Sunday 6 November 2011

selamat hari raya aidiladha

assalamualaikum.. salam eid mubarak..

hari raya aidil adha.. salah satu hari yg ALLAH kurniakan sebagai hari utk umat Islam bergembira dalam syariat yg ditetapkan..

walaupun dirantauan, walaupun dalam kesempitan hidup, walau kerinduan akan insan yg telah tiada, walau badan sakit menanggung pelbagai ujian namun rasa gembira & bahagia itu tetap akan hadir..

dalam pelbagai nikmat kegembiraan itu, antara saat yg plg bahagia ialah saat menatap wajah kedua ibu bapa, andai tak mampu, mendengar suara pun sudah cukup membahagiakan hati..
bg saya, nikmat lain yg lebih bermakna pada hari bahagia ini ialah kemaafan.. kemaafan dari kedua ibu bapa, keluarga, sanak saudara, guru2, serta rakan & taulan..
walaupun konsep hanya mohon maaf & beri kemaafan hanya pada hari raya tu agk kurang tepat, tp raikanlah kegembiraan utk mohon maaf & diberi maaf pada hari istimewa ini.. kemaafan itulah yg membuatkan hari kebesaran umat islam ini menjadi lebih bermakna, bahagia & indah.. leraikan sengketa, hentikan prasangka.. rindu ditaut silaturahim dihubung.. indah hari kebesaran umat islam bersama syariat yg sejati!

wallahualam

No comments: