bukan mudah hidup sendirian. perlukan mujahadah & kekuatan yg sgt tinggi. menghadapi arus yg bertentangan tanpa henti! teringat analogi yg pernah junior kongsikan;
bayangkan diri kita sendirian berjalan kehadapan. tapi insan lain disekeliling semua jalan mengundur (reversed). kita yg pada awalnya rasa yakin dgn betulnya cara jalan kita tu, namun andai hati x cukup kuat, dia akan goyah. akhirnya andai tiang asas pendirian semakin berkarat, dia juga turut mengundur.
tp bayangkan dalam tengah kekeliruan tu, kita jumpa ada sorng lagi yang berjalan betul ke hadapan sama seperti kita. dalam kekeliruan itu, insan tersebut menjadi penguat pegangan hati. & apabila semakin ramai yg dijumpai sama keadaannya seperti dirinya, semakin kukuh tiang pegangan diri.
apabila tahu diri lemah. serba kekurangan, mintalah pembantu. Nabi Musa sendiri bermohon pada ALLAH agar saudaranya Harun menjadi pembntunya.
"dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku. iaitu Harun, saudaraku. teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia. dan jadikanlah dia teman dalam urusanku. agar kami banyak bertasbih kepadaMU. dan banyak mengingatMu. sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami"
Kemudian Allah menjawab:
"Dia (Allah berfirman; sungguh telah diperkenankan permintaanmu, wahai Musa!)"
Bukan Mudah Bila 'BERSENDIRI DALAM RAMAI!'
No comments:
Post a Comment