DIALAH OMAR ITU!!
Subhanallah
Segala puji ku panjatkan ke atasMu Ilahi
Atas segala aturan yg Kau tetapkan utkku
Sungguh hebat perancanganMu,
Sungguh tetap aturanMu.
Alhamdulillah..
Segala syukur ku panjatkan ke hadratMu Ilahi
Atas segala rahmat yg Kau kurniakan padaku sepanjang perjalananku ini
Segala syukur ku panjatkan ke hadratMu Ilahi
Atas segala sebaik2 perancanganMu itu
Alhamdulillah..
Syukurku juga padaMu atas kurniaan sahabat sepertinya
Sahabat yg begitu tekun dan tabah
Tabah dalam membimbing aku menuju cintaMu ya Ilahi
Juga membimbingku mencapai cita2 ukhrawi
Bukan lagi hanya sekadar mengejar cita2 duniawi
Dialah Umar bg diriku
Bagi diriku yg ibarat ‘iyash
Dia sentiasa mengingatkan aku akan tuhanku
Sepertimana Umar yg selalu mengingatkan ‘iyash akan Allah Yg Maha Esa
Dialah Umarku
Beruntung diriku menjadi seperti ‘iyash
Punya Umar yg mampu menyelamatkan ‘iyash dari kekufuran
salam alaik..
urm, lama diri tak update blog ni.. sekarang ni diri cuba utk fokus utk final exam. cuma, dalam kesibukan exam ni, diri begitu beruntung kerana di kenalkan oleh Yg Maha Pengasih kepada "umar".. nak tahu kisah umar dan 'iyash ni?
inilah kisahnya...
Umar bin Al-Khattab mempunyai sahabat yang rapat dengannya bernama ‘Iyash bin Abi Rabi’ah. ‘Iyash memeluk Islam ketika waktu yang hampir dengan perintah berhijrah ke Madinah. Oleh itu imannya masih tipis ketika itu. Bagaimanapun ‘Iyash cuba menyertai hijrah bersama-sama Umar Al-Khattab.
Di pertengahan jalan ibunya menghantar utusan untuk memujuknya pulang dengan ancaman ibunya akan terus-terusan berjemur di tengah panas tanpa beralih ataupun mandi. Hal itu membuat ‘Iyash khuatir dan hatinya berbelah bagi, bimbangkan keselamatan ibunya. Umar cuba memujuknya; “Usahlah terlalu khuatir akan ibumu. Selepas dua hari berjemur, badannya akan kotor dan dia pasti rimas . Tentunya dia akan mandi. Jika dia berjemur seharian di bawah mentari, pasti esok dia akan berteduh”.
Disebabkan iman di hatinya masih lemah, dia berkeras juga ingin pulang menemui ibunya. Umar hanya mampu memperingatkannya; “Wahai ‘Iyash, jika engkau pulang, pasti ditimpa bala’ dan cobaan”.
Namun sahabat yang baik tidak tergamak membiarkan sahabatnya ditimpa kesusahan. Umar telah melakukan sesuatu yang dapat mengingatkan ‘Iyash walau dia tidak berada bersamanya. Disebabkan ‘Iyash tidak mempunyai unta, diberikanya untanya kepada ‘Iyash; “Ambillah untaku ini. Semoga dengannya kau akan mengingatiku dan kembali bersama-samaku”. Sebaik-baik ‘Iyash pulang kepada keluarganya, dia telah dipukul dan disiksa. Hampir saja dia berjaya dipujuk meninggalkan Islam. Terlihat saja dia kepada unta Umar, ‘Iyash ingat kembali kepada iman dan Islam.
Di situlah kekuatan erti persahabatan yang terjalin. Sahabat yang baik mampu menyelamatkannya dari bencana kufur.
kisah ini diri ambil dari "umar" tersebut sendiri.. terima kasih 'Umar'ku..
alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment