Friday, 29 May 2009

kalimah-kalimah cinta

utk post kali ni, diri copy paste dari sahabat diri..
sahabat dari malaysia
harap ia dapat jadi amalan utk diri & sape2 je la yg baca..
semoga berjaya menggapai cintaNYA..

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmannirrahim;
Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah;
Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah;
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah;
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwataillahbillah;
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah;
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah;
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.

Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah.

wallahualam..

Thursday, 28 May 2009

(???)

Knesset approves initial bill criminalizing anyone who denies Israel as a Jewish State

author Thursday May 28, 2009 00:55author by Saed Bannoura - IMEMC & Agencies Report this post to the editors

On Wednesday, the Israeli Knesset approved in the first reading a bill that would criminalize publically denying Israel as a Jewish State, and that such denial would be punished by up to a year in prison.

Reprinted from a Photobucket blog
Reprinted from a Photobucket blog

The  bill is one of several similar bills presented by right-wing members of Knesset demanding racist laws that denies the very existence of the Arabs and Palestinians in their homeland.

The bill wants all Israeli citizens, including Arabs and Palestinians, to recognize Israel as a “Jewish Democratic State”.

Any act or publication that denies Israel’s “identity” as a Jewish State would be considered as an issue that would cause “acts of hatred and disloyalty”.

 The bill was approved by 47 members of Knesset, while 34 voted against it, and Knesset spokesperson, Reuven Rivlin, from the Likud party, abstained.

 The controversial bill was first presented by extremist right wing member of Knesset, Zevulun Orlev, of the Bayit Hayehudi (Jewish Home) party.

 The new bill needs to pass three more votes at the Knesset and a committee review before it becomes a law, Israeli online daily, Haaretz, reported.

Orlev proposed this law linking it to former member of Knesset, Azmi Bishara, who resigned from the Knesset and left the country in 2007.

Bishara is facing charges of what Israel calls “assisting the enemy” because he visited Lebanon and Syria.

 Meanwhile, member of Knesset Haim Oron of the Meretz party, strongly denounced the bill and said that it is considered as “creating thought police”.

On Sunday, the Knesset passed a bill outlawing marking the Nakba, which is when the Palestinians were forced out of their homeland so that Israeli can be created.

The bill was denounced by Naomi Chazan, head of the New Israeli Fund. He said that this bill crushes the feelings of Palestinians who lost their lands, and harms the efforts to achieve co-existence.

 Several Civil Rights organizations in Israel said that such a bill could harm the rights of Arab citizens.

Furthermore, a bill introduced this week by Israel’s Foreign Minister, Avigdor Lieberman, of the extremist Yisrael Beiteinu Party, required the Arabs to pledge loyalty to Israel as a Jewish State before they can obtain identity cards and citizenship.


source:http://www.imemc.org

Tuesday, 26 May 2009


palestin??
israel??
dahulu,
aku langsung tidak mengenali mereka..
tidak mengetahui tentang mereka..
tidak menjejaki perkembangan mereka..
jua tidak pernah peduli akan mereka..
tidak pernah terlintas diri untuk menjejaki perjuangan mereka.
malah tidak pernah aku cuba untuk mengetahui mereka.

dhaif..
hina..
begitu hina diri ini,
begitu jahil hati ini..
lantaran mengejar keasyikan madu dunia,
hingga sengaja membiarkan diri terus hanyut dan lupa
sengaja lupa akan amanahku
amanah ke atas saudara musliminku..
betapa hitamnya hati.
betapa kosongnya iman diri.

setapak menyusur hidup,
Kau tidak pernah melupakanku..
walau diriku terusan hanyut
hanyut di dalam cinta dunia..
Kau tidak pernah melupakanku..
malah, kau kurniakan aku
rahmat serta kasihMu
lalu
membawa aku ke bumi ini..
bumi yg byk mengajar aku ttgMu
bumi yg mengenalkan & mengingatkan aku
akan amanah2ku terhadap mereka..

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA:

Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau (sebelum dia kasihkan jiran tetangganya), sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri “. (Hadis Sahih Muslim)

Ya ALLah,
rahmat & kasihMu begitu melimpah
Kau sedarkan aku dari lamunan duniaku..
Kau buka hatiku utk cuba mengenali saudara2ku
Kau bawa aku untuk menjejaki perjuangan mereka
Kau bimbing aku agar tidak mengabaikn mereka
Alhamdulillah

namun,
aku memang soerang manusia
seorng manusia yg sering & mudah lupa
tatkala dunia mulai dingin akan masalah saudara seislamku
hatiku pula bagaikan terus beku kembali
beku dalam mengambil peduli
nasib saudara sendiri
Ya ALLAH,
ampunilah aku..

dan atas rahmat & kasihMu jua,
Kau bawa aku kembali
kembali menyusur perjuangan saudara2ku
perjuangan yg tiada henti!
perjuangan menuju cinta Ilahi!

terima kasih wahai sahabat
sesungguhnya melalui kalian
aku disedarkan
melalui kalian aku selalu diingatkan..

wahai diri,
jgn lagi kau lupa lagi,
lupa untuk menyusuri
perjuangan dan kisah saudaramu ini
saudara2 di Palestine!!


~aku yg masih mencari~

Monday, 25 May 2009



~PALESTINE EVERGREEN~


TEMA:

Scent of Palestine , scent of jannah

 

ANJURAN:

JABATAN BENDAHARI

PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH

 

TARIKH:

25 mei 2009 –8jun 2009




KEMPEN PALESTIN EVERGREEN

“SCENT OF PALESTINE ,SCENT OF JANNAH”


Kalam hikmah:tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri.

 

 

Pihak Perubatan Cawangan Iskandariah dengan ini menganjurkan kempen Palestine dengan tema “Scent of Palestin,Scent of Jannah” iaitu sebuah kempen yang berobjektifkan untuk memupuk,mempertingk at dan mengekalkan semangat perjuangan terhadap isu-isu Palestin. Selain itu,kempen ini juga bertujuan agar dapat mendedahkan kepada ahli-ahli mengenai isu-isu semasa Palestin yang kini semakin hangat diperbincangkan. Oleh hal yang demikian,diharapkan para pelajar sekalian dapat menyokong penuh kempen ini supaya dapat dikongsi bersama intipati yang terdapat dalam program-program yang disediakan.


blog rasmi kempen palestine evergreenpalestineevergreen. blogspot. com

adab-adab dgn guru


Assalamualaikum..
hari ini diri ini berkongsi antara adab2 kpd guru..pesanan khas utk diri sendiri agar jgn berlaku biadab dgn guru g telah memberi ilmu kpd kita.. Adab2 ini, diri petik dari ceramah ustaz shamsuri. harap beguna & dan diamalkan sendiri agar ilmu2 yg kita perolehi diberkati Ilahi..

Adab2 dgn guru:
1. bila jumpa beri salam sebelum guru
2. jgn cakap byk dari guru
3. jgn timbul @ buat perkara yg tak disukai guru
4. jgn tya dgn niat nk menjatuhkan guru
5. jgn sangkal kata guru & bandingkan jawapan guru dgn guru lain (dpn umum)
6. jgn berbisik dgn org yg sama duduk di depan guru (org yg sama menuntut ilmu)
7. jgn buruk sangka terhadap guru..

* itu antara adab2 ketika berguru.. tapi pada hari ini, byk sekali anak murid yg x menghormati guru2 mereka.. bahkan ramai juga yg mengajuk & mentertawakan guru mereka yg telah mengerah keringat demi menyampaikan ilmu2 kpd anak muridnya.. bahkan ada juga antara kita pada hari ini sanggup berbuat lebih dari itu; mencaci guru, memukul guru, saman guru & macam2 lagi.. 

"dan apabila hilang rasa hormat itu, dari arah mana lagi akan hadirnya keberkatan ilmu??"
wallahualam..

bersyukurlah..



" nabi Muhammad s.a.w dalam satu sabdanya ada memberikan peringatan kepada kita semua yang bermaksud: “Barangsiapa yang tidak mensyukuri pemberian yang sedikit, maka dia tidak akan dapat mensyukuri pemberian yang banyak, dan barangsiapa tidak bersyukur pada manusia, maka dia tidak akan pernah mensyukuri pada Allah.” 
(Hadis) 

Sunday, 24 May 2009

salam..
lama sangat diri x update berita mengenai saudara2 di palestine..
terlampau lama diri membiarkan diri sendiri terus lupa akan tanggungjawab diri terhadap saudara2 seislam diri.. 

oleh itu, hari ini, diri nak kongsi satu berita tentang palestin yg baru terjadi beberapa hari ini..

berita ini diambil dari: http://palestinkini.info

Serangan terbaru bertujuan ugut Hamas.

