Sunday 29 July 2012

dimana tenaga mudamu??

assalamualaikum wbt


dalam buku kewajipan remaja pada hari ini karangan Dr Yussuf Al Qardawi, beliau mengatakan masa muda adalah masa di mana kekuatan dan kelebihan manusia itu berada pada tahap maksimum dan diibaratkan seperti matahari pada waktu tengahari. sangat terik & memberikan maksimum tenaga pada waktu tersebut..


alah, bosanlah.. dah tahulah pasal tu.. dah banyak kali org ulang2 topik tu.. 


ok.. alhamdulillah kalau dah tahu.. tp kita amalkan x apa yg kita tahu tu? atau kita buat tak tahu? atau tanpa kita sedari kita telah mengabaikan apa yang kita tahu itu?


PEMUDA vs PUASA vs SUMMER


hurm, mesti ada yg dah nampak sikit2 apa yg ingin diceritakan di sini..


kita adalah manusia dalam golongan pemuda. kita adalah pemuda. alhamdulillah, pemuda2 ini telah Allah berikan nikmat utk merasai & melangkah ke dalam bulan ramadan yg penuh barakah & rahmah.. bg sesetengah pemuda2 tersebut, ada yg Allah bg kurniaan cinta yg lebih kerana terpaksa berpuasa dalam musim panas!(summer)


cuma, sedih tgk mindset sesetengah pemuda pada hari ni.. 


"puasa = penat, kurang tenaga, => kena kurangkan aktiviti seharian @ xblh bekerja lebih"

"puasa + Summer => lebih2 penat, banyak kekurangan tenaga, kena rehat di rumah depan kipas angin atau aircond.. (bg pemudi pula: kena reduce exposure to sunlight, xnak kulit burn!)"

"Puasa + summer + kelas= terlampau penat, balik kelas kena terus rehat sampai time berbuka!"


apekah??


berfikirlah sejenak wahai pemuda & pemudi islam
andai dalam masa kekuatanmu pada tahap yg paling tinggi kau telah bersikap lemah, lesu, & kaku sebegini, bagaimana dengan hari esok..


muhasabah esp utk yg masih bergelar pelajar & mahasiswa


kalau sekarang, hanya utk ke kelas dalam berpuasa kita sudah lesu, sehingga jadi manusia yg tidak atau kurang produktif, bagaimana nanti hari esok?
saat segala amanah atas tugas ketika bekerja, amanah utk mencari nafkah, amanah sbgai seorng ibu atau bapa. bekerja yg keadaannya akan jauh lebih penat, ketika berpuasa!


"kerja nanti ada aircond, ok je lagi... xda panas2.."


err, ok fine!!


pernah x tgk mak ayah kita bekerja penat2 cari nafkah utk kita, mengurus rumah, makan minum utk seisi keluarga & mereka juga berpuasa & mereka tidak pula berlesu-lesuan walaupun usia kini makin lanjut & kulit makin berkedut.


pernah x tgk pakcik2 tepi2 jalan yg terpaksa bekerja berat sbgai constructor, kerja angkat2 brg2 berat & dorang masih berpuasa walaupun kudrat dah semakin berkurang, tulang dah semakin merapuh..


pernah x kita si pemuda & pemudi islam ini membandingkan diri sendiri dengan mereka2 ini? kita masih kuat, usia masih muda kudrat baru di'charge' tp, adakah kita telah membuktikan pada diri sendiri bahawa kita adalah pemuda yg kuat itu?


atau kita ikut hawa nafsu & terus berlesu2?


andai hari ini kita telah berlesu2.. x latih diri utk jadi kuat, bagaimana kita nanti pada esok hari? bagaimana mahu membina generasi umat yg sejati???


bukanlah nak suruh buat kerja yg berat2 sangat sampai membahayakan kesihatan.. itu cari nahas namanya.. kurang bijak.. tp janganlah sampai jadi manusia dormant yg hibernate sentiasa..


ramadan itu bulan keberkatan.. ganjaran dilipat gandakan.. fastabiqul khairat!!

wallahualam.

Friday 20 July 2012

sifat pemurah

masa sesi sepah2 & kemas2 barang lepas xm, terjumpa satu kertas.. nota kelas syeikh zidan, nota zaman dahulu kala.. zaman ketika masih menyinap dalam area2 banyak melayu di iskandariah..

sifat pemurah

orang yg dekat dengan Al Quran, hatinya akan dipenuhi dengan sifat2 pemurah
siapa yang mengambil (mengamalkan) al quran dengan bersungguh2 sepenuhnya, insyaALLAH, Allah akan menghapuskan penyakit2 dalam hati.

1. pemurah terhadap diri sendiri: buat & berusaha utk mendapat reda Allah.. buat sesuatu kerana Allah..

2. bersikap pemurah kepada orang bawahannya. (pemimpin)

3. pemurah terhadap hak tubuh badan; berehat dan tidur, utk dapatkan kekuatan & kesihatan yg baik yg akhirnya memudahkan utk beribadah..

4. berikap pemurah dengan org sekeliling: contoh, menyampaikan ilmu kepada org lain. menyampaikan ilmu merupakan setinggi2 sifat pemurah manusia. dan tentulah menyampaikan ilmu2 yg baik & berguna.. bukan ilmu yg membawa kapada kemaksiatan

5. menggunakan pengaruh utk membawa kebaikan, membawa insan sekeliling utk kembali kepada ALLAH. (use your strength to help others)

6. sifat pemurah melalui maruah, berilah maaf!

7. sabar dengan karenah org, amar makruf, nahi mungkar, tegur kesalahan org dengan baik

8. bermuka baik @ manis sesama manusia. lazimi senyum... =)

9. (leave what in the hand of others) jangan dengki atau cemburu dengan rezeki org.. bersyukurlah dengan apa yg ada pada kita.. --> kunci kebahagian hati..

hikmah Allah perintahkan utk beribadah;
-sebagai satu peluang utk beribadah & menunjukkan ketaatan kepada Allah. org yg beriman & hatinya cinta akan Allah akan segera menunaikan perintah Allah tanpa bertangguh


**mohonlah & berdoalah kepada Allah, sedangkan nabi & rasulNya yg dekat denganNya pun sentiasa berdoa & bermohon kepada Allah, siapalah kita utk menyombongkan diri dari berdoa & bermohon kepadaNya..

LEMBUTKAN HATI. 

antara perkara yg blh melembutkan hati
1. mentadabbur alam
2. melihat menghayati kalam Allah (al quran)

* hati kita macam badan kita juga, bila badan kita kotor, kita akan usaha untuk bersihkan badan kita, mandi.. samalah juga macam hati, klu kita x usaha utk bersihkan hati, macam mana hati nak bersih..

* to taste the sweetness of iman is like to drink drinks in a glass. if the glass is clean, we can feel the sweetness, but if the glass is dirty, we can't feel the sweetness of the drinks.. 
our heart is like the glass, so to taste the sweetness of iman, we need to purify & clean our heart..

wallahualam

Monday 16 July 2012

alhamdulillah.. summary trop med & exam

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

akhirnya, peperiksaan sem akhir utk tahun 4 ni dah abes td.. alhamdulillah sbb dah abes xm2 tu, alhamdulillah atas semua bantuan ALLAH masa stdy leave utk study semua subjek2 tu, alhamdulillah jgk atas semua soklan2 yg ALLAH permudahkan utk dijawab & ALLAH bantu utk bg jawab dgn betul.. alhamdulillah..

cakap pasal xm, teringat dulu masa zaman sekolah.. kena sound dgn kawan sekelas. ayat dia simple tp agak makan dalam jgk la..
biasalah, bila abes xm, dgrlah, mcm2 ayat yg akan keluar dari mulut kita semua org yg telah jawab soklan2 xm tu.. & yg plg selalu didengar ialah:

"ahhhh, susah la soalan td.. aku xdapat nk jawab.. apa jawapan sebenar dia.. tension, geram, bla bla bla.."
mcm2 lg la ayat yg lbh kurang mksud yg mcm tu..

x dinafikan ada je ayat2 "alhamdulillah, ok sikit soklan2 kali ni.. alhmdulillah."

klu ayat tu keluar, alhamdulillah.. menjadi insan yg bersyukur..

tp klu ayat mcm yg kat atas tu keluar?

mcm tu la saya dulu.. habes je satu paper, kadang tu keluar ayat yg first tu.. sekali tu, adala seorang drp classmate tegur..

"kau ni, bising2 cakap soalan tu ssh, tp sbnarnya kau blh jawab kan? diam2 sudah la.. berapa byk je soalan2 yg kau xblh jawab berbanding yg kau blh jawab.. cuba pikir org lain yg lg byk xdpt jawab soalan2 tu..."

terkesan..

betul jgk..

bila difikirkan balik, betapa kurangnya diri ini bersyukur atas segala rezeki yg diperolehi. kenapa yg salah tu masih nk dipertikaikan.. yg bukan milik kita itu yg kita kejarkan..
klau betul soalan2 xm tu mmg susah, secara lojiknya, mampu ke kita nak ungkit SEMUA soalan2 yg susah yg banyak xblh jawab time xm tu? biasanya manusia akn lebih cnderung utk xnak ingt & diam klu betul dia xmmpu buat dgn baik.. sbb hati sedih & nak xnak terpaksa redha dgn apa yg dah jd..

& bila kita mampu utk ungkit several soalan yg kita x mampu jawab, maknanya, soalan lain semuanya ok blh jawab, sampai kita ada masa utk fokus lebih ttg soalan susah tu utk cari jawapan dia kan??

so, sama2 muhasabah diri.. bersyukurlah.. kurangkan mengeluh!!


****************************************

nak update jgk peristiwa hari2 terakhir kat trop med.. 2 minggu lebih kat sana, almost whole those weeks kitorang ditempatkan utk g wad lelaki.. best x?? heeee.. "best" sgt! 
haip, bersyukurlah dapat belajar jgk.. wlupun, agak panas, sesak sbb ramai dlm wad yg xbpe besar, pakcik2 tu sume sampai dah "xnak diganggu" kitorng dah.. hehehe

alhamdulillah, dalam mgu terakhir kat situ, dapat peluang g menyelinap kat grup satu lg yg bersemayam di wad perempuan.. sebelum tu masuk dah kat situ, masa awal pg dalam setengah jam.. smpat amik history sikit je.. pastu kena g wad laki balik.. 

g sorng2 menyelinap masuk grup lain.. nseb baik cikgu dorang bg.. sbb sorang.. klu ramai mmg xdapatla..
just in a right time! dorng rotate utk examine setiap patient.. wlupun dah lambt, dorg dah nk abes, tp dapat jgkla join sikit.. baru puas hati dapat face to face examine pt tanpa ada rasa berebut atau ape2 je la lg.. 

pengajaran istimewa hari tu...

g jumpa makcik sorang ni.. minx izin dia utk examine.. wlupun ada rasa kesian sbb dah ramai sgt yg examine dia, tp dia sendiri xkesah.. "takpa, utk korg semua xda masalah. asalkan korang semua berjaya.." erk, tersentuh skit hati sbb keadaan yg agak berbeza drp kat wad lelaki.. may be sbb dorang kat sana dah stress dgn kitorng...

sembang sikit dengan sorng dua makcik kat situ tanya pasal sakit dia la. tp xdala details.. xda niat nk amik full sheet pun.. dia tahu aku bkn asal dari grup tu! dorg pun dgn lapang hati layan je.. cter je..

try examine salah sorng makcik tu.. try buat dipping method ascites je.. dgn bare hand.. tiba makcik tu pulak yg bersuara.. 
"eh, aku ni ada virus c.. (hep c)".. aku cuma mengangguk & teruskan kerja aku.. dah blh agk dah dia mmg ada hep c.. tp tersentuh sbb makcik tu pulak yg risau.. 

makcik tu risau kalau dia menjangkiti org lain dgn penyakit dia..
tiba2 terfikir.. macam mne dia dgn famili dia, anak2 dia.. mcm mne perasaan dorng.. mesti dorg risau klu penyakit dorg berjangkit pd famili dorng. mcm mne penerimaan famili dorg terhadap dorng pulak.. klu org lain rasa takut utk sentuh atau rapat dgn dorng sbb xnak berjangkit pon dah blh rasa mcm kecil hati, sedih, macam mne pulak perasaan klu ada ahli keluarga sendiri pulak yg buat mcm tu? atau mcm mne perasaan klu keluarga sendiri sakit sbb berjangkit dari dia.. mesti lg sebak..

"ALLAH xkan membebani seseorang melainkan dgn kesanggupannya.." 

persoalan yg ingin ditinggalkan: macam mne kita memandang insan2 sekeliling kita? -_-"

Friday 15 June 2012

si anak kecil



alhamdulillah, setelah terlepas byk peluang, akhirnya semalam berjaya jgk join program yalla ke dar bilal bin rabah. :) :) :)

sempena xm yg semakin mendekat, post ayt pendek2 jek..

dar bilal bin rabah
\tempatnya di cleopatra. dkt area pasar cleopatra. mmg dekat je dgn rumah.. sebelum ni dgr dorg cerita je, alhamdulillah, dapat jgk g melawat rumah tu

ramai jgk budak2 kat situ. total sume, xtya plak brapa. tp yg  menjadi tarikan diri yg utama ialah seorang bdk kecil yg bernama Malak.. dia sgt comel.. kecik lg.. baru umur seminggu! baru 4 hari menginap kat rumah tu.. sayang & kesian sgt kat dia.. dia cuma minum formulated milk. eventhough ok la drpd dorg bg susu lwmbu or susu kerbau, tp still, dia xdpt passive immunity.. semalam pun dia dah selsema & batuk sikit.. actual reason knapa dia blh berada di situ & mcm mna dorg jmpa dia, yg tu xtau.. kami xtya pun..


bdk kedua terkecil antara semua, namanya faris.. hurm, tiba2 teringt faris kat O&G.. =) tp faris ni urmur dia 2 bulan..

ada jgk2 org bdk llki. sorang delayed development, problem in the brain may be.
sorng lagi still xblh ckp even umur dah lbh kurang 2 @ 3 tahun.. penjaga rumah tu kata, bdk tu baru buat operation betulkan lidah dia. (may be tie tongue) sekrg bdk tu still dlm proses bljr utk bercakap.



bdk2 dlm gambar ni rasanya bdk2 yg pernah tggl kat sini dulu.. sbb xnmpk plk gambar bdk2 yg jmpa smlm dalam gmbr ni. wallahualam..

*
bersyukurlah segala nikmat yg ALLAH berikan
bersyukurlah punya ibu dan bapa
serta masih dapat merasai kasih sayang mereka
sedangkan mereka
tak kenal ibu dan bapa mereka..

Tuesday 22 May 2012

every single thing that happens in our life is never useless, never purposeless
it happen with its own reason
every thing that happen was wrote in HIS book
believe in HIM and insyaALLAH
u will see, that everything in this world is good and beautiful
as long they follow sunnatullah & syariatullah.


 “Sungguh ajaib perkara seorang mukmin itu. Sesungguhnya segala sesuatu baginya adalah kebaikan. Dan tidaklah yang demikian itu berlaku pada seseorang kecuali orang-orang mukmin. Jika mendapatkan kelapangan ia bersyukur, dan itu kebaikan baginya. Dan jika mendapatkan kesukaran ia bersabar, dan itu pun kebaikan baginya.” (H.R. Muslim)
(salah satu hadis dalam kitab Riyadussolihin, bab sabar)

Thursday 17 May 2012

sendirian

bkn mudah utk hidup bersendirian. sendirian dalam ramai. ye, pegangan diri akan goyah bila sendirian. malah semakin lemah andai yang ramai disekeliling itu bertentangan dengan kita

bukan mudah hidup sendirian. perlukan mujahadah & kekuatan yg sgt tinggi. menghadapi arus yg bertentangan tanpa henti! teringat analogi yg pernah junior kongsikan;

bayangkan diri kita sendirian berjalan kehadapan. tapi insan lain disekeliling semua jalan mengundur (reversed). kita yg pada awalnya rasa yakin dgn betulnya cara jalan kita tu, namun andai hati x cukup kuat, dia akan goyah.  akhirnya andai tiang asas pendirian semakin berkarat, dia juga turut mengundur.
tp bayangkan dalam tengah kekeliruan tu, kita jumpa ada sorng lagi yang berjalan betul ke hadapan sama seperti kita. dalam kekeliruan itu, insan tersebut menjadi penguat pegangan hati. & apabila semakin ramai yg dijumpai sama keadaannya seperti dirinya, semakin kukuh tiang pegangan diri.

apabila tahu diri lemah. serba kekurangan, mintalah pembantu. Nabi Musa sendiri bermohon pada ALLAH agar saudaranya Harun menjadi pembntunya.

"dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku. iaitu Harun, saudaraku. teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia. dan jadikanlah dia teman dalam urusanku. agar kami banyak bertasbih kepadaMU. dan banyak mengingatMu. sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami"

Kemudian Allah menjawab:
 "Dia (Allah berfirman; sungguh telah diperkenankan permintaanmu, wahai Musa!)"

Bukan Mudah Bila 'BERSENDIRI DALAM RAMAI!'

Monday 16 April 2012

kalam cintaNya

kalam cintaNya yg gemersik
menyentuh cinta yg semakin berputik
kalam kasihMu pd kekasih yg terpuji
menggamit sayu buat seluruh umatnya
& kerana rahmatMu kalam cintaMu itu bekal cinta buat seluruh alam

salam satu ayat cinta Allah kepada kekasihNya Rasulullah ialah surah ad Dhuha. surah yg mana Allah memujuk hati nabi yg kesedihan, yg kesepian dalam hiruk pikuk kejahilan, dalam hiruk pikuk tohmahan dan dustaan.

hari ni juz copy paste tafsir surah ad Dhuha, daripada tafsir zilail.. panjang.. tp penuh kesayuan & kasih sayangNya.. wallahualam


Surah Adh-Dhuha
Tafsir Fi Zilalil Quran
سورة الضحى
SURAH ADH-DHUHA
Surah Waktu Pagi
Surah (93) - Makkiyah - 11 ayat

بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
( وَالضُّحَى ( 1
1. Demi waktu pagi.
( وَاللَّيْلِ إَِذا سَجَى ( 2
2. Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi.
( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا َقَلى ( 3
3. Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula ia
murkakanmu.
( وََللْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ اْلُأوَلى ( 4
4. Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.
( وََلسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ َفتَرْضَى ( 5
5. Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia-Nya) kepadamu
dan engkau tetap berpuas hati.
( َأَلمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا َفآوَى ( 6
6. Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah
memberi perlindungan kepadamu?
( وَوَجَدَكَ ضَالًّا َفهَدَى ( 7
7. Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada
pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?
( وَوَجَدَكَ عَائًِلا َفَأ ْ غنَى ( 8
8. Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi
kekayaan kepadamu?
( َفَأمَّا اْليَتِيمَ َفَلا تَ ْ قهَرْ ( 9
9. Oleh itu, janganlah engkau hinakan anak yatim.
( وََأمَّا السَّائِ َ ل َفَلا تَنْهَرْ ( 10
10. Dan janganlah engkau herdikkan peminta bantuan.
( وََأمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ َفحَدِّثْ ( 11
11. Dan hendaklah engkau sebut-sebutkan ni’mat Tuhanmu.

(Latar belakang dan pokok pembicaraan)
Pokok pembicaraan surah ini, pengungkapannya dan pemandangan pemandangannya,
bayangan-bayangan dan nada-nada pernyataannya
merupakan suatu sentuhan kasih mesra, suatu hembusan rasa sayang, suatu
belaian tangan yang belas kasihan yang menghilangkan sakit derita, suatu
tiupan bayu yang membawa kerehatan, kerelaan dan harapan di samping
mencurahkan rasa ketenteraman dan keyakinan. Semuanya itu adalah dituju
kepada Rasulullah s.a.w. untuk menghibur dan mententeramkan hatinya.
Semuanya itu merupakan tiupan bayu rahmat, bisikan kasih, perdampingan
yang mesra, timangan-timangan kepada jiwa yang lesu, fikiran yang gelabah
dan hati yang menderita.
Berbagai-bagai riwayat telah memberikan bahawa penurunan wahyu
telah putus seketika kepada Rasulullah s.a.w. Malaikat Jibril telah terlambat
membawa wahyu Allah kepadanya kerana itu kaum Musyrikin melancarkan
kempen bahawa Muhammad telah ditinggalkan Tuhannya! Lalu Allah
turunkan surah ini.

