Serangan terbaru bertujuan ugut Hamas.
Written by admin from on May 21st, 2009 | 0 CommentsKhamis, 21/05/2009 - Hamas memberi amaran kepada pihak Zionis bahawa mereka berhak bertindak balas terhadap serangan dan perbuatan jenayah Zionis ke atas rakyat Palestin. Israel telah melancarkan serangan dari udara ke atas beberapa lokasi di Gaza dan memusnahkan sebuah bengkel besi.
Dr. Ismail Radwan, seorang pemimpin Hamas di Gaza berkata serangan tersebut merupakan satu usaha Zionis untuk mewujudkan suasana tidak tenteram dan merupakan ugutan kepada Hamas agar menerima perjanjian yang berat sebelah yang tidak membuka sempadan, membatalkan sekatan dan menghentikan serangan.
Serangan ini juga usaha untuk mendapatkan persetujuan dari Washington bila ia dilakukan pada masa Netanyahu melawat US.
Abu Ahmed, jurucakap Briged Quds, memberitahu para kumpulan pejuang di Palestin akan bertindak pada serangan tersebut pada masa yang sesuai dan menyeru agar semua kumpulan pejuang bersatu.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous
No comments:
Post a Comment