Wednesday 20 April 2011

segalanya adalah HIKMAHMU

Jangan dikeluh segala perit. Jangan diluah segala yang pahit. Jangan terlalu bahagia dengan segala yang indah di mata.yang indah di mata tidak akan selamanya ia menjadi indah. Kenangan indah dalam memori tidak bererti selamanya ia akan tersimpan sebagai memori yang indah. Segala yang indah boleh berubah menjadi yang buruk dengan izinNYA. Memori indah semalam boleh menjadi memori paling perit pada hari ini.

Begitu juga dengan segala keperitan & kesedihan yang hadir dalam jiwa yang insan. Yang perit takkan selamanya perit. Yang hitam takkan selamanya kelam. Hari yang hujan akan dilimpahi keindahan pelangi jua akhirnya. Jangan sesekali kau mengeluh. Jangan sesekali kau berputus asa dari RahmatNYA andai diri ditimpa musibah. Setiap ujian yang Dia kurniakan pada hambanya adalah memori indah dalam diri hamba itu andai hamba itu memahaminya.

Ujian yang perit itu adalah hadiah. Hadiah buat jiwa hamba yang selalu lalai dan lupa. Hadiah sebagai tanda bahawa DIA tidak pernah meninggalkan mahupun melupakan hambaNYA itu. Ujian itu menyedarkan kembali diri hamba itu bahawa dia adalah milikNYA. Dia diperintah & diawasiNYA. Dia diperhatikan & setiap rintihan hatinya didengariNYA. Lalu ujian itu membawa hamba itu kembali pada Penciptanya. Kembali kepada matlamat hamba itu untuk meraih cintaNYA. Mengisi jiwanya penuh dengan cinta Yang Maha Satu.

Saat hamba itu dirundum duka & nestapa. Disaat dia hilang tempat bergantung antara sesama makhluk. Saat dia merasa sendiri dikala dalam berjemaah. Saat itu, hamba itu mula sedar. Sedar tiada lain yang dapat membantunya. Sedar bahawa tiada yang lain yang sudi untuk mendengar rintihan hatinya. Tiada lain yang mampu menenangkan & menggembirakan hatinya melainkan DIA! Dia sentiasa hadir dan ada disisi pada setiap detik masa. Dalam setiap ketika. Dialah ALLAH! Tidakkah indah saat itu? Saat hati terasa begitu dekat denganNYA setelah lama hati melupakanNYA. Saat yang sangat indah dalam suram dan sendu di hari hati.

Wahai tuhan, setinggi syukur kupanjatkan padaMU. Kerana Kau beri aku peluang utk merasai saat indah ini. Tuhanku, aku tak tahu selama mana perasaan bahagia sebegini akan bertakhta di hatiku. Namu aku sangat2 berharap agar saat indah ini tidak akan menghilang lagi. Setelah lamaku menanti. Jgn kau biarkna rasa ini pergi lagi. Aku sangat merindukan saat2 indah ini. Saat indah bersamaMU. Maafkan hambaMu ini wahai Tuhanku kerana aku sering lalai & sering melupakanMU, sering memungkiri segala janjiku & ketaatanku padaMU. Aku sering tewas dengan dunia ini, Ya ALLAH.

Saat insan lain mengharap cinta ajnabi. Sibuk mengejar cinta duniawi. Izinkan & halakan hambaMU ini untuk menggapai cintaMU ya Ilahi. Penuhi hati ini dengan cinta kepadaMU. Izinkan hambaMu ini merasa nikmat cinta itu. Nikmat bercinta denganMU. Juga dengan rasulMU. & janganlah Kau hilangkan rasa cintu itu dariku setelah Kau menganugerahinya padaku. Kerana aku takkan mampu utk menggapainya tanpaMU.

Hatiku ini yang penuh noda dan dosa mengharap padaMU ya RABBI. Mengharap utk kembali padaMU. Mengharap utk berada dijalanMU. Andai ini caranya utkku meraih cinta itu, aku reda. Aku rela. Akanku cuba mengharunginya. Namun, aku perlukan KAU disisiku sentiasa. Aku mengharapkan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dariMU. Kerana aku takkan sanggup utk menghadapinya andai Kau tiada disisiku. Dekatkanlah hati ini selalu denganMU. hambaMu ini mengharapkan cintaMU ,ya ALLAH.

No comments: