Ketika engkau bersembahyang atau menyembah Allah
Fizikal engkau berdiri tapi dia tidak tahu apa-apa
Anggota lahir engkau rukuk tapi dia tidak faham apa-apa
Juga anggota lahir engkau sujud, perlu diingat ia tidak mengerti apa-apa
Bahkan walaupun lidah engkau membaca tapi dia tidak faham apa-apa
Oleh itu kalau fikiran engkau tidak berdiri sama-sama
Engkau belum bercakap apa-apa dengan Tuhan
Jika jiwa engkau tidak rukuk sama
Engkau belum rasa bertuhan
Bila hati engkau dan jiwa engkau tidak sujud sama
Apa yang engkau bisik dan cakapkan kepada Tuhan engkau?
Kalau engkau tidak bercakap apa-apa di dalam menyembah Allah
Jika engkau tidak rasa bertuhan, kerana hati dan jiwa engkau tidak ikut berdiri rukuk dan sujud
Engkau di waktu itu tidak merasa kehambaan
Jadi kalau ketika menyembah Allah
Berbisik-bisik dan bercakap-cakap dengan Tuhan pun tidak
Rasa bertuhan pun tidak ada di waktu itu
Rasa kehambaan pun tidak wujud ketika sembahyang
Tidak rasa memohon dan meminta
Tidak terasa merendah diri dan menghina diri di hadapan Tuhan
Engkau belum bersembahyang
Engkau tidak bersembahyang di waktu itu
Engkau hanya bersenam dan beriadhah untuk Allah
Patutlah perangai engkau tidak berubah
Engkau bukan menyembah Allah
Tapi riadhah
(istighfarlah wahai diri~ dimana hatimu dihadapan Tuhan Yang Maha Satu)
No comments:
Post a Comment