Penerimaan wahyu, pertemuan dengan Jibril dan perhubungan
dengan Allah, merupakan bekalan-bekalan kepada Rasulullah dalam
mengharungi jalan da’wah yang sukar, merupakan air minum di panas yang
terik dalam menghadapi keingkaran. Dan merupakan angin sepoi bahasa
dalam cuaca panas menghadapi pendustaan kaum Musyrikin. Dengan inilah
Rasulullah s.a.w. dapat hidup dalam panas terik yang membakar yang
dialami beliau ketika menghadapi manusia-manusia yang liar, penderhaka
dan degil, dan ketika menghadapi tipudaya, gangguan dan penindasan yang
ditimpakan ke atas da’wah, keimanan dan hidayat oleh pelampau-pelampau
kaum Musyrikin.
Apabila wahyu terputus seketika, maka putuslah bekalannya,
keringlah matairnya dan sepilah hatinya dari kekasih, dan tinggallah beliau
seorang diri di tengah panas terik tanpa bekalan, tanpa air dan tanpa bau
kekasih tercinta yang biasa dini’matinya. Dan ini menjadikan Rasulullah
s.a.w. begitu sengsara menanggungnya dari segala sudut.

Ketika itulah turunnya surah ini membawa kasih mesra, rahmat,
perdampingan, kerelaan, ketenteraman dan keyakinan:

( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا َقَلى ( 3
3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula Ia
murkakanmu.”
( وََللْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ اْلُأوَلى ( 4
4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.”
( وََلسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ َفتَرْضَى ( 5
5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia) kepadamu dan
engkau tetap berpuas hati.”

Yakni Tuhanmu tidak pernah sekalipun meninggalmu sebelum ini dan
tidak pernah sekalipun membiarkanmu dari limpah rahmat, naungan dan
perlindungannya.

( َأَلمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا َفآوَى ( 6
6. “Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah
memberi perlindungan kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ ضَالًّا َفهَدَى ( 7
7. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada
pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ عَائًِلا َفَأ ْ غنَى ( 8
8. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi
kekayaan kepadamu?”

Tidakkah ini benar-benar berlaku dalam kehidupanmu? Tidakkah
engkau merasa kesannya dalam hatimu dan dalam realiti kehidupanmu?

Tidak, tidak.
( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا َقَلى ( 3
3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu, dan tiada pula Ia
murkakanmu.”
Yakni rahmat kebajikan-Nya tidak pernah putus darimu dan tidak
akan putus buat selama-lamanya.

( وََللْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ اْلُأوَلى ( 4
4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.”
Yakni di sana terdapat balasan-balasan untukmu yang lebih besar dan lebih
sempurna:
( وََلسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ َفتَرْضَى ( 5
5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia-Nya)
kepadamu dan engkau tetap berpuas hati”

Turut bersama tiupan bayu hakikat ini ialah tiupan bayu yang lembut
yang terdapat dalam ungkapan-ungkapan ayat dan nada-nada
pernyataannya, juga dalam frem alam yang diletakkan hakikat ini iaitu
ungkapan:
( وَالضُّحَى ( 1
1. “Demi waktu pagi.”
( وَاللَّيْلِ إَِذا سَجَى ( 2
2. “Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi”

Ungkapan ini melahirkan suasana mesra yang lemah-lembut dan kasih
yang tenang di samping melahirkan kerelaan yang syumul dan rindu
dendam yang halus:

( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا َقَلى ( 3
3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula Ia
murkakanmu.”
( وََللْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ اْلُأوَلى ( 4
4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.”
( وََلسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ َفتَرْضَى ( 5
5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia) kepadamu dan
engkau tetap berpuas hati.”
( َأَلمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا َفآوَى ( 6
6. “Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah
memberi perlindungan kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ ضَالًّا َفهَدَى ( 7
7. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada
pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ عَائًِلا َفَأ ْ غنَى ( 8
8. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi
kekayaan kepadamu?”

Seluruh perasaan kasih mesra, kerelaan dan kerinduan itu adalah
mengalir dari suasana ungkapan yang seni, kata-kata yang lembut, dan irama
indah yang keluar dari ungkapan-ungkapan itu iaitu irama yang bergerak
dan melangkah tenang dan melahirkan gema yang halus dan sayu. Apabila
Allah hendak mengadakan satu frem bagi mengungkapkan perasaan kasih
sayang, rahmat yang tenang, kerelaan yang menyeluruh dan kerinduan yang
halus ini maka Dia telah memilih waktu pagi yang terang cemerlang dan
malam yang sunyi itu sebagai frem yang amat sesuai dengannya. Itulah dua
waktu yang paling jernih hening dan bening dari waktu-waktu siang dan
malam. Itulah dua waktu yang merangsangkan manusia melepaskan
menungan-menungan dan pengamatan-pengamatannya, merangsang
jiwanya berhubung dengan alam buana dan dengan Allah Penciptanya dan
mengarahkannya supaya bertawajjuh kepada Allah dengan tasbih-tasbih dan
dengan melahirkan perasaan yang gembira dan jernih. Allah telah
menggambarkan dua waktu itu dengan kata-kata yang sesuai.

( وَاللَّيْلِ إَِذا سَجَى ( 2
2. “Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi.”

Yakni malam yang dimaksudkan di sini bukannya seluruh waktu
malam yang sepi dan gelap-gelita, malah yang dimaksudkan ialah waktu
malam yang tenang, jernih, hening, diselubungi tompokan-tompokan awan
yang tipis yang merangsangkan perasaan sedih, bimbang dan terharu yang
halus dan renungan yang tenang seperti suasana hidup yatim dan
menumpang orang lain. Kemudian ia menyerlah tenang bersama waktu pagi
yang hening. Demikianlah warna-warna gambaran itu sesuai dengan warna warna
fremnya. Dengan ini pengungkapan ayat-ayat ini menjadi begitu
serasi. Gubahan ungkapan yang cukup indah ini membuktikan bahawa al-
Qur’an itu dan gubahan Allah yang indah, tidak dapat ditandingi dan ditiru.

(Pentafsiran ayat-ayat 1 - 5)

Allah S.W.T. telah bersumpah dengan dua waktu yang jernih hening,
dan menghubungkan di antara gejala-gejala alam dengan perasaan-perasaan
jiwa serta menyarankan kepada hati manusia satu bentuk hidup yang sedar
dan mempunyai hubungan saling mesra dengan alam yang indah dan
dinamis, yang bermesra dengan setiap yang hidup. Hati ini hidup dalam
hubungan penuh kemesraan dengan alam ini dan tidak lagi merasa sepi dan
dagang di alam ini Dalam surah ini kesan rasa kemesraan itu benar-benar
dirasai, seolah-olah Allah mahu menyarankan kepada Rasulullah s.a.w. dari
awal surah lagi bahawa Tuhannya telah melimpahkan rasa kemesraan di
sekeliling hidupnya di alam ini, ia bukannya terbuang dan terbiar dan bukan
pula sebatang kara.

Dan selepas menyampaikan saranan dari alam, maka secara langsung
Allah menekankan:
( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا َقَلى ( 3
3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula Ia
murkakanmu.”

Allah tidak sekali-kali membiar dan membuangmu sebagaimana
dikatakan oleh kaum Musyrikin yang mahu menyakiti hatimu dan
merungsingkan fikiranmu, kerana Dia adalah “Tuhanmu” dan engkau adalah
hamba-Nya yang dihubungkan kepada-Nya dan disandarkan kepada
Rububiyah-Nya, dan Dialah Penjaga, Pelindung dan Penaungmu. Limpah
kurnianya kepadamu tidak kunjung putus. Balasan-balasan yang disediakan
untukmu di Akhirat adalah lebih balk dari limpah kurnia-Nya yang
diberikan kepadamu di dunia:

( وََللْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ اْلُأوَلى ( 4
4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.”
Itulah pengertian kebaikan dari awal hingga akhir.

Dan Allah akan terus memberi taufiq yang dikehendakimu dalam
menjalankan tugas da’wahmu, menghapuskan segala halangan dan rintangan
dari jalanmu, memberi kemenangan kepada agama dan kebenaran yang
diperjuangkanmu. Semua itu merupakan masalah-masalah yang
merungsingkan Rasulullah s.a.w. sewaktu menghadapi kedegilan,
pendustaan, gangguan, tipudaya dan penghinaan kaumnya. Inilah maksud
dari ayat:

( وََلسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ َفتَرْضَى ( 5
5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia) kepadamu dan
engkau tetap berpuas hati.”

(Pentafsiran ayat-ayat 6 - 8)

Kemudian surah ini terus mengingatkan Rasulullah s.a.w. tentang
hubungan beliau dengan Allah sejak permulaan jalan hidupnya lagi agar
beliau sentiasa mengenangkan budi baik Allah, kasih mesra dan limpah
kurnia-Nya terhadap beliau, dan agar beliau mendapat keni’matan dengan
mengingatkan kembali suasana-sausana rahmat dan kasih mesra Ilahi
terhadap dirinya. ini adalah suatu keni’matan yang besar yang
dirangsangkan oleh kenangan-kenangan indah seperti berikut:

( َأَلمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا َفآوَى ( 6
6. “Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah
memberi perlindungan kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ ضَالًّا َفهَدَى ( 7
7. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada
pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ عَائًِلا َفَأ ْ غنَى ( 8
8. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi
kekayaan kepadamu?”

Lihatlah realiti hidupmu sekarang dan sejarah hidupmu di zaman
silam, pernahkah Allah meninggalmu, pernahkah Allah murkakanmu
walaupun sebelum engkau ditugas membawa agama ini? Tidakkah Allah
telah melindungimu semasa engkau yatim piatu? Tidakkah ia telah
menyelamatkan engkau dengan hidayat-Nya semasa engkau terumbangambing
dalam keadaan tiada pedoman’ Tidakkah Allah telah menutupkan
kemiskinanmu dengan pemberian-pemberian-Nya yang limpah?

Engkau telah dilahirkan yatim kemudian Allah telah memberi
perlindungan kepadamu menyebabkan semua hati sayangkanmu hingga hati
bapa saudaramu sendiri Abu Talib yang tidak seagama denganmu.
Dahulu engkau seorang miskin, lalu Allah kayakan dirimu dengan
sikap memada di samping mengayakanmu dengan usaha-usaha
perdaganganmu sendiri dan dengan harta isterimu Khadijah r.a. hingga
engkau terselamat dari perasaan merasa miskin dan dari perasaan ingin
berangan-angan untuk mendapat kekayaan yang wujud di sekeliling engkau.
Dahulunya engkau telah dilahirkan dalam masyarakat jahiliyah yang
penuh dengan kefahaman-kefahaman dan kepercayaan-kepercayaan yang
kacau-bilau, kelakuan-kelakuan yang sesat dan peraturan-peraturan yang
menyeleweng yang menyebabkan hatimu tidak tenteram, tetapi di waktu itu
engkau masih belum menemui satu jalan yang terang, jelas dan meyakinkan,
sama ada dalam tradisi jahiliyah atau dalam agama pengikut-pengikut Musa
dan ‘Isa a.s. yang telah mengubah dan meminda dasar-dasar agama mereka
dan menyebabkan mereka menyeleweng dari agama yang benar. Kemudian
Allah memberi hidayat kepadamu dengan agama-Nya yang benar yang telah
diwahyukan kepadamu, dan dengan sebuah sistem hidup yang
menghubungkan engkau dengan-Nya.
Hidayat yang menyelamatkan manusia dan kekacauan ‘aqidah dan
kesesatannya merupakan ni’mat yang paling agung yang tidak dapat
ditandingi oleh ni’mat-ni’mat yang lain. Hidayat itu memberikan kerehatan
dan ketenteraman dari segala kegelisahan dan kepenatan jiwa yang tiada
tolok bandingnya. Ayat ini mungkin diturunkan dengan sebab penderitaan
jiwa yang dialami Rasulullah s.a.w. semasa berlakunya keputusan wahyu,
dan semasa Rasulullah s.a.w. menerima berbagai-bagai cemuhan dan
penghinaan dari kaum Musyrikin, dan sewaktu beliau merasa sepi dari
kekasih, lalu ayat ini turun untuk mengingat dan menenangkan beliau
bahawa Allah tidak akan meninggalkannya dalam kebingungan,
sebagaimana ia tidak meninggalkannya sebelum ini dalam keadaan
kebingungan dan tanpa pedoman.

(Pentafsiran ayat-ayat 9 - 11)

Sesuai dengan peringatan Allah yang menyebut kisah beliau diberi
perlindungan semasa hidup yatim piatu dan kisah beliau diselamatkan
dengan hidayat-Nya dan keadaan tanpa pedoman, dan seterusnya kisah
beliau diselamatkan dari kemiskinan, maka Allah mengarahkan beliau dan
umat Muslimin selepasnya supaya memberi perlindungan kepada anak-anak
yatim, menolong orang-orang yang memerlukan pertolongan dan menyebutnyebutkan
ni’mat-ni’mat Allah yang amat besar yang dikurniakan kepadanya
terutama ni’mat mendapat hidayat dengan agama Islam:

( َفَأمَّا اْليَتِيمَ َفَلا تَ ْ قهَرْ ( 9
9. “Oleh itu janganlah engkau hinakan anak yatim.”
( وََأمَّا السَّائِ َ ل َفَلا تَنْهَرْ ( 10
10. “Dan janganlah engkau herdikkan peminta bantuan.”
( وََأمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ َفحَدِّثْ ( 11
11. “Dan hendaklah engkau sebut ni’mat Tuhanmu.”

Arahan-arahan supaya memuliakan anak yatim dan melarang dari
menindas, menyakiti hati dan menghinakannya, juga arahan supaya
menolong orang-orang yang meminta pertolongan dengan cara yang lemah lembut
dan terhormat itu merupakan saranan-saranan yang paling penting
dari realiti keadaan masyarakat jahiliyah yang tidak berbudi dan tamak dan
tidak melindungi hak-hak orang yang lemah dan mempertahankan haknya
dengan kekuatan mata pedangnya. Kemudian Allah telah mengangkatkan
masyarakat ini melalui syari’at-Nya kepada masyarakat yang benar dan adil,
masyarakat taqwa yang tidak melampaui batas-batas yang digariskan Allah
dan masyarakat yang sentiasa melindungi dan membela hak-hak orang-orang
yang lemah, yang tidak mempunyai kekuatan mata pedang untuk
mempertahankannya.

Menyebut-nyebut ni’mat Allah terutama ni’mat iman dan hidayat
merupakan salah satu dari cara melahirkan kesyukuran terhadap Allah yang
mengurniakan ni’mat itu. Dan cara melahirkan kesyukuran yang sempurna
ialah berbakti kepada para hamba-Nya. Itulah cara amali bersyukur dan
itulah kenangan ni’mat secara senyap yang berguna dan mulia.


Monday 26 March 2012

menangislah sehingga kemerahan dirimu

semakin hari, hati semakin cinta. cinta dengan dalam derita. cinta terhadap O&G. derita sebab masih byk topik yg harus di'cover'..

bersyukurlah. ucapkanlah alhamdulillah atas segala nikmat yg telah Dia kurniakan padamu
syukurlah atas nikmat tangisan yg Dia kurniakan. menangislah! menangislah! sesungguhnya semua bergembira tatkala kau menangis! malah mereka akan kegelisahan andai kau tidak menangis!

semalam, ada seorang wanita mengandung, G5 P0, (P xbpe ingt tp rasanya 0) semuanya keguguran masa 2nd term pregnancy. -anti phospholipid syndrome, delivered previous 4 by CS!
utk pregnancy yg ke 5 ni, alhamdulillah, hasil lab semua yg menunjukkan positif yg membenarkan dia utk mengandung sampailah semalam, capai full term pregnancy. walaupun bkn 1st time tgk CS, tp semalam, berdebar sgt rasa tgk CS makcik tu. berdebar tgu nk tgk anak dia. dalam hati, sepenuh hati berharap anak dia kali ni dapat hidup & selamat dilahirkan. uterus dibuka. kepala bayi dikeluarkan, dikuti badannya. umbilical cord dipotong. oh, menangislah wahai baby! Dr tepuk2 badan dia beberapa kali. alhamdulillah, dia menangis sikit2.. alhamdulillah... =)
diri terpanggil utk pergi menjenguk bayi itu yg dibawa ke bilik neonatal care (tp lmbt sikit berbanding kawan lain)..masuk je bilik tu, hati terus rasa gelisah bila tgk kawan2 lain yg ada, semua muka gelisah. bayi yg baru dilahirkan tu kebiruan dan tidak menangis. Dr & nurse berusaha utk buat dia menangis. dipukul, ditampar, digoncangkan badan, tp still sama. setelah beberapa ketika, barulah dia kembali menangis. alhamdulillah..semua kegembiraan & melahirkan rasa gembira saat dia menangis.kalau dibiarkan x menangis, bayi tu akan terus kebiruan sbb paru2 dia x fully dilate & oxygen xblh masuk..
dia letakkan dalam incubator dgn kawan2 kecilnya yg lain. tangisannya perlahan. tp masalah kembali timbul apabila badannya tetap kebiruan! Dr yg ada terus berusaha bg oxygen.. dalam 10 ke 15 minit barulah dia kemerahan. Dr yg ada membiarkan dia terus menangis & menangis. menangislah sampai kemerahan dirimu. 


satu lg kes menarik semalam, kes seorang wanita 27 tahun, mengalami post partum hemorrhage. akibat pendarahan yg sgt truk & uncontolled, Dr terpaksa ambil keputusan utk buang uterus dia. (hysterectomy! dlm usia 27 tahun!) sorang kawan tya kpd nurse yg bertugas, adakah ini kandungan pertamanya. tp alhamdulillah, dlm usianya itu, dia dah G5P3.. hati ni pulak yg rasa cuak sebelum tu. tp bila dh tau dia dah ada 3 anak, hati terus rasa lega! 


*folow up case of post partum hrge patient with gangrened limbs
xda la folow up sgt pun, cuma semalam dapat la info lbh sikit. post partum hrge, treatment dia, control bleeding. then bg vasopressin such as cathecholamine. dose yg digunakan bergantung pada condition & severity of the case. andai pendarahan dia berkurang & controlled, dose akan dikurangkan, tp kalau fluctuate, x menentu, atau semakin teruk, dose akan dinaikkan sampai max dose. & klu still uncontrolled, kena buang uterus + bg vasopressin. utk condition pesakit hari tu, 4 hari dia terpaksa ambil high dose of vasopresin sbb pendarahan dia x menentu & uncontrolled. sampailah, max dose dalam masa 4 hari tu membuatkan 3/4 limbs dia gangrene & perlu dipotong!
ikut kata Dr dulu, silapnya dalam case ni, dorng x monitor patient's condition lpas dorg bg ubat tu. it can be detect earlier & her limbs can be saved if they do proper patient's monitoring...

oh ya, alhamdulillah, semalam jgk dpt tgk vagina delivery of twins & tgk baby macrosomia! ;)

td g labour room kejap lps kelas. tp xda pon delivery time tu. baru je delivered! baby2 pon xramai dalam baby room. cuma 3 org je. tp sebelum masuk labour room tu mkcik pekerja kat situ ckp kononnya Faris kirim salam pd aku. sape Faris? dia budak lelaki 4 tahun. tp ada masalah kesihatan. xsure ape. may be cerebral palsy mcm adk. wallahualam. xtya pulak. sblum balik tu smpat la jmpa Faris kejap, dia tgh tido dalam bilik kecik depan lect hall. spaya x diganggu.. cuma dapat tgk dia.. xpe la. yg pasti dia mengingatkan aku pada adik! :)

wallahualam..

Friday 23 March 2012

O&G

bersyukurlah atas segala nikmat yg Allah beri..



Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:


Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]

selalu kita dengar hadis ni. lebih-lebih lagi bila hari ibu menjelma. pernah diri terfikir, subhanallah, sampai begitu sekali martabat seorang wanita diangkat dalam islam. bahkan 3 kali nabi menyebut agar berbuat baik kepada ibu sebelum berbuat baik kpd bapa. subhanallah. tapi fikiran yg kecil lagi sempit ini pernah juga terfikir, mengapa Allah & rasul begitu menjaga hati seorang wanita yang bernama ibu ini? umumnya kita semua tahu betapa besar pengorbanan ibu mengandung selama 9bln dan melahirkan kita, kemudian menyusukan & membesarkan hatta si anak itu telah berkeluarga sekalipun si ibu masih sentiasa mengasihi, mendoakan & menjaga anak2nya. 
bukan diri nak menafikan kasih dan pengorbanan seorang bapa. tapi selepas perjalanan diteruskan dalam unit O&G ni, semakin banyak keajaiban Allah yang dapat ditemui..

kasihkan ibumu 3x melebihi kasih kepada ayah:

1)kerana physiology & fitrah seorang wanita, islam menetapkan hal yang sedemikian. bukti scientifically, dalam 'reproductive age' seorang wanita, setiap bulan bahkan setiap masa dia akan mengalami perubahan hormon. perubahan hormon2 ini sentiasa mempengaruhi mood & psychology seseorang wanita. tak hairanlah andai wanita itu sifatnya lembut hati, mudah tersentuh, mudah berubah moodnya dan macam2 lagi.. manakala wanita yang telah menopause pula, walaupun kitaran haidnya dah tamat, tp ini tak bermakna psychology dia telah stabil. TIDAK! bahkan dalam waktu ini, mereka akan lebih mudah utk depress, emotional disturbance, rasa diri tak dihargai, malah ada yang berfikiran dan berharap dapat mati segera. hurm, kerana itulah, wanita telah diberi layanan special dalam islam. layanan bagaikan sang puteri atau permaisuri yang sentiasa perlu dibelai dan dijaga hatinya setiap masa.

2) pengorbanan mengandung & melahirkan
hurm, yang ni semua tahu... betapa berat dan susahnya keadaan mengandung itu.. disertai pula dengan pelbagai kesusahan, kesakitan, malah meningkat risiko terhadap pelbagai penyakit & komplikasi masa mengandung. lebih2 lagi kalau anak kembar! walaupun begitu, ibu2 tak pernah merungut. tak pula menggugurkan kita sehinggalah kita selamat dilahirkan. 
sakit ketika melahirkan. bagaikan nyawa dihujung tanduk. menahan sakit 'uterine contraction pain', sakit saat jasad bayi dikeluarkan dari saluran yang sempit. belum pun sempat sakit melahirkan itu hilang, sakit bertambah2 saat uri (placenta) perlu dibuang & uterine cavity dibersihkan. andai episiotomy dibuat utk mengeluarkan fetus, episiotomy itu harus dijahit semula. aduhai, nyilu rasa bila tgk semua prosedur tu. tapi ibu kita tetap sudi utk mengandung & melahirkan kita.


sepanjang 2 mgu di O&G:
1) subhanallah, walhamdulilah
pagi sebelum lecture start, g jalan2 dalam wad(?) emergncy bersalin, diri singgah ke bilik dorang letak neonate. -xda labour case time tu. waahh.. hati berbunga2 bila tgk baby2 fresh dlam tu. comel2 semuanya. tp tiba2 mata tertarik ke arah seorang bayi yg sgt special. badannya kecik je.. dia masih tgh menangis dalam incubator. diri pergi mendekati. wajahnya diintai. ALLAH! bayi tu ada byk congenital anomalies! jelas even dari wajah dia. mulut dia ada cleft, hidungnya xsempat lg develop. hanya ada kulit dan lubang kecik je utk dia bernafas. matanya hampir tersembul. 
ALLAH, tersentap hati bila lihat keadaan dia. rasa bersyukur terus hadir atas kurniaan nikmat penciptaannya yang sempurna ke atas diri ini. alhamdulillah.
lepas clinical round tamat dalam pkul 2 ptg, diri kembali semula ke bilik bersalin tu dgn harapan dapat tgk lg vaginal delivery. dan seperti biasa bilik 'comel' tu xkan dilupakan. kali ni, perasaan yg berbeza menyelubungi. kali ni, depan mata sendiri, bayi kecil yg kurang bernasib baik itu diangkat oleh seorang nurse kemudian diletakkan dalam sebuah bekas plastik & ditutup rapat penutupnya. bayi tersebut dah meninggal! Allah, lagi perasaan pilu datang, sedih tapi bercampur kagum. kagum akan aturanNYA yang Maha Hebat. Dia ambil nyawa sikecil itu agar kelak dia takkan menanggung lebih derita dengan membesar dengan keadaannya yg sebegitu.. ALLAH, sungguh Kau Maha Mengasihani!


sabtu, minggu ke2. 
2) jangan lawan takdir & perintah ALLAH
TBL kami hari tu tajuknya abortion (keguguran). sedang Dr mengajar, bila sampai part septic & incomplete abortion, Dr sambung dengan case sorang pesakit yg datang beberapa hari sebelumnya. 
seorang pesakit muda,dah berkahwin, minggu sebelumnya dia dah gugurkan kandungan sendiri atas sebab tak bersedia utk pregnant. kandungan tu adalah kandungan pertamanya. (egypt: abortion diharamkan langsung & dikira jenayah. so xda Dr yang akan gugurkan kandungan tanpa sebab)
tapi kuasa ALLAH menguasai, abortion yang dia buat ialah incomplete abortion. selpas seminggu dia gugurkan kandungan dia, dia datang ke hospital atas complication sebab dah jd septic abortion. keadaan dia semakin teruk. dalam tahap ni, pilihan utama yg dia ada ialah hysterectomy (buang rahim/uterus) tapi disebabkan usia dia yang terlalu muda & belum ada anak sndiri lg, Dr decide utk bersihkan uterus & try utk kawal infection dgn antibiotic.
tp malangnya, keadaan dia bertambah teruk. akhirnya dia dapat septicemia, septic shock & dimasukkan ke ICU. td, lpas kelas salah sorang rakan tanya keadaan pesakit tu skrang & Dr kata, beberapa hari lpas dia dah meninggal sebab septic shock!


khamis mgu ke2
3) terkedu.
hari ni, Dr terpaksa habiskan kelas clinical round kami awal. cuma satu jam je bljar dalam round hari ni. sebabnya, hari ni Dr tu ada satu kes yg agak sedih berkaitan dgn malpractise. 
seorang pesakit umur 25 tahun, baru lpas bersalin anak pertama tp dgn IUFD (intrauterine fetal death) complicated pula dgn post partum hemorrhage. Dia dirawat dgn vasopressin & dimasukkan ke ICU. tp hari ni, Dr yg check dia mendapati dia ada complication baru iaitu 3 dari 4 limbs dia dah gangrene dan harus dipotong!! ALLAH, xtaunak kata apa. umur yg muda, baru lpas kehilangan anak 1st, complicated dgn hemorrhage, lpas tu akan dibuang pula tgn & kaki!
kitorg sempat tya Dr sebab complication tu, & dia jawab; pesakit tu dberi maximum dose of vasopressin after the hemorrhage with poor monitoring of the patient! should be, this case (gangrene) can be detect early & preventable if the patient was monitored properly because for this gangrene to occur, it will take time & pass several stage. now, she has wet gangrene of her limbs & need to be amputate!


bersyukurlah.
hanya itu ucapan yg hadir.
bersyukur kerana dilahirkan sempurna & masih di beri nikmat kesihatan yang baik. syukurlah kerana ALLAH mengurniakan kita insan yang bernama ibu yang darinya DIA salurkan kasih & sayangNYA kepada kita. segala risiko, sakit, penat lelah, pengorbanan kedua ibu bapa kita takkan mampu dibalas!

wallahualam

(taip dalam keadaan penat & ngantuk. sori bahasa campur2 merepek atau ape2 je yg xsepatutnya. semoga pengajaran dapat dikutip, kesalahan dapat ditegur. =)

Saturday 17 March 2012

ukhwah antara kita

Ukhwah fillah.


