Sunday, 14 June 2009

hati??


Assalamualaikum..

Minggu lepas merupakan minggu diri rawat hati diri. Alhamdulillah, beberapa ‘Doktor hati’ yg berkaliber telah diri temui demi mendapatkan rawatan ini,baik secara langsung ataupun tidak.

 

Pada pertengahan minggu ini, Alhamdulillah diri dapat berhubung dengan salah seorang sahabat baik diri di Malaysia. Hampir sepuluh tahun kami bersahabat baik. Sepanjang tempoh itu, dia mmg sdh masak + kenal dengan diri. Alhamdulillah,kerana diri dikurniakan sahabat yg baik dan begitu sabar dalam melayani karenah diri ini.

 

Pada mulanya kami berbual biasa. Kemudian, terdetik di hati diri, utk minta kata semangat dan nasihat darinya berkenaan masalah hati diri terutamanya masalah wabak penyakit ‘M’ yg semakin larat mengjangkiti hati diri. (penyakit Malas!!) bkn diri tak sedar, peperiksaan akhir semester dah semakin hampir. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Tapi, entah la..

Urm, apa yg dia nasihatkan??

 

sahabat: hurm.. susah jugak nih..sebab aku pon malas jugak.. hehhehe..tapi..

sahabat: aku nak ko ingat satu jer..

sahabat: kiter belajar nih..bukan untuk dapat result baik..bukan utk dapat ranking first..

sahabat: tapi sebab nak cari keredhaan ALLAH..

sahabat: untuk tunaikan kewajipan kita..

sahabat: dengan fikir camni..

sahabat: mungkin kita tak anggap studi tu satu beban..

sahabat: dan kita x la malas utk studi..

sahabat: lagi satu jugak..

sahabat: everytime ko rase cam putus asa..

sahabat: ko amik masa jap..

sahabat: fikirkan baik2..

sahabat: family yang menaruh harapan kat ko..

sahabat: dan jugak orang-orang lain yang sayang kat ko..

sahabat: diorang sentiasa harap yang terbaik..

sahabat: dan paling penting.. ALLAH sentiasa uji kita ikut kemampuan..

sahabat: jadi selagi kita mampu..

sahabat: kite teruskan..

sahabat: isshoni gambarimashou!!

diri: pe 2??

sahabat: maksudnyer..

sahabat: kite same2 usaha..

diri: ooo

diri: wea,

diri: aku time ni rasa cam nk ko ada btoi2 dpan aku lak..

diri: huhu..

diri: thnx a lot..

diri: ko mmg btoi2 paham aku..

sahabat: ala..

sahabat: kiter kan dan dekat sepoloh tahun kawann..

sahabat: aku dah anggap ko cam adik beradik aku dah..

sahabat: jadi..

sahabat: ko jangan la putus asa eh..

sahabat: walaupon kiter jauh..

sahabat: tapi..

sahabat: kite wat la cam kite mase sekolah menengah dulu..

sahabat: same2 compete.. tapi x la sampai menyeksa diri...

....


Itulah antara perbualan kami. Ada lagi yg lain. Tapi, biarlah antara kami dan Allah yg tahu. Walaupun nasihat yg dia berikan ringkas je, tapi, tak tahulah kenapa, kesan kata2nya itu begitu mendalam utk diri. Kata2nya memang nmpak simple. Ingat harapan keluarga dan org2 lain..tapi, bg diri, besar maknanya dan byk makna yg tersirat..(end)


Di penghujung minggu ini, diri ada SC(smart circle-sama lbh kurg macam usrah. Cuma tukar nama atas sbb2 keselamatan di mesir ni). SC tersebut merupakan SC terakhir utk semester ini. Sedih rasanya bila diri diberitahu bahawa kupulan SC ni belum tentu akan kekal pada semester akan dating. Tapi, apa2 yg jd pun nanti, kena redha. Sbb setiap yg jadi itu ada hikmahnya. Pengisian minggu ini berkisar tentang hati. Jenis2 hati serta ubat2nya. Izinkan diri utk berkongsi serba sedikit apa yg diri perolehi dalam SC hari tu..

 

Hati merupakan raja bg yg hidup serta merupakan pemimpin bg setiap insan yg hidup.

 

 


"sesungguhnya dalam badan manusia itu ada seketul daging yg mana apabila elok daging itu, maka eloklah segala amalannya. Manakala andai buruk daging itu, maka buruklah amal perbuatannya. Dan seketul daging itu adalah hati!”

 

 

Hati dapat dibahagikan kepada 3 jenis; iaitu hati yg sihat, hati yg mati, serta hati yg sakit

 

Hati sihat ialah hati yg bebas daripada nafsu2 dan yg bersih dari penyakit2, antaranya penyakit cinta dunia. Hati jenis ini merupakan hati yg selamat.hati jenis ini akan bertindak berdasarkan iman & akal.

 

Hati yg mati pula disebabkan tidak beribadah kepada ALLAH. Hati jenis ini akan bertindak berdasarkan hawa nafsu semata2.

 

Hati yg sakit merupakan hati yg hidup, tetapi terdapat beberapa penyakit di dalamnya, termasuklah penyakit hasad, ragu2, wahn, & lain2 lagi. Dalam membuat keputusan, hati ini sering keliru utk mengikut nafsu, iman atau akal.

 

Manakala racun hati itu pula termasuklah byk berbicara akan perkara2 yg sia2, byk makan, byk memandang akan perkara2 yg haram, serta byk bergaul (bergaul dengan golongan2 yg x sepatutnya..)

                                        

Sesungguhnya setiap kalam ALLAH adalah benar. Setiap penyakit ada penawarnya. Begitu juga dengan penyakit hati ini. Ubat2 tersebut ialah:

·         Mambaca Al Quran & maknanya

·         Solat malam

·         Berkumpul dalam golongan org soleh

·         Berpuasa

·         Perbanyakkan zikir malam..

 

Barangsiapa yg mengamalkan salah satu daripadanya, moga ALLAH mencukupi bgnya akan sesuatu..

 

Sebagai seorang muslim, kita haruslah memelihara serta menghidupkan hati kita dengan memperbanyakkan berzikir kepada ALLAH.

 

”maksud firman ALLAH SWT:Maka ingatlah kpdKu, Aku akan ingat kepadamu.Bersyukurlah kpdKu dan jgnlah kamu ingkar kpdKu (Al-Baqarah:152)...”

 

 Dan sebaik2 zikir ialah dengan membaca al Quran. Keperluan seorang manusia itu dengan zikir ibarat ikan dan air. Ikan itu ialah hati dan air itu pula zikir. Tanpa zikir, hati akan mati sepertimana ikan yg ketiadaan air.

 

“buta hati lbh merbahaya dari buta mata(xnampak dunia) tak nmpak kebenaran, ditipu nafsu & syaitan,rasa bangga dengan dosa,tak rasa takut dgn azab neraka, tak rasa nikmat bila sebut syurgaNya”


Selain berzikir, hidupkanlah hati dengan selalu mengingati mati.

 

“org yg plg bijak adalah org yg plg byk mengingati mati & plg bersedia utk menghadapinya “-riwayat ibnu majah

                                 

Selain itu, perbanyakkanlah istighfar serta muhasabah diri, berdoa kepada yg Maha Esa, & berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

 

 

"Beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik"

 

 

Wallahualam..

 

Ya ALLAH, aku mohon padaMu agar kau berkatilah ilmu2 yg aku perolehi, aku mohon padaMu agar ilmu2 yg Kau kurniakan padaku tidak aku sia2kan. Semoga ilmu2 yg kau anugerahkan padaku dapat gunakan serta amalkan dengan sebaiknya..

No comments: