salam 3alaik
hurm, lama rasanya diri x cari maklumat atau baca pasal psikologi..
sejak dulu lagi, diri mmg suka nak belajar selok belok psikologi..
jalan medik yg ALLAH tentukan utk diri..
diri terima jalan ni dgn hati terbuka..
walaupun bkn bidang psikologi,
jalan ini adalah salah satu jalan yg diri suka & minat..
selain psikologist atau doktor, diri minat sangat ilmu2 astrologi..
menarik.. tapi, lama diri x isi diri dengan ilmu2 tu..
tak berapa nak sempat.. periksa hampir setiap mggu...
jadi,utamakan mana yg lebih penting..
ini adalah antara bacaan mengenai kajian psikologi yg diri jumpa..
utk di kongsi bersama agar lebih mengenali identiti diri sendiri..
Gerak jari seharian anda memberi sedikit gambaran tentang personaliti diri anda. Bagaimanakah untuk kenali personaliti dari gerak jari? Ikutilah tulisan berikut:Memicit atau memegang hidung- Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.- Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayainya.Meletak tangan pada bahu kawan- Suka ikut kepala sendiri.- Pentingkan diri sendiri.- Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.Bermain dengan tangannya- Mempunyai tahap humor yang tinggi.- Pandai berjenaka.- Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.- Jenis 'open minded'.Mematahkan jari jemarinya- Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.- Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.Menggigit kuku- Gugup dan gementar bila berbicara.- Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.Memintal hujung rambut- Suka berkhayal.- Sukar diperdayakan.- Keras kepala.Menongkat dagu- Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.- Suka mendengar masalah teman-teman.- Setia dalam persahabatan.Suka letakkan tangan atas meja- 'Happy go lucky' dan pandai menyesuaikan diri.- Peramah.- Suka bergantung pada orang lain.Menggosok 2 telapak tangan- Ramah dan berfikiran matang.- Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.- Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.Memutar cincin- Sangat menepati janji.- Berhati-hati dlm tutur kata.- Gemar hidup yang teratur.Jadi, bagaimanakah gerak jari anda? :)
No comments:
Post a Comment