Thursday, 25 June 2009

hadis..

Subhanallah.. (sekadar gambar hiasan)

Sabda Nabi SAW kepada Ibnu Mas'ud ra:
"Wahai Ibnu Mas'ud,kamu berada sesaat di dalam majlis ilmu,
sedangkn kamu tidak menyentuh pena, kamu tidak menulis satu huruf pun,
adalah terlebih baik bagi kamu daripada membebaskn seribu orang hamba,
dan kamu melihat wajah orang berilmu
(dengan penuh kasih sayang tanpa permusuhan)
adalah terlebih baik bagi kamu daripada bersedekah seribu kuda perang pada jalan ALLAH,
dan kamu memberi salam kepada orang yang berilmu adalah terlebih baik daripada orang yang beribadat seribu tahun"

Sunday, 14 June 2009

hati??


Assalamualaikum..

Minggu lepas merupakan minggu diri rawat hati diri. Alhamdulillah, beberapa ‘Doktor hati’ yg berkaliber telah diri temui demi mendapatkan rawatan ini,baik secara langsung ataupun tidak.

 

Pada pertengahan minggu ini, Alhamdulillah diri dapat berhubung dengan salah seorang sahabat baik diri di Malaysia. Hampir sepuluh tahun kami bersahabat baik. Sepanjang tempoh itu, dia mmg sdh masak + kenal dengan diri. Alhamdulillah,kerana diri dikurniakan sahabat yg baik dan begitu sabar dalam melayani karenah diri ini.

 

Pada mulanya kami berbual biasa. Kemudian, terdetik di hati diri, utk minta kata semangat dan nasihat darinya berkenaan masalah hati diri terutamanya masalah wabak penyakit ‘M’ yg semakin larat mengjangkiti hati diri. (penyakit Malas!!) bkn diri tak sedar, peperiksaan akhir semester dah semakin hampir. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Tapi, entah la..

Urm, apa yg dia nasihatkan??

 

sahabat: hurm.. susah jugak nih..sebab aku pon malas jugak.. hehhehe..tapi..

sahabat: aku nak ko ingat satu jer..

sahabat: kiter belajar nih..bukan untuk dapat result baik..bukan utk dapat ranking first..

sahabat: tapi sebab nak cari keredhaan ALLAH..

sahabat: untuk tunaikan kewajipan kita..

sahabat: dengan fikir camni..

sahabat: mungkin kita tak anggap studi tu satu beban..

sahabat: dan kita x la malas utk studi..

sahabat: lagi satu jugak..

sahabat: everytime ko rase cam putus asa..

sahabat: ko amik masa jap..

sahabat: fikirkan baik2..

sahabat: family yang menaruh harapan kat ko..

sahabat: dan jugak orang-orang lain yang sayang kat ko..

sahabat: diorang sentiasa harap yang terbaik..

sahabat: dan paling penting.. ALLAH sentiasa uji kita ikut kemampuan..

sahabat: jadi selagi kita mampu..

sahabat: kite teruskan..

sahabat: isshoni gambarimashou!!

diri: pe 2??

sahabat: maksudnyer..

sahabat: kite same2 usaha..

diri: ooo

diri: wea,

diri: aku time ni rasa cam nk ko ada btoi2 dpan aku lak..

diri: huhu..

diri: thnx a lot..

diri: ko mmg btoi2 paham aku..

sahabat: ala..

sahabat: kiter kan dan dekat sepoloh tahun kawann..

sahabat: aku dah anggap ko cam adik beradik aku dah..

sahabat: jadi..

sahabat: ko jangan la putus asa eh..

sahabat: walaupon kiter jauh..

sahabat: tapi..

sahabat: kite wat la cam kite mase sekolah menengah dulu..

sahabat: same2 compete.. tapi x la sampai menyeksa diri...

....


Itulah antara perbualan kami. Ada lagi yg lain. Tapi, biarlah antara kami dan Allah yg tahu. Walaupun nasihat yg dia berikan ringkas je, tapi, tak tahulah kenapa, kesan kata2nya itu begitu mendalam utk diri. Kata2nya memang nmpak simple. Ingat harapan keluarga dan org2 lain..tapi, bg diri, besar maknanya dan byk makna yg tersirat..(end)


Di penghujung minggu ini, diri ada SC(smart circle-sama lbh kurg macam usrah. Cuma tukar nama atas sbb2 keselamatan di mesir ni). SC tersebut merupakan SC terakhir utk semester ini. Sedih rasanya bila diri diberitahu bahawa kupulan SC ni belum tentu akan kekal pada semester akan dating. Tapi, apa2 yg jd pun nanti, kena redha. Sbb setiap yg jadi itu ada hikmahnya. Pengisian minggu ini berkisar tentang hati. Jenis2 hati serta ubat2nya. Izinkan diri utk berkongsi serba sedikit apa yg diri perolehi dalam SC hari tu..