Written by admin from on May 21st, 2009 | 0 Comments

Khamis,  21/05/2009 - Hamas memberi amaran kepada pihak Zionis bahawa mereka berhak bertindak balas terhadap serangan dan perbuatan jenayah Zionis ke atas rakyat Palestin. Israel telah melancarkan serangan dari udara ke atas beberapa lokasi di Gaza dan memusnahkan sebuah bengkel besi.

Dr. Ismail Radwan, seorang pemimpin Hamas di Gaza berkata serangan tersebut merupakan satu usaha Zionis untuk mewujudkan suasana tidak tenteram dan merupakan ugutan kepada Hamas agar menerima perjanjian yang berat sebelah yang tidak membuka sempadan, membatalkan sekatan dan menghentikan serangan.

Serangan ini juga usaha untuk mendapatkan persetujuan dari Washington bila ia dilakukan pada masa Netanyahu melawat US.

Abu Ahmed, jurucakap Briged Quds, memberitahu para kumpulan pejuang di Palestin akan bertindak pada serangan tersebut pada masa yang sesuai dan menyeru agar semua kumpulan pejuang bersatu.

sumber : http://www.imemc.org 
penterjemah :  anonymous

Wednesday, 20 May 2009

KPI muslim??







ANDA seorang Muslim! Tetapi sejauh mana anda mengetahui diri anda adalah Muslim sejati, diredai Tuhan dan berada pada jalan yang lurus?

Pastikan ia memerlukan kepada penanda aras atau neraca untuk mengetahuinya.


Sama juga di sektor korporat, ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI), iaitu mekanisme metrik untuk memberi markah sejauh mana ia mencapai sasaran dan kejayaan.

Ia diamalkan di pelbagai sektor untuk menilai dan mengukur tahap kemajuan, kepemimpinan, perkhidmatan dan kepuasan dari segenap aspek, berdasarkan keutamaan dan garis panduan di setiap organisasi.

Bagaimanapun, mengukur pencapaian organisasi tidak semudah mengukur diri sendiri, kerana ia terletak pada hati budi masing-masing.


Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata dalam mengukur tahap keislaman dan pengabdian diri konsep kita sebagai Muslim tidak boleh lari daripada tiga perkara utama iaitu Islam, iman dan ihsan. 


"Islam ialah yang membabitkan rukunnya kenalah mencukupi, seperti ibadat solat, haji dan zakat perlu ditunaikan dengan sempurna.

"Persoalan iman membabitkan enam perkara. Dalam ihsan, kita melakukan ibadat seolah-olah kita melihat Tuhan, jika tidak dapat melihat Tuhan, lakukanlah seolah-olah Tuhan melihat kita," katanya.

Menurutnya, dalam Islam juga ada konsep muhasabah iaitu melihat kekurangan yang ada pada diri dan kesilapan dilakukan, memperbaikinya dan melakukan yang lebih baik pada masa depan. 

"Ramai orang berkata, muhasabah adalah membabitkan perkara yang sudah dilakukan, manakala perkara sebelum dan sedang dilakukan adalah tidak termasuk dalam muhasabah.

"Tetapi sebenarnya, kita kena lihat juga perkara yang belum dan sedang dilakukan, sama ada baik atau tidak, bahkan kesudahannya baik atau sebaliknya.


"Itulah neraca kita sebagai Muslim. Persoalan sama ada amalan yang dilakukan itu diterima atau tidak terserah kepada Allah," katanya.

Mengenai amalan yang ikhlas, Imam Nawawi dalam keterangannya seperti dilaporkan dalam Hadith 40, berkata amal ada tiga bahagian, iaitu:

  • * Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadat hamba.
  • * Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadat saudagar.
  • * Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan dilaksanakan hak pengabdian, malah membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka.

"Dan inilah rupa amal ibadat yang dimaksudkan Rasulullah sewaktu menjawab sungutan Aisyah yang berkata: Mengapakah Rasulullah bersusah payah berdiri solat waktu malam hingga bengkak-bengkak dua belah kakinya, sedangkan Allah sudah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang! Rasulullah dalam jawapannya berkata: Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur!"


Ketiga-tiga bahagian amal ini yang dinamakan amal ibadat orang yang ikhlas dan perbezaannya terletak pada bahagian terbabit.

