Ukhwah fillah.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”
(Ali Imran: 102-103)
Apa erti ukhwah fillah? Bagaimana yang dikatakan dengan berukhwah kerana Allah? Saat kita bertemu rakan dan teman, mulut lancar menyebut "uhibbuki fillah, ukhwahfillah."
Setiap kali mulut menyebut, telinga mendengar adakah kita benar-benar faham akan kalimah tersebut? Kebanyakan yang kita lihat kini, berukhwah hanya kerana bangsa, persatuan, jemaah, ahli badar, geng sosial dan pelbagai lagi kelompok-kelompok kecil yang nenghadkan diri kita untuk bergaul dengan mereka yang besama dalam kelompok kita sahaja. Andai kau bukan sekelompok denganku, ukhwah antara kita takkan mampumenjadi lebih manis daripada ukhwahku dengan kelompokku. Benarkah begitu yang dikatakan ukhwah fillah?
Ukhwah ialah persaudaraan. Fillah pula, kerana Allah. Persaudaraan kerana Allah. Bagaimana yang dimaksudkan dengan persaudaraan kerana Allah?
“Demi Yang jiwaku ada di tanga-Nya. Kamu tidak masuk surga sehingga kamu masuk Islam, dan kamu tidak masuk Islam sehingga kamu saling berkasih sayang, Sebarkanlah salam di kalangan kamu, pasti kalian saling mencintai”
(Hadis riwayat Imam Bukhari di kitab Al Adab Al Mufrad).
Ukhwah fillah ialah persaudaraan yang diikat atas dasar AKIDAH yang menyatakan Allah itu Tuhan yang Satu dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Apabila dikatakan begitu, seluruh umat Islam adalah saudara kita. Kerana itu kita harus mengambil peduli tentang keadaan saudara kita di seluruh dunia!Andai saudara kita ditimpa musibah, ditindas atau dianiaya, sewajarnya kita juga turut tersentuh dan berusaha untuk membantu mereka. Bukankah seharusnya ukhwah itu, apabila dicubit peha kanan, pehakiri juga turut merasa sakitnya?
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”
Riwayat Muslim
Riwayat Muslim
Apabila seluruh umat Islam itu adalah saudara kita, bagaimana pula kita dengan rakan-rakan sekeliling? Mengapa kadang wujud suasana dan biah yang me'level'kan rakan kita? Layakkah kita untukme'level'kan manusia? Siapa kita berbanding Dia? Tahukah kita akan segala isi hati manusia yang tersirat? Malah lebih dari itu, mereka dari kelompok daie yang membawa hadaf, tujuan yang sama iaitu untuk menegakkan kalimah Allah dan amar makruf nahi munkar tapi berpecah dek jemaah yang berbeza. Adakah ukhwah itu kerana jemaah? Andai kau berukhwah kerana atau bersama jemaah sahaja, kenapa kau masih tegar untuk melaungkan kalimah ukhwah fillah? Mengapa tidak kau laungkan kalimah 'ukhwah jemaah'? Juga ukhwah yang sering kita jumpa ialah ukhwah mengikut 'level' seseorang itu. Ahli dakwah dan ahli biasa ataupun dengan ahli sosial bagaikan langit dan bumi. Jauh terpisah tak mungkin bersama. Walau untuk sekejap cuma. Melainkan ada hajat yang dicita. Wahai para daie, andai kau berukhwah sebegitu, bagaimana yang kau katakan kau ingin mengajak ke arah kebaikan? Cara apa yang akan kau gunakan sedangkan untuk berukhwah dengan mereka kau tak tegar?
Ukhwah kerana Allah, ikatan persaudaraan yang dieratkan dengan rasa kasih dan sayang. Kasih dan sayang berkata aku tidak mahu melihat saudaraku merana. Lebih-lebih lagi merana di alam yang nyata iaitu akhirat yang kekal selamanya. Kasihnya itu membawa untuk saling menasihati. Agar bersama berada di jalan hakiki. Bukankah seorang muslim dengan muslim yang lain ibarat seperti sebuah bangunan? Mereka saling mengukuhkan antara satu sama lain.
"Tapi bukankah kita harus memilih sahabat yang baik dalam bersahabat?"
Ya benar. Tidak dinafikan sahabat banyak mempengaruhi diri kita. Andai kita bersahabat dengan penjualminyak wangi, kita juga akan menerima bau wanginya. Andai kita bersahabat dengan tukang besi, asap busuknya akan terlekat pada kita.
Itu pilihanmu. Pilihan dengan siapa kau ingin berakrab. Bersahabatlah dan berakrablah dengan sahabat yang baik kerana sahabat yang baik.umpama mentari yang menyinar. Sahabat yang baik membimbing diriagar tak lalai dalam mengingati Ilahi. Sahabat yang baik akan saling kukuh mengukuhi. Tapi jangan dilupakan agar berukhwah hendaklah dengan seluruh umat Islam.
Akhir kata sebelum mengundurkan diri, berukhwahlah atas dasar AQIDAH. Jangan kau jadikan alasan jemaah, kelompok, level dan pelbagai alasan lain untuk kau punya had dalam berukhwah!
UKHWAH FILLAH!!!
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujurat: 10)
Ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di luar kampungnya, lalu Allah mengutus malaikat untuk menyiasat halnya dalam perjalanannya Malaikat bertanya kepadanya; “Hendak ke manakah anda?” la menjawab: “Saya ingin mengunjungi saudara saya di kampung itu?” Malaikat bertanya lagi: “Apakah ada sesuatu ni’mat dunia (hutang) yang ingin engkau dapatkan?” la menjawab: “Tidak, tapi saya mencintainya kerana Allah.” Malaikat berkata: “Sesungguhnya saya adalah utusan Allah (untuk menyampaikan berita) bahawa Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu keranaNya “
(Hadith riwayat Muslim)
wallahualam
No comments:
Post a Comment