Friday 15 May 2009

10 Kunci Kejayaan Dunia & Akhirat

Sebagai manusia yg punya kesedaran diri, kita semestinya inginkan kejayaan. dan sebagai seorang muslim pastinya kita rindu dan cinta utk mendapatkan kejayaan yg cemerlang bkn sahaja di dunia, tetapi juga kejayaan yg sebenarnya; kejayaan akhirat.
kali ini, saya nk kongsi tips aatu kunci kejayaan ni, yg saya copy paste, tapi x ingat ambil dari mana.. apa2 pun, harap berguna dan paling penting, digunakan..

Kadang2 dalam mengejar kecemerlangan, ramai di antara kita terperangkap dalam 'kepompong' diri, maksudnya tidak tahu cara untuk melepasi self-limits atau batasan diri yang tak ternampak oleh kita, namun dinampak oleh orang lain seperti kawan rapat kita, ahli keluarga, pensyarah, guru ataupun sahabat kita.

Orang-orang yang mampu melintasi self limits atau batasan diri ini sebenarnya mengetahui kunci-kunci untuk membuka pintu kejayaan dunia dan akhirat.

Dr Fadzilah Kamsah memangggil apa yang di tulis ini sebagai "Menerobos Sempadan Diri"

Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :

1. Kunci ilmu ialah bertanya dan mendengar
2. Kunci kemenangan ialah sabar
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan bersyukur
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat ialah takwa
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa
6. Kunci maksiat adalah kesombongan
7. Kunci solat ialah taharah (suci)
8. Kunci ibadah haji adalah ihram
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar
10. Kunci syurga adalah tauhid.
Gunakan 10 kunci ini untuk merasang perubahan diri ke arah kecemerlangan !

*utk dirimu sendiri agar kau berusaha menuju ke arah kejayaan dunia & AKHIRAT!!

No comments: