Monday, 4 May 2009

Duit??

“Dan barangsiapa bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tak di sangka2, dan barangsiapa bertawakkal kepada ALLAH, maka DIA itucukup baginya” (at Thalaq:2-3)

Duit,

Antara perkara yg terpenting dalam kehidupan dunia ini. Andai kata xda duit, maka tiadalah makanan, xblh bli pakaian, atau keprluan2 lain, susah nk menuntut ilmu, dan macam2 lagi.

Kalau dilihat dengan mata kasar, apalah sangat duit itu. Hanya sekadar kertas yg berwarna, bercorak dan ditanda dengan nombor. Tapi kertas itulah yg manusia2 di muka bumi ini kejar2kan. Kertas itulah yg manusia idam2kan dan kerana kertas itulah, manusia sanggup utk buat apa sahaja. Demi kepingan2 kertas yg dipanggil duit, wang, atau apa2 yg membawa maksud seerti dengannya.

Pandangan aku mengenai duit??

Duit itu memang antara benda yang diperlukan & agak penting. Tapi, benda itu juga lah yg banyak mendatangkan masalah kepada aku.

Kisah hidup ku:

Aku bukanlah berasal dari keluarga yg kaya. juga bukanlah dari keluarga yg begitu miskin. Namun, bukanlah mudah utk kedua ibu bapaku menunaikan setiap hajat atau keinginan anak2 mereka (lebih2 lagi atas perkara2 yg tidak penting). Jadi, setiap keinginanku (dalam urusan yg berkaitan dgn duit), akanku simpan dan akan menjalani proses penapisan dari diri aku sendiri. Sama ada ianya penting ataupun tidak!

Andainya tidak penting dan sekadar keinginanku semata2, maka selamat tinggallah angan2 tersebut. Tp, andai kata perkara yg nk aku beli atau perlukan itu mmg penting, pertama sekali, andai aku mampu, aku akan simpan@ kumpul duit belanja sekolah aku, utk aku belanjakan utk kegunaan tersebut. andai aku xmampu, baru aku akan minta pada org tua ku. Itu adalah pilihan terakhir. Tapi, jarang juga aku nk minta mcm 2. Sbb aku takut perkara itu akan membebankan mereka.

Duit belanja sekolah:

Awal permulaan aku menjejakkan kaki ke sekolah pada 1996 (tadika), xda duit belanja pun. Tak tahu nk belanja duit lagi waktu tu. Masuk tahun 1, duit belanja yg aku dapat masa tu, RM3 seminggu. Mak aku akan bg RM3 pada hari isnin, kemudian, pandai2 lah nk belanjakan mcm mana. Naik tahun 2, disebabkan perbelanjaan rumah semakin besar, belanja mingguan aku diturunkan kepada RM2. Bila masuk tahun 3, adik aku yg baru masuk tahun 1 waktu tu boros. Duit belanja dia, cepat je habis(aku jenis yg kurang sikit boros. Buktinya, dalam seminggu aku guna lebih kurang 50sen je.) akibatnya, duit belanja aku sekali kena denda. Dia dapat duit belanja 2 hari 30-50sen, tapi aku dapat seminggu RM1! Dan jumlah itu kekal sampai aku di tahun 6! Apa yg aku makan di sekolah?? Hehe. Jangan risau, setiap hari, mak aku akn bekalkan kami bekalan makanan ke sekolah. So, makan je la bekal tu. Cuma kalau nk beli barang2 lain tu, jarang sgt lah aku beli.

Itu cerita masa sekolah rendah. Bila naik sekolah menengah, Alhamdulillah. Belanja HARIANku RM2. Sebab? Naik sekolah menengah nak kena guna duit lebih. Sebab belanja@ nilai harga barang lebih sikit dari sekolah rendah(tapi aku rasa, macam lebih kurang je).

Masalah duit belanja ok lagi..

Aku pernah dipanggil depan kelas sbb x dapat nak bayar duit buku nota kecil yang berharga RM2.50!! malu sgt2. Sampaikan cikgu tu nk xnk, kna halalkan buku tu pada aku. Masa tu aku di tahun 2. Kenapa aku x bayar sendiri je?? Setiap duit belanja yg aku simpan, akan digunakan utk kegunaan keperluan rumah kalau duit utk belanja rumah x cukup. Contohnya, kalau xda belanja nk beli lauk ke, gula, atau apa2 je la benda2 yg penting lain. Jadi, kesimpulannya, aku xda simpanan duit sendiri! Dan x pernah ada pun duit aku sendiri! Maknanya, duitku, utk familiku. Dan fakta ini akan kekal hingga ke akhir hayatku, insyaALLAH!!

Masalah tu dah lepas dah..

Saudara mara..

Entah la. Xtau nk cakap macam mana. Awal tingkatan 1, aku dapat masuk asrama.tapi sekejap je. 1 bulan genap! Sebab aku sendiri xsanggup. Xsanggup sbb pe?? Itu, panjang ceritanya.. lain kali je la cerita.. Banyak jugak la belanja yg habis digunakan. Sampai mak dan ayah aku, kena tebalkan muka pinjam dgn bapa saudara aku yg agak berkemampuan antara semua2 saudara maraku. Hasilnya:“duit aku nk bayar macam mana?” “duit aku tu bila nk bayar? Bkn apa, anak kamu...... nak msuk asrama, nk gna duit.”

Alhamdulillah, tu pun dah selesai di bayar.terima kasih, ayah..

Masuk university:

Alhamdulillah, aku dapat tawaran biasiswa. Biasiswa ke luar Negara. Perbelanjaan persediaan nak beli barang2, yuran, dan lain2 semua guna duit biasiswa. Alhamdulillah..

Tapi best lagi cerita sebelum aku isi borang ke mana2 IPT!!

Sbb masalah duit jgk, mak aku pesan awal2: “akk, kamu x payah la sambung belajar mana2 u.. bkn mak nk halang kamu nak sambung belajar.. tp cuba kamu fikir, kalau kamu sambung belajar, siapa nak beli barang2 kamu, duit yuran kamu?”

“mak, nanti ada biasiswa la..”

“ye la, ada biasiswa pun, sebelum nk dapat biasiswa tu? Nak cari duit kat mana? Biasiswa tu dapat lepas 2/3 bulan selepas masuk u.. sebelum tu nak guna duit mana. Ayah kamu pun, kerjanya gaji tak menentu.”

Jadi, sebagai anak yg baik, pilihlah pilihan mana yg kau nk pilih. Kiri, atau kanan.. tapi, aku bukanlah anak begitu baik. Kerana kedegilanku, aku tetap isi borang IPT sreta borang2 yang sewktu dgnnya. Bagi aku, xsalah kalau aku isi borang.dapat atau x, terima atau x, itu urusan akan datang, bukan hari ini! Dan ALLAH Maha Mengetahui atas segala sesuatu, terutamanya perkara2 yang ghaib! Itu pegangan aku pada ketika itu. Dan kerana keinginan aku yg degil dan tetap nk sambung belajar tu, banyaklah perkara2 dan peristiwa2 lain yang terjadi pada waktu itu. Pada saat lagi beberapa bln sebelum SPM sebenar menjelma. Lebih kurang bln Julai!

Tapi, akhirnya, aku dapat tawaran biasiswa ke luar negara. Mak tak bantah apa2 pun. Gembira ada la. mak mana tak suka tengok anak dia berjaya.

“Dan barangsiapa bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tak di sangka2, dan barangsiapa bertawakkal kepada ALLAH, maka DIA itu cukup baginya” (at Thalaq:2-3)

Memang rezeki ALLAH datang dari arah yang x disangka2..

Rezeki aku tetap murah dari arah yang berbeza. Alhamdulillah.. Antara pengalaman yang aku sendiri terima dengan 'kesan' memberi kesan tersehadap diri sendiri, result periksa aku baik, Alhamdulillah, pakaian2 aku dan keluarga aku, jarang kami beli sendiri. ALLAH murahkan rezeki kami dari sudut pakaian kami, ;)

”lawa la baju kau, mana beli?”

”entah, baju ni org bagi.bukan aku beli”

Suatu saat semasa persediaan ke luar Negara di____...

Duit dalam tangan ada xsampai RM10! Nk kna beli barang ni! Ada barang penting yg aku x beli lagi! Xpe la, barang tu, nati dulu. Alamak, nak kena bayar duit setem pulak. RM 50! Macam mana ni? Nak minta mak & ayah? Tak2.. mana diorang nak cari duit dalam masa terdekat ni? Duit biasiswa x masuk lagi ni. Alahai, bila diorang nk masukkan biasiswa ni? Huh!! Nak pinjam duit kawan? Nanti nk cakap pe? Mak &ayah aku x mampu nk masukkan duit RM100 secepat tu. Nk cakap macam tu? Aku x nak nanti aku byk di’kesian’kan oleh kawan2 aku sendiri! Biarlah aku dan mereka semua sama. Bukan nk hipokrit! Tapi biarlah mereka x kenal siapa aku yg sebenar2nya. Bila suatu hari nanti, jika masa yg tepat itu tiba, mereka akan tahu jugak, InsyaALLAH. biasiswa utk bln tu (bln pertama), belum masuk lagi. Macam mana ni? Apa yg aku nak buat? nak kena minta duit dengan mak ayah jugak ke?

Sehari dua kemudian, aku dgn sengaja, keluarkan kad atm aku utk semak baki dalam bank. Dalam hati, aku berharap sangat duit biasiswa dah masuk. Tak pun, tiba2 ada org bermurah hati nak bg aku duit ke. Alhamdulillah.. ada rezeki utk aku pada hari itu. Lega rasanya. Selesai masalah aku pada waktu tu.

Aku dah terbiasa hidup begini

Ini bukan lagi bebanan bagiku.

Tambahan,

Setelah aku amati,

Dan setelah aku teliti,

Byk hikmah yg ALLAH berikan atas segala keperitan aku ini

Segala yang aku tangiskan dan resahkan dahulu,

Kini telahku lihat,

Banyak hikmah yang tersirat

Agar aku menjadi insan yg lebih bersyukur

Atas segala rahmat & kurniaan yang DIA hadiahkan

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Aku bersyukur atas didikanMu ini terhadap hambaMu yg hina ini, YA ALLAH!

No comments: