salam..
post kali ni, diri nk kongsi kisah cerita yg penah diri dengar dari seorang sahabat
kisah mengenai anak harimau & kambing..
kisahnya bermula ketika anak harimau baru dilahirkan.. si ibu harimau x sanggup utk beri makan kpada anaknya.. suatu hari, si ibu harimau berjalan & berjumpa dgn segerombolan kambing ternakan di hujung kampung.. kemudian, si ibu harimau berfikir, mungkin ada baiknya aku hantar si anak harimau ke sini. sebabnya, kambing2 di sini di beri makan & di jaga oleh manusia.. kalau anak harimau tinggal di sini, maka, tentulah dia akn dijaga dgn baik & yg plg penting, si ibu x perlu lgi mencari makanan utk si ank harimau...
maka, si ibu harimau pun menghantar si anak harimau ke kandang kambing itu.. & hiduplah si anak harimau aman & damai bersama ank2 kambing, serta di beri makan & dijaga oleh manusia..
si anak harimau membesar bersama ank kambing, bermain, bergurau, & segala2nya dgn anak2 kambing di situ.. permainan yg selalu mereka main bersama, sdh tentula main lawan tanduk menanduk..
setelah beberapa lama, si anak harimau telah membesar menjadi harimau yg dewasa.
pada suatu hari, datang seekor harimau hutan yg ingin mengganggu ketenteraman para kambing & mencari rezeki di tengah2 jutaan kambing tersebut.. dengan garangnya, harimau tersebut mengaum dgn ganas sehingga bertempiaran si kambing2 kerana ketakutan.. walau bagaimanapun, si harimau liar rasa sangat terkejut bila die nampak, ada seekor harimau lain yg turut lari bertempiaran bersama2 kambing tersebut.. harimau liar tu sgt2 terkejut melihat keadaan hariamau yg menjadi begitu pengecut sedangkan, & sepatutnya, harimau itu sifatnya garang & kuat.. sekali ngauman sahaja cukup utk menggerunkan binatang2 yg lain..
~~~~~~~~~~~~
refleksi~
keadaan yg sama sebenarnya sedang berlaku dalam umat Islam pada hari ini..
Umat Islam yg sejati adalah umat yg kuat sepertimana Islam di zaman Rasulullah, para sahabat, & zaman kegemilangan Islam..
jika di singkap sejarah, banyak peristiwa yg membuktikan bahawa Islam itu sangt kuat. contohnya, lihatlah kejayaan2 besar yg dicapai oleh nama2 besar Islam antara Salahuddin al Ayyubi, sultan Muhammad al-fatih & etc...
antara contoh lain ialah kisah penaklukan rom oleh kerajaan islam di damsyik..
kisah penuhnya, damsyik pada suatu masa dahulu, pernah ditakluki oleh empayar rom.. nk diceritakan bgimana empayar rom ini adalah salah satu dari empayar yg kuat, hingga ALLAH letakkan 1 surah dalam al-quran dinamakan surah ar-rum..
satu hari(x ingt zaman bila), khalifah khalid alwalid yg terkenal sebagai sahabat yg hebat dalam berperang masuk melalui salah satu dari 7 pintu kota rom di damsyik (bab toma-utk perang & tawan kota damsyik).. mengetahui bahawa knalid al walid telah memasuki kota damsyik, satu seorg pengawal dari pintu lain mengambil inisiatif utk berunding dgn s. Abu Ubaidah al jarah yg masuk melalui pintu lain(bab jabiah--taktik peperangan: masuk melalui 2 pintu) utk mengaku kalah kerana tentera rum tahu & yakin bahwa mereka akn kalah jika berperang dgn umat Islam...
dalam 1 lg peristiwa lain, S khalid al walid (insyaALLAH, kalau x silap) pernah berjalan bersendirian utk menkluki satu negeri@ kota.. hanya berbekalkan kalimah LAILAHAILLALLAH, maka bergegar seluruh kawasan negeri tersebut.. melihatkan keadaan tersebut, seluruh tentera, rakyat & raja negeri tu mengaku kalah kerana mereka dapat merasakan mereka akan kalah alupun bilangan mereka ramai.. hanya dgn kekuatan kalimah LAILAHAILLALLAH~ 1 negeri ditawan oleh seorng mukmin!!!
subhanallah..
di sini jelas, islam itu bagaikan harimau yg asli~ namun umat islam kini ibarat anak harimau yg hidup bersama2 kambing! dia sudah x sedar lg akn kekuatannya, akn siapa dirinya yg sebenar.. malah terus leka hidup dalam cara & gaya kambing (yahudi & barat).. maka, umat Islam kini pun jadilah seperti golongan2 yg lemah itu~
** anak harimau itu akan tahu akan kekuatannya jika dia disedarkan akan siapa dirinya yg sebenar.. begitu juga umat islam kini (& juga diri yg menaip kalimah2 ini)..jika tidak disedarkan, harimau2 ini akan terus2an lemah & hilang kekuatannya yg sebenar..
kekuatan yg sebenar bermula dari dalam diri! bkn dari luaran & fizikal.. (sepertimana bilangan tentera yg ramai tewas dgn hanya seorang mukmin sejati)...
kembali kepada ISLAM SEPENUHNYA adalah sumber kekuatan utama~
p/s: diri masih lg jauh dari kekuatan itu & masih lagi berada di tgh2 kambing itu.. sedarkanlah diri ini.. kembalikanlah diri ini kepada islam yg syumul~ byk yg perlu di pelajari lg~
* hijrah itu bukan mudah, memang payah + penuh dugaan & rintangan yg menanti sbgi menguji kesungguhan diri. juga sbg pembimbing diri agar lebih kuat di jalan yg diredhai...
wallahualam..
kalau ada salah silap, tlg tegur& betulkan
1 comment:
=)
Post a Comment