Setiap orang akan mati, tak seorangpun ditangguhkan kematiannya.. Nabi bersabda bahwa Allah mengirim ruh kembali ke jasad tersebut. Apabila ruh dikembalikan, orang itupun duduk tegak. Lalu dahinya terhantuk batu. Setiap kali ia ingin duduk kepalanya terhantuk batu. Saat itulah baru ia menyedari, bahawa ia sudah mati dan saat itu adalah kali terakhir dia di dunia. Dia menyedari bahwa dia sedang berada diambang akhirat.
Dua malaikat datang, bertanya padanya,"Siapa Penciptamu ? Siapa pembawa RisalahNya ? Apa agamamu ? Dan apa kitab sucimu ?" Jika lidahmu membeku saat itu, maka kamu berada dalam bahaya. Jika lidahmu tidak membeku dan mampu menjawab, maka kamu akan selamat. Itulah sebab suatu masa dulu, sebahagian ulama’ sufi menyuruh murid2nya untuk menyendiri di dalam kubur, untuk mengajarkan mereka, "Suatu hari kamu akan seperti itu."
Jika kita merasakan ini dan menyedarinya, kita tak akan duduk bersenang-lenang. Kita akan sibuk mencari ruang untuk berbuat amal kebaikan. Hati tidak akan dibiarkan kosong daripada zikir, selawat dan alunan Al Quran. Sibuk memohon keampunan Tuhan sambil menanti saat kematian.
Namun, ada satu lagi kesibukkan yang membuat kita ghaafil(lalai), sibuk, tak peduli dengan hal kematian. Itulah saat kita sedang sibuk dengan pekerjaan dunia. Mengapa? Kerana tarikan dunia lebih kuat daripada tarikan akhirat. Sesuai dengan bumi yg mempunyai graviti yang tinggi. Dek kesibukan itulah hati-hati kita menjadi rabun dan seterusnya buta. Lalu membayangkan kesibukkan kita terhadap dunia itu sebagai satu kebaikan juga. Maka terdetiklah didalam hati, ”Tanpa orang yg sibuk seperti aku, dunia akan berhenti. Jika Allah tak membuatkan aku sibuk, maka semuanya pasti sepi tidak bergerak." Semoga Allah mengampuni dan menyelamatkan kita dari kesibukkan yg sebegini.
Inilah antara pati mutiara kalam dari Shaikh Hisyam Kabbani, salah seorang ulama sufi tersohor, terutama dikalangan penggemar ilmu tassawuf.
Terkadang terfikir juga, kesibukan terhadap dunia ini memang melalaikan. Namun terkadang diriku tidak dapat lari dari kesibukkan terhadap dunia, apatah lagi dalam keadaan zaman sekarang. Dalam masa yg sama, aku tahu, kesibukan inilah yg melupakan aku, melalaikan aku dalam mempersiapkan diri menghadapi kematian. Pada masa yg sama, aku tidak mahu kematianku menjadi gerbang neraka bagiku. Tapi…..Ya Allah! Tunjukkanlah aku jalan terang.
Seorang Sheikh pernah diadukan seseorang tentang masalah ini. Lalu beliau menjawab dengan satu jawapan yang ringkas, tapi amat mendalam maknanya. Maka jawab beliau, “Nasib baik lupa… boleh ingat, boleh diingati, boleh pula mengingatkan.”
Ya! Itulah! Itulah penyelesaiannya!. Sememangnya aku tidak dapat lari dari kesibukkan. Sibukku dengan makan dan minum, sibukku dengan keluarga, sibukku dengan rakan-rakan, sibukku dengan sesuatu yg aku mahukan. Tapi… hatiku boleh mengingatkan aku! Hatiku boleh menyedarkan aku! Hatiku boleh keluar dari kesibukkan dunia! Bukankah hati ini boleh sampai ke bulan, walaupun jasad ini masih berada di bumi. Bukankah hati ini boleh sampai kepada kekasih, walaupun jasad ini tidak bersama kekasih. Ya… hati ini mesti keluar, tidak perlu menyertaiku menyibuk dalam urusan dunia. Hati ini mesti sibuk dengan satu lagi kesibukkan. Kesibukkan Zikrullah!.
Dengan hati inilah, tangan manusia yang sibuk menaip di papan kunci komputer, diingatkan agar tidak menaipkan fitnah dan perkara yg bukan-bukan. Mata manusia yg sibuk meneliti sesuatu dihadapan, diingatkan agar sentiasa menjaga pandangan. Kesibukkan manusia yg terkadang melampaui waktu rehatnya, diingatkan agar tidak melampaui waktu solat. Kesibukkan seorang pemimpin dalam menguruskan urusan dan perbendaharaan negara, diingatkan agar berlaku adil dan tidak melanggar amanah. Hati bagaimanakah yg mampu memberi peringatan sedemikian. Itulah hati yg sibuk dengan ingatan kepada Allah SWT.
Namun, kematian tetap menjadi suatu yg menggusarkan jiwa. Kerana seorang pun tidak mengetahui bagaimanakah keadaan mereka ketika menghadapi saat kematian. Husnul Khatimah kah? Suu’ul Khatimah kah? Rabi`ah al`Adawiyyah sering menangis seharian sambil istighfar. Beliau berkata, "Bagaimana aku tidak beristighfar ? sedang aku tak tahu bagaimana Sayyidina Izrail akan mengambil nyawaku, dengan siksaan atau kebaikan?" Jika kamu tahu, maka semuanya lancar;
Tapi... tak seorangpun tahu !
No comments:
Post a Comment