 

Hati merupakan raja bg yg hidup serta merupakan pemimpin bg setiap insan yg hidup.

 

 


"sesungguhnya dalam badan manusia itu ada seketul daging yg mana apabila elok daging itu, maka eloklah segala amalannya. Manakala andai buruk daging itu, maka buruklah amal perbuatannya. Dan seketul daging itu adalah hati!”

 

 

Hati dapat dibahagikan kepada 3 jenis; iaitu hati yg sihat, hati yg mati, serta hati yg sakit

 

Hati sihat ialah hati yg bebas daripada nafsu2 dan yg bersih dari penyakit2, antaranya penyakit cinta dunia. Hati jenis ini merupakan hati yg selamat.hati jenis ini akan bertindak berdasarkan iman & akal.

 

Hati yg mati pula disebabkan tidak beribadah kepada ALLAH. Hati jenis ini akan bertindak berdasarkan hawa nafsu semata2.

 

Hati yg sakit merupakan hati yg hidup, tetapi terdapat beberapa penyakit di dalamnya, termasuklah penyakit hasad, ragu2, wahn, & lain2 lagi. Dalam membuat keputusan, hati ini sering keliru utk mengikut nafsu, iman atau akal.

 

Manakala racun hati itu pula termasuklah byk berbicara akan perkara2 yg sia2, byk makan, byk memandang akan perkara2 yg haram, serta byk bergaul (bergaul dengan golongan2 yg x sepatutnya..)

                                        

Sesungguhnya setiap kalam ALLAH adalah benar. Setiap penyakit ada penawarnya. Begitu juga dengan penyakit hati ini. Ubat2 tersebut ialah:

·         Mambaca Al Quran & maknanya

·         Solat malam

·         Berkumpul dalam golongan org soleh

·         Berpuasa

·         Perbanyakkan zikir malam..

 

Barangsiapa yg mengamalkan salah satu daripadanya, moga ALLAH mencukupi bgnya akan sesuatu..

 

Sebagai seorang muslim, kita haruslah memelihara serta menghidupkan hati kita dengan memperbanyakkan berzikir kepada ALLAH.

 

”maksud firman ALLAH SWT:Maka ingatlah kpdKu, Aku akan ingat kepadamu.Bersyukurlah kpdKu dan jgnlah kamu ingkar kpdKu (Al-Baqarah:152)...”

 

 Dan sebaik2 zikir ialah dengan membaca al Quran. Keperluan seorang manusia itu dengan zikir ibarat ikan dan air. Ikan itu ialah hati dan air itu pula zikir. Tanpa zikir, hati akan mati sepertimana ikan yg ketiadaan air.

 

“buta hati lbh merbahaya dari buta mata(xnampak dunia) tak nmpak kebenaran, ditipu nafsu & syaitan,rasa bangga dengan dosa,tak rasa takut dgn azab neraka, tak rasa nikmat bila sebut syurgaNya”


Selain berzikir, hidupkanlah hati dengan selalu mengingati mati.

 

“org yg plg bijak adalah org yg plg byk mengingati mati & plg bersedia utk menghadapinya “-riwayat ibnu majah

                                 

Selain itu, perbanyakkanlah istighfar serta muhasabah diri, berdoa kepada yg Maha Esa, & berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

 

 

"Beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik"

 

 

Wallahualam..

 

Ya ALLAH, aku mohon padaMu agar kau berkatilah ilmu2 yg aku perolehi, aku mohon padaMu agar ilmu2 yg Kau kurniakan padaku tidak aku sia2kan. Semoga ilmu2 yg kau anugerahkan padaku dapat gunakan serta amalkan dengan sebaiknya..

Mencari Yg Maha Satu

Terkapai-kapai diri di hanyut arus waktu

Kegelapan hati yg sering buat ku keliru

Dalam menguji pergolakan emosi diri

Tak siapa tahu ada yg memerhati

 

(mencari yg Maha Satu itu yg bku tuju)

 

Di dalam menjalani tiap dugaan yg diberi

Membawa pengertian hidup yg abadi

Tanpa perlu menipu diri  sendiri

Yg menjadi lumrah duniawi

 

Seandainya Kau yg memberi ruang

Akan ku baiki setiap kekurangan

Oleh itu diri memerlukan petunjuk dari oh Ilahi

 

(Kau yg Maha Satu)

 

Diriku kini masih tercari-cari

Jawapan disetiap persoalan ini

Ku akui kesalahan dibuat segalanya

Gelap jadinya jiwa seadanya

 

Ku cari ke situ

Itulah lampu hidupku

Terangilah gelap hatiku

Ku pohon restu dariMu

Akan ku baiki setiap kekurangan

Oleh itu diri yg memerlukan petunjuk dariMu oh Ilahi

 

(Kau yg Maha Satu)

 

Apabila tersilap langkahku

Tiba-tiba berbisik namaMU oh Ilahi

Terdetik dihatiku utk sujud ke pangkuanMu

Memohon ampun dariMu

 

Tak seharusnya ku tergoda lagi

Dunia ini sesat membutuhkan jiwaku

Kiniku mengakui teguranMu

Yg membuatku sedar siapa diriku ini

 

Tak semua kahir sempurna tak semua lurus jalannya

Cerita yg dijadikan cerita

Dengan izin yg Maha Esa

 Wujud aku cinta dan cita

Segala yg ada bermula dari rasa  resah

Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu

Yg tak mampu risau lidah mudah dibanjari

Fitnah melilau-lilau

Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu

Doa-doa dopohon sentiasa setiap masa

Ampunilah dosa-dosa semasa aku ke sana

Dewasakanlah pemikiranku yg tak semegah mana

Salah silapku berkarya tak pernah kusalah guna

Kau yg Maha Satu (4x)

Tuesday, 9 June 2009

tak ada maknanya??



Salam 3alaik..
Hari ini, ada perjumpaan antara ahli ajk Palestine Evergreen di university. Beberapa perkara dibincangkan berhubung penangguhan penutupan kempen Palestine evergreen serta penangguhan malam kemuncak Palestine evergreen: “night of thousand dreams”. Penangguhan malam kemuncak tersebut bukanlah atas kehendak kami ajk2. Tapi atas saranan ustaz isahak (walid), selaku pegawai MARA di Iskandariah demi keselamatan pelajar Malaysia di sini.

Antara sebab mengapa malam tersebut terpaksa ditangguhkan ialah:
  1.  Keselamatan para pelajar Malaysia di Mesir. Pertamanya, isu berhubung Palestine di mesir ini merupakan isu yg sensitive. Tambahan pula, kedatangan Obama ke mesir menambahkan ‘kesensitifan’ isu ini. Kata walid, kalau isu2 sensitif ni, ramai je mata2 dari kalangan org arab yg memerhati. Tambahan, bila obama dtg Mesir ni, lg ramailah mata2 yg memerhati.Hurm, ceramah masa aktitviti BOOM hari tu, dah menimbulkan sedikit kontroversi! Ceramah yg berkisar kehidupan rakyat Palestine serta penglaman penceramah, Dr Tarek selama beberapa hari di Palestine. Kontroversi yg macam mana? Khabarnya, ada ajk & pegawai MARA yg dipanggil oleh pihak polis & di beri peringatan sebarang aktiviti yg menyentuh isu2 sensitif di Mesir tidak diadakan lagi!(berita detail, saya xtahu.)
  2.  Peperiksaan akhir semester hampir menjelang tiba. Oleh itu, walid menasihatkan agar kami mengutamakan pelajaran kami dahulu.
  3.  Urm, 1 lagi sebab x ingatla. Tapi yg pasti, walid bg 3 sebab kenapa malam kemuncak tersebut harus di tangguhkan.

Berbalik kepada isi dalam perjumpaan td. Apa yg menarik yg ingin saya ceritakan di sini, ialah kisah2 manusia di antara kita yg masih belum mahu ambil peduli akan hal palestine ini. Bukan sekadar tidak mahu ambil peduli, yg lebih pilu apabila ada yg mempersendakan mereka yg ingin membantu Palestine.  


 Isu palestin? Kempen2 kesedaran ttg isu palestin? Nak bantu palestin?


“eleh, kalau setakat korang buat kempen2 ni, nk sedarkan bdk2 pasal isu palestin ni pun, bknnya palestin blh merdeka pon..xda maknanya..sia2 je ade la..bazir masa je”


 “kalau setakat nk boikot barang Israel tu, bknnya ekonomi palestin dapat meningkat pon.. sama je..itu barang Israel, apa kaitan dgn ekonomi palestin? alaa, xpayah la kolot sangat nk boikot2 ni..”


 “alah,aku percaya, semua ni hangat2 tahi ayam je.. bdk2 ni & termasukla ajk2 tu semangat time kempen ni je la pon.. habis kempen ni, semua entah ke mana. Palestine entah ke mana, boikot pun entah ke mana. Percaya la..tambah bdk2 ni xm plak ni. Sempat ke nk pk pasal palestin ni.. sejuk kejap semangat yg berkobar2 tu. Tu baru xm, belum balik Malaysia lagi! Tapi aku x nafikan la, ada jgk bdk2 yg btul2 prihatin pasal isu Palestine ni.. tapi, berapa kerat sgt!”

  “ish, aku x percaya la dgn bdk2 ni. Nk kutip dana utk Palestine konon. Entah2, duit tu dorg yg makan kot!”

(dialog ini hanya rekaan semata2. utk menggambarkan sikap sesetengah insan antara kita..& mungkin juga, itu adalh diri kita sendiri..)


Itulah antara2 dialog yg akan di dengari apabila suatu kempen kesedaran dijalankan. Dalam konteks kami di university iskandariah pada hari ini, kempen kesedaran ttg isu palestin.


 Teringin diri nak kongsi, cerita yg diri pernah baca. Baca di mana, diri x ingat. Tapi kisah ni mmg berkisar ttg isu ini. Mungkin cerita ni biasa kita dengar, tapi diri tetap nk ceritakan lg, serba sedikit yg diri ingt, agar dapat menjadi sedikit motivator & penguat agar semangat utk membantu Palestine x pernah luntur walaupun org lain memandanng ianya sebagai sia2!


 Kisahnya lebih kurang begini,


 Di suatu kawasan hutan, terjadinya kebakaran. Haiwan2 di hutan tu semuanya kecoh pasal kebakaran tu.. apinya kuat. Tapi tiada siapa pun yg berani membantu memadamkan kebakaran tu.. kemudian, muncullah seekor burung gagak yg berani yg cuba utk memadamkan api tu.. dia berulang alik mengangkut air mengguakan paruhnya utk memadamkan api tersebut. haiwan2 lain semuanya memperlekehkan usahanya. 


  “wahai gagak, sesungguhnya usahamu itu adalah sia2! Kau xkan mampu utk memadamkan api yg marak itu dengan air yg begitu sedikit yg kau bawa mengggunakan paruh kau itu!”
kemudian gagak yg berani & prihatin itu pun berkata:


“biarlah usahaku dianggap sia2 mahupun bodoh di mata kalian. Yg pentingnya, tanggungjawabku telah terlaksana. & aku tidak dipersoalkan mengenai apa yg telah aku lakukan demi membantu memadamkan kebakaran tersebut”


Dapat moral dari kisah ni? Harap2 apa yg ingin sampaikan, dapat difahami. Sesungguhnya, diri bknlah pandai sangat nk bercerita. Tambahan pula, diri sendiri dah ingat2 lupa ttg cerita tu. Tapi lebih kurang begitulah jalan ceritanya..


Moralnya: biar pun usaha kita itu dianggap tidak bermakna, sekurang2nya, kita telah melaksanakan tanggungjawab kita utk membantu supaya nanti kita tidak dipersoal di akhirat kelak akan apa yg telah kita lakukan(dalam konteks isu palestin ni, membantu saudara2 islam kita).


“Ya ALLAH, aku mohon padaMu, Kau tetapkanlah hati ini dalam perjuangan utk menegakkan syiar agamaMU. Aku mohon padamu Ya ALLAH agar kau berikanlah kami kekuatan utk berjuang di jalanMU Ya ALLAH. Bimbinglah hati ini agar terus berasa suka & cinta dalam jalan perjuangan ini. Tetapkanlah hatiku dalam perjuangan ini Ya ALLAH. Amin2 Ya Rabb al-3alamin..”


Wallahualam..



Sunday, 7 June 2009

"renovate" hati


Salam alaik..
Sejak kebelakangan ini, diri byk bermain dgn diri sendiri. Dilemma dengan masalah diri sendiri. Masalah yg diri cipta sendiri. Oleh itu, padan muka dengan diri sendiri! He2



Change urself! Think positive! And be positive!


Diri sedar, & diri tahu, masalah & dilemma yg diri hadapi ini bermula dengan diri sendiri. Memang dari awalnya, diri sendiri yg menimbulkan masalah ini. Kerana diri sendiri yg gagal kawal emosi sendiri & gagal atur diri sendiri pada waktu itu!