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” 
(Ali Imran: 102-103)


Apa erti ukhwah fillah? Bagaimana yang dikatakan dengan berukhwah kerana Allah?   Saat kita bertemu rakan dan teman, mulut lancar menyebut "uhibbuki fillah,                   ukhwahfillah."

Setiap kali mulut menyebut, telinga mendengar adakah kita benar-benar faham akan kalimah tersebut? Kebanyakan yang kita lihat kini, berukhwah hanya kerana bangsa,           persatuan, jemaah, ahli badar, geng sosial dan pelbagai lagi kelompok-kelompok kecil   yang nenghadkan diri kita untuk bergaul dengan mereka yang besama dalam kelompok kita sahaja. Andai kau bukan sekelompok denganku, ukhwah antara kita takkan mampumenjadi   lebih manis daripada ukhwahku dengan kelompokku. Benarkah begitu yang   dikatakan ukhwah fillah?

Ukhwah ialah persaudaraan. Fillah pula, kerana Allah. Persaudaraan kerana Allah. Bagaimana yang dimaksudkan dengan persaudaraan kerana Allah?

“Demi Yang jiwaku ada di tanga-Nya. Kamu tidak masuk surga sehingga kamu masuk Islam, dan kamu tidak masuk Islam sehingga kamu saling berkasih sayang, Sebarkanlah salam di kalangan kamu, pasti kalian saling mencintai”
 (Hadis riwayat Imam Bukhari di kitab Al Adab Al Mufrad).


Ukhwah fillah ialah persaudaraan yang diikat atas dasar AKIDAH yang menyatakan Allah itu Tuhan  yang Satu dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Apabila dikatakan begitu, seluruh umat Islam adalah  saudara kita. Kerana itu kita harus mengambil peduli tentang keadaan saudara kita di seluruh dunia!Andai saudara kita ditimpa musibah, ditindas atau dianiaya, sewajarnya kita juga turut tersentuh dan berusaha    untuk membantu mereka. Bukankah seharusnya ukhwah itu, apabila dicubit peha kanan, pehakiri juga turut merasa sakitnya?

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”
  
Riwayat Muslim


Apabila seluruh umat Islam itu adalah saudara kita, bagaimana pula kita dengan rakan-rakan sekeliling? Mengapa kadang wujud suasana dan biah yang me'level'kan rakan kita? Layakkah kita untukme'level'kan manusia? Siapa kita berbanding Dia? Tahukah kita akan segala isi hati manusia yang tersirat? Malah lebih dari itu, mereka dari kelompok daie yang membawa hadaf, tujuan yang sama iaitu untuk menegakkan kalimah Allah dan amar makruf nahi munkar tapi berpecah dek jemaah yang berbeza. Adakah ukhwah itu kerana jemaah? Andai kau berukhwah kerana atau bersama jemaah sahaja, kenapa kau masih tegar untuk melaungkan kalimah ukhwah fillah? Mengapa tidak kau laungkan kalimah 'ukhwah jemaah'? Juga ukhwah yang sering kita jumpa ialah ukhwah mengikut 'level'  seseorang itu. Ahli dakwah dan ahli biasa ataupun dengan ahli sosial bagaikan langit dan bumi. Jauh terpisah tak mungkin bersama. Walau untuk sekejap cuma. Melainkan ada hajat yang dicita. Wahai para daie, andai kau berukhwah sebegitu, bagaimana yang kau katakan kau ingin mengajak ke arah kebaikan? Cara apa yang akan kau gunakan sedangkan untuk berukhwah dengan mereka kau tak tegar?

Ukhwah kerana Allah, ikatan persaudaraan yang dieratkan dengan rasa kasih dan sayang. Kasih dan sayang berkata aku tidak mahu melihat saudaraku merana. Lebih-lebih lagi merana di alam yang nyata iaitu akhirat yang kekal selamanya. Kasihnya itu membawa untuk saling menasihati. Agar bersama berada di jalan hakiki. Bukankah seorang muslim dengan muslim yang lain ibarat seperti sebuah bangunan? Mereka saling mengukuhkan antara satu sama lain.


"Tapi bukankah kita harus memilih sahabat yang baik dalam bersahabat?"

Ya benar. Tidak dinafikan sahabat banyak mempengaruhi diri kita. Andai kita bersahabat dengan penjualminyak wangi, kita juga akan menerima bau wanginya. Andai kita bersahabat dengan tukang besi, asap   busuknya akan terlekat pada kita.

Itu pilihanmu. Pilihan dengan siapa kau ingin berakrab. Bersahabatlah dan berakrablah dengan sahabat    yang baik kerana sahabat yang baik.umpama mentari yang menyinar. Sahabat yang baik membimbing diriagar tak lalai dalam mengingati Ilahi. Sahabat yang baik akan saling kukuh mengukuhi. Tapi jangan        dilupakan agar berukhwah hendaklah dengan seluruh umat Islam.

Akhir kata sebelum mengundurkan diri, berukhwahlah atas dasar AQIDAH. Jangan kau jadikan alasan     jemaah,  kelompok,  level dan pelbagai alasan lain untuk kau punya had dalam berukhwah!
UKHWAH FILLAH!!!

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” 
(Al-Hujurat: 10)


 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam baginda bersabda:
Ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di luar kampungnya, lalu Allah mengutus malaikat untuk menyiasat halnya dalam perjalanannya Malaikat bertanya kepadanya; “Hendak ke manakah anda?” la menjawab: “Saya ingin mengunjungi saudara saya di kampung itu?” Malaikat bertanya lagi: “Apakah ada sesuatu ni’mat dunia (hutang) yang ingin engkau dapatkan?” la menjawab: “Tidak, tapi saya mencintainya kerana Allah.” Malaikat berkata: “Sesungguhnya saya adalah utusan Allah (untuk menyampaikan berita) bahawa Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu keranaNya “
(Hadith riwayat Muslim)


wallahualam