setelah sekian lama, alhamdulillah, hari ini diri mencuri sedikit masa untuk mengisi ruang maya yang semakin sepi ini..fatrah imtihan dan mungkin juga kerana kegersangan diri ini sendiri menyebabkan lama alam maya ini ditinggalkan.. (kalau ada post pon, sekadar copy paste utk dikongsi bersama)
hari ini diri nak ingat kembali satu analogi yang sering kali kita dengar. selalu diceritakan.
kisah seorang raja~
di suatu negeri, terdapat seorang raja yang adil, baik hati serta pemurah..malah raja tersebut sangat sayang akan rakyat jelatanya. sesiapa yang ingin meminta bantuan darinya boleh datang terus menghadapnya utk meminta bantuannya..
setiap hari, ramai rakyatnya yang datang utk mengadu akan masalah mereka serta mengharapkan bantuannya.
dalam ramai rakyat2 yang datang, ada yang datang secara "private" (sorang2). ada jugak yang datang satu kumpulan. kadang tu kumpulan2 besar terus datang (bawak satu kampung la kot). kadang tu dalam kumpulan2 kecik je.
tak kirala berape ramai sekaligus yang datang, kerana sayangnya raja ni pada rakyatnya, dia tak pernah terlepas pandang pada setiap rakyatnya yng datang.
apabila dia perhatikan, ada datang dengan penuh harapan & rendah diri. mereka khusyuk,penuh adab, bahasanya lembut, serta penuh puji-pujian kerana sangat mengharap agar dibantu.
dalam dalam keadaan lain pula, ada juga yang datang memohon meminta bantuan tetapi dengan cara yang kurang sopan. duduknya tidak tertib seperti adat2 di istana, riaknya seperti sekadar hanya meminta dimulut sahaja. tiada kesungguhan ketika dia memohon ditolong. bahasanya hanya guna bahasa pasar & kadang2 tu guna bahasa pasar je. tiada kata2 pujian atau segala yg sewaktu dengannya. masuk2 istana je, 'raja, saya nak kereta ferrari.harap raja dapat kasi.'
ada yang lain pulak, masa minta tu, siap gelak2, ada pulak kadang2 siap nangis2 terus. kadang2 tu, siap boleh sembang2, tak pon main game pulak esp klu datang dengan grup besar2. sebab mungkin rakyat tu ingat dia xkan tgk dorng la kot.
kalau anda jadi raja tu, orang ramai datang pada anda utk mintak tolong. dalam golongan mane yg anda mudah nak bg tolong??
***********************************
macam tu jugak la kita dengan ALLAH... kita cuma hamba makhluk ciptaanNYA. yang segla2nya ditentukan olehNYA. hatta utk tido pon klu bkn dengan izinNYA kita x boleh tido jugak. walaupon paksa diri macammana sekali pon.saat kita berdoa, bagaimana adab kita dengan ALLAH?? adakah cukup sekadar duduk dalam keadaan betul, kemudian sekadar baca je doa dari buku doa tapi baca doa yg sekadar cukup syarat, feelingless masa mintak doa? kadang2 tu siap boleh main2 lg?
memang ALLAH itu Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Penyayang. maka kalau ALLAh izinkan, akan dimakbulkan juga doa tersebut. tapi, mana adab kita sebagai hamba kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung?? Tuhan yang menciptakan kita dengan sebaik2 kejadian.
berdoalah dengan penuh pengharapan & rendah diri
itu baru masa berdoa, time yg nampak sangat2 kita tgh memohon. klu masa solat pulak macammne??
seperti yg kita tahu, dalam solat itu sendiri penuh dengan doa yg mengharap kesejahteraan kpada kita sndiri & juga penuh dengan puji2an kepadaNYA.
cukupkah sekadar buat solat je. tapi kosong, fikiran melayang, fikir nak cepat habis sebab panas, baca pun laju macam bullet train. blh terima ke?
terus terang diri katakan, memang susah utk khusyuk dalam solat. sungguh, memang berat. banyak sangat syaitan datang menggoda waktu tu. waktu tu jugakla nak teringat macam2.tapi, kita haruslah berusaha utk cuba khusyuk dalam solat.
"YA ALLAH, permudahkanlah aku utk khusyuk dalam solatku & ibadahku. Ya ALLAH, jadikanlah aku golongan orng yg khusyuk. amin~"
"solat itu amatlah berat kecuali orang2 yg khusyuk"
selain ketika berdoa & solat, macam mane pula adab kita ketika sedang berzikir kepadaNYA?? (contoh selalunya: zikir lepas solat, baca ma'thurat, tadarus, baca al mulk tiap2 malam di asrama@dengan ahli bait)
main2?? sekadar lepas di mulut??
kemudian, setiap saat dalam kehidupan kita. bagaimana pula? bukankah ALLAH Maha Melihat?? Dia melihat bukan hanya ketika kita berdoa & solat je. bukan sekadar di tempat2 tertentu seperti di masjid je...fikir2lah sendiri..
PERINGATAN INI DITUJUKAN KHAS BUAT DIRI SENDIRI AGAR SELALU DIINGATI DAN JANGANLAH SEKADAR HANGAT2 TAHI AYAM UNTUK BEBERAPA HARI SAHAJA~
BIARLAH BERTERUSAN MENGHARAPKAN REDHA ILAHI~
JUGA ditujukan khas kepada sesiapa yg membaca terutamanya saudara seIslamku yg disayangi~
**disini saya sertakan juga link pdf adab berdoa tapi dalam bahasa Indonesia~
"segala salah silap,harap ditegur, andai terkasar bahasa terguris rasa, harap dimaafkan.."
No comments:
Post a Comment