Sunday, 19 December 2010

pegang babi xharam, pegang anak dara orang haram!!

juz wanna share.. hope bermanfaat~

lirik lagi~ Setiap kali by devotees

Setiap Kali

Album : Mini Motivasi
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang (...maha penyayang..)
leraikanlah aku dari keluh kesah (..uuu..)
yang membelenggu jiwa dan fikiran (..dan fikiran...)
ditambah dengan hasutan syaitan (..uuu..., haaa)

kurniakanlah kepadaku ketabahan (..ketabahan..)
singkapkanku hikmah segala ketentuan (..uu…)
Moga sinar-Mu berikanku pedoman (…pedoman..)
Hanya pada-Mu segala ketetapan (…haa…)

(backup)
oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

Wednesday, 10 November 2010

nasihat utk diri yang mudah lupa~ :(



Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Abdurrahim telah menceritakan kepada kami Abu Zaid Said bin Rabi' Al Harawi telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Qatadah dari Anas radliyallahu'anhu, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang beliau riwayatkan dari Rabbnya (hadis qudsi), Allah berfirman: "Jika seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta, jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa, dan jika ia mendekatkan diri kepada-Ku dengan berjalan maka Aku akan mendatanginya dengan berlari."


assalamualaikum..

hurm, post kali ni kisah pasal berubah~ berubah?? selalu org cakap pasal berubah ni, mesti akan dikaitkan dengan maal hijrah. nape tiba2 je ada post pasal berubah ni??

yela, takkan nak tggu maal hijrah @ tahun baru je baru nak berubah.. waktu lain x boleh berubah ke? andai nanti kita yang 'berubah' ke dunia lain sebelum sempat kita berubah ke arah yg lebih baik macam mane??

berubah: berubah yang saya maksudkan ni, ialah berubah ke arah yang lebih baik. tak kira la dari aspek mana sekalipon. :)

selalu kita dengar:
"alaa, aku belum dapat hidayah, macam mana nak berubah"
"belum sampai seru lagi utk aku berubah.."

nak tunggu samapi seru?? ish3.. kalau seru yang sampai tu seru yang pergi x kembali lagi macam mana? 

kalau tgk dari lagu berubah nyanyian edcoustic, dalam lagu tu dia cerita pasal org yg berubah, kadang2 senang sangat nak kembali kepada sikap sebelum berubah.kenapa jadi macam tu? 

kalau org yg ada keinginan nak berubah pulak, macam2 alasan yg bermain difikiran.. (godaan syaitan)


oleh itu, kat sini ada beberapa tips utk berubah.. tips ni dari saya sendiri..xda skema yg terbaik pon... klu ada org nak kongsi lagi, lagi bagus..(tolong perbetulkan segala silap..)


1) aku mmg nak berubah, tp belum dapat hidayah...
- salah ayat tu.. setiap org yg ada perasan nak berubah, org tu sebenarnya ALLAH dah beri dia hidayah utk ada rasa nak berubah..

- dan ye, mmg hidayah itu milik ALLAH, tapi sebagai manusia, kita kena berusaha utk mendapatkan hidayah tersebut.. bukan tggu & terus biarkan diri hanyut macam tu je..
sama jugak klu nak makan.. takkan nak tgu makanan muncul depan mata, baru nak makan.. klu xda, senang, makanan x dapat lg.. so, xpayah makan.. :)



2)macam mana nak usaha nak dapatkan hidayah??
-nak dapatkan hidayah? bacalah surat cintaNYA, fahamlah kalimah2 cintaNYA, ingatlah DIA selalu. tinggalkan lagha, pergi kelas2 agama @ majlis2 agama.. kan ada byk cara.. selain tu, amalkanlah bersedekah... duduk saja2, zikirlah, & ingatlah segala dosa2 kita & segala nikmat yg DIA kurniakan...


3)tapi klu g kelas ust tu, aku xpaham apa yg dia cakapkan.. wlupon dia pon cakap bahasa melayu sama macam aku..
-xpaham?? takkan x paham langsung kot.. klu dia guna bahasa lain, mgkin blh terima.. lagipon, klu x paham, tanya la kepada org yg paham.. x gitu?? tambahan pulak, setiap langkah utk menuntut ilmu, sepanjang berada dalam majlis ilmu, itu pon dah ALLAH beri pahala.. even klu tido time majlis ilmu pon, insyaALLAH akan dapat pahala dari ALLAH. insyaALLAH, x sia2 g majlis ilmu.. mana tau, dengan usaha kita yg sedikit itu, ALLAH permudahkan jalan utk kita berubah & ALLAH tambahkan hidayah..


