sedih..
saat menerima gaji ataupun elaun bulanan
andai duit yg di terima lambat masuk akaun,
ataupun saat duit yg masuk kurang amaunnya
kurang dari yg sepatutnya,
pasti hati ini akan marah
paling kurang pun, akan timbul rasa kegeraman
kerana jumlah yg begitu sedikit..
kadang x cukup bajet nak bli tiket balik malaysia.
sebab duit sebelum ni dah guna utk melancong
beli handphone baru, i pod & apa2 la yg berkaitan
saat berat badan semakin meningkat,
hati ini pasti akan menjerit..
warghhh...
aku dah semakin gemuk
nak kena diet ni
ish, tak best la kalau gemuk
kena joging hari2 la kalau macam ni..
beli penimbang supaya tahu bila berat naik atau turun..
senang sikit nak kawal berat
saat kehilangan barang2 yg berharga,
handphone, laptop, duit yg banyak, jam..
hati ini akan sedih..
sangat sedih.. adakalanya blh sampai menangis..
menangis sebab terkilan..
menangis sebab barang yg hilang tu, adakalanya bukan barang yg murah..
blh bli tiket balik malaysia tak pon, tiket g melancong..
terfikir sejenak.
andai iman dalam hati yg berkurangan,
semakin hari semakin kurang
& bukan lagi semakin hari semakin sayang
& bukan juga sikit2 lama2 jadi bukit
tp, sikit2 lama2 bukit akan habis ditarah..
dalam keadaan itu,
adakah hati ini akan berasa marah?
adakah hati ini akan berasa geram?
adakah diri ini akan bersedih?
saat berat badan meningkat, akan kuusahakan untuk kurus..
tp, saat hatiku kurus dgn iman, adakah aku akan bahagia?
adakah akn ku cuba utk menggemukkan iman dalam hati sepertimana usahaku utk kuruskan badan?
adakah "equation" iman dalam hati proportional dgn penurunan berat badan?
wallahualam..
na'uzubillah min zalik
dan
andainya, suatu saat..
hidayah dalam diri yg hilang
(na'uzubillah min zalik & moga di jauhkan sangat2)
adakah hati ini akan bersedih?
adakah diri ini akan menangis?
adakah hati ini akan sedar akan kehilangannya?
atau adakah hati ini akan begitu gembira..
akan begitu suka & bahagia
kerana merasakan hidup ini bebas
& dunia ini bagaikan milikku
ya ALLAH, jauhilah hati kami ini dari penyakit wahn
jgnlah KAU biarkan hati ini jauh dari petunjukMU
kerana kami ini hambaMU yg lemah lg hina
Ya 'Alim.. Ya Hakim..
No comments:
Post a Comment