurang amaunnya
kurang dari yg sepatutnya,
pasti hati ini akan marah
paling kurang pun, akan timbul rasa kegeraman
kerana jumlah yg begitu sedikit..
kadang x cukup bajet nak bli tiket balik malaysia.
sebab duit sebelum ni dah guna utk melancong 
beli handphone baru, i pod & apa2 la yg berkaitan

saat berat badan semakin meningkat, 
hati ini pasti akan menjerit..
warghhh...
aku dah semakin gemuk
nak kena diet ni
ish, tak best la kalau gemuk
kena joging hari2 la kalau macam ni..
beli penimbang supaya tahu bila berat naik atau turun..
senang sikit nak kawal berat


saat kehilangan barang2 yg berharga, 
handphone, laptop, duit yg banyak, jam..
hati ini akan sedih..
sangat sedih.. adakalanya blh sampai menangis..
menangis sebab terkilan..
menangis sebab barang yg hilang tu, adakalanya bukan barang yg murah..
blh bli tiket balik malaysia tak pon, tiket g melancong..



terfikir sejenak.

andai iman dalam hati yg berkurangan, 
semakin hari semakin kurang
& bukan lagi semakin hari semakin sayang
& bukan juga sikit2 lama2 jadi bukit
tp, sikit2 lama2 bukit akan habis ditarah..
dalam keadaan itu, 
adakah hati ini akan berasa marah?
adakah hati ini akan berasa geram?
adakah diri ini akan bersedih?

saat berat badan meningkat, akan kuusahakan untuk kurus..
tp, saat hatiku kurus dgn iman, adakah aku akan bahagia?
adakah akn ku cuba utk menggemukkan iman dalam hati sepertimana usahaku utk kuruskan badan?
adakah "equation" iman dalam hati proportional dgn penurunan berat badan?
wallahualam..
na'uzubillah min zalik

dan

andainya, suatu saat..
 hidayah dalam diri yg hilang
(na'uzubillah min zalik & moga di jauhkan sangat2)
adakah hati ini akan bersedih?
adakah diri ini akan menangis?
adakah hati ini akan sedar akan kehilangannya?
atau adakah hati ini akan begitu gembira..
akan begitu suka & bahagia
kerana merasakan hidup ini bebas
& dunia ini bagaikan milikku

ya ALLAH, jauhilah hati kami ini dari penyakit wahn

jgnlah KAU biarkan hati ini jauh dari petunjukMU
kerana kami ini hambaMU yg lemah lg hina

Ya 'Alim.. Ya Hakim..

Thursday 8 April 2010

Taubat Seorang Wanita Buta


assalamualaikum...

1 perkongsian yg diambil dari blog ust nor amin


Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan solat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai solat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa: 

“Wahai Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia, serta setiap getaran batin tidak ada Raja bagiku selain Engkau yang kuharap dapat mengelak bencana yang dahsyat.” 

Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya:
 
“Wahai puan! Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?” 

“Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di nereka nanti.” Kata perempuan tua itu.

Saleh pun ikut menangis kerana sangat terharu mendengar hujjah wanita yang menggerunkan itu. 

“Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya.” Pinta perempuan itu. 

Lalu Saleh membacakan ayat yang ertinya:

 "Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya."
(Al-An’am: 91)

Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?” Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga. 

Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus. Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: “Bagaimana keadaanmu sekarang?”

Perempuan itu menjawab: “Sebaik saja rohku dicabut, aku didudukkan di hadapan-Nya dan berkata: "Selamat datang wahai orang yang mati akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku."

wallahualam..

renungi diri..
selaut dosa yg ditaburi dalam setiap detik & nafas
sepenuh kealpaan memenuhi ruangan diri
setitik keikhlasan belum pasti berjaya digenggami
namun taubat jauh tidak juga ditepati..

dimanakah nanti destinasi hujung pengakhiranku?





lirik lagi


assalamualaikum..

lirik lagi
tgh2 study, tiba2 terdengar lagu ni...
best~ bkn stakat rentak je..
lirik die lg best..
hayatilah sebaiknya.. 
diri memang suka post lirik kan??
urm, sebabnya, bg diri, lagu@ lirik lbh simple & mudah nk faham daripada ayat yg pnjang2..
& kadang tu lebih terkesan di hati..




