Wednesday 10 November 2010

nasihat utk diri yang mudah lupa~ :(



Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Abdurrahim telah menceritakan kepada kami Abu Zaid Said bin Rabi' Al Harawi telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Qatadah dari Anas radliyallahu'anhu, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang beliau riwayatkan dari Rabbnya (hadis qudsi), Allah berfirman: "Jika seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta, jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa, dan jika ia mendekatkan diri kepada-Ku dengan berjalan maka Aku akan mendatanginya dengan berlari."


assalamualaikum..

hurm, post kali ni kisah pasal berubah~ berubah?? selalu org cakap pasal berubah ni, mesti akan dikaitkan dengan maal hijrah. nape tiba2 je ada post pasal berubah ni??

yela, takkan nak tggu maal hijrah @ tahun baru je baru nak berubah.. waktu lain x boleh berubah ke? andai nanti kita yang 'berubah' ke dunia lain sebelum sempat kita berubah ke arah yg lebih baik macam mane??

berubah: berubah yang saya maksudkan ni, ialah berubah ke arah yang lebih baik. tak kira la dari aspek mana sekalipon. :)

selalu kita dengar:
"alaa, aku belum dapat hidayah, macam mana nak berubah"
"belum sampai seru lagi utk aku berubah.."

nak tunggu samapi seru?? ish3.. kalau seru yang sampai tu seru yang pergi x kembali lagi macam mana? 

kalau tgk dari lagu berubah nyanyian edcoustic, dalam lagu tu dia cerita pasal org yg berubah, kadang2 senang sangat nak kembali kepada sikap sebelum berubah.kenapa jadi macam tu? 

kalau org yg ada keinginan nak berubah pulak, macam2 alasan yg bermain difikiran.. (godaan syaitan)


oleh itu, kat sini ada beberapa tips utk berubah.. tips ni dari saya sendiri..xda skema yg terbaik pon... klu ada org nak kongsi lagi, lagi bagus..(tolong perbetulkan segala silap..)


1) aku mmg nak berubah, tp belum dapat hidayah...
- salah ayat tu.. setiap org yg ada perasan nak berubah, org tu sebenarnya ALLAH dah beri dia hidayah utk ada rasa nak berubah..

- dan ye, mmg hidayah itu milik ALLAH, tapi sebagai manusia, kita kena berusaha utk mendapatkan hidayah tersebut.. bukan tggu & terus biarkan diri hanyut macam tu je..
sama jugak klu nak makan.. takkan nak tgu makanan muncul depan mata, baru nak makan.. klu xda, senang, makanan x dapat lg.. so, xpayah makan.. :)



2)macam mana nak usaha nak dapatkan hidayah??
-nak dapatkan hidayah? bacalah surat cintaNYA, fahamlah kalimah2 cintaNYA, ingatlah DIA selalu. tinggalkan lagha, pergi kelas2 agama @ majlis2 agama.. kan ada byk cara.. selain tu, amalkanlah bersedekah... duduk saja2, zikirlah, & ingatlah segala dosa2 kita & segala nikmat yg DIA kurniakan...


3)tapi klu g kelas ust tu, aku xpaham apa yg dia cakapkan.. wlupon dia pon cakap bahasa melayu sama macam aku..
-xpaham?? takkan x paham langsung kot.. klu dia guna bahasa lain, mgkin blh terima.. lagipon, klu x paham, tanya la kepada org yg paham.. x gitu?? tambahan pulak, setiap langkah utk menuntut ilmu, sepanjang berada dalam majlis ilmu, itu pon dah ALLAH beri pahala.. even klu tido time majlis ilmu pon, insyaALLAH akan dapat pahala dari ALLAH. insyaALLAH, x sia2 g majlis ilmu.. mana tau, dengan usaha kita yg sedikit itu, ALLAH permudahkan jalan utk kita berubah & ALLAH tambahkan hidayah..


4)aku nak berubah, tapi kenapa byk sangat dugaan.. susah betol nak berubah.. nak give up lah..
-jgn begitu.. jgn give up lg.. cuba pk kenapa ALLAH kurniakan dugaan tu.. supaya insan hambaNYA itu menjadi kuat.. kuat yg bagaimana?? kuat imannya, kuat pergantungannya pada Ilahi, kuat ketahanannya dalam menghadapi rintangan..juga mematangkan diri hamba tersebut.. ALLAH ada berfirman:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

tambahan lagi:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)





5) aku bukan org yg kuat..
-kalau kita mmg xmampu, ALLAH takkan kurniakan dugaan & cabaran itu.. kerana ALLAH maha Mengetahui segala yg terbaik utk hambaNYA..


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)


-ingatlah; kekuatan seorang muslim itu adalah kekuatan yang ALLAH pinjamkan pada hambanya.. macam mana nak pinjam?? BERDOALAH! 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)





kisah seorang kawan..


seorang akhawat telah tersuka dengan seorang ikhwah.. ikhwah ni, bgus orgnya, agamanya. tapi, ini bukan alasan yg membolehkan seseorang itu menghalalkan sesuatu (eg: zina hati)
akhawat ini sedar yang perasannya itu x betolla.. walaupun mmg bukan kehendak dia utk meminati ikhwah tu, tapi sebab dia tau perkara tersebut salah, pelbagai cara yang dia usahakan..




1) sedaya upaya dia mengelak dari berhubung dengan ikhwah tersebut.. andai atas urusan penting sekalipun, sedaya upaya dia fokuskan & tekadkan hati utk bicara yg penting sahaja (walaupun, klu ikot hati, nak sembang macam2 even atas perkara yg remeh je)

2)dia jugak ada letakkan matlamat dalam diri... matlamatnya terpulangla kpd masing2.. mungkin ada yg nak kahwin lpas abeh sdty, etc.. tp kawan ni, matlamatnya ialah utk gapai dulu cinta Ilahi, barula nak cari cinta insan ajnabi (bukan suami)..

3)letakkan alasan!! alasan yg macam mana?? antaranya, alasan dalam diri, 'blhkah org yg aku suka ni, terima & kasihkan keluargaku macam mana aku kasihkan mereka??'(contoh jela) kenapa contoh ni dipilih?? sbb ada je kes yg macam tu,.. walaupon may be minority je.. 
FAMILY FIRST
alasan lain yg boleh guna, tp may be kurang masuk akal: 
klu diri kita ni kulitnya gelap, kulit org yg kita tu pon gelap, takkan nak biar zuriat kita nanti semuanya gelap2..walaupon macam kita mengutuk dia, tp jgn sampai kita sampai buat2 benci pulak. juz letak alasan sebagai dalih dalam hati supaya cari lojik utk x terus terusan mengingtai si dia..

4)alaa.. susah, sbb slalu sangat jumpa dia. nampak dia.. cam mana nak lupakan dia???
-hurm, ni sebenarnya satu dugaan.. tp, mgkin juga satu pertolongan.. pertolongan supaya kita lebih kuat utk melupakannya.. macam mana??? analoginya, kita belajar teori utk lupakan seseorg.. tp bila masuk praktikal, kita jumpa org tu, blh ke kita kuat??
teringat kata2 nadiah amirah, pelajar cemerlang SPM klu x silap SPM 2006.. x ingat la tahun bila..huhu
dia pernah keluarkan statement dia sendiri, bila ditanya macam mana dia melihat sesuatu masalah untuk diatasi. dia jawab, jangan anggap suatu masalah tu sebagai beban, tp anggap masalah tu sebagai satu peluang! peluang&batu loncatan utk kita agar lebih berjaya..

5) bila jumpa dia, terpandang muka dia, terdengar suara dia, hati jadi berdebar..
- apa yg akhawat ni buat time macam ni?? hurm, setiap debaran yg dia rasa, dia alirkan dengan mengingatiNYA dengan zikir2, dengan istighfar.. katanya, dengan zikir2 itulah yg setakat ni mampu menjadi penyelamatnya dari membuka mulut utk menegur ikhwah itu.. zikir2 itu menjadi penyelamatnya dari terus memandang apa yg bukan haknya..

6) macammana nak dapat kekuatan?
- berdoalah. mohon padanya.. hanya DIA yang maha Mengetahui..

untuk ikhwah, andai dah berkenan dengan mana2 akhawat, terus la masuk meminang.. kuasa ditangan anda :)





#akhawat ini masih dalam proses utk manjaga hatinya dari jatuh ke insan selain suaminya.. oleh itu, sama2lah kita mendoakan akhawat ini berjaya.. andai memang ikhwah itu jodohnya, permudahkanlah dia halal bagi akhawat ini. andai ikhwah itu bukan jodoh miliknya, permudahkanlah akhawat ini meninggalkan perasaan sayangnya pada ikhwah tersebut & kurniakanlah yg terbaik utk mereka & utk kita juga.. :)




andai aku terjatuh kelembah kemaksiatan, 
sedarkanlah aku wahai Tuhanku.
kembalikan aku dalam PetunjukMU
pipmpinlah daku dalam RedaMU
sungguh, aku hanyalah hambaMU yg kerdil.
x mengetahui apa yg ada dihadapanku nanti..
hambaMu ini bermohon padaMU Ya ALLAH, 
tetapkanlah aku dalam keimanan & ketaqwaan kepadaMU..
kurniakanlah aku sahabat2 yg dapat membimbingku kembali padaMU saat aku semakin menjauh dariMU
jgn Kau tinggalkan aku,
& jgn Kau biarkan aku meninggal & melupakanMU..
Ya Rabbi, jgnlah Kau pesongkan hati kami 
setelah Kau beri petunjukMU kepada Kami..




:( tak taula apa yg bakal terjadi pada diri ini pula.. nasihatilah saya atas kesilapan saya..
andai diri ini terjerumus kelembah kemaksiatan, peringatkanlah diri ini dengan nasihat2 baik.. kerana hambaNYA ini sangat2 memerlukannya..


~nak berubah jadi rajin.. bantu saya!! peringatkan saya!!




sekali berpesan pada org, beribu kali ia berbalik pada diri... semoga aku dalam lindunganMU ya ALLAH..

2 comments:

aliyahsumayyah said...

untuk ikhwah, andai dah berkenan dengan mana2 akhawat, terus la masuk meminang.. kuasa ditangan anda :)

nisah,i like this.hehehe.. =)

hurm betol2.. semoga semua orang mampu untuk berubah ke arah kebaikan.. n utk kwn ko tu, semoge die berjaya.. ;)

nisah, kite ni memang ade chemistry la.. hehe.. last week i wrote about hidayah jugak.. n now u also wrote about it too.. nice post! =)

http://azzariyat.com/blog/2010/11/07/jangan-biarkan-ia-berlalu/#more-5684

don't despair n never loose hope coz ALLAH is always by ur side.. InsyaALLAH, DIA akan sentiasa melindungimu selagi kamu yakin dan beriman padaNYA.. =)

khairunnasihah said...

salam.. my frend, pasal post ko kat azariyat tu, lpas aku post yg ni, aku trus g intai kat azariyat... time tu, aku sendri pon cam xcaya.. lbih kurang sama je entry yg kita post.. hehe.. cuma cara yg ckit berbeza n kat tmpat yg berbeza.. hehehe...