Ahmad Shukri yang juga Perunding Motivasi Fitrah Power Resources berkata, neraca yang diguna pakai Islam adalah bersifat syumul, kerana bertunjangkan akidah dan wahyu Ilahi.


Sementara neraca yang lain dari Islam menurutnya tidak sedemikian kerana lebih bersifat luaran dan material, malah ia mungkin baik dari satu sudut dan tidak pada sudut yang lain.

Al-Syahid Sayyid Qutb dan Abul Ala Al-Maududi dalam Manhaj Hidup Muslim, berkata kayu ukur yang dipakai Allah dalam menilai kedudukan seseorang adalah apakah hidupnya, matinya, kesetiaannya, kepatuhan dan pengabdiannya.


"Seluruh hidup dan kerjanya ditujukan kepada Allah semata-mata, lalu ia dinilai sebagai seorang Mukmin dan Muslim. 

"Tetapi apabila semua itu diperuntukkan bagi yang lain, ia bukanlah Mukmin atau Muslim. Siapapun yang tidak memenuhi ciri ini bererti kurang imannya.

"Menurut Allah, satu-satunya hal yang dapat dinilai adalah apakah anda telah memberikan segala yang anda miliki pada jalan-Nya. 

"Bila anda telah melakukannya, anda akan memperoleh hak istimewa, diberikan kepada mereka yang setia kepada-Nya dan menerima hak pahala bagi pengabdian anda kepada-Nya.

"Tetapi bila anda mengecualikan apa pun juga dari pengabdian kepada-Nya, pengakuan anda sebagai seorang Muslim, yang bererti anda mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah adalah pengakuan palsu, hanya dapat mengaburi mata dunia dan masyarakat Islam, tetapi tidak akan dapat menipu Allah."

Sekiranya mekanisme KPI memandang penting kepada objektifnya, kehidupan seorang Muslim meletakkan sasaran bertemu Allah di akhirat.

"Maka sesiapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah kerjakan amal soleh. Dan janganlah ia sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya." (al-Kahfi: 110)

Sunday, 17 May 2009

kepada sendiri:

" ya ALLAH, sesungguhnya Engkau maha Mendengar & Maha Melihat keadaan kami. tiada satu pun dari urusan kami yg samar bgMu. kami sangat dhaif & malu dalam permohonan kami umpama org yg sgt miskin & mengharap dalam deraian air mata & penyerahan hati kpdMu. Ya ALLAH, jgnlah jadikan kami kecewa dalam berdoa. kasihanilah kami, wahai Rabb yg Maha Memberi & Maha Mengsihani.. ameen"

"Jawatan bukanlah sesuatu yg boleh direbut. ia adalah satu amanah & bukannya kemuliaan"

"anggaplah setiap masalah ygkita hadapi sbg satu proses mematangkan diri. pasti dikala itu, ia bukan lagi beban kpd kita, malah menjadi guru kedua kpd kehidupan kita"

"jangan mempersoalkan kesusahan kerana kesusahan itu akan mempersoakan anda"

Selamat Hari Guru

Mei.. bulan mengenang jasa. Selepas hari ibu, Hari Guru menjelang tiba. kepada guru2 yg telah & pernah mengajarku (walaupun hanya sepatah kata cuma), serta kepada semua guru, selamat hari guru.. jasa & pengorbanan kalian amat berharga. tanpa kalian, tiadalah pemimpin pada hari ini, tiadalah doktor, peguam, serta macam2 lagilah yg sewktu dgnnya. & dari diriku sendiri, tanpa guru, siapalah aku pada hari ini. tanpamu guru, aku takkan mampu utk menapak kakiku di bumi para anbia ini. 
tahun demi tahun telah berlalu. namun aku masih ingat saat kau sanggup menjadi pendengar setiaku, tatkala hatiku lemah saat  diuji dugaan. setiap detik itu, masih segar berlegar di ruang ingtanku. segalanya tak dapat aku jelaskan dgn kata2. hanya bicara tersimpan di jiwa..


guru,
biar detik itu telah lama berlalu
biar detik itu semakin jauh meninggalkan diriku
namun,
takkan aku biarkan,
detik kau mencurahkan keringatmu
hilang dari ingatanku.

guru,
akanku kenang jasa2mu
kerana
bkn sekadar mentinta ilmu,
namun, kau juga pendorong semangatku
kau juga sumber kekuatan diriku
pada saat aku di rundum gelita
pada saat aku dipanah sengsara.

guru
pada saat ini,
hanya satu hadiahku 
yg mampu aku berikan
padamu guru,
ucapan luhur dari hati yg sayu & merindu
Terima kasih wahai guruku!!

Friday, 15 May 2009

gerak jari & personaliti

salam 3alaik
hurm, lama rasanya diri x cari maklumat atau baca pasal psikologi..
sejak dulu lagi, diri mmg suka nak belajar selok belok psikologi..
 jalan medik yg ALLAH tentukan utk diri..
diri terima jalan ni dgn hati terbuka..
walaupun bkn bidang psikologi,
jalan ini adalah salah satu jalan yg diri suka & minat..
selain psikologist atau doktor, diri minat sangat ilmu2 astrologi..
menarik.. tapi, lama diri x isi diri dengan ilmu2 tu..
tak berapa nak sempat.. periksa hampir setiap mggu...
jadi,utamakan mana yg lebih penting..

ini adalah antara bacaan mengenai kajian psikologi yg diri jumpa..
utk di kongsi bersama agar lebih mengenali identiti diri sendiri..

Gerak jari seharian anda memberi sedikit gambaran tentang personaliti diri anda. Bagaimanakah untuk kenali personaliti dari gerak jari? Ikutilah tulisan berikut:

Memicit atau memegang hidung
- Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.
- Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayainya.

Meletak tangan pada bahu kawan
- Suka ikut kepala sendiri.
- Pentingkan diri sendiri.
- Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.

Bermain dengan tangannya
- Mempunyai tahap humor yang tinggi.
- Pandai berjenaka.
- Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.
- Jenis 'open minded'.

Mematahkan jari jemarinya
- Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.
- Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku
- Gugup dan gementar bila berbicara.
- Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut
- Suka berkhayal.
- Sukar diperdayakan.
- Keras kepala.

Menongkat dagu
- Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
- Suka mendengar masalah teman-teman.
- Setia dalam persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja
- 'Happy go lucky' dan pandai menyesuaikan diri.
- Peramah.
- Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan
- Ramah dan berfikiran matang.
- Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.
- Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.

Memutar cincin
- Sangat menepati janji.
- Berhati-hati dlm tutur kata.
- Gemar hidup yang teratur.

Jadi, bagaimanakah gerak jari anda? :) 

10 Kunci Kejayaan Dunia & Akhirat

Sebagai manusia yg punya kesedaran diri, kita semestinya inginkan kejayaan. dan sebagai seorang muslim pastinya kita rindu dan cinta utk mendapatkan kejayaan yg cemerlang bkn sahaja di dunia, tetapi juga kejayaan yg sebenarnya; kejayaan akhirat.
kali ini, saya nk kongsi tips aatu kunci kejayaan ni, yg saya copy paste, tapi x ingat ambil dari mana.. apa2 pun, harap berguna dan paling penting, digunakan..

Kadang2 dalam mengejar kecemerlangan, ramai di antara kita terperangkap dalam 'kepompong' diri, maksudnya tidak tahu cara untuk melepasi self-limits atau batasan diri yang tak ternampak oleh kita, namun dinampak oleh orang lain seperti kawan rapat kita, ahli keluarga, pensyarah, guru ataupun sahabat kita.

Orang-orang yang mampu melintasi self limits atau batasan diri ini sebenarnya mengetahui kunci-kunci untuk membuka pintu kejayaan dunia dan akhirat.

Dr Fadzilah Kamsah memangggil apa yang di tulis ini sebagai "Menerobos Sempadan Diri"

Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :

1. Kunci ilmu ialah bertanya dan mendengar
2. Kunci kemenangan ialah sabar
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan bersyukur
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat ialah takwa
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa
6. Kunci maksiat adalah kesombongan
7. Kunci solat ialah taharah (suci)
8. Kunci ibadah haji adalah ihram
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar
10. Kunci syurga adalah tauhid.
Gunakan 10 kunci ini untuk merasang perubahan diri ke arah kecemerlangan !

*utk dirimu sendiri agar kau berusaha menuju ke arah kejayaan dunia & AKHIRAT!!

Sunday, 10 May 2009

untukmu ibu..