“Seek first to understand, then to be understood!”


Itu antara yg diri dapat hasil dari aktiviti BOOM PERUBATAN hari tu. Jadi, kalau diri nak sangat diri difahami rakan2, kenapa diri sendiri x cuba memahami rakan2 diri dahulu? & tambahan lagi, diri sendiri yg bergerak sendirian & menyebabkan org lain sukar memahami diri ini. Diri lebih suka bertindak sendirian & lebih suka tidak terikat dengan sesiapa. Memanglah dalam sesetengah perkara & keadaan, ianya berguna & agak bagus. Tp, bukankah berjemaah itu lebih bagus??



“1+1=(>2)”
“Sesungguhnya, umat Islam itu, berjemaah”


Nilai hidup berjemaah itu sendiri besar maknanya dalam islam sehinggakan solat berjemaah itu pahalanya 27x ganda berbanding solat sendirian.
Diri..sedarlah wahai sendiri.. berubahlah utk menjadi lebih baik. Jadikan jalan hijrah ini sebagai perjuangan hidupmu. Hijrah menuju cinta & rahmatNYA. Dan, pesanan lagi buat diri sendiri, terimalah setiap yg ada disekelilingmu seadanya. Sesungguhnya tiada makhluk ciptaanNYA yg sempurna. Hanya PenciptaMU yang MAHA SEMPURNA! Redhalah dengan setiap apa yg ditentukanNYA. Dan sesungguhnya, SETIAP YANG TERJADI PASTI ADA HIKMAHNYA!



“SETIAP YANG TERJADI PASTI ADA HIKMAHNYA!”


Dahulu hingga seawal diri menjejakkan kaki ke bumi anbia ini, itulah antara prinsip hidup diri sendiri! Kini, diri dapat rasakan, prinsip itu semakin pudar dalam pegangan prinsip diri kini. Memang, prinsip itu semakin pudar! Kembalilah wahai diri! Sedarlah! Dahulu di saat kau rasa mulai kecundang & berduka, kau selalu mengingatkan kalimah2 itu kepada dirimu sendiri serta kepada insan lain juga kau sebarkan kalimah2 itu agar menjadi motivasi penguat diri. Tapi kini, kau sendiri yg mulai melupakan kalimah2 itu, wahai diri!



“Seorang mukmin itu adalah cermin kepada saudaranya” - (Abu Dawood 41: 4900)

Diri, andai kau ingin salahkan org2 disekelilingmu andai kau terasa hati dengan mereka, ingatlah kata2  tersebut! pastinya kau akan sedari & kau ketahui bahawa apa yg kau perolehi dari sahabat2 mu adalah reflex dari apa yg kau berikan pada mereka.



“Don't Blame Others”

Oleh itu, bila kau ada terasa hati dengan mereka, berubahlah dari dirimu sendiri! Mulakanlah dengan maaf! Kerana andai kau fahami kata2 hikmah tersebut dengan mendalam, apabila ada kau terasa hati dengan rakan2mu,akan kau sedari bahawa permulaan masalah tersebut bermula dari dirimu sendiri! Bukan dari mereka semata2! Insaflah! Insaflah! Insaflah

Hari ini, sedikit post mortem utk diri sendiri . post mortem utk hati yg semakin lupa diri ini..

Peringatan utk diri yg hina!

Saturday, 6 June 2009

manusia, malaikat, syaitan..

atas kesedaran yg disampaikan oleh kawan diri.. diri post artikel ni utk berkongsi ilmu.. sama2 lah kta nilai yg mna kita nk ikut..

pesanan utk diri: berjuanglah utk melawan bisikan2 syaitan!


 
Current mood: 
 adored
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi ni?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. . .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan
kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni?


Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah
Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .


Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha
Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda
hanya sekali...rugila.
(kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia- Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaa n
di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.....
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja)
dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patut ke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2.. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payah

Tuesday, 2 June 2009

tulisan anda bagaimana ek??

jom kongsi yg ni pulak..
nilai tulisan sendiri dulu sebelum nilai tulisan org yek!

Rahsia Di Sebalik Tulisan

Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

[Tulisan berubah-ubah]
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

[Kecondongan tulisan]
Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

[Saiz tulisan]
Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil - Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

[Bentuk tulisan]
Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus - Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat - Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat - Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung - Pemikirannya berdasarkan logik.

Bercerai cerai - Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

[Jarak tulisan]
Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

Tulisan rapat - Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

[Ruangan di tepi] 
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil - Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

Ruang muka surat kanan kecil - Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat - Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya

(wallahualam)