Kudamba RedhaMu
(devotees)

Bagaikan hausnya.. bumi gersang 
Yang kering lantaran tidak disirami hujan 
Begitu sepinya dan rindu hatiku 
Bila cintamu tidak bersemi 

Berjalan aku.. bagai kesesatan 
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan 
Tiada teman untukku mengadukan 
Resah hidupku... ditimpa sesalan 

Aku dambakan.. dambakan cinta 
Cinta sejati yang kekal selamanya 
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya 
Demi redhamu.. kuharungi jua 

Kerana cinta lahir dari sanubari 
Biarpun perit menuju cintamu 
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku 
Biar diracun dunia 
Tidakku gentar tempuhnya... 

Rap: 
Ya Allah tidakku sedari 
Selama ini cintamu tak pernah menyepi 
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi 
Setiap hambamu tetap kau sayangi 
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini 
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri 
Maafkanlah... redhailah.... 

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya 
Tuhan yang agung pencipta segalanya 
Tempatku bermohon dan berlindung 
Dari kehinaan dan kemusnahan

Monday 5 April 2010

cinta kpd ALLAH

assalamualaikum


Artikel yg diambil dari sahabat~   utk dikongsi bersama~ 
sama2lah kita renungi diri~






Pada satu musim haji, beberapa orang ahli sufi telah berkumpul di Mekkah termasuk Abu Bakar Al-Kattani dan Al-Junaid Al-Bagdadi. Waktu itu Junaid masih lagi muda tetapi merupakan ahli sufi, yang demikian beliau merupakan kalangan ahli sufi yang termuda di dalam majlis tersebut.



Mereka sedang membahaskan konsep cinta kepada Allah khususnya menurut ahli sufi. Masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing di dalam majlis tersebut. Setelah itu mereka yang lain merasa ingin mendengar pula pendapat ahli sufi muda ini dalam hal tersebut.

"Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda Iraq." kata mereka kepada Al-Junaid. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat kembali kepalanya seraya berkata,

"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah."



Mendengar keterangan yang sangat menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan syeikh yang hadir, lalu berkata "Tidak ada penjelasan yang lebih baik dan terang selain itu." Mereka tersangat kagum kepada Junaid kerana masih terlalu muda dan berupaya mengeluarkan perkataan itu. "Semoga Allah tetap membimbingmu wahai mahkota kerohanian," kata mereka lagi.



Firman Allah kepada Nabi Daud;
"HambaKu yang aku cintai adalah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takutkan hukumanKu atau hendakkan kurniaanKu, tetapi semata-mata Aku ini Tuhan"



"Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain." (Bukhari &Muslim)



Tersebut dalam Kitab Zabur:
"Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang beribadah kepadaKu kerana syurga atau neraka, kalaulah Aku tidak menciptakan syurga atau neraka, apakah aku tidak layak untuk ditaati?"



Abu Sulaiman berkata;
"Siapa yang hari ini (ketika hidup) sibuk dengan dirinya, maka dia itu nanti (setelah mati) akan sibuklah dengan dirinya sendiri. Siapa hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka dia itu esok akan sibuk juga dengan Tuhannya."


Wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s.;
"Bahawasanya Aku, apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)."

Kata Junaid;
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.

Antara bukti kecintaan hamba kepada Khaliq:

1. Cinta untuk bertemu Tuhannya
2. Membanyakkan sujud
3. Sanggup mencari syahid dan berjuang di jalan Allah
4. Tidak akan berbuat maksiat
5. Cinta untuk berzikir kepada-Nya
6. Cinta kepada Al Quran
7. Rajin bertahajjud
8. Berasa nikmat apabila mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya
9. Tidak terpengaruh dengan celaan orang.
10. Takut- iaitu takut pada tempatnya.
11. Melahirkan kecintaan.






(Ya ALLAH, penuhilah hati hambaMu ini dgn cinta yg sebenar-sebenar cinta kepadaMu.. )