Airmata Ibu
Artis : Siti Nurhaliza
Lirik Lagu


Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu

ibu



selamat hari ibu..
perasaan rinduku yg mendalam terhadap ibu,
semakin membuak2 
saat menjelmanya hari istimewa ini..

bukan kasihku terhadapmu hadir 
hanya pada hari tertentu
kasihku padamu ibu,
hadir dalam setiap saatku,
namun begitu
aku pasti,
aku yakin
kasihku masih belum menjagkau
kasih sayangmu terhadap diriku
terhadap anak2mu

ibu, 
begitu besar pengorbananmu
begitu besar payahmu,
begitu besar kesanggupanmu,
begitu besar kasihmu,
terhadap anak2mu..

ibu,
walaupun kita jauh di mata,
namun..
kasih sayangmu, 
dapat aku rasakan 
dalam setiap hembusan nafasku
begitu hebat kasih sayangmu

ya ALLAH,
aku bersyukur padamu
atas kurniaan seorang ibu
buat diriku...




Friday, 8 May 2009

lafazkanlah..


Lafaz yang tersimpan

UNIC

Luluh hatiku yang sayu 
Menatap wajahmu tenang dalam lena 
Kasih zahirkan laku 
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya 

Dan raut tuamu membekas jiwaku 
Meredakan rindu mendamaikan kalbu 
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu 
Biarpun kuredah seluruh dunia 
Mencari gantimu 

Betapa sukarnya menyusun bicara 
Meluahkan rasa menuturkan sayang 
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah 
Cuma ungkapan kebisuan yang 
melindungkan kalimah rahsia 

Masih kubiarkan waktu 
Melarikan lafaz kasihku padamu 

Mengapakah sukar menyusun bicara 
Meluahkan rasa menuturkan sayang 
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah 
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia 

Apakah yang hilang andai dilisankan 
Bait penghargaan penuh kejujuran 
Tak mungkin terlihat cinta yang merona 
Jika hanya renungan mata yang bersuara 
Bukan tutur kata 

Tiada lagi ertinya pengucapan 
Andai akhir nafas di hujung helaan 
Sebelum mata rapat terpejam 
Usah biar kehilangan 
Menggantikan lafaz yang tersimpan.
***
hayatilah maksud yg ingin disampaikan dgn sebaiknya..
kemudian, bandingkanlah dgn dirimu sendiri..

hargailah mereka (kedua ibu bapamu)..
jangan sampai kau jadi anak derhaka..
yg tempat selayaknya hanya di neraka..

Thursday, 7 May 2009

Al-Quran


walau apa keadaan sekalipun jangan
tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika
sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. ...MARI BACA AL-QURAN!! !

*bukan sekadar utk "copy & paste"!! utk kau fahami serta amalkan, wahai 'sendiri'!! (diri)

Wednesday, 6 May 2009

"hitunglah atas dirimu sendiri.."


Perbaikilah 3 perkara dengan 3 perkara agar kamu termasuk dalam golongan org yg beriman:

1)sombong dgn tawaduk,
2)hasad dengan nasihat,
3)bakhil dgn qanaah.


Ada 4 perkara yg baik tetapi 4 perkara lbh baik:
1) malu bagi lelaki itu baik tp malu bg wanita itu lbh baik
2) adil bagi setiap orang itu baik tetapi adil bagi pemimpin itu lebih baik
3) taubat bg org tua itu baik tp taubat dr org muda itu lbh baik
4) pemurah bagi org kaya itu baik tp pemurah bg org miskin adlh lbh baik.


Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam: 

1. Memberi maaf pada waktu marah. 

2. Suka memberi pada waktu susah. 

3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi. 

4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.


Budi orang baik ditandai dengan 3 ciri :
1. Menyambung persahabatan.
2. Memaafkan orang yang berbuat jahat.
3. Menolong orang yang tidak suka memberi pertolongan.
 


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, 

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..

dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


"Bergunung mana pun harta bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa"

 "Segagah mana pun diri bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan"

 "Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah namanya ratu jika buruk tingkahlaku" 

"Setinggi mana pun darjatnya bukanlah mulia jika tiada iman didada" 

"Melangit mana pun ilmu bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal dan digunakan" 

"Sealim mana pun warak bukanlah namanya ulama' jika takbur dan riak" 

"Sebesar mana pun ujian bukanlah namanya beban jika hati sentiasa pada yang Esa".