Saturday, 22 May 2010

solatku, jgn sekadar riadhah!

Ketika engkau bersembahyang atau menyembah Allah

Fizikal engkau berdiri tapi dia tidak tahu apa-apa

Anggota lahir engkau rukuk tapi dia tidak faham apa-apa

Juga anggota lahir engkau sujud, perlu diingat ia tidak mengerti apa-apa

Bahkan walaupun lidah engkau membaca tapi dia tidak faham apa-apa

Oleh itu kalau fikiran engkau tidak berdiri sama-sama

Engkau belum bercakap apa-apa dengan Tuhan

Jika jiwa engkau tidak rukuk sama

Engkau belum rasa bertuhan

Bila hati engkau dan jiwa engkau tidak sujud sama

Apa yang engkau bisik dan cakapkan kepada Tuhan engkau?

Kalau engkau tidak bercakap apa-apa di dalam menyembah Allah

Jika engkau tidak rasa bertuhan, kerana hati dan jiwa engkau tidak ikut berdiri rukuk dan sujud

Engkau di waktu itu tidak merasa kehambaan

Jadi kalau ketika menyembah Allah

Berbisik-bisik dan bercakap-cakap dengan Tuhan pun tidak

Rasa bertuhan pun tidak ada di waktu itu

Rasa kehambaan pun tidak wujud ketika sembahyang

Tidak rasa memohon dan meminta

Tidak terasa merendah diri dan menghina diri di hadapan Tuhan

Engkau belum bersembahyang

Engkau tidak bersembahyang di waktu itu

Engkau hanya bersenam dan beriadhah untuk Allah

Patutlah perangai engkau tidak berubah

Engkau bukan menyembah Allah

Tapi riadhah


(istighfarlah wahai diri~ dimana hatimu dihadapan Tuhan Yang Maha Satu)

Tuesday, 18 May 2010

sendiri menyepi


Sendiri Menyepi

Album : Muhasabah Cinta
Munsyid : Edcoustic
http://liriknasyid.com




Sendiri Menyepi

Sendiri Menyepi..

Tenggelam dalam renungan

Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan

perlahan kucari, mengapa diriku hampa…

mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi…

Oh Tuhan aku merasa

sendiri menyepi

ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini

resah tak bertepi

kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

benderang di hidupku..

Perlahan kucari, mengapa diriku hampa

mungkin ada salah mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa..

sendiri menyepi…

Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini

resah tak bertepi

kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……

seeeeendiri….aku merasa sendiri..

sampai kapan begini

resah tiada bertepi…Ooohh..

Kuingin cahyaMu

benderang di hidupku..

Thursday, 13 May 2010

mukmin sejati

salam..


mukmin yg sejati
punya iman dalam diri yg terpuji
akhlaknya, memenuhi tuntutan Ilahi
tingkahnya, menurut arahan Yg Maha Terpuji
hatinya, terpatri hanya pada cinta Yg Sejati

mukmin yg sejati
bicaranya penuh hikmah
bicaranya indah
bicaranya tidak sia-sia
bicaranya penuh doa & mengharap cinta Ilahi

mukmin yg sejati
lidahnya sentiasa basah memuji Kekasihnya
bibirnya sentiasa manis menitip senyuman
kalamnya penuh makna
kalamnya mampu menggetar jiwa utk sama mengingati Kekasihnya

mukmin yg sejati
dalam diri ini masih belum lagi kutemui
malah hati ini seringkali dinodai
noktah hitam yg mencemar sanubari

Ya ALLAH,
Pimpinlah kami menjadi mukmin yg sejati
Bimbinglah kami menjadi hambaMu yg bertaqwa
amin Ya Rabbal 3alamin..

Saturday, 8 May 2010

RAMAI BERIBADAH SECARA JAHIL

salam.




Di akhir zaman ramai umat Islam beribadah secara jahil

Kerana mempelajari syariat secara rambang sahaja

Tidak faham peranan syariat

Tidak faham mana yang fardhu, mana yang wajib, mana yang sunat

Sah batal pun tidak begitu difahami oleh ramai umat Islam

Apakah beribadah seperti ini Tuhan terima?

Adakalanya kerana mengejar fadhilat terlanggar yang fardhu dan yang wajib

Kerana membuat yang sunat tidak peduli pantang-larang syariat

Hendakkan fadhilat puasa Isnin Khamis, waktu berbuka tidak kira makanan halal atau haram

Kerana mengejar pahala umrah, setiap tahun mengerjakan umrah

Fakir miskin depan rumah diabaikan, bahkan dibiarkan

Kenduri arwah tidak dicuaikan, tapi sembahyang fardhu diabaikan

Kerana hendakkan fadhilat sembahyang di raudhah

Berkasar dengan orang, sakit pula hati orang yang wajib dijaga

Kerana hendak mencium hajarul aswad melanggar dan menyiku orang

Padahal perbuatan itu adalah haram

Mencium hajarul aswad hanya sunat sahaja di dalam Islam

Tidak mencium bukan satu kesalahan

Rajin bersembahyng malam tapi bakhil menjadi pakaian

Sombong menjadi budaya sedangkan perbuatan itu adalah haram termasuk dosa besar

Rajin berdakwah, sering membuat ceramah tapi kerana nama dan glamour yang dilarang Allah

Beribadah di masjid rajin, tapi di rumah Allah Taala itu jugalah dia mengumpat,

bercerita tentang dunia

Berpuasa sunat jarang ditinggalkan tapi sepanjang hari membuka aurat atau pakaian ketat

Meninggalkan sunat bukan satu kesalahan, mendedahkan aurat perkara yang dilarang

Begitulah umat Islam bersyariat di akhir zaman

Rajin juga beribadah tapi pantang larang, tata tertib, mana yang utama tidak difaham

Kalau di Mekah atau di Madinah, bersembahyang di kedua-dua masjid ini ada yang melangkah orang sedang bersembahyang

Berkasar dengan orang kerana merebut tempat sembahyang

Di dalam beribadah berkecai ukhuwah dan kasih sayang yang sangat dituntut oleh Islam.




**********************************************

peringatan utk diri sendiri.. astaghfirullahal 'adzim.. Ya ALLAH, ampunilah hambaMU ini. bimbingilah kami dalam PetunjukMU. tetapkan kami dijalan lurus di sisiMU

Wednesday, 5 May 2010

susahnya nak jaga hati~

salam..


Susahnya menjaga hati. Sedangkan ia adalah tempat pandangan Allah. Ia merupakan wadah rebutan di antara malaikat dan syaitan. Masing-masing ingin mengisi. Malaikat dengan hidayah, syaitan dengan kekufuran. Bila tiada hidayah, ada ilmu pun tidak menjamin dapat selamat, sekalipun ilmu diperlukan. Susahnya menjaga hati. Bila dipuji, ia berbunga. Terasa luar biasa. Bila dicaci, aduh sakitnya. Pencaci dibenci. Bahkan berdendam sampai mati. Bila berilmu atau kaya, sombong mengisi dada. Jika miskin atau kurang ilmu, rendah diri pula dengan manusia. Adakalanya kecewa. Kemuncaknya putus asa.

Pada takdir yang menimpa, kita susah untuk redha. Ujian yang datang, sabar tiada. Jiwa menderita. Melihat kelebihan orang lain, hati tersiksa. Kesusahan orang lain, hati menghina. Bahkan terhibur pula. Suka menegur orang, tapi bila ditegur hati luka. Aduh susahnya menjaga hati. Patutlah ia dikatakan raja diri.

Bukan mudah menahan marah apabila orang marah kepada kita atau orang membuat kesalahan kepada kita. Bukan mudah tidak membalas terhadap orang yang menganiaya dan memfitnah kita. Sedangkan mereka menyusahkan kita, dan kita pun menderita dibuatnya. Tidak mudah menahan perasaan hati agar tidak berbunga ketika ada orang memuji kita. Apakah kita boleh menolak pujian itu dengan rasa hati bahwa kita tidak layak menerimanya? Tidak mudah, biasanya hati sedap dan berbunga rasanya.

Apabila kita berhadapan dengan orang serba istimewa, ada yang kaya, berjabatan tinggi, tinggi ilmunya sedangkan kita orang biasa saja, biasanya kita inferiority complex dibuatnya, malu pun timbul. Dapatkah kita merasa biasa saja, tidak terasa apa-apa?

Yang penting kita dengan Tuhan ada hubungan senantiasa, takut dan cinta. Terasa bahagia dengan Tuhan, rasa senang dengan-Nya yang lain tidak ada arti apa-apa. Apakah mudah hati kita menahan derita bila mendapat bala bencana? Tidak mudah, biasanya hati kita derita dibuatnya. Kita rasa kecewa, kita rasa orang yang malang hidup di dunia. Kita tidak dapat hubungkaitkan dengan hikmah dan didikan Tuhan kepada kita. Bahkan biasanya selalu saja jahat sangka dengan Tuhan yang melakukannya. Hati kita rasa bahwa tidak semestinya Tuhan menyusahkan kita.

Begitu jugalah kalau kita orang istimewa, berilmu, berjabatan tinggi, kaya! Biasanya rasa megah datang tiba-tiba, sombong pun berbunga, mulailah kita menghina. Hidup kita pun mulailah berubah, sebelumnya beragama lupa agama. Kalau dahulu dapat bergaul dengan orang biasa, sekarang kawan kita golongan atas saja . Hendak bergaul dengan orang biasa seperti dahulu rasa jatuh wibawa.

Begitulah hati manusia sentiasa berubah-ubah apabila berubah keadaan. Karena itulah kita disuruh berdoa:
“Ya Allah tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, dan mentaati-Mu.”

YA ALLAH, hadirkanlah dalam hati ini rasa cinta tertinggi utkMU. penuhkanlah hati ini dengn rasa rindu & kasih kpdMU. bimbingilah hati ini agar sntiasa dkat & berusaha utk mendekatkan diri kpdMU. 

Monday, 3 May 2010

gangguan syaitan ketika menghadapi sakaratulmaut

salam..


Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:

Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut."

Rombongan 1

Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5

Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan, berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."

Berkata ulamak Syaitan: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami."

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:

"Bagaimanakah Zat Allah?" Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .

Lalu berkata ulamak palsu:  "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Syaitan: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah."

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7

Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."



wallahualam..






semoga kita dapat melawan godaan2 syaitan."Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut."

Sunday, 2 May 2010

org kafir vs Muslim

salam..


cerita utk dikongsi


Seorang lelaki berdebat dengan sekumpulan orang yang tidak mengakui kewujudan Allah S.W.T dan menyatakan alam semesta ini terjadi secara semula jadi. Setelah lama berdebat, lelaki itu meminta agar perdebatan itu diakhiri dan meminta ia disambung pada waktu yang lain. Dia juga meminta agar beberapa orang saksi diundang agar mereka menilai pendapat siapakah yang paling benar.

Setelah tiba waktu yang dijanjikan, lelaki itu tidak datang dan ramai hadir mula mencemuhnya. Sekian lama menunggu, akhirnya lelaki itu tiba lantas berkata " Maafkan saya sebab terlewat. Bagaimanapun saya mempunyai alasan mengapa saya lambat. Kamu semua tahu saya tinggal di hujung bandar ini. Antara tempat tinggal saya dan tempat ini, ada sebuah sungai. Saya terpaksa menaiki perahu untuk menyeberang dan sampai disini. Tetapi tadi, tidak ada perahu yang boleh membawa saya ke sini, sebab itulah saya terlambat."

Orang Kafir bertanya : " Bagaimana kamu boleh sampai di sini jika kamu tidak menggunakan perahu? "

Jawab lelaki itu : " Semasa tercari-cari perahu untuk dinaiki, tiba-tiba sekeping papan terapung di sungai terhenti di hadapan saya. Kemudian datang lagi beberapa keping lain, melekat sendiri. Lepas itu, dari dalam sungai itu datang pula beberapa utas tali yang mengikat papan-papan tersebut membentuk sampan kecil. Orang-orang di tepi sungai itu tiba-tiba melemparkan gam untuk menutupi rongga-rongga papan sehingga menjadi kukuh dan tidak dimasuki air. Akhirnya saya dapat menyeberang sungai dengan menggunakan sampan yang terjadi dengan sendirinya."

Mendengar kata-kata lelaki itu, orang kafir itu berang: " Celaka kamu, adakah kamu cuba memperbodohkan kami? "


Perkara ini mustahil terjadi. Jawab lelaki itu : " kalau begitu, kamu semua juga bodoh dan rugi kerana tidak mahu menggunakan akal. Kamu menolak kejadian kapal kecil dengan semula jadi, tetapi mahu menegaskan alam yang besar boleh wujud dengan sendiri tanpa ada yang menciptanya. Apakah yang lebih sukar untuk dipercayai : Terjadi alam semesta secara semula jadi atau terbina sebuah sampan secara semula jadi? "

gembira melihat kau tersenyum :)

salam..

tanggal 1mei
yup, hari ni hari pekerja~
tepat sekali..

eh, ada 1 lg..
hari ni hari lahir rumate saya, NOR JANNAH BT NOR KHALID
1 mei 2010 ni, dah 20 tahun dah die..
dah besor dah yek...



hurm, ucapan utk dirimu..
semoga kau selalu dalam Rahmat, Kurnia, Berkat & kasih sayangNYA..
kalau kau xdapat sume2 tu dari manusia, jgn bersedih hati.. Bergembiralah andai CintaNYA telah Kau peolehi..

& seperti ucapan2 bday yg len, yg penuh dgn "semoga".. ucapan ni pun sama ek.. :)
semoga kau bahagia d dunia & akhirat.. serta tercapai segala yg dihajat.. semoga berjaya dunia & akhirat...
ape yg plg rumate mu ni nk ucap, semoga ALLAH kurniakan yang TERBAIK utk dirimu.. sbb DIA je yg tau segala yg terbaik utk hamba2NYA..


& semoga umurmu yg ke20 ni & yg akn datang diberkati YG MAHA ESA..


nasihat utk mu & UTKKU jgk.. 
Umur kita ni sebenarnya semakin kecil uk ke nafas terakhir..
maknanya duration utk hidup dah semakin berkurang.. jd sama2 la kita bimbing satu sama len untuk menjadi hambaNYA yg sebenar2 hamba serta benar2 bertaqwa..


uhibbuki fillah..



harap hari ni bibir mu di sinari senyuman kebahagiaan.. bgtu jg utk hari2 yg mendatang..

sweet krusty krab family

senyum sebentar~

salam..

TAKUT BINI???

kali ni diri nk kongsi 1 cerita yg insyaALLAH akan buat anda tersenyum..
lbh2 lg kalau uk kaum akhwat kot.. sebabnya, tggu hujung post ni.. :) (may be ada yg dah penah baca kot)


**************
Tersebutlah sebuah kisah di sebuah negeri di suatu masa yang tiada siapa dapat memastikan bila terjadinya kisah ini. Terdapat di negeri tersebut seorang raja yang memiliki ramai isteri. Sang Raja sangat bahagia dan gembira dengan kehidupannya itu dan sangatlah bersyukur. Lalu Sang Raja inginlah sangat supaya rakyat-rakyatnya mendapat kebahagiaan dan kegembiraan yang sama sepertinya.


Pada suatu hari Sang Raja memanggil memanda menterinya yang paling kanan.

"Wahai memanda menteri, sempena birthday Beta tak berapa hari lagi, Beta bercadang untuk memberi hadiah istimewa kepada semua rakyat beta. Beta ingin sekali berkongsi kebahagiaan Beta dengan rakyat Beta yang Beta kasihi. Beta ingin mengarahkan semua rakyat Beta berpoligami."

"Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun.Patik ingatkan Tuanku nak belanja rakyat jelata makan KFC.Tapi… Patik rasa idea tu tak bagus Tuanku(...sapa tak nak kahwin lebih oii…ni ckp dlm hati saja..)" Memanda menteri memberi pandangan.

"Kenapa pula begitu wahai memanda menteri?" Tanya Sang Raja dengan penuh ragu dan hairan.

"Ampun Tuanku, rakyat-rakyat Tuanku sebenarnya..." memanda menteri terdiam seketika.

"Rakyat Beta kenapa wahai memanda?" Sang Raja semakin bingung.

"Rakyat Tuanku sebenarnya.... semuanya takut bini Tuanku!" berkata sang memanda menteri tersipu-sipu.

"Hah?! Takut bini?? Beta tak percaya!! Takkanlah semua rakyat Beta dijangkiti virus takut bini belaka?"

"Benar Tuanku." Kata memanda menteri mengconfirmkan kata-katanya tadi.

Lalu terduduklah Sang Raja yang memiliki ramai isteri itu kecewa kerana Sang Raja sangatlah berharap rakyatnya dapat menikmati kebahagiann hidup berpoligami sepertinya.

"Wahai memanda menteri, esok panggil semua rakyat Beta yang bergelar suami untuk berkumpul di hadapan istana. Beta mahu pastikan sendiri benarkah rakyat Beta semuanya takutkan bini."


"Beres Tuanku." Titah Sang Raja dijunjung memanda menterinya.


Maka pada keesokan harinya berkumpullah semua rakyat Sang Raja yang bergelar suami di hadapan istana dengan penuh tanda-tanya mengapakah tiba-tiba mereka dipanggil menghadap Sang Raja. Apalah amanat yang akan disampaikan oleh Sang Raja sehingga dipanggil secara tergempar sebegini. Lalu bertitahlah Sang Raja,

"Wahai rakyat yang Beta kasihi sekelian. Sempena sambutan hari ulangtahun kelahiran Beta, ingin sekali Beta menghadiahkan sesuatu yang akan memberi kebahgiaan yang teramat sangat kepada semua rakyat Beta. Tapi sebelum itu, Beta akan uji dulu dengan beberapa arahan dan soalan."

Terkebil-kebillah sang rakyat jelata yang mendengar. Hadiah apakah yang akan Sang Raja berikan dan apakah pula ujian yang terpaksa mereka tempuh sebelum boleh mereka menikmati hadiah berharga dari Sang Raja.

Sang Raja lalu memberi arahan, "Semua kamu sila berkumpul di sebelah kiri Beta."

Secepat kilat titah perintah Sang Raja dijunjung. Kesemua mereka berkumpul di sebelah kiri Sang Raja. Sang Raja tersenyum kerana perintahnya sangat ditaati oleh rakyatnya. Lalu Sang Raja mengarahkan pula,

"Siapa di kalangan kamu yang takutkan bini, sila berkumpul di sebelah kanan Beta. Yang tak takutkan bini kekal diam di sebelah kiri."

Secepat kilat semua rakyat lelaki yang bergelar suami berhimpun di sebelah kanan kecuali seorang.

"Aduh! Memang benarlah kata-kata memanda menteri tentang rakyat Beta. Semuanya takutkan bini. Eh, nanti dulu. Ada seorang yang tak takut bini rupanya." Kata Sang Raja di dalam hati sambil tersenyum.

Semua rakyat Sang Raja terkejut dan terbeliak biji mata melihat kepada seorang lelaki yang tak berganjak dari tempat asalnya.

Sang Raja lalu menyuruh memanda menterinya memanggil sang suami yg tak takutkan bini itu datang menghampiri Sang Raja bagi mengambil hadiah. Malangnya sang suami tadi tidak mahu berganjak dari tempat asalnya. Hairanlah Sang Raja lalu bertanya kepada memanda menterinya.

"Mengapa dia tidak mahu datang? Bukankah dia seorang sahaja yang layak menerima hadiah istimewa dari Beta kerana tak takut bini?"

"Patik rasa elok Tuanku sendirilah yang bertanya. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada Tuanku."

Lalu turunlah Sang Raja mencemar duli mendekati sang suami yang katanya tak takut bini sebagai satu penghormatan kepadanya kerana dia adalah satu-satunya suami yang tak takut bini. Lalu Sang Raja pun bertanya,

"Mengapa kamu tidak mahu datang apabila Beta panggil?"

"Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Dosa patik harap diampun. Patik sebenarnya tak berani bergerak selagi tak dapat green light dari isteri patik, Tuanku."

"Pergh!! Ni lagi hampeh!!"

Peninglah hati Sang Raja memikirkan hal suami-suami yang sangat taatkan isteri... kesian eh sekian.

MORAL CERITA… anda yg baru lepas baca ni (para suami @ bakal suami) dok kat sebelah kiri atau kanan atau kategori yg langsung tak nak berganjak tu? Jawab sendiri..jgn Tanya isteri pulak nak jawab atau tidak….


utk akhwat.. mesti rasa tenang jiwa bila raja tu x dapat bg hadiah poligami tu kan?? ;)


"suami jangan takut isteri tapi sayangi dan didiklah mengikut apa yg Allah perintahkan. Isteri pula jadilah isteri yg solehah.Taatilah suami kerana redah Allah atas keredhaan suami anda..dan anda tidak untung apa2 jika suami takut pada anda malahan di akhirat nanti kedua2nya akan dicampak ke neraka..."