4)aku nak berubah, tapi kenapa byk sangat dugaan.. susah betol nak berubah.. nak give up lah..
-jgn begitu.. jgn give up lg.. cuba pk kenapa ALLAH kurniakan dugaan tu.. supaya insan hambaNYA itu menjadi kuat.. kuat yg bagaimana?? kuat imannya, kuat pergantungannya pada Ilahi, kuat ketahanannya dalam menghadapi rintangan..juga mematangkan diri hamba tersebut.. ALLAH ada berfirman:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

tambahan lagi:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)





5) aku bukan org yg kuat..
-kalau kita mmg xmampu, ALLAH takkan kurniakan dugaan & cabaran itu.. kerana ALLAH maha Mengetahui segala yg terbaik utk hambaNYA..


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)


-ingatlah; kekuatan seorang muslim itu adalah kekuatan yang ALLAH pinjamkan pada hambanya.. macam mana nak pinjam?? BERDOALAH! 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)





kisah seorang kawan..


seorang akhawat telah tersuka dengan seorang ikhwah.. ikhwah ni, bgus orgnya, agamanya. tapi, ini bukan alasan yg membolehkan seseorang itu menghalalkan sesuatu (eg: zina hati)
akhawat ini sedar yang perasannya itu x betolla.. walaupun mmg bukan kehendak dia utk meminati ikhwah tu, tapi sebab dia tau perkara tersebut salah, pelbagai cara yang dia usahakan..




1) sedaya upaya dia mengelak dari berhubung dengan ikhwah tersebut.. andai atas urusan penting sekalipun, sedaya upaya dia fokuskan & tekadkan hati utk bicara yg penting sahaja (walaupun, klu ikot hati, nak sembang macam2 even atas perkara yg remeh je)

2)dia jugak ada letakkan matlamat dalam diri... matlamatnya terpulangla kpd masing2.. mungkin ada yg nak kahwin lpas abeh sdty, etc.. tp kawan ni, matlamatnya ialah utk gapai dulu cinta Ilahi, barula nak cari cinta insan ajnabi (bukan suami)..

3)letakkan alasan!! alasan yg macam mana?? antaranya, alasan dalam diri, 'blhkah org yg aku suka ni, terima & kasihkan keluargaku macam mana aku kasihkan mereka??'(contoh jela) kenapa contoh ni dipilih?? sbb ada je kes yg macam tu,.. walaupon may be minority je.. 
FAMILY FIRST
alasan lain yg boleh guna, tp may be kurang masuk akal: 
klu diri kita ni kulitnya gelap, kulit org yg kita tu pon gelap, takkan nak biar zuriat kita nanti semuanya gelap2..walaupon macam kita mengutuk dia, tp jgn sampai kita sampai buat2 benci pulak. juz letak alasan sebagai dalih dalam hati supaya cari lojik utk x terus terusan mengingtai si dia..

4)alaa.. susah, sbb slalu sangat jumpa dia. nampak dia.. cam mana nak lupakan dia???
-hurm, ni sebenarnya satu dugaan.. tp, mgkin juga satu pertolongan.. pertolongan supaya kita lebih kuat utk melupakannya.. macam mana??? analoginya, kita belajar teori utk lupakan seseorg.. tp bila masuk praktikal, kita jumpa org tu, blh ke kita kuat??
teringat kata2 nadiah amirah, pelajar cemerlang SPM klu x silap SPM 2006.. x ingat la tahun bila..huhu
dia pernah keluarkan statement dia sendiri, bila ditanya macam mana dia melihat sesuatu masalah untuk diatasi. dia jawab, jangan anggap suatu masalah tu sebagai beban, tp anggap masalah tu sebagai satu peluang! peluang&batu loncatan utk kita agar lebih berjaya..

5) bila jumpa dia, terpandang muka dia, terdengar suara dia, hati jadi berdebar..
- apa yg akhawat ni buat time macam ni?? hurm, setiap debaran yg dia rasa, dia alirkan dengan mengingatiNYA dengan zikir2, dengan istighfar.. katanya, dengan zikir2 itulah yg setakat ni mampu menjadi penyelamatnya dari membuka mulut utk menegur ikhwah itu.. zikir2 itu menjadi penyelamatnya dari terus memandang apa yg bukan haknya..

6) macammana nak dapat kekuatan?
- berdoalah. mohon padanya.. hanya DIA yang maha Mengetahui..

untuk ikhwah, andai dah berkenan dengan mana2 akhawat, terus la masuk meminang.. kuasa ditangan anda :)





#akhawat ini masih dalam proses utk manjaga hatinya dari jatuh ke insan selain suaminya.. oleh itu, sama2lah kita mendoakan akhawat ini berjaya.. andai memang ikhwah itu jodohnya, permudahkanlah dia halal bagi akhawat ini. andai ikhwah itu bukan jodoh miliknya, permudahkanlah akhawat ini meninggalkan perasaan sayangnya pada ikhwah tersebut & kurniakanlah yg terbaik utk mereka & utk kita juga.. :)




andai aku terjatuh kelembah kemaksiatan, 
sedarkanlah aku wahai Tuhanku.
kembalikan aku dalam PetunjukMU
pipmpinlah daku dalam RedaMU
sungguh, aku hanyalah hambaMU yg kerdil.
x mengetahui apa yg ada dihadapanku nanti..
hambaMu ini bermohon padaMU Ya ALLAH, 
tetapkanlah aku dalam keimanan & ketaqwaan kepadaMU..
kurniakanlah aku sahabat2 yg dapat membimbingku kembali padaMU saat aku semakin menjauh dariMU
jgn Kau tinggalkan aku,
& jgn Kau biarkan aku meninggal & melupakanMU..
Ya Rabbi, jgnlah Kau pesongkan hati kami 
setelah Kau beri petunjukMU kepada Kami..




:( tak taula apa yg bakal terjadi pada diri ini pula.. nasihatilah saya atas kesilapan saya..
andai diri ini terjerumus kelembah kemaksiatan, peringatkanlah diri ini dengan nasihat2 baik.. kerana hambaNYA ini sangat2 memerlukannya..


~nak berubah jadi rajin.. bantu saya!! peringatkan saya!!




sekali berpesan pada org, beribu kali ia berbalik pada diri... semoga aku dalam lindunganMU ya ALLAH..

Monday, 18 October 2010

sungguh!!

salam.. 


nampaknya semakin jarang diri mematuk-matukkan jari menaip kalimah2 utk mengisi ruangan yg makin menyepi ini..
:(:(:(:(


hurm, xpelah.. kita sambung dengan tajuk post kali ni..


"SUNGGUH.."

apekah yg sungguh spt dlam tjuk post kali ni?? 


 dapatkah menekanya??




**************

......................................

Sungguh Allah itu Maha Pemurah

Sungguh Allah itu Maha Pengasih

Sungguh Allah itu Maha Penyayang




buktinya??


banyak sangat bukti, cukuplah sekadar lihat ke dalam diri.. x perlu pergi jauh2
setiap hembusan nafas
setiap degupan jantung
setiap neuron cell berhubung..
& setiap perkara yg lain...


tapi hari ni diri nak kongsi ttg satu hadis..
riwayat sape? diri minx maaf sangat2.. sebab x tau~~ :(




Hadis ada menyebut yang bermaksud:



“Tidak terkena anak Adam itu walaupun satu tusukan
duri melainkan diampunkan dosanya.”

kita sebagai manusia takkan terlepas dari melakukan dosa. malah sering & banyak kali & adakalanya tanpa kita sedari seharian kita melakukan dosa..
namun, Allah itu maha penyayang...
setiap tusukan duri yg mengenai diampunkan dosa.. bayangkan dengan kesakitan2 lain yg kita rasai.. demam, batuk, jatuh & luka, etc..

banyak dosa yg hambaNYA lakukan terhadap tuhannya
tapi Tuhan yg Satu itu xpernah melupakan hambanya.. malah begitu kasih & sayang sehingga masih mahu mengampuni hamba2NYA.. (T_T)

adakah kita si manusia ini memohon & mengharapkan keampunanNYA atas segala dosa2 yg telah dilakukan?? atau kita terlalu sombong utk memohon keampunan itu??

ALLAH mengurniakan manusia akal agar dia mampu memikir akan kekuasaan ALLAH.. maka gunakanlah ia sebaiknya..fikir2kanlah.. 

