kepada mereka yg jawab dgn yakin bahawa keluarga akan lebih didahulukan, cuba jawab soalan2 di bawah ini:
1) apabila cuti tiba, anda prefer duk rumah bersama famili atau outing dgn kawan2 ke bandar, lepak2, berkelah, etc..
2) antara adik-beradik sendiri & kawan, siapa yang anda lebih mudah utk beri bantuan eg, dengar masalah dia, pinjam duit
3) antara keluarga & orng luar termasuk rakan2 anda, yang mana yang anda lebih suka utk belanja mereka?
4) bila anda nak bershopping, picnic, sporting, siapa yang anda lebih suka nak ajak pergi bersama anda? mak,ayah, adik beradik, atau kawan2 anda??
5) berapa kali anda ucap sayang anda pada keluarga anda? & berapa byak kali pula anda lafaz & tonjolkan kasih sayang anda kepada bukan keluarga anda seperti kawan, boy or girlfriend??
6) bila tiba hari lahir, hadiah siapa yang lebih mahal yg akan anda berikan antara boyfriend atau girlfriend & adik beradik anda??
hanya anda yang mampu menjawab persoalan2 tersebut.. & jawapannya, hanya anda yg tahu tentang diri anda sendiri, andai benar pilihan anda lebih kpd keluarga, alhamdulillah.. andai sebaliknya, fikir2kanlah sendiri..
sedih rasa hati. pernah saya sendiri berjumpa & melihat sendiri gelagat mereka yang suka melebihkan orng luar berbanding keluarga sendiri. mudah sekali menuturkan & menzahirkan sayang kepada mereka. sedangkan dgn keluarga sendiri dibiarkan, disisihkan, malah tak dihormati!
dengan keluarga sendiri dilayan bagaikan kuli, baik cuma bila membodek diri ingin dilayan bagaikan seorng raja atau permaisuri dalam istana oleh keluarga. namun, bila berhadapan dgn kawan2 yg orng luar yg lainnya, sanggup mengabdikan diri kpd mereka, snggup andai diri dipijak, sanggup andai diri diperhina, baik tak kira masa.
pernah juga saya melihat, seorang yg apabila dgn keluarganya garangnya tak bertempat! bagaikan penuh benci dalam diri. bahasa2 yg dituturkan sangat 'indah'! tp apabila berhadapan dgn orng luar, pijak semut pun tak mati!
aduhai insani, sedih hatiku mengenangi. mengapa kera di hutan kau susukan sedangkan anak kau biarkan dirumah mati kebuluran? walhal apabila dirimu ditimpa musibah, adakah mereka yg kau sanjung itu akan terus-terusan di sisimu & membantumu? adakah mereka akan setia sepanjang hayatmu?
kalamku ini bukan sekadar omong kosong! inilah realiti hari ini. bukan sekadar manaip mengikut imaginasi, tetapi inilah yg pernah kulihat dgn mata kepalaku sndiri!
kasihan. mereka yang tiada kasihnya lebih kpd keluarganya, yg kutemui kebanyakan mereka akan sukar & gagal juga utk meraih kasih dari insan sekeliling. banyak ditinggalkan sndirian, di tikam dari belakang, ditipu, yg menampakkan diri bila cuma ingin meraih pertolongan. bila dia terasa senang, diri mereka ditinggalkan sendirian.
nasihat utkmu & jg utkku.. kasihilah berbuat baiklah & hargailah keluargamu dahulu andai mahu diri dihargai & dikasihi insan2 sekelilingmu yg lainnya. bagaimana sekalipun keluargamu itu, darah yg mengalir dalam dirimu & diri mereka adalah sama, kau dan mereka tetap satu keluarga. takkan terputus ikatannya, air dicincang takkan putus!
*Redha Allah bersama Redha ibu bapa
*dalam islam, dalam bab bersedekah, sebaik2 sedekah ialah sedekah kpd keluarganya..
wallahualam
No comments:
Post a Comment