Friday, 19 August 2011

plan balik kampung!

assalamualaikum wbt kalam pembuka bicara. bukan sekadar kalam biasa tapi doa utkmu yang membaca.

plan balik kampung.. balik kampung? wait a minit, balik kampung? kampung mna ni?
plan utk balik ke kampung halaman, ke rumah sendiri!!!
perancangan Ilahi, walaupun setahun merancang utk tak balik malaysia pada tahun ni, dan harapan tu agak cerah bila dapat balik free masa revolusion of egypt hari tu, tp akhirnya balik juga ke malaysia.. insyaALLAH..

"mak, umrah tu x jadi pergi tahun ni.. ada problem..kena cancel last minit.." adu aku kpd mak bilamana hati sedih tak dipilih menjadi tetamuNYA
"habis tu buat apa kat sana? balik je la malaysia.."
'HAAA???!!?!?' biar betul mak ni, direct bg response suruh balik. hari tu kata xpe je aku xbalik tahun ni.. haih...
"mak, cam mne nak balik, duit x cukup la nak beli tiket nak balik.. lagipun nak cari tiket sekarang ni tak tau la harga dia cam mne.. ada ke x.." dalih aku memberi alasan
"duit umrah tu xkan x dapat... duit kamu sekarang ada byk mne? hurm, klu dapat duit umrah tu balik je la.."

hurm, macam tu la lebih kurang ayat mak yang minx anak dia balik jgk.. belah bagi rasa hati.. klu diikut fikiran logistik diri sendiri, planning & tujuan asal tak nak balik malaysia, mmg klu blh x nak balik.. tp, bila difikirkan balik...
-Islam suruh kita berbuat baik & patuh arahan & permintaan kedua ibu bapa kecuali perkara yg diharamkan ALLAH sehinggakan jgn sesekali kamu berkata walaupun ah, kepada mereka terutamanya ibu..
-diri mohon minx petunjuk dari ALLAH, & petunjuk yg diberi, pulanglah kpd keluarga..
-mohon lg satu petunjuk spya hati lebih yakin... Ya ALLAH, klu betul rezekiku utk balik malaysia pada tahun ni, & klu mmg perlu aku balik pd tahun ni, semoga aku dipulangkan semula duit umrah yg dah cancel tu..
mmg tak disangka.. selang beberapa hari, mmg duit tu dipulangkan.. mmg harapan mak & ayah dimakbulkan!

alhamdulillah.. tiket dicari.. & nasib sangat baik sbb ada tiket dgn harga yg berpatutan.. murah jgk la.. xla mahal.. alhamdulillah...



dan sekarang ni, plan utk balik dari KLIA ke ipoh... xnak suruh ayah ambil.. nanti byk pulak belanja.. cuba berdikari! tiket bas.. survey tiket2 online!!

sampai dalam pukul 2 ptg.. tiket tren terawal lpas pkul 2ptg, ialah pkul 3 ptg.. lpas tu 11malam!
ah, lambatnya.. dah malam sangat!

lewat malam menjadi satu kemusykilan.. kalau sekadar ikut diri sendiri, mmg insyaALLAH, tak pe lg kot walaupun dah lewat malam.. mmg org akan kata agak bahaya, tp naik tren je.. & insyaALLAH blh jaga diri.. sedangkan di mesir alhamdulillah setakat ni blh jaga diri, inikan pula dinegara sendri dgn bahasa sendiri..


tp.. terkenang suatu peristiwa.. luahan hati sang ayah..

suatu malam, kami sekeluarga melawat adik beradik ayah. kebetulan, anak perempuan pakcik yg belajar di negeri orng akan balikke kolej beberapa hari lagi.. naik bas pada waktu malam..

ayah: kenapa amik bas malam?
pakcik: tak tahu la dia.. diorang ni bkn blh dicakap lebih2, nanti banyak alasannya.. orang dah cakap dah bahaya, balik malam2.. tapi degil, kata xnak panas la, xnak balik asrama awal la.. macam2 diorang bukan fikir kita ni dok risau kat depa
ayah: diorang tau nak seronopk diorng je la.. kita ni yang duk risau.. dah la macam2 kes samun la, culik, aniaya anak dara, macam2 lagi kes.. diorang cakap mmg senang, duk dalam bas je..  diorang x fikir, yg bawak bas tu pun ORANG jugak... manusia jgk.. drive malam2 ingat x mengantuk ke?? 

luah ayah.. ayah yang dulu kerap memandu pada waktu malam utk jarak yang jauh dek kerana keperluan pekerjaannya yang mmg begitu, memang tahu macam mana peritnya org yg kena memandu malam2 ni..

pakcik: haa.. tu la.. tu satu hal.. lpas tu bila dah sampai sana, dari stesen bas ke asrama tu tak tahu macam mana lagi tu.. naik teksi tu, bkn blh percaya sgt tu, byk je kes rogol la, samun la, itu la, ini la..
ayah: tu ha, bdk tu (sambil menuding ke arah aku) hari tu nak balik ke ikip tu dulu amik bas malam.. dia ingat orng x risau agaknya. dia tak tahu macam orng kat rumah ni dok risau kat depa........

tettt.. akhirnya aku 'terkena' jgk.. dengar je la..

tp bila difikirkan, betul jgk cakap dorng.. mmg kita rasa kita blh je nak survive.. insyaALLAH, blh je amik tiket lewat malam tu.. tp, bila ingat kata2 ayah & pakcik dulu tu, xpe la.. cuba lah cari tiket yg awal sedikit..

cubalah jadi anak yang solehah.. kurangkan & elakkan buat hati mak ayah gundah & resah..



No comments: