Saturday, 20 August 2011

ilmu

"ilmu yang baik ialah ilmu yang dapat membantu & memperbaiki diri.."


selalu kita dengar ayat ni kan?? saya pun xpasti kata2 ni dari siapa & siapa yg pernah sampaikan kpd saya.. tp yg pasti kata2 ni amat berguna.

dalam hidup ini, ALLAH beri manusia kelebihan untuk dia membuat pilihan. pilihan dalam hidupnya sendiri. pada amnya manusia bebas untuk memilih samaada kebaikan atau keburukan.. the choice is in your hand!

ilmu terbentang luas di hadapan kita. pelbagai jenis ilmu! ilmu agama, ilmu medic, engineering, memasak, melukis, pengurusan, perniagaan, ilmu memancing, ilmu utk bermain, ilmu hitam!! byk sungguh jenis2 ilmu yg menanti di hadapan kita. & kalau ikut logik pula, memang patut islam mementingkan ilmu pengetahuan & menitik beratkan agar kita belajar. yang tinggal kini, ilmu yg mana yg akan kita pilih utk dipelajari? ilmu hitam? ilmu angkasa? ilmu agama? sebaik2 ilmu yg kita pelajari seharusnya biarlah berguna pada diri & sekeliling. 

kalau cakap pasal ilmu agama, terutamanya agama islam yg lurus ini, semua orang tahu bagaikan terang lagi bersuluh bahawa ilmu tersebut sgt berguna & patut kita pelajari malah, ilmu fardu ain dalam ilmu agama itu wajib utk kita pelajari. 

kemudian, kalau kita bercakap pula ttg ilmu pengurusan diri seperti lipat baju, iron baju, memasak, etc nak atau tak nak, kita perlu utk mempelajarinya utk memudahkan kehidupan seharian. takkan sepanjang masa nak bergantung harap pada orang lain je. bukan sepanjang masa diorang boleh nak bantu.

kalau ilmu seperti ilmu medic, farmasi, engineering, teaching, pertanian, bisness, jurutera electrik, kimia, biologi & semua ilmu yang hampir sewaktu dengannya ilmu2 macam ni kita bebas utk memilh utk dipelajari secara mendalam walaupun sesetengah individu dipaksa, tp dia buat pilihan taknak bantah paksaan tu.. :P andai kita tak mampu nk study mendalam sekalipun, kita still blh stdy tanpa sijil! 

ilmu2 sampingan.. mungkin juga sesetengah orang mengambil ilmu ini sebagai kewajipan & utama bgnya.. contoh, ilmu muzik, melukis, menulis, bergambar etc... malah ada yg mampu mencari rezeki melalui ilmu2 ini. tapi buat mereka yg mengambil ilmu2 ini sebagai ilmu sampingan, contoh, pelajar medic nak study pasal ilmu bergambar. seharusnya dipilih bkn sekadar mengikut kehendak hati & minat semata2. telitilah juga apa yg mampu kau perolehi selepas kau pelajari ilmu tersebut. andai selepas kau pelajarinya kau mampu utk membantu org lain yg memerlukan kepakaranmu dalam ilmu tersebut, atau mampu improvekan diri jd lebih baik, so go on..

contoh lebih jelas, kalau seseorang itu mendalami ilmu kaligrafi & kemudian drpd kelebihannya itu dia nak guna utk menarik orng lebih dekat kpd ALLAH, itu dikira ilmu yang bagus. berfaedah & bermanfaat, tp kalau belajar utk menjadi pelukis hebat tp akhirnya hati riyak & bongkak dgn hasil lukisannya itu, maka buruklah hasilnya akan ilmu itu. 



aish, masih tak tersampai niat hati apa yg betul2 nak disampaikan sebenarnya... yg di atas tu sume taipan utk mencari ayat berlapik.. tp mcam jauh melalut & ssh nak faham.. 

akhirnya...bila tak mampu lg nak berlapik2.. sebab belum cukup ilmu utk menyampaikan sesuatu & nasihat secara berhikmah.........(beginilah ayatnya..)

         kalau seseorang tu nak belajar muzik tp menggunakan kelebihan ilmu tersebut dgn sebaiknya & dapat tarik orng sekeliling utk improve diri & dekat dgnNYA, blh dipertimbangkan.. walaupun islam mengharamkan alat muzik yg ditiup & bertali, tp ada ulamak yg berpendapat, dizaman sekarang ni, alat2 tersebut dibolehkan utk digunakan. cth, wisel polis: tu alat yg ditiup jgk tu.. (bg pendapat saya, dia dibolehkan kalau keperluan. tp kalau sekadar nak main2 & utk muzik yg melalaikan, baik tinggalkan!)... tp kalau belajar ilmu muzik sampai melalaikan, xda kepentingan, sekadar utk suka2, baiklah hentikan!

ini cuma satu contoh mungkin ada contoh lain..


saidina ali bin abi talib pernah berkata;
"jadikanlah umurmu ibarat wang yg diberikan kepadamu. sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan itu hilang begitu sahaja,
  maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umur engkau dengan sia-sia"


bukan sekadar belajar je, tp setiap tindak tanduk kita, elakkanlah daripada yg sia2..

hadis Nabi (s.a.w):

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi (s.a.w) adalah baginda solat subuh tatkala memberi salam berdoa “Ya ALLAH Ya Tuhanku aku memohon kepadamu dikurniakan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”

(HR Ibn Majah & Ahmad)



yang menyampaikan lebih besar tanggungjawabnya utk melakukan apa yg disampaikannya...

wallahualam..

Friday, 19 August 2011

plan balik kampung!

assalamualaikum wbt kalam pembuka bicara. bukan sekadar kalam biasa tapi doa utkmu yang membaca.

plan balik kampung.. balik kampung? wait a minit, balik kampung? kampung mna ni?
plan utk balik ke kampung halaman, ke rumah sendiri!!!
perancangan Ilahi, walaupun setahun merancang utk tak balik malaysia pada tahun ni, dan harapan tu agak cerah bila dapat balik free masa revolusion of egypt hari tu, tp akhirnya balik juga ke malaysia.. insyaALLAH..

"mak, umrah tu x jadi pergi tahun ni.. ada problem..kena cancel last minit.." adu aku kpd mak bilamana hati sedih tak dipilih menjadi tetamuNYA
"habis tu buat apa kat sana? balik je la malaysia.."
'HAAA???!!?!?' biar betul mak ni, direct bg response suruh balik. hari tu kata xpe je aku xbalik tahun ni.. haih...
"mak, cam mne nak balik, duit x cukup la nak beli tiket nak balik.. lagipun nak cari tiket sekarang ni tak tau la harga dia cam mne.. ada ke x.." dalih aku memberi alasan
"duit umrah tu xkan x dapat... duit kamu sekarang ada byk mne? hurm, klu dapat duit umrah tu balik je la.."

hurm, macam tu la lebih kurang ayat mak yang minx anak dia balik jgk.. belah bagi rasa hati.. klu diikut fikiran logistik diri sendiri, planning & tujuan asal tak nak balik malaysia, mmg klu blh x nak balik.. tp, bila difikirkan balik...
-Islam suruh kita berbuat baik & patuh arahan & permintaan kedua ibu bapa kecuali perkara yg diharamkan ALLAH sehinggakan jgn sesekali kamu berkata walaupun ah, kepada mereka terutamanya ibu..
-diri mohon minx petunjuk dari ALLAH, & petunjuk yg diberi, pulanglah kpd keluarga..
-mohon lg satu petunjuk spya hati lebih yakin... Ya ALLAH, klu betul rezekiku utk balik malaysia pada tahun ni, & klu mmg perlu aku balik pd tahun ni, semoga aku dipulangkan semula duit umrah yg dah cancel tu..
mmg tak disangka.. selang beberapa hari, mmg duit tu dipulangkan.. mmg harapan mak & ayah dimakbulkan!

alhamdulillah.. tiket dicari.. & nasib sangat baik sbb ada tiket dgn harga yg berpatutan.. murah jgk la.. xla mahal.. alhamdulillah...



dan sekarang ni, plan utk balik dari KLIA ke ipoh... xnak suruh ayah ambil.. nanti byk pulak belanja.. cuba berdikari! tiket bas.. survey tiket2 online!!

sampai dalam pukul 2 ptg.. tiket tren terawal lpas pkul 2ptg, ialah pkul 3 ptg.. lpas tu 11malam!
ah, lambatnya.. dah malam sangat!

lewat malam menjadi satu kemusykilan.. kalau sekadar ikut diri sendiri, mmg insyaALLAH, tak pe lg kot walaupun dah lewat malam.. mmg org akan kata agak bahaya, tp naik tren je.. & insyaALLAH blh jaga diri.. sedangkan di mesir alhamdulillah setakat ni blh jaga diri, inikan pula dinegara sendri dgn bahasa sendiri..


tp.. terkenang suatu peristiwa.. luahan hati sang ayah..

suatu malam, kami sekeluarga melawat adik beradik ayah. kebetulan, anak perempuan pakcik yg belajar di negeri orng akan balikke kolej beberapa hari lagi.. naik bas pada waktu malam..

ayah: kenapa amik bas malam?
pakcik: tak tahu la dia.. diorang ni bkn blh dicakap lebih2, nanti banyak alasannya.. orang dah cakap dah bahaya, balik malam2.. tapi degil, kata xnak panas la, xnak balik asrama awal la.. macam2 diorang bukan fikir kita ni dok risau kat depa
ayah: diorang tau nak seronopk diorng je la.. kita ni yang duk risau.. dah la macam2 kes samun la, culik, aniaya anak dara, macam2 lagi kes.. diorang cakap mmg senang, duk dalam bas je..  diorang x fikir, yg bawak bas tu pun ORANG jugak... manusia jgk.. drive malam2 ingat x mengantuk ke?? 

luah ayah.. ayah yang dulu kerap memandu pada waktu malam utk jarak yang jauh dek kerana keperluan pekerjaannya yang mmg begitu, memang tahu macam mana peritnya org yg kena memandu malam2 ni..

pakcik: haa.. tu la.. tu satu hal.. lpas tu bila dah sampai sana, dari stesen bas ke asrama tu tak tahu macam mana lagi tu.. naik teksi tu, bkn blh percaya sgt tu, byk je kes rogol la, samun la, itu la, ini la..
ayah: tu ha, bdk tu (sambil menuding ke arah aku) hari tu nak balik ke ikip tu dulu amik bas malam.. dia ingat orng x risau agaknya. dia tak tahu macam orng kat rumah ni dok risau kat depa........

tettt.. akhirnya aku 'terkena' jgk.. dengar je la..

tp bila difikirkan, betul jgk cakap dorng.. mmg kita rasa kita blh je nak survive.. insyaALLAH, blh je amik tiket lewat malam tu.. tp, bila ingat kata2 ayah & pakcik dulu tu, xpe la.. cuba lah cari tiket yg awal sedikit..

cubalah jadi anak yang solehah.. kurangkan & elakkan buat hati mak ayah gundah & resah..



Wednesday, 17 August 2011

antara keluarga dan dia


aduhai pemuda, remaja pada masa kini. cuba fikirkan, antara keluarga & orang luar mana yang akan anda dahulukan? bila ditanya direct macam ni, insyaALLAH, ramai yang akan menjawab "tentulah keluarga.takkan orng luar pulak." Tapi saya pasti, ada juga yang akan memilih orng luar utk didahulukan berbanding keluarga sendiri atas masalah2 peribadi..

kepada mereka yg jawab dgn yakin bahawa keluarga akan lebih didahulukan, cuba jawab soalan2 di bawah ini:

1) apabila cuti tiba, anda prefer duk rumah bersama famili atau outing dgn kawan2 ke bandar, lepak2, berkelah, etc..
2) antara adik-beradik sendiri & kawan, siapa yang anda lebih mudah utk beri bantuan eg, dengar masalah dia, pinjam duit
3) antara keluarga & orng luar termasuk rakan2 anda, yang mana yang anda lebih suka utk belanja mereka?
4) bila anda nak bershopping, picnic, sporting, siapa yang anda lebih suka nak ajak pergi bersama anda? mak,ayah, adik beradik, atau kawan2 anda??
5) berapa kali anda ucap sayang anda pada keluarga anda? & berapa byak kali pula anda lafaz & tonjolkan kasih sayang anda kepada bukan keluarga anda seperti kawan, boy or girlfriend??
6) bila tiba hari lahir, hadiah siapa yang lebih mahal yg akan anda berikan antara boyfriend atau girlfriend & adik beradik anda??

hanya anda yang mampu menjawab persoalan2 tersebut.. & jawapannya, hanya anda yg tahu tentang diri anda sendiri, andai benar pilihan anda lebih kpd keluarga, alhamdulillah.. andai sebaliknya, fikir2kanlah sendiri..

sedih rasa hati. pernah saya sendiri berjumpa & melihat sendiri gelagat mereka yang suka melebihkan orng luar berbanding keluarga sendiri. mudah sekali menuturkan & menzahirkan sayang kepada mereka. sedangkan dgn keluarga sendiri dibiarkan, disisihkan, malah tak dihormati!

dengan keluarga sendiri dilayan bagaikan kuli, baik cuma bila membodek diri ingin dilayan bagaikan seorng raja atau permaisuri dalam istana oleh keluarga. namun, bila berhadapan dgn kawan2 yg orng luar yg lainnya, sanggup mengabdikan diri kpd mereka, snggup andai diri dipijak, sanggup andai diri diperhina, baik tak kira masa.

pernah juga saya melihat, seorang yg apabila dgn keluarganya garangnya tak bertempat! bagaikan penuh benci dalam diri. bahasa2 yg dituturkan sangat 'indah'! tp apabila berhadapan dgn orng luar, pijak semut pun tak mati! 

aduhai insani, sedih hatiku mengenangi. mengapa kera di hutan kau susukan sedangkan anak kau biarkan dirumah mati kebuluran? walhal apabila dirimu ditimpa musibah, adakah mereka yg kau sanjung itu akan terus-terusan di sisimu & membantumu? adakah mereka akan setia sepanjang hayatmu?

kalamku ini bukan sekadar omong kosong! inilah realiti hari ini. bukan sekadar manaip mengikut imaginasi, tetapi inilah yg pernah kulihat dgn mata kepalaku sndiri!

kasihan. mereka yang tiada kasihnya lebih kpd keluarganya, yg kutemui kebanyakan mereka akan sukar & gagal juga utk meraih kasih dari insan sekeliling. banyak ditinggalkan sndirian, di tikam dari belakang, ditipu, yg menampakkan diri bila cuma ingin meraih pertolongan. bila dia terasa senang, diri mereka ditinggalkan sendirian.

nasihat utkmu & jg utkku.. kasihilah berbuat baiklah & hargailah keluargamu dahulu andai mahu diri dihargai & dikasihi insan2 sekelilingmu yg lainnya. bagaimana sekalipun keluargamu itu, darah yg mengalir dalam dirimu & diri mereka adalah sama, kau dan mereka tetap satu keluarga. takkan terputus ikatannya, air dicincang takkan putus! 

*Redha Allah bersama Redha ibu bapa
*dalam islam, dalam bab bersedekah, sebaik2 sedekah ialah sedekah kpd keluarganya.. 

wallahualam

Monday, 8 August 2011

kaf ba' ra' kaf alif ta' nun..

salam...


suatu hari di sebuah rumah sewa pelajar perubatan alex...


"bendahari, cam mne dgn duit rumah kita bln ni, cukup x?"
"urm, xtau la nak cakap cam mne.. klu setakat utk bli makanan je ckup la kot, tp klu ada nk kena bayar or bli somting yg tiba2 xcukup la.."
"x cukup? er, ke mana duit2 tu pegi?"
"ko tya ke mana dia pegi? duit sewa rumah pon bpe dah harga, blum masuk duit internet, gas, air, elektrik, duit bawwab, cuci tangga, duit kutip sampah lg... pya la byk nk kna bayar.. tu blum tolak duit belanja dapur lg..tu ha, paip kat dalam bilik air tu x repair lagi tu.."
"hurm.. byk jgk nk kena pakai duit.. masa kutip duit tu rasa mcm dah byk dah.. tp tu pon x cukup lagi.."


"hurm,tiba2 terfikir cam mne la ayah2 kita bajet duit tiap2 bulan... belanja rumah lg besar.. bil-bil semakin byk.. klu yg anak ramai tu, lg la.. nk kena tanggung belanja makan pakai kita & mak kita.."
"haah kan, tu blum lg kira belanja nk g sekolah klu ada anak yg bersekolah.. klu ramai lg la byk duit nk kna keluar.."
"tu blum kira klu anak2 tu nak bli ape2.. bnda2 sampingan or benda2 keperluan macam buku rujukan ke, ape ke.. uish, byknya belanja yg nak diguna.. "
"kita ni kira bernasib baik lg la, duit rumah ni x perlu nak kena tanggung belanja korang masing2.. duit tu pon kita kumpul ramai2.. klu mak ayah kita cam mne la.. ayah keje sorang(sambil berfikir).. "
"klu ayah dia keje gaji banyak tak pe la.. alhamdulillah, xda masalah sgt... tp klu yg keje gaji cukup2 yg gaji murah tu cam mne la pulak..contohnya gaji sebulan rm500, isteri x keje, anak 5 orng, sume bersekolah..duit makan, bil, yuran sekolah... uish, klu ikut logik xcukup lgsung!"
"urm, haah kan? mcm mne la.. "
"klu orng kaya senang la, xpyh pikir sgt pasal duit ni.. ape nak, dapat je.."
"xsemestinya, x semua cam tu.. huhu.. tp kebanyakannya ya la jgk. huhuhuu.. tp tu pon kadang kita bkn tau mak ngn ayah tu ada duit ke x..contoh la, klu ayah dia tu bisnesman tiba bisnes dia slow down or muflis, contoh lain, contraktor dah lama xdapat tender.. takkan dorng nk cter kata dorng xda duit.. tambah klu anak tu sllu dapat apa yg dia nak.. kemungkinan dia x paham bahasa x da duit klu dah terbiasa hidup senang jek.. "
........
(suasana sunyi seketika.. masing2 mula berfikir.. & masing mula teringat akan ayahnda yg berada jauh di mata.. entah bgimana khabar mereka yg sebenarnya..)




rezeki yg ALLAH beri 
kurniaan kpd hamba2Nya di bumi
kasih melimpah tiada terperi
rezeki di beri tanpa melihat iman dihati
setiap makhluk ada simpanan rezeki yg tersendiri.
kata kunci
usaha harus dimulai
barulah rezeki menyusul mendekati

beruntunglah insan yg iman bertahkta di hati
berbahagialah insan yg hidup berlandaskan syariat ilahi
tenanglah insan yg yakin dgn rahmat ilahi
rezeki rezeki yg dikurniai
keberkatan turut mendampingi
hingga walau sedikit tampak di mata manusiawi
namun cukup membajai keperluan duniawi

wahai insan yg dikurniai rezeki yg melimpah
wahai insan yg dikurniai rezeki yg tidak pernah putus
wahai insan yg dikurniai rezeki yg berasal dari ilahi
jadilah hamba yg mensyukuri nikmat Ar Razak
akhlak si kaya Qarun jgn sesekali kau contohi
yg akhirnya hanyut dengan kekayaan duniawi
hingga hancur luluh iman dalam diri
hingga binasa jasad di telan sang bumi

ya rabbi
jadikanlah kami golongan yg sedikit
yakni golongan hambaMu yang tahu mensyukuri