:):)
sampai ketemu lagi.. insyaALLAH

Saturday, 9 October 2010

back to school

assalamualaikum..

setelah sekian lama.. setelah penuh sawang2 mengisi ruang, kini baru la blog ni ter'up date'..
cuti di malaysia susah nak up date blog.. sebab xda internet  :) :)

hurm, start sem ni, saja nak update some pictures during a couple of hours masa ke sekolah ari tu...
x byk gamba pun.. jumpa cikgu pun x ramai.. sebab x sempat.. 2 jam je masa yg ada.. gamba pun x amk byk..huhu


ni pintu utama nak masuk sekolah.. 


nilah sekolahnya.. SMK PENGKALAN...






salah satu mural di dinding sekolah .. nak amik sume, banyak sangat.. ni rasanya yg tercantik kat situ kot.
(x habis ronda 1 sekolah tu.. huhu)
 x pastila sama ada cikgu @ student yg buat.. tapi rasanya cikgu yg buat..






cikgu Normizah (Biology) & cikgu sharifah nadia

cikgu mustafa (cikgu sejarah masa form2 & cikgu disiplin@pengawas..) & cikgu Ikha Nadia.. (pj, & cikgu disiplin jugak~)

cikgu ikha ni, tegas betul.. ramai student takut ngan cikgu ni.. tp, cikgu ni jgk antara penasihat peribadi saya.. :):):)



gamba cikgu 4 org ni je yg sempat amik sepanjang 2 jam tu.. ada jugak jumpa beberapa cikgu lain, tp x sempat nk amik gambo..







ni antara hasil "vandalism" saya kat sekolah tu.. ada yg solo, ada jgk vandalism berkumpulan.. 





yang ni bukan saya yg buat.. yg ni student yg buat.. hampir setiap tingkat tgga ada je mural @ ape2 la.. macam2 ada...










ni antara taman2 @ landskap2 yg ada kat sekolah tu.. byk sangat laman... laman fertigasi lah, macam2 la.. xtaula laman ape lg yg ada.. sebab byk jgk yg baru wujud lepas saya abis sekolah dulu..



ni kantin.. kecik je.. tp sinila tempat saya suka lepak lepas kelas, tempat makan tu, jarangla bg saya.. tmpat ni jgk tempat saya bayk mengamuk.. huhuhu... pengganas!!!!





mari melintas jalan besar ni..


sepanjang jalan menuju ke sekolah.. 
di sinilah dahulunya tempat saya merempit dengan menggunakan basikal.. ::D:D:D:D




Kalau nak cter pasal pengalaman kat sekolah, mmg byk.. bukan saya sorg, tp sume org pasti byk kisah dan pengalaman kat sekolah masing2 kan?? hurm, saya upload gamba2 ni, sebab nak kenalkan sekolah ni kpd sesiapa yg xkenal.. sebab bila saya cakap je 

'saya dulu sekolah harian biasa, SMK Pengkalan..'

 pastu mesti ada yg kata pengkalan chepa la.. pengkalan hulu lah.. n macam2 pengkalan la.. huhuhu... so, post ni just nak bg tau, sekolah saya ni xda kena mengena dengan mana2 pengkalan lain.. :):)

i think, enough 4 now.. daaa...


Thursday, 22 July 2010

sejenak: bersama "raja"

salam...


setelah sekian lama, alhamdulillah,  hari ini diri mencuri sedikit masa untuk mengisi ruang maya yang  semakin sepi ini..fatrah imtihan dan mungkin juga kerana kegersangan diri ini sendiri menyebabkan lama alam maya ini ditinggalkan.. (kalau ada post pon, sekadar copy paste utk dikongsi bersama)


hari ini diri nak ingat kembali satu analogi yang sering kali kita dengar. selalu diceritakan.

kisah seorang raja~


di suatu negeri, terdapat seorang raja yang adil, baik hati serta pemurah..malah raja tersebut sangat sayang akan rakyat jelatanya. sesiapa yang ingin meminta bantuan darinya boleh datang terus menghadapnya utk meminta bantuannya..

setiap hari, ramai rakyatnya yang datang utk mengadu akan masalah mereka serta mengharapkan bantuannya.


 dalam ramai rakyat2 yang datang, ada yang datang secara "private" (sorang2). ada jugak yang datang satu kumpulan. kadang tu kumpulan2 besar terus datang (bawak satu kampung la kot). kadang tu dalam kumpulan2 kecik je.


tak kirala berape ramai sekaligus yang datang, kerana sayangnya raja ni pada rakyatnya, dia tak pernah terlepas pandang pada setiap rakyatnya yng datang.

apabila dia perhatikan, ada datang dengan penuh harapan & rendah diri. mereka khusyuk,penuh adab, bahasanya lembut, serta penuh puji-pujian kerana  sangat mengharap agar dibantu.


dalam dalam keadaan lain pula,  ada juga yang datang memohon meminta bantuan tetapi dengan cara yang kurang sopan. duduknya tidak tertib seperti adat2 di istana, riaknya seperti sekadar hanya meminta dimulut sahaja. tiada kesungguhan ketika dia memohon ditolong. bahasanya hanya guna bahasa pasar & kadang2 tu guna bahasa pasar je. tiada kata2 pujian atau segala yg sewaktu dengannya. masuk2 istana je, 'raja, saya nak kereta ferrari.harap raja dapat kasi.'


ada yang lain pulak, masa minta tu, siap gelak2, ada pulak kadang2 siap nangis2 terus. kadang2 tu, siap boleh sembang2, tak pon  main game pulak esp klu datang dengan grup besar2. sebab mungkin rakyat tu ingat dia xkan  tgk dorng la kot.


kalau anda jadi raja tu, orang ramai datang pada anda utk mintak tolong. dalam golongan mane yg anda mudah nak bg tolong?? 

***********************************
macam tu jugak la kita dengan ALLAH... kita cuma hamba makhluk ciptaanNYA. yang segla2nya ditentukan olehNYA. hatta utk tido pon klu bkn dengan izinNYA kita x boleh tido jugak. walaupon paksa diri macammana sekali pon.


saat kita berdoa, bagaimana adab kita dengan ALLAH?? adakah cukup sekadar duduk dalam keadaan betul, kemudian sekadar baca je doa dari buku doa tapi baca doa yg sekadar cukup syarat, feelingless masa mintak doa? kadang2 tu siap boleh main2 lg?

memang ALLAH itu Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Penyayang. maka kalau ALLAh izinkan, akan dimakbulkan juga doa tersebut. tapi, mana adab kita sebagai hamba kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung?? Tuhan yang menciptakan kita dengan sebaik2 kejadian.

berdoalah dengan penuh pengharapan & rendah diri


itu baru masa berdoa, time yg nampak sangat2 kita tgh memohon. klu masa solat pulak macammne??
seperti yg kita tahu, dalam solat itu sendiri penuh dengan doa yg mengharap kesejahteraan kpada kita sndiri & juga penuh dengan puji2an kepadaNYA.

cukupkah sekadar buat solat je. tapi kosong, fikiran melayang, fikir nak cepat habis sebab panas, baca pun laju macam bullet train. blh terima ke?

terus terang diri katakan, memang susah utk khusyuk dalam solat. sungguh, memang berat. banyak sangat syaitan datang menggoda waktu tu. waktu tu jugakla nak teringat macam2.tapi, kita haruslah berusaha utk cuba khusyuk dalam solat.


"YA ALLAH, permudahkanlah aku utk khusyuk dalam solatku & ibadahku. Ya ALLAH, jadikanlah aku golongan orng yg khusyuk. amin~"

* (kepada yg sedang menaip ni, jangan sekadar taip je.. & jangan sekadar bermusim je nak cuba utk khusyuk!!)



"solat itu amatlah berat kecuali orang2 yg khusyuk"


selain ketika berdoa & solat, macam mane pula adab kita ketika sedang berzikir kepadaNYA?? (contoh selalunya: zikir lepas solat, baca ma'thurat, tadarus, baca al mulk tiap2 malam di asrama@dengan ahli bait)
main2?? sekadar lepas di mulut??

kemudian, setiap saat dalam kehidupan kita. bagaimana pula? bukankah ALLAH Maha Melihat?? Dia melihat bukan hanya ketika kita berdoa & solat je. bukan sekadar di tempat2 tertentu seperti di masjid je...fikir2lah sendiri..



PERINGATAN INI DITUJUKAN KHAS BUAT DIRI SENDIRI AGAR SELALU DIINGATI DAN JANGANLAH SEKADAR HANGAT2 TAHI AYAM UNTUK BEBERAPA HARI SAHAJA~
BIARLAH BERTERUSAN MENGHARAPKAN REDHA ILAHI~

JUGA ditujukan khas kepada sesiapa yg membaca terutamanya saudara seIslamku yg disayangi~



**disini saya sertakan juga link pdf adab berdoa tapi dalam bahasa Indonesia~



"segala salah silap,harap ditegur, andai terkasar bahasa terguris rasa, harap dimaafkan.."

Wednesday, 14 July 2010

sekadar utk dikongsi bersama... semoga bermanfaat~

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.





Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

*kisah ini diambil dari satu blog.Tapi saya dah lupa nama blog tersebut...