salam..
sepi..
lama menyepi
kerana masa penuh terisi
dan mungkin kerana salah diri sendiri
yg masih belum bijak mengurus masa sendiri
atau mungkin kerana hati yg kian mengurus..
kurus iman di hati
penuh noda dalam diri...
Ya ALLAH, hambaMU mohon kekuatan dari kekuatan yg begitu hebat..
hambaMU mohon kesabaran sebagaimana sabarnya para rasulMU
hambaMU mohon ketabahan dalam menghadapi segala ujian dariMU..
berat kurasakan Ya Allah
aku sendiri belum pasti sama ada aku mampu mengharunginya.
cuma pada saat ini aku hanya bergantung padaMU.
kekuatan yg kukumpul bersama setinggi harapan bantuan dariMU
kekuatan yg Kau kurniakan..
Ya Allah, aku tak tahu pada siapa lagi aku ingin mengadu..
aku tak tahu pada siapa lagi yang aku boleh berkongsi rasa ini
aku tak tahu pada siapa yang aku boleh mengharapkan bantuan darinya
melainkan dariMU ya rabb
ya Allah, jika ujian ini kau berikan kepadaku sebagai kafarah penghapus segala dosaku yg melangit luas,
aku bersyukur ya Allah,
namun aku tetap mengharapkan bantuanMu
bantulah hambaMu ini,
agar tidak tersungkur mahupun terpesong dari jalan yg diredaiMU
Ya Allah, permudahkanlah jalanku..
No comments:
Post a Comment