Saturday, 26 November 2011

mungkin kebetulan

assalamualaikum...


hari ini, bukan sebarang tazkirah yg akan mengisi laman ini.
sekadar melahirkan rasa takjub dgn keEsaanNYA..
mungkin suatu kebetulan.. apa yang melanda diri pada saat ini,
perkara yg lebih kurang sama byk berputar2 di sekitar..
rakan2 lain byk post & share maklumat & pengisian yg berkaitan dgn peristiwa yg melanda diri sekarang ni..
mungkin kebetulan mereka terjumpa artikel & video yg berkaitan dgnnya & rasa nak share..
mungkin mereka sendiri merasai dugaan yg sama atau yg hampir sama...
biarlah apa jua kemungkinan tersebut......

apa yang lebih penting.. Perancangan ALLAH itu Maha Hebat.. Maha Sempurna...
saat diri ini mencari kekuatan utk menempuhnya, Dia seakan 'memberitahu' bhw kuatlah! Bkn kau seorang yg pernah merasai keperitan itu... insan lain juga pernah merasainya.. malah ada yg lebih teruk ujiannya daripada apa yang kau terima...
& dairpada share yg mereka post tu... seakan ALLAH telah membuka panduan & jalan bagaimana cara utk kau menghadapinya... terima kasih mereka2 yg indirectly telah membantu...

alhamdulillah...

"Ya ALLAH, pilihkanlah utkku dgn kekuatan ilmuMU & tunaikanlah utkku dgn kehendakMU. Aku mohon kemurahanMU yang sangat luas kerana Engkaulah yang boleh menentukan sesuatu. Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui & Engkaulah yang palinh tahu hal2 yang ghaib. Ya ALLAH, jika sesuatu ini menurutMU baik bagiku, kehidupanku & kesudahanku maka pilihlah ia utkku & mudahkanlah ia bagiku & kemudian berkatilah. & seandainya ini menjadi malapetaka bagiku, agamaku, kehidupanku & kesudahan perkaraku, maka jauhkanlah ia dariku sejauh2nya. Berilah aku kebaikan di mana sahaja aku berada & redailah aku kerananya.."

Tuesday, 22 November 2011

nasihat

- jadilah generasi ulul albab, insan yg rajin mendalami & mencari ilmu kemudian menurut yg terbaik
 (az Zumar ayat 17&18)


- hargai setiap yg ada disekelilingmu sblum kamu kehilangannya

- Accept His blessing & make the most of it!

- ingatilah DIA mohonlah keampunan dariNYA kerana di situ ada ketenangan hati

- andai hati rasa begitu berat, bagaikan tak tertanggung lagi derita, ingatlah, ramai lagi yg punya masalah yg hampir sama dgnmu. kamu tdk bersndirian menempuh dugaan ini. ingatlah juga mereka yg lebih berat ujian yg menimpa mereka berbanding ujian yg kau terima & ingatlah, ALLAH sentiasa ada bersama & memerhatikan setiap jatuh bangunmu.. & DIA akan mengurniakan kemudahan dalam setiap kesusahan


Sunday, 6 November 2011

selamat hari raya aidiladha

assalamualaikum.. salam eid mubarak..

hari raya aidil adha.. salah satu hari yg ALLAH kurniakan sebagai hari utk umat Islam bergembira dalam syariat yg ditetapkan..

walaupun dirantauan, walaupun dalam kesempitan hidup, walau kerinduan akan insan yg telah tiada, walau badan sakit menanggung pelbagai ujian namun rasa gembira & bahagia itu tetap akan hadir..

dalam pelbagai nikmat kegembiraan itu, antara saat yg plg bahagia ialah saat menatap wajah kedua ibu bapa, andai tak mampu, mendengar suara pun sudah cukup membahagiakan hati..
bg saya, nikmat lain yg lebih bermakna pada hari bahagia ini ialah kemaafan.. kemaafan dari kedua ibu bapa, keluarga, sanak saudara, guru2, serta rakan & taulan..
walaupun konsep hanya mohon maaf & beri kemaafan hanya pada hari raya tu agk kurang tepat, tp raikanlah kegembiraan utk mohon maaf & diberi maaf pada hari istimewa ini.. kemaafan itulah yg membuatkan hari kebesaran umat islam ini menjadi lebih bermakna, bahagia & indah.. leraikan sengketa, hentikan prasangka.. rindu ditaut silaturahim dihubung.. indah hari kebesaran umat islam bersama syariat yg sejati!

wallahualam

Saturday, 5 November 2011

kehilangan..

assalamualaikum. kesejahteraan kupohon dari DIA yang Maha Kaya, DIA yang Maha Penyayang buat dirimu saudara seIslamku.

kehilangan..

menjadi fitrah manusia yang sering & mudah alpa. namapun manusia.. berasal dari perkataan nasaya yg bermaksud lupa. memang manusia itu perlu sering diingatkan lantaran sifatnya yang pelupa..

terlupa.. manusia sering terlupa. terlupa utk mensyukuri segala nikmat yg diberi.. sering terlupa utk menghargai setiap yang dimiliki.. malah tamak utk mendapat lebih dari yg diberi sehinggakan yg berada di hadapan mata bagaikan tiada.. (Ghishawah) pandangannya bagaikan tertutup utk melihatnya..

tersedar dari lupa.. manusia yg alpa.. kebanyakannya hanya akan tersedar dari lupaannya hanya apabila dia kehilangannya.. sering kita mendengar kata2 "manusia akan menghargai sesuatu bila dia kehilangannya.."
tak dapat dinafikan.. memang benar! sering kita dengar apabila kita kematian seseorang, ada yang melahirkan kekesalan. kesal kerana sepanjang hayat arwah, kita sering mengabaikannya, kita kurang rapat dengannya dan macam2 lagi..

amat pilu rasa andai orng yg pergi itu adalah kedua ibubapa kita.. tambahan bila kita tak sempat utk menghargai mereka. kerana terleka...

alhamdulillah.. setinggi kesyukuran kupanjatkan padamu.. Kau beri aku rasa sedikit kehilangan. kehilangan kedua ibubapaku. bukan kehilangan sebenar, namun kehilangan sebentar.. hilang di mata lantaran jarak jauh yg memisahkan. dan kehilangan yg sementara ini byk mengajar aku agar aku lebih mengahargai mereka. byk menyedarkan aku bahawa aku sgt memerlukan mereka. & aku merindui mereka.. lain rasanya bila setiap detik di hadapan mata namun di hati tiada rasa berbanding biar jauh sedikit di mata namun di hati cinta & rindu bersemi..

Ya ALLAH, sungguh, aku belum cukup membalas jasa mereka..aku belum cukup menghargai setiap pengorbanan mereka.. & kasihku tidak dapat menandingi kasih mereka pada diriku..

Subahanallah.. sedikit kasihMU kau salurkan utk makhluk2 ciptaanMu melalui ibu & bapa.. andai kasih mereka aku rasakan telah melimpah ruah, tak dapat aku bayangkan KasihMU wahai Tuhanku.. Ya Tuhanku, walaupun aku insan hina yang sering terlupa, aku mohon kepadaMU, jgn Kau hilangkan dariku DiriMU, KasihMu, RahmatMU & PetunjukMu..jangan Kau tinggalkan hambaMu ini sendirian walau sedetik.. kerana sedetik aku kehilanganMU belum tentu aku aku dapat kembali kepadaMU.. kerana setiap kehilangan yang lain adalah dariMU, &setiap keinsafan & kesedaran itu juga adalah dariMU. andai aku kehilanganMU, dari mana akan kuperolehi keinsafan & kesedaran utk kembali semula kepadaMU?

wallahualam..