duhai insani
hamba Khaliq yg yg diizinkan bernafas di atas bumi Ilahi
jagalah akidahmu
sesungguhnya siapalah dirimu tanpa Penciptamu
sedarlah dirimu hanyala hambaNya yg lemah lg hina
duhai diri yg lemah lg memerlukan bantuan
jagalah akhlakmu
jagalah tingkahmu
dahulu masa kecilmu,
selalu ibu berpesan
kata ibu
"bukan semua org akan senang dgn segala tingkahmu
tidak ramai yang akan mudah menerima dirimu seadanya kamu
kerana itu adalah lumrah
fitrah dunia yg sementara"
tp ibu,
pada waktu itu,
sungguh, anakmu ini xmengerti
tidak memahami
sehinggalah pada saat ini,
kini baru dimengerti
ibu, tidak jua dilupai
pesananmu utk diri anakmu ini
agar menerima insan sekeliling seadanya mereka
"jangan kau benci
dan jgn jua kau jauhi mereka
kerana sesungguhnya muslim itu bersaudara
dan sesungguhnya, adakalanya apa yg kau benci itu adalah yg terbaik utkmu dari tuhanmu"
duhai hamba Ilahi yg mengih cintaNya yg hakiki
jagalah hatimu
bersihkan jiwamu
jgn kau kotori dgn tompok2 noda
kerana sesungguhmya hati yg hitam itu sukar utk menerima petunjuk dariNya
dan sesungguhnya petunjuk itu amat kau perlukan
dalam pelayaran hidupmu
agar tidak tersasar dari landasanNya
dan kemanakah kau tanpa petunjuk dan bimbingan dariNya??
No comments:
Post a Comment