Saturday, 20 August 2011

ilmu

"ilmu yang baik ialah ilmu yang dapat membantu & memperbaiki diri.."


selalu kita dengar ayat ni kan?? saya pun xpasti kata2 ni dari siapa & siapa yg pernah sampaikan kpd saya.. tp yg pasti kata2 ni amat berguna.

dalam hidup ini, ALLAH beri manusia kelebihan untuk dia membuat pilihan. pilihan dalam hidupnya sendiri. pada amnya manusia bebas untuk memilih samaada kebaikan atau keburukan.. the choice is in your hand!

ilmu terbentang luas di hadapan kita. pelbagai jenis ilmu! ilmu agama, ilmu medic, engineering, memasak, melukis, pengurusan, perniagaan, ilmu memancing, ilmu utk bermain, ilmu hitam!! byk sungguh jenis2 ilmu yg menanti di hadapan kita. & kalau ikut logik pula, memang patut islam mementingkan ilmu pengetahuan & menitik beratkan agar kita belajar. yang tinggal kini, ilmu yg mana yg akan kita pilih utk dipelajari? ilmu hitam? ilmu angkasa? ilmu agama? sebaik2 ilmu yg kita pelajari seharusnya biarlah berguna pada diri & sekeliling. 

kalau cakap pasal ilmu agama, terutamanya agama islam yg lurus ini, semua orang tahu bagaikan terang lagi bersuluh bahawa ilmu tersebut sgt berguna & patut kita pelajari malah, ilmu fardu ain dalam ilmu agama itu wajib utk kita pelajari. 

kemudian, kalau kita bercakap pula ttg ilmu pengurusan diri seperti lipat baju, iron baju, memasak, etc nak atau tak nak, kita perlu utk mempelajarinya utk memudahkan kehidupan seharian. takkan sepanjang masa nak bergantung harap pada orang lain je. bukan sepanjang masa diorang boleh nak bantu.

kalau ilmu seperti ilmu medic, farmasi, engineering, teaching, pertanian, bisness, jurutera electrik, kimia, biologi & semua ilmu yang hampir sewaktu dengannya ilmu2 macam ni kita bebas utk memilh utk dipelajari secara mendalam walaupun sesetengah individu dipaksa, tp dia buat pilihan taknak bantah paksaan tu.. :P andai kita tak mampu nk study mendalam sekalipun, kita still blh stdy tanpa sijil! 

ilmu2 sampingan.. mungkin juga sesetengah orang mengambil ilmu ini sebagai kewajipan & utama bgnya.. contoh, ilmu muzik, melukis, menulis, bergambar etc... malah ada yg mampu mencari rezeki melalui ilmu2 ini. tapi buat mereka yg mengambil ilmu2 ini sebagai ilmu sampingan, contoh, pelajar medic nak study pasal ilmu bergambar. seharusnya dipilih bkn sekadar mengikut kehendak hati & minat semata2. telitilah juga apa yg mampu kau perolehi selepas kau pelajari ilmu tersebut. andai selepas kau pelajarinya kau mampu utk membantu org lain yg memerlukan kepakaranmu dalam ilmu tersebut, atau mampu improvekan diri jd lebih baik, so go on..

contoh lebih jelas, kalau seseorang itu mendalami ilmu kaligrafi & kemudian drpd kelebihannya itu dia nak guna utk menarik orng lebih dekat kpd ALLAH, itu dikira ilmu yang bagus. berfaedah & bermanfaat, tp kalau belajar utk menjadi pelukis hebat tp akhirnya hati riyak & bongkak dgn hasil lukisannya itu, maka buruklah hasilnya akan ilmu itu. 



aish, masih tak tersampai niat hati apa yg betul2 nak disampaikan sebenarnya... yg di atas tu sume taipan utk mencari ayat berlapik.. tp mcam jauh melalut & ssh nak faham.. 

akhirnya...bila tak mampu lg nak berlapik2.. sebab belum cukup ilmu utk menyampaikan sesuatu & nasihat secara berhikmah.........(beginilah ayatnya..)

         kalau seseorang tu nak belajar muzik tp menggunakan kelebihan ilmu tersebut dgn sebaiknya & dapat tarik orng sekeliling utk improve diri & dekat dgnNYA, blh dipertimbangkan.. walaupun islam mengharamkan alat muzik yg ditiup & bertali, tp ada ulamak yg berpendapat, dizaman sekarang ni, alat2 tersebut dibolehkan utk digunakan. cth, wisel polis: tu alat yg ditiup jgk tu.. (bg pendapat saya, dia dibolehkan kalau keperluan. tp kalau sekadar nak main2 & utk muzik yg melalaikan, baik tinggalkan!)... tp kalau belajar ilmu muzik sampai melalaikan, xda kepentingan, sekadar utk suka2, baiklah hentikan!

ini cuma satu contoh mungkin ada contoh lain..


saidina ali bin abi talib pernah berkata;
"jadikanlah umurmu ibarat wang yg diberikan kepadamu. sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan itu hilang begitu sahaja,
  maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umur engkau dengan sia-sia"


bukan sekadar belajar je, tp setiap tindak tanduk kita, elakkanlah daripada yg sia2..

hadis Nabi (s.a.w):

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi (s.a.w) adalah baginda solat subuh tatkala memberi salam berdoa “Ya ALLAH Ya Tuhanku aku memohon kepadamu dikurniakan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”

(HR Ibn Majah & Ahmad)



yang menyampaikan lebih besar tanggungjawabnya utk melakukan apa yg disampaikannya...

wallahualam..

No comments: