Tuesday, 9 June 2009

tak ada maknanya??



Salam 3alaik..
Hari ini, ada perjumpaan antara ahli ajk Palestine Evergreen di university. Beberapa perkara dibincangkan berhubung penangguhan penutupan kempen Palestine evergreen serta penangguhan malam kemuncak Palestine evergreen: “night of thousand dreams”. Penangguhan malam kemuncak tersebut bukanlah atas kehendak kami ajk2. Tapi atas saranan ustaz isahak (walid), selaku pegawai MARA di Iskandariah demi keselamatan pelajar Malaysia di sini.

Antara sebab mengapa malam tersebut terpaksa ditangguhkan ialah:
  1.  Keselamatan para pelajar Malaysia di Mesir. Pertamanya, isu berhubung Palestine di mesir ini merupakan isu yg sensitive. Tambahan pula, kedatangan Obama ke mesir menambahkan ‘kesensitifan’ isu ini. Kata walid, kalau isu2 sensitif ni, ramai je mata2 dari kalangan org arab yg memerhati. Tambahan, bila obama dtg Mesir ni, lg ramailah mata2 yg memerhati.Hurm, ceramah masa aktitviti BOOM hari tu, dah menimbulkan sedikit kontroversi! Ceramah yg berkisar kehidupan rakyat Palestine serta penglaman penceramah, Dr Tarek selama beberapa hari di Palestine. Kontroversi yg macam mana? Khabarnya, ada ajk & pegawai MARA yg dipanggil oleh pihak polis & di beri peringatan sebarang aktiviti yg menyentuh isu2 sensitif di Mesir tidak diadakan lagi!(berita detail, saya xtahu.)
  2.  Peperiksaan akhir semester hampir menjelang tiba. Oleh itu, walid menasihatkan agar kami mengutamakan pelajaran kami dahulu.
  3.  Urm, 1 lagi sebab x ingatla. Tapi yg pasti, walid bg 3 sebab kenapa malam kemuncak tersebut harus di tangguhkan.

Berbalik kepada isi dalam perjumpaan td. Apa yg menarik yg ingin saya ceritakan di sini, ialah kisah2 manusia di antara kita yg masih belum mahu ambil peduli akan hal palestine ini. Bukan sekadar tidak mahu ambil peduli, yg lebih pilu apabila ada yg mempersendakan mereka yg ingin membantu Palestine.  


 Isu palestin? Kempen2 kesedaran ttg isu palestin? Nak bantu palestin?


“eleh, kalau setakat korang buat kempen2 ni, nk sedarkan bdk2 pasal isu palestin ni pun, bknnya palestin blh merdeka pon..xda maknanya..sia2 je ade la..bazir masa je”


 “kalau setakat nk boikot barang Israel tu, bknnya ekonomi palestin dapat meningkat pon.. sama je..itu barang Israel, apa kaitan dgn ekonomi palestin? alaa, xpayah la kolot sangat nk boikot2 ni..”


 “alah,aku percaya, semua ni hangat2 tahi ayam je.. bdk2 ni & termasukla ajk2 tu semangat time kempen ni je la pon.. habis kempen ni, semua entah ke mana. Palestine entah ke mana, boikot pun entah ke mana. Percaya la..tambah bdk2 ni xm plak ni. Sempat ke nk pk pasal palestin ni.. sejuk kejap semangat yg berkobar2 tu. Tu baru xm, belum balik Malaysia lagi! Tapi aku x nafikan la, ada jgk bdk2 yg btul2 prihatin pasal isu Palestine ni.. tapi, berapa kerat sgt!”

  “ish, aku x percaya la dgn bdk2 ni. Nk kutip dana utk Palestine konon. Entah2, duit tu dorg yg makan kot!”

(dialog ini hanya rekaan semata2. utk menggambarkan sikap sesetengah insan antara kita..& mungkin juga, itu adalh diri kita sendiri..)


