bismillah..
jantung berdegup kencang. otak ligat berfikir. fikiran berserabut. pebagai perkara singgah dan hadir. membuatkan fikiranku seakan sedikit terbuka dek kepadatan dan kesesakan yang menyumbat fikiranku itu..
fikiranku sedikit terbuka. ya. sedikit terbuka membuatkan aku tersentak dan berfikir sejenak. apa yg telah aku lakukan sepanjang hayatku? apa yg telah aku lakukan dalam setiap detik saat dalam setiap hariku? berapa banyak telah aku mempersalahkan orng lain dan adakalanya menyalahkan diriku sendiri tapi apa jalan penyelesaian yg telah aku ambil?
rugi rasanya diri. setelah dipaksa dgn tekanan baru terlihat segala kekurangan, baru terlihat segala kesalahan. tp bersyukurlah. kerana DIA masih mmberi peluang utk kau melihatnya..
ALLAH..aku hambaMU yg lemah lagi hina. aku mohon padaMU jgn Kau bebani aku dgn sesuatu yang mampu aku tanggungi. ALLAH, aku hambaMU yg naif, aku mohon petunjukMU dalam setiap langkah hidupku..ALLAH aku hambaMU yg kini seakan kehilangan diri sendiri. kembalikan seluruh diriku kpdMU. jangan sesekali KAU hilangkan aku dari pandangan dan pengawasanMU ya rabbi.
aliyahsumayyah... rindu kamu sangat2.. semoga dirimu disana sentiasa diberkati..aku tahu kamu kuat. kamu hebat! semoga semangat dan kekuatanmu turut hadir dan mengalir dalam diriku...
No comments:
Post a Comment