TAKUT BINI???
kali ni diri nk kongsi 1 cerita yg insyaALLAH akan buat anda tersenyum..
lbh2 lg kalau uk kaum akhwat kot.. sebabnya, tggu hujung post ni.. :) (may be ada yg dah penah baca kot)
**************
Tersebutlah sebuah kisah di sebuah negeri di suatu masa yang tiada siapa dapat memastikan bila terjadinya kisah ini. Terdapat di negeri tersebut seorang raja yang memiliki ramai isteri. Sang Raja sangat bahagia dan gembira dengan kehidupannya itu dan sangatlah bersyukur. Lalu Sang Raja inginlah sangat supaya rakyat-rakyatnya mendapat kebahagiaan dan kegembiraan yang sama sepertinya.
Pada suatu hari Sang Raja memanggil memanda menterinya yang paling kanan.
"Wahai memanda menteri, sempena birthday Beta tak berapa hari lagi, Beta bercadang untuk memberi hadiah istimewa kepada semua rakyat beta. Beta ingin sekali berkongsi kebahagiaan Beta dengan rakyat Beta yang Beta kasihi. Beta ingin mengarahkan semua rakyat Beta berpoligami."
"Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun.Patik ingatkan Tuanku nak belanja rakyat jelata makan KFC.Tapi… Patik rasa idea tu tak bagus Tuanku(...sapa tak nak kahwin lebih oii…ni ckp dlm hati saja..)" Memanda menteri memberi pandangan.
"Kenapa pula begitu wahai memanda menteri?" Tanya Sang Raja dengan penuh ragu dan hairan.
"Ampun Tuanku, rakyat-rakyat Tuanku sebenarnya..." memanda menteri terdiam seketika.
"Rakyat Beta kenapa wahai memanda?" Sang Raja semakin bingung.
"Rakyat Tuanku sebenarnya.... semuanya takut bini Tuanku!" berkata sang memanda menteri tersipu-sipu.
"Hah?! Takut bini?? Beta tak percaya!! Takkanlah semua rakyat Beta dijangkiti virus takut bini belaka?"
"Benar Tuanku." Kata memanda menteri mengconfirmkan kata-katanya tadi.
Lalu terduduklah Sang Raja yang memiliki ramai isteri itu kecewa kerana Sang Raja sangatlah berharap rakyatnya dapat menikmati kebahagiann hidup berpoligami sepertinya.
"Wahai memanda menteri, esok panggil semua rakyat Beta yang bergelar suami untuk berkumpul di hadapan istana. Beta mahu pastikan sendiri benarkah rakyat Beta semuanya takutkan bini."
"Beres Tuanku." Titah Sang Raja dijunjung memanda menterinya.
Maka pada keesokan harinya berkumpullah semua rakyat Sang Raja yang bergelar suami di hadapan istana dengan penuh tanda-tanya mengapakah tiba-tiba mereka dipanggil menghadap Sang Raja. Apalah amanat yang akan disampaikan oleh Sang Raja sehingga dipanggil secara tergempar sebegini. Lalu bertitahlah Sang Raja,
"Wahai rakyat yang Beta kasihi sekelian. Sempena sambutan hari ulangtahun kelahiran Beta, ingin sekali Beta menghadiahkan sesuatu yang akan memberi kebahgiaan yang teramat sangat kepada semua rakyat Beta. Tapi sebelum itu, Beta akan uji dulu dengan beberapa arahan dan soalan."
Terkebil-kebillah sang rakyat jelata yang mendengar. Hadiah apakah yang akan Sang Raja berikan dan apakah pula ujian yang terpaksa mereka tempuh sebelum boleh mereka menikmati hadiah berharga dari Sang Raja.
Sang Raja lalu memberi arahan, "Semua kamu sila berkumpul di sebelah kiri Beta."
Secepat kilat titah perintah Sang Raja dijunjung. Kesemua mereka berkumpul di sebelah kiri Sang Raja. Sang Raja tersenyum kerana perintahnya sangat ditaati oleh rakyatnya. Lalu Sang Raja mengarahkan pula,
"Siapa di kalangan kamu yang takutkan bini, sila berkumpul di sebelah kanan Beta. Yang tak takutkan bini kekal diam di sebelah kiri."
Secepat kilat semua rakyat lelaki yang bergelar suami berhimpun di sebelah kanan kecuali seorang.
"Aduh! Memang benarlah kata-kata memanda menteri tentang rakyat Beta. Semuanya takutkan bini. Eh, nanti dulu. Ada seorang yang tak takut bini rupanya." Kata Sang Raja di dalam hati sambil tersenyum.
Semua rakyat Sang Raja terkejut dan terbeliak biji mata melihat kepada seorang lelaki yang tak berganjak dari tempat asalnya.
Sang Raja lalu menyuruh memanda menterinya memanggil sang suami yg tak takutkan bini itu datang menghampiri Sang Raja bagi mengambil hadiah. Malangnya sang suami tadi tidak mahu berganjak dari tempat asalnya. Hairanlah Sang Raja lalu bertanya kepada memanda menterinya.
"Mengapa dia tidak mahu datang? Bukankah dia seorang sahaja yang layak menerima hadiah istimewa dari Beta kerana tak takut bini?"
"Patik rasa elok Tuanku sendirilah yang bertanya. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada Tuanku."
Lalu turunlah Sang Raja mencemar duli mendekati sang suami yang katanya tak takut bini sebagai satu penghormatan kepadanya kerana dia adalah satu-satunya suami yang tak takut bini. Lalu Sang Raja pun bertanya,
"Mengapa kamu tidak mahu datang apabila Beta panggil?"
"Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Dosa patik harap diampun. Patik sebenarnya tak berani bergerak selagi tak dapat green light dari isteri patik, Tuanku."
"Pergh!! Ni lagi hampeh!!"
Peninglah hati Sang Raja memikirkan hal suami-suami yang sangat taatkan isteri... kesian eh sekian.
MORAL CERITA… anda yg baru lepas baca ni (para suami @ bakal suami) dok kat sebelah kiri atau kanan atau kategori yg langsung tak nak berganjak tu? Jawab sendiri..jgn Tanya isteri pulak nak jawab atau tidak….
utk akhwat.. mesti rasa tenang jiwa bila raja tu x dapat bg hadiah poligami tu kan?? ;)
"suami jangan takut isteri tapi sayangi dan didiklah mengikut apa yg Allah perintahkan. Isteri pula jadilah isteri yg solehah.Taatilah suami kerana redah Allah atas keredhaan suami anda..dan anda tidak untung apa2 jika suami takut pada anda malahan di akhirat nanti kedua2nya akan dicampak ke neraka..."
No comments:
Post a Comment