Itulah antara2 dialog yg akan di dengari apabila suatu kempen kesedaran dijalankan. Dalam konteks kami di university iskandariah pada hari ini, kempen kesedaran ttg isu palestin.


 Teringin diri nak kongsi, cerita yg diri pernah baca. Baca di mana, diri x ingat. Tapi kisah ni mmg berkisar ttg isu ini. Mungkin cerita ni biasa kita dengar, tapi diri tetap nk ceritakan lg, serba sedikit yg diri ingt, agar dapat menjadi sedikit motivator & penguat agar semangat utk membantu Palestine x pernah luntur walaupun org lain memandanng ianya sebagai sia2!


 Kisahnya lebih kurang begini,


 Di suatu kawasan hutan, terjadinya kebakaran. Haiwan2 di hutan tu semuanya kecoh pasal kebakaran tu.. apinya kuat. Tapi tiada siapa pun yg berani membantu memadamkan kebakaran tu.. kemudian, muncullah seekor burung gagak yg berani yg cuba utk memadamkan api tu.. dia berulang alik mengangkut air mengguakan paruhnya utk memadamkan api tersebut. haiwan2 lain semuanya memperlekehkan usahanya. 


  “wahai gagak, sesungguhnya usahamu itu adalah sia2! Kau xkan mampu utk memadamkan api yg marak itu dengan air yg begitu sedikit yg kau bawa mengggunakan paruh kau itu!”
kemudian gagak yg berani & prihatin itu pun berkata:


“biarlah usahaku dianggap sia2 mahupun bodoh di mata kalian. Yg pentingnya, tanggungjawabku telah terlaksana. & aku tidak dipersoalkan mengenai apa yg telah aku lakukan demi membantu memadamkan kebakaran tersebut”


Dapat moral dari kisah ni? Harap2 apa yg ingin sampaikan, dapat difahami. Sesungguhnya, diri bknlah pandai sangat nk bercerita. Tambahan pula, diri sendiri dah ingat2 lupa ttg cerita tu. Tapi lebih kurang begitulah jalan ceritanya..


Moralnya: biar pun usaha kita itu dianggap tidak bermakna, sekurang2nya, kita telah melaksanakan tanggungjawab kita utk membantu supaya nanti kita tidak dipersoal di akhirat kelak akan apa yg telah kita lakukan(dalam konteks isu palestin ni, membantu saudara2 islam kita).


“Ya ALLAH, aku mohon padaMu, Kau tetapkanlah hati ini dalam perjuangan utk menegakkan syiar agamaMU. Aku mohon padamu Ya ALLAH agar kau berikanlah kami kekuatan utk berjuang di jalanMU Ya ALLAH. Bimbinglah hati ini agar terus berasa suka & cinta dalam jalan perjuangan ini. Tetapkanlah hatiku dalam perjuangan ini Ya ALLAH. Amin2 Ya Rabb al-3alamin..”


Wallahualam..



2 comments:

'uluwwul himmah said...

assalamualaikum

cuma nak komen sedikit ttg cerita di hutan tu...
sebenarnya, konsep cerita tu mmg benar berlaku pd zaman nabi ibrahim ketika baginda diarahkan supaya dibakar.. kemudian ada seekor burng kecil yg berusaha untuk memadamkan api itu dg berulang alik mengangkut air dg menggunakan paruhnhya.. kemudian ada yg berkata kepada burung tersebut "mustahillah dg air yg diangkut dg paruhmu itu bisa memadamkan api yg menyala itu". tetapi dijawab oleh burung ciak tersebut "aku sudah berusaha untuk menolong hamba Allah ini, jadi apabila aku ditanya nanti "apakah yg kamu buat untuk menolong nabi ibrahim", aku akan menjawab "aku sudah menolong hambaMu itu Ya Allah","..

semmoga mendapat pengajaran~
seorang hamba~

khairunnasihah said...

salam.. terima kasih 'uluwwul himmah.. urm, saya memang dah tak berapa ingat kisah tu.. terima kasih sebab ceritakan kembali kisah